Monday, August 23, 2010

2 dalam 1

Cerita satu

Perbualan sengal di malam hari...

Sebagai stalker blog yang berjaya, sebelum tido haruslah saya skodeng blog-blog kegemaran saya dulu. [Astagfirullah, saya tau, sepatutnya saya baca Quran]. Tetiba terbaca pasal satu blogger ni boleh earn RM160++ dalam 2-3 minggu memula dia start blogging dulu. Saya tau Nuffnang ni mmg dpt income tp saya tak amik port pun. So saya pun cakap ngan cik rumate saya;

Saya:  Cik Rumate, nuffnang ni boleh dapat duit ek?

Cik Rumate:  Memang arr!! Saya dah register dulu. Tapi tak dapat! [dengan muka yang SANGAT bersungguh-sungguh. SANGAT ok!]

Saya: Hahahahahha [gelak kuda]

Korang tak tengok muka dia, so korang takkan rasa lawak.  Kalo korang tengok, boleh kita gelak berjemaah.  Itu je. Sengal punya Azira.  Kesian cik Rumate, sebaik sahaja entry ini habis di tulis, beliau telah pun membawa diri ke bilik. Tido. Hahaha..baru kena gelak sikit dah majuk.  Memang lemah semangat budak nih. Hahaha.


Cerita ke dua lak.

Yakni petang tadi, sedang golek-golek depan tv dengan Cik Rumate..(dia lagi. xde orang lain ke?) Tetiba, TING! Teringat nak makan murtabak maggi. Saya pun bagitau Cik Rumate. Macam biasa, bab makan takkan timbul soal jawab punya. So, menu kami petang tadi, murtabak maggi berserta juadah lain la jugak..beli je kat bazar ramadan dekat depan sana nun.

Seperti dijanjikan kepada Mek Su, saya bg resepi serba ringkas murtabak maggi ini.

Bahan-bahan:

1 bungkus maggi (kari)
3 biji telur ayam
2 biji cabai merah
1 biji bawang besar
1 paket perencah kari tadi.

kalo nak boleh jugak taruk, mince meat tapi kena sesuaikan dengan telur.  Agak-agak je ikut bancuhan tu.

Cara membuatnya:

1.  Rebus maggi tu, pastu toskan.
2.  Cabai besar ngan bawang tu potong dadu. Omputih kata dice.
3.  Pecahkan telur, pukul. Then masukkan bawang, cabai dan perencah kari tadi. 
4.  Pukul lagi kasi dorang mesra sikit.
5.  Masukkan la mee maggi tadi dalam telur yang dah dipukul tu. Gaul lagi.
6.  Goreng. Minyak jangan banyak. Tak elok utk kesihatan. :P


Ini le rupenya Murtabak maggi Flat Digi :)

So, selamatlah sudah. Gambar di atas tinggal kenangan je.  2 bungkus maggi untuk berbuka dan bersahur esok. Ada sekeping lagi ni. Amin.

xoxo.

7 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

menyampas

AxraZa said...

tp saya suke! hahahha..

tumpanglalu said...

ropa mcm murtabak tp kulitnya telur! mana aci! hehe

AxraZa said...

dia sebenarnya skinless am..hehe
telur tu mengikat mee-mee tu lalu membentuk jd cam tu. but i guess kalo ada tepung kat umah boleh la kot kalo nk buat kulit tu...hehe.

ni bujang2 je..tepung pun xde.. org kg melayu ayer itam try lah! haha

Shu said...

ni martabak ke pancake? HAHAHAHAHA!!! ku semangatt..macam teluq hancur!! hahaha...[ serius saya duk gelak kuda neh!!! ]. btw nak try nanti... thanks for the resipi yer sis! kim salam kat Mek Su tu..suh dia diet sket...[mentang2 dalam proses nak pregnant,habis semua makan dia hentam tau, tlg ceramah seket kat dia] ;

sekian,
cerita kedia kopi.

AxraZa said...

mana lak telur hancur tuuuu..yg atas tu dh tinggal separuh! paejah makannnnn...hahahha

yg bwh tu sekeping..masih in tact!
xpe, kak zira mmg suruh mek su tu makan byk2..kasi tambah cute! hahahhaha

Shu said...

doa2 la mek su x false alarm..mengharap sangat dah dia tu..