Saya tau saya dah update semalam. Tapi tadi saya jalan-jalan di blog Cik Suli, tengok entry dia..ada stages perubahan kulitnya. Maka, saya pun terpanggil nak buat post ni... jangan kata saya tak de keje! Keje banyak jeee..cuma belum ada mood nak buat. Memandangkan tak ramai pun yang baca blog ni, tak salah la vain sikit sekali sekala kaaann? hihihi..
Meh kita tengok...
Gambar ni diambil beberapa hari sebelum dapat result KPLI. Balik outstation dari mana tah, singgah kat Tesco dekat ngan office jap, carik brunch macam biasa. Tapi singgah kedai spek jap konon nak tukar spek. Time nih, tak kenal pun foundation la, garnier la..itu ini. just moisturiser ngan bedak je. pakai lipice..jalan!
Paling ketara, taik lalat kat dahi yang dulu ada, skang dah tak de. well blend ngan kehitaman kulit. Great!
Time ni baru habis induction kat KPLI. Semua senyum, sebab sape pun time ni tak tahu, apa yang menanti mereka di depan.. jeng! jeng! jeng!
Ini antara bulan-bulan awal jugak kat Maktab. Saya rasa saya pakai faoundation dah kot time nih. Hahaha! Sebabnya, kecerahan tu nampak sangat fake! Mata panda sudah mula kelihatan.
Time ni lak, kulit dah mula terbakar sikit, tapi puan rumate saya suggest saya pakai satu product. Berkesan. Kesan terbakar hilang time ni. Kalo skang saya buat camni, alamatnya nampak kain anduh tu je laaa..hahaha (ok, exaggerate!)
Dah start malap. Yoda lagi cute!
Dan terus malap. Time ni memang dah jauhkan diri dari camera. Apatah lagi bila ramai yang terkejut tengok kulit baru..huhu
Style bergambar camni je la yang sesuai...
Dan memandangkan saya belum pulih sepenuhnya, malah mengikut sesetengah kawan..kulit saya dah semakin teruk...maka saya juga tiada gambar untuk di buat perbandingan..sebelum dan selepas..
Sesungguhnya,saya masih dalam fasa pemulihan. Kesian atau padan muka saya?
6 comments:
perlu x sy letak kt wall gambar time kulit awk sgt burn itu?
wall facebook? kalau rasa tak nak ada kawan nama azira dah, sila la!
tak mboh kawan!
sis ni...gelak je su baca entry ney..ade plak Yoga lagi cute! sis, y not go for bedak sejuk first, atau pergi cari any air mawar pakai seblum masuk tidur. Air mawar di campur bedak sejuk. bedak sejuk tu yang made by our keturunan lagi elok..yang tuk nenek kita wat sendiri. nenek su masih ade yang dia wat,kami anak beranak sepupu sepapat pakai y dia wat..if u want balik ni i try bawak kat u...
its Yoda su! yoga la pulakkkk..hahahha..
kak zira ni hangat2 taik ayam. and one thing psl bedak sejuk, dia agak gatal..tu yg kak zira x pakai..kalo sue nk bagi, kecik tapak tangan, padang ipg sy tadahkan..hehehe
cik patung..kalu mokcik ni xizinkan..cik patung msg je kat gambo tu kat akak..hehehe
mokcik..saya xpasan pun ko tambah burn tapi pasan ko bertambah tembam..(bertambah bulat tangan ko..)kuangkuangkuang
cik su ehh silap pn kan..cik azira ni xleh pake barang2 tradisional dia pake barang2 moden jer..kulitnya sensitip or dgn kata len ngade2..hehehe
ewah ewah ko gcoppppp...sy pakai je, x kisah punnnnn :P
Post a Comment