Dua tiga hari lepas, ada kawan cite pasal satu blog yang bagus. Bila dah baca, memang terkesan di hati. Blog orang biasa, bukan ustaz bukan guru agama. Cuma orang biasa yang saya rasa rajin membaca. Banyak ilmu dan mind trigger things yang dia bincang kat situ. Dengan cara yang buat orang tertarik untuk baca. Dia jugak ada banyak follower.
Sebagai blog walker and stalker yang berjaya, saya rasa blog yang ramai follower ni biasanya blog yang santai-santai je. Jarang yang saya tengok, blog yang discuss isu berat ada ramai follower. Tentu ada sesuatu psl blog atau blogger ni kan?
Tapi bukan itu yang saya nak cite kat sini. Saya terfikir, dia orang biasa, saya pun orang biasa. Kalau satu hari nanti dia dah takde, dan bila ditanya nanti..semasa hayat dia...apa amal baik yang dia dah buat? Dia boleh jawab, dia dah cuba sampaikan dakwah dan ajak orang buat baik melalui blog dia. Dia sekurang-kurangnya dah buat 2700 jiwa terfikir untuk berubah.
Kalau saya pulak? Kalau saya dah takde nanti, bila ditanya apa sumbangan saya pada agama...apa saya nak jawab? Takde? None?
Tadi pulak, bukak facebook dan terbaca link classmate pasal remaja yang mati dalam usaha allahyarham berdakwah di Sabah. Siap guna duit PTPTN dia untuk dakwah. Jenazah nampak tenang, macam tido je.
Dalam mana-mana kes kat atas ni, dua-dua pun sebenarnya berdakwah. Ajak orang kembali kepada agama. Dorang pun orang biasa macam saya.
Saya rasa takut. Saya rasa kerdil. Saya rasa takde makna. Takde nilai. Camne?
Doa saya, semoga Allah panjangkan umur saya...beri kesempatan untuk saya sumbangkan sesuatu dulu. Amin.
No comments:
Post a Comment