Post ni kira lewat sehari..alang-alang dh lewat, saya update sekali lah.
Pertama sekali, SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 61 UNTUK EMAK SAYA.
Saya doakan semua perkara baik di dunia ni untuk emak tercinta saya (meh doa ramai-ramai..hehe)
So, kalo ikutkan hari ni double celebration la..memandangkan saya sangat sengkek sekarang, takde hadiah macam selalu untuk Mak. Bawak ke tahun depan lah nampaknye.
Tadi, pergi ziarah kakak kerani sekolah yang baru kehilangan ayahandanya tercinta. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya dah lalui, so saya tahu perasaannya. Kita tahu kita redha, tapi sedih tetap sedih.
Doa saya semoga Kak Nor tabah menghadapi dugaan ni. Dah semoga Allahyarham tenang di sana (meh sedekah al-fatihah ramai-ramai.. :)
Kepada semua hargailah mak ayah kita semasa hayat mereka masih ada. Sebabnya kita pun tak tahu, siapa akan pergi dulu. Hari-hari ada je orang baru lahir. Hari-hari jugak ada yang akan pergi. Kita? Rahsia Dia juga adanya.
No comments:
Post a Comment