Sunday, August 29, 2010

Fes Leb...

Skang jam tunjuk pukul 1.25pm. Panas walaupun kipas pasang full dan angin berderu-deru. Penang memang macam ni kot. Ke sebab aku baru pas makan maggi-in-my-mug? Hahaha. Acah je.

Disebabkan panas, plan aku nak siapkan jurnal minggu ni (dan minggu-minggu sebelum ni) terbantut. Tu la antara sebab kenapa aku selalu bangun kol 3-4 pagi untuk buat keje. Otak aku ni macam tak jalan kalo panas. Freeze. Beku. Keje yang dia boleh buat keje merapu macam ni la..hehehe.

So aku sambung je la cite fes leb (first love) tu ek? Semalam aku buat research sikit. Yang aku dapat, tak de satu pun yang berani nak define secara concrete cinta tu ape.  Sume bagi keadaan yang jadi kalau kita jatuh cinta je. Makanya, how in the world lah kita nk tau bila yang kita dilanda first love kan? Cinta monyet tu biasa, bila kita dapat surat wangi-wangi tu...cinta monyet la tu. 

Walaubagaimanapun, ini antara yang terbaik yang aku dapat....

How can one truly define what love is? Not even an experienced person can truly grasp or explain love to its truest and deepest meaning. Its concepts are just a never ending story of an open book of experiences. But love does lie in one's heart, where memories are but shadows lingering in your soul. Love is giving someone the power to break your heart, but trusting them not to.

Pada aku, cinta ni dalam.  It takes more than just belanja makan dan keluar jalan-jalan. Pendek kata, kena sedia berkorban.  Maknanya, kita kena belajar terima orang dalam hidup kita ni tanpa syarat. Unconditional gitu. Dan orang tu pun kena la terima kita seadanya..hitam ke..legam ke..dia kena la terima. Kalau pada bila-bila masa kita question, boleh ke dia ni?? Maknanya dia bukan la orangnya..kan? Bila aku tulis entry ni, pahamlah aku yang aku ni memang fail la bab-bab cenggini. Haha. Punya dalam pengertian aku sampai aku pun naik tak paham.

Cinta pertama aku?  Kalo ikut definisi kat atas ni...memang sume tak dikira love la. Tapi kalo kira otak udang aku ni je, rasanya mula-mula kenal mende nih bila aku cari orang tersebut bila beliau tiada dalam lecture hall.  Tapi bila dia ajak borak aku tak layan la pulak. Dia ajak keluar lagi la tak layan. Pendek kata, definisi dan pengzahiran aku ni agak songsang.  Lagi aku suka, lagi la aku tak layan. Boleh? (Err..salah satu sebab knp anda masih bujang maybe?) 

Cukup lah merapu nih.  Rasa cam nak discuss cinta pertama je...ni dah merapu ke love as in 'betul-betul punya love' lak. Huhu. Ampun je la wahai pembaca (if any).

Note: “How on earth are you ever going to explain in terms of chemistry and physics so important a biological phenomenon as first love?”  — Albert Einstein


5 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

berat topik ni
sy rase sakit pada bahagian otak berfikir selepas membaca post ini :/

AxraZa said...

tu la masalahnya..kita leh bincang isu global warming sambil2 minum teh je..isu holocaust pun sambil2 jemur kain je leh diskas. tapi topic ni kita rs berat. nasib..nasib..

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

itu laa pasal
xpernah ada topic yg lebih memberatkan kepala compare dgn topic ini
isu elaun x masuk(ni tahap skrg) pn sembang sambil 'melabur' jek

Shu said...

Heee..finally~! Cintamu berputik dalam lecture hall ek... ;p

Sis, lob ni ibarat kita tunggu teksi..makin jauh makin lambat rasanya nak sampai..tapi bila sinaran lampu teksi tu semakin lama semakin hampir..terkadang kita keliru,nak tahan naik ke tak?... macam tu juga cinta..makin hampir terkadang kita keliru..betul ke tak? dan hasilnya..terkadang, kita "biarkan sahaja teksi itu berlalu pergi depan mata kita..." akibatnya, ada dua :

1. akan bahagia dengan keputusan itu

2. akan menyesal dengan keputusan itu.

AxraZa said...

saya dah lepaskan satu teksi. nak kata menyesal tu tak kot. tapi, sesekali teringat jugak..hehe