Malam ni memang blues. Apsal?
Sebab baru balik dari kampung. Tak sempat dok lama kat umah. Sampai pagi sabtu, singgah sana sini...sampai umah dah petang. Tido atas katil sendiri pun tak sempat, cane? Lain kali balik, sila ingat jangan tertido kat lain selain bilik anda sendiri sebab nanti anda akan terkenang-kenang keempukan katil anda. (walaupun dia tak bape empuk pun).
Sebab walaupun balik umah, hati ada kat Penang. Lecturer pi sms bagitau nak datang esok (Isnin). So, hati saya segera terbang ke Penang sebab teringat kerja yang melambak yang saya tak bawak balik. Sebelum ni saya memang selalu bawak balik, tapi saya bawa semula ke sini dengan keadaan tidak terusik...buang karan je. So kali ni saya nekad tak bawak balik sebab nak cuti je. Result: Gagal dua-dua, cuti dan kerja.
Sebab saya mencari hati saya...semasa di sana, saya rasa hati saya kat sini. Tapi bila di sini, saya rasa hati saya di sana. Adakah hati saya masih sangkut di tol Juru tadi? Sebab saya macam tak de hati malam ni...
2 comments:
tol juru?
i like
i ingat tersangkut at middle of nownhere
klu kt tol juru tuh, xde laa risau sgt nk cari balik nti
sbb thu kt mana
mereng sudah kamu.....hahahhah
blues untuk kamu....!!!
Post a Comment