Assalamualaikum. Macam kekok nak menulis ni sebab dah lama tak merapu dalam ni. Hidup kebelakangan ni sangat rutin dan tak ada benda menarik yang berbaloi untuk ditulis.
Dalam hidup yang rutin tu, benda yang akhir-akhir ni menjadi lebih rutin adalah post-post di Facebook tentang PRU 13. Kedua-dua belah pihak masing-masing nak tegakkan pihak sendiri. Aku malas nak campurlah part tu sebab undi pun rahsia. Aku puji atau kutuk mana-mana pihak pun, tak ada sesiapa yang tahu, at the end of the day aku undi siapa. Hanya aku dan Dia yang maha tahu. SPR la kot, selain tu. Tu pun kalau dorang amik port undi kita satu-satu.
Yang aku nak cerita ni pasal integriti. Jadi, nak tak nak entry ni nanti akan berbaur politik. Walaupun aku bosan nak baca pasal politik, tapi aku tetibe rasa nak tulis jugak pasal ni. Siapa yang rasa tak boleh berlapang dada bila baca ni, sila hentikan pembacaan (bajet macam ramai bona yang baca..haish). Anyway, kalau pun ada satu dua tiga jiwa yang akan membaca, message nye sama. Kalau tak boleh berlapang dada, gi main jauh-jauh.. hehe. Lagi satu post ni panjang. Read at your own risk.
So INTEGRITI. Meh aku bagi maksud integriti ni. Antara lain maksudnya, sifat jati diri yang termasuklah keikhlasan, kejujuran, telus, amanah, keterbukaan dan benar dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Jadi aku nak sentuh pasal integriti ni dari tiga sudut sahaja. Aku pun bukan arif benar. Ini cuma pemerhatian daif aku.
Yang pertama, berapa orang yang share dalam Facebook atau mana-mana laman sosial yang lain yang akan cek dulu kesahihan cerita sebelum tekan butang 'share'? Button 'Like' lagi aku malas nak cerita. Senang perabih nak 'Like' apa-apa cerita pun. So tekan jelah. Aku pun sama. Aku menyampah tengok dua tiga orang post mende yang sama yang tak tau sahih ke tidak masuk dalam news feed aku. Serabut. Aku kan curious so aku akan terasa nak baca. Kalau mende tak betul, aku pun terjebak baca fitnah. Tak suke.
Yang kedua, pasal BR1M (dan macam-macam BB1 yang lain) This might sound bias. But believe me, aku dah cuba melihat perkara ni dari sudut lain. Tapi kesimpulan aku sama je. Aku terjumpa, banyak yang cakap ini duit kita (read: rakyat). Dah orang bagi amik je la. No obligation pun nak pangkah parti orang yang bagi tu. Betul, aku setuju. Tapi, kalau kau dah terang-terang cakap kau takkan pangkah, kau cuma amik sebab itu hak kau dan mendabik dada tentang itu. Pada aku itu tak de integriti. Pada aku simple, kalau aku tak suka dan aku pulak dah sah-sah tau duit tu untuk membeli jiwa aku...aku takkan ambik. Dan kau pun cakap duit tu tak banyak kan. Lebih kurang RM1.30 je sehari. Simple maths. Tapi sanggup pulak beratur panjang. Nak amik RM500 tu. Deyyy..aku memang tak paham. Duit kita? Yang layak dapat tu semua tak bayar income tax pun. Duit kita? Duit orang yang bayar income tax tu memang ye. Tapi negara ni tak payah bayar expenses lain ke? Cukup duit tax payer tu nak cover semua? Siap ada lebih nak bagi rakyat jelata. Yang corrupt tu pun ada. Sume orang macam dah tau, so tak payah cerita sini. Buat semak je.
Yang ketiga, calon-calon yang bertanding. Ada orang kata, pilih parti. Jangan pilih calon. Tapi pada aku, aku akan tengok calon dulu. Adakah calon yang kita nak pilih untuk mewakili kita tu berintegriti? Jangan nanti kita persoalkan dia bila dia tak buat kerja. Lebih baik kita persoalkan sekarang. Sebelum tu, aku persoalkan jugak integriti aku. Aku hidup dalam arus perdana. Semua perdana, tv perdana, suratkhabar perdana bla bla bla. Bila aku pilih ni, adakah untuk kesenangan di sini atau di sana (nanti). Semoga Allah memberkati kita semua. Amin.
p/s: An army of sheep led by a lion is better than an army of lions led by a sheep.
3 comments:
salam..
dlm Berita Harian harini mukasurat 50 bahagian Rencana ada temubual dgn Tun Dr. Mahathir bertajuk 'Kita pilih wakil rakyat bukan untuk basuh pinggan': Utama calon berbanding parti bukti politik kurang matang.
soalan ditnya; 'ada pengundi berkata, mereka mengundi kerana calon, bukan parti. apa pandangan tun?'
tun jwb; 'itulah yang tidak kena. pilihanraya bkn soal calon, tp soal parti. kalau calon menang tp parti kalah, apa kita dpt. dia (calon) tak boleh buat apa, tak boleh tolong kita pun sbb dia tak boleh pengaruhi kerajaan. etc'
Betullah tu Am. Cuma, sy rs kalau kt dh tau perangai calon tu mcm mn...tkkn nk undi juga. Sungguhpun partinya kuat kalau dia sendiri lemah akal, tk ke mn jua. Bc p/s kt bwh tu..hehe. lg satu, kt sn nnt kt pun akn disoal, siapa yg kt pilih semasa di sini...
sungguh aih =)
Post a Comment