Tuesday, August 31, 2010

None of the above...

I've got three observations to go.  Three days in a row.  You wouldn't want to know my feelings right now.  If I could transfer it into words, no dictionary could ever translate it. So I told my dear housemate about this..about me having jiwa kacau when I am suppose to start doing my ABM.

And she told me, there are three things 'orang jiwa kacau' would do.

1.   dia cakap banyak (she talks a lot)
2.   dia buat kerja gila (she does something mad, madder and maddest)
3.   dia menulis (she writes)

My answer:  All of the above.  

I've done the first one.
I'm doing the third one.

What do I do next?

This may be?



Takde la gila sangat. Tapi gila jugak kalo esok nak kena observe, kita gi mancing malam ni kan?

Merdeka!! kah kita?

Amaran: Entry ni panjangg.

Kalau saya kata saya menyampah setiap kali tengok cara orang sambut merdeka, adakah saya tidak patriotik? Bila saya kata saya meluat setiap kali dengar anak muda jerit-jerit merdeka! merdeka! adakah saya tidak bersyukur dengan apa yang kita ada ni? saya salah ke?

Sungguh benar saya bersyukur dengan apa yang kita ada ni. Walaupun saya ada banyak perkara yang saya tidak bersetuju. Tapi, kalau dah kita rakyat Malaysia mendefinasikan hidup dengan aman, boleh keluar rumah dengan aman dan praktikkan apa yang kita nak dengan aman tu sebagai MERDEKA. Saya akur je la.  [But believe me, it takes more than that].

Pada saya, tak perlulah nak melaung Merdeka! kalo takde pengisiannya.  Jerit tanpa sebarang pengertian. Dah macam pesta apa pulak. 

Bila start je coutdown hari merdeka ni, tak boleh tidak saya mesti teringat kisah saya ngan member-member yang kebetulan bercuti kat Desaru, Johor ngam time malam merdeka.  Malam tu, memang macam pesta air lah kat tepi pantai tu.  Siap ada konsert, games, menyanyi menari tu sah-sah la adakan.   Korang pun boleh agak lah, sume mende-mende 'biasa' untuk setiap sambutan kat Malaysia ni.  Itu saya agak, boleh la kasi can. Cuma yang saya agak sedih bila terkenang keadaan pada esok paginya.

Subuh esoknya tu, memandangkan Johor masa tu ada masalah bekalan air yang agak teruk (mungkin sekarang pun), chalet kami tak de air so kami terpaksa menyusur tepi pantai tu untuk ke bilik air yang agak jauh. Sepanjang jalan tu, apa yang saya nampak...botol arak merata-rata, lelaki perempuan tido kat atas pasir pantai tu..belum masuk yang dalam kereta lagi. Tak reti saya nak gambarkan dan korang pun fahamlah apa yg involve dlm situasi macam tu, masa tu saya rasa macam sedih giler.  Tambah sedih bila, dah masuk tengah hari...matahari tepat atas kepala..orang-orang yang tido tadi masih belum bangun.  Sampai datang pulak pak cik-pakcik tolong kejut. Kuis-kuis dengan kaki je.

Itulah pun orang-orangnya yang melaung-laung Merdeka!! semalamnya.  Yang bising kalau orang marah dia bising, dia anggap kita tak cukup patriotik. 

Jadi, apa saya nak kata? Kat flat digi ni pun tadi..saya tak fahamlah apa kaitan sambutan merdeka ngan ketuk zink sambil laung-laung merdeka. Apa kita nak kata?

Saya cuma leh kata, I rest my case.

Sunday, August 29, 2010

Fes Leb...

Skang jam tunjuk pukul 1.25pm. Panas walaupun kipas pasang full dan angin berderu-deru. Penang memang macam ni kot. Ke sebab aku baru pas makan maggi-in-my-mug? Hahaha. Acah je.

Disebabkan panas, plan aku nak siapkan jurnal minggu ni (dan minggu-minggu sebelum ni) terbantut. Tu la antara sebab kenapa aku selalu bangun kol 3-4 pagi untuk buat keje. Otak aku ni macam tak jalan kalo panas. Freeze. Beku. Keje yang dia boleh buat keje merapu macam ni la..hehehe.

So aku sambung je la cite fes leb (first love) tu ek? Semalam aku buat research sikit. Yang aku dapat, tak de satu pun yang berani nak define secara concrete cinta tu ape.  Sume bagi keadaan yang jadi kalau kita jatuh cinta je. Makanya, how in the world lah kita nk tau bila yang kita dilanda first love kan? Cinta monyet tu biasa, bila kita dapat surat wangi-wangi tu...cinta monyet la tu. 

Walaubagaimanapun, ini antara yang terbaik yang aku dapat....

How can one truly define what love is? Not even an experienced person can truly grasp or explain love to its truest and deepest meaning. Its concepts are just a never ending story of an open book of experiences. But love does lie in one's heart, where memories are but shadows lingering in your soul. Love is giving someone the power to break your heart, but trusting them not to.

Pada aku, cinta ni dalam.  It takes more than just belanja makan dan keluar jalan-jalan. Pendek kata, kena sedia berkorban.  Maknanya, kita kena belajar terima orang dalam hidup kita ni tanpa syarat. Unconditional gitu. Dan orang tu pun kena la terima kita seadanya..hitam ke..legam ke..dia kena la terima. Kalau pada bila-bila masa kita question, boleh ke dia ni?? Maknanya dia bukan la orangnya..kan? Bila aku tulis entry ni, pahamlah aku yang aku ni memang fail la bab-bab cenggini. Haha. Punya dalam pengertian aku sampai aku pun naik tak paham.

Cinta pertama aku?  Kalo ikut definisi kat atas ni...memang sume tak dikira love la. Tapi kalo kira otak udang aku ni je, rasanya mula-mula kenal mende nih bila aku cari orang tersebut bila beliau tiada dalam lecture hall.  Tapi bila dia ajak borak aku tak layan la pulak. Dia ajak keluar lagi la tak layan. Pendek kata, definisi dan pengzahiran aku ni agak songsang.  Lagi aku suka, lagi la aku tak layan. Boleh? (Err..salah satu sebab knp anda masih bujang maybe?) 

Cukup lah merapu nih.  Rasa cam nak discuss cinta pertama je...ni dah merapu ke love as in 'betul-betul punya love' lak. Huhu. Ampun je la wahai pembaca (if any).

Note: “How on earth are you ever going to explain in terms of chemistry and physics so important a biological phenomenon as first love?”  — Albert Einstein


Homesick dan cinta pertama...

Venue:  Flat Digi
Mood:  Homesick

Kenapa homesick? Sebab dah plan nak balik Ipoh dah 2 minggu. Siap janji ngan Ayong nak pegi shopping raya dan buat kuih waktu cuti Nuzul Quran ni.  Tapi itulah, kita merancang...Allah tentukan.  Last minit, tak jadi pulak.  Ingat tak de effect sangat. Tapi tak sangka, rindu ni menyerang tiba-tiba.  Lebih tak sangka bila kita boleh rindukan umah kita yang diam kaku lagi bisu tu.  Tu belum ada orang yang ditinggalkan di sana, kalau ada..haruslah aku start keta sekarang juge..hehe

Dah kata homesick kan, jiwa haruslah agak melancholic hari ni... teringat sembang-sembang ngan Mek Su tadi pasal first love. Agak pelik nak sembang isu ni kat sini.  Tapi aku rasa nak jugak cakap.  Sebabnya hingga hari ni aku pun tak bape nak pasti siapa atau bila si cinta pertama ini melanda hidup aku. Macam mana nak define first love or love ni?  

30 minit dah berlalu... Tak de idea.  Tunggulah aku wat research dulu. To be continued...

Note:  Orang pertama yang boleh buat anda tak lepas nak telan nasik kerana nasik itu tiba-tiba terasa seperti pasir...adakah dia cinta pertama anda?

Thursday, August 26, 2010

Khas buat korang...




Note: Dh publish baru pasan, panjang giler entry ni. ampun je la ek..huhu


Semalam sempat chat sekejap dengan Bizan aka Abang Bizan aka Abang Itam (hihihi).  Dia nak kawin bulan 10 ni. Dah 2-3 kali dia peringatkan, suruh clearkan schedule bulan Oktober nanti.  Bizan memang sweet.  Dia tanya dulu, macam mana nak bagi kad, sebab kalau hantar ke rumah...chances masuk longkang memang tinggi sebab post box kat umah tu tak mampu nak tahan air hujan.  Dia kata kalo tak de cara lain, dia turun Penang just nak bagi kad tu.  Tapi kami resort, pas je pada Asrul aka Beron.  Dua orang makhluk ni pada aku sangat sweet.  Aku sangat happy untuk Bizan.. At last, dia jumpa orang yang dia akan hidup bersama.  Sape dorang ni sume dalam hidup aku?  


Hari ni nak cerita pasal kawan-kawan aku, yang sebenarnya lebih dari kawan.  Ayat 'adik-beradik kita' tu tak asing la kiranya...


Kami kenal masa buat Pre-law, sama-sama kantoi placement test lalu masuk ke pre-law. Dari situ kami kenal, kawan, jadi baik, rapat sampai la dorang ni sume boleh kata pernah berlonggok kat umah sewa kami dulu, dari subuh sampai tengah malam...(sampai kami penah sorok kasut dan dok dendiam bila depa ketuk pintu umah!) hahaha!

Memula aku start ngan Abang Bizan si bakal pengantin baru :)  Sebab dia paling tua. Bizan orang Kedah, mamak la kira. Hensem, ala-ala Akhshay Kumar gitu! Buleh kata kaki buku dan sangat rajin. Dia ni orang susah nak paham dia. Kiranya ramai jugak yang tak sebulu ngan dia, tapi kami okay je ngan dia..sebab walau apapun, dia tetap sweet. Cerita aku paling tak boleh lupa pasal Bizan ni,  ada sekali aku lupa nak bawak akta, dia bolehnya suruh aku drop paper tu... masa tu aku pikir, apekeslasibizannih! hahaha.

Lepas tu aku nak cerita pasal Bai, dia yang ke dua tua.  Dia ni asalnya senior aku.  Tapi masa degree jadi satu kelas.  Hensem gak, macam Man Bai, sebab tu orang panggil dia Bai.  Perangai tak jauh macam Bizan, sangat rajin dan kaki buku.  Time-time study group, kalo dorang bertekak pendek kata kitorang boleh habiskan jagung setongkol dulu la....mmg akan berlarutan.  Elok la skang sorang lawyer yang berjaya, sorang Pendaftar Mahkamah yang berjaya..agak-agak kalo dorang bertemu kat court cemana la agaknya.  Bai ni yang paling aku ingat pasal dia, dia la yang selalu dok suruh aku amik lesen keta.  Senang nak bawak mak gi klinik kalau mak semput dia kata..sebabnya mak dia ngan mak aku sama..ada asthma.

Yang ketiga, Asrul. sebaya je ngan aku, tapi lagaknya macam abang besar.  Suka mengarah itu dan ini..hahaha.  Tagline dia yang masih sume orang terngiang-ngiang sampai skang, "Zira, ko turun skang!"  Memang tak boleh lupa..haha. Dia ni nampak garang, tapi hati dia sangat lembut.  Macam M&M, hehe.  Jasa dia paling besar ngan aku, time yang aku tertinggal akta tu, dia la yang tolong amikkan.  Sanggup balik umah sewa aku tolong amikkan.  Dia masuk exam hall setengah jam lewat.  Last-last lak, paper tu dia dapat ape ntah, tapi aku dapat A-. Yang pastinya result aku ok sikit dari dia.  Bila aku cakap sorry, dia kata bukan salah aku, dia yang tak belajar sangat.  Untuk itu, aku takkan lupa.  Sampai mati saya akan ingat la Asrul. Terima kasih banyak :)

And then kami ada Muin, dia ngan Asrul sangat berbeza.  Muin ini kira lembut sikit.  Muin ni punya baik, kira tahap kalo soh datang umah pukul 2 pagi pun dia sanggup datang.  Dia ni merangkap banker kami la dulu.  Aku pun selalu la jugak jadi banker dia.  Kira kad ATM mu, kad ATM ku jua lah! hehehe. Kalau Bizan dah kawin nanti, tinggal Muin je la yang bujang dalam adik beradik lelaki kami ni..semoga Muin juga cepat bertemu jodoh hendaknya, amin.

Dalam geng pompuan, kami ada Aja.  Bai, Bizan sume panggil dia Ibu dulu sebab dalam group ni dia la yang first kawin. Bijak tapi sikit punya selamba.  Geng aku tido dalam kelas, geng aku ponteng kelas gak.  Bisnes partner aku jugak ni time jual sandwich dulu.  Apepun, aku ngan Aja banyak kenangan bersama la.  Aku buleh je buat muka tak malu duduk kat umah Aja kat Terengganu tu sampai 2 minggu.  Balik je umah mak moncong je. "Tah sape la ajar duduk bertunggu tangga kat umah orang lelama", itu la ayat mak yang pedih menusuk kalbu time tuh. Ye la, cuti sebulan je..2 minggu awal aku merayap tak hingat nak balik umah. mak mana tak marah. Huhu.

Pastu kami ada Reena, orang Sabah.  Aku ngan Reena skang jarang dah contact.  Tapi aku sentiasa ingat kat dia. Aku percaya, kawan yang baik ni tak perlu setiap masa bersama, tapi bila jumpa tu, kita tak rasa apa yang kurang pun dalam persahabatan kita.  Reena ni, kira penyimpan mohor besar aku la..kalo crush-crush sikit ke, jatuh cinta sikit ke...sume aku cite ngan Reena ni la..dia lak rajin melayan..ahaks.  Reena pun masih solo and steady lagi.

Lepas tu Gcop, nama beliau Jie adanya tapi mulut aku ni dah biasa ngan Gcop tu..tak boleh nk ubah. Dia kira macam punching bag aku laaa..hehe. Aku geram, bengang, mencik, menyampah, suke, gedik-gedik bla bla bla..sume aku cite ngan dia...sume aku lepas kat dia..amaaattt penyabar orangnya. Hahaha!  Sampai skang pun aku akan carik dia kalo nak menggedik-gedik sikit. Wahahaha.  Sorry ek Gcop, ko jangan menyampah pulak tau!  Sementara ko bujang ni je leh buat camni..nanti saya tak kacau dah!

Akhir sekali aku ada Radhi, nama yang tidak asing lagi lah!  Hehe. Selain dorang-dorang kat atas ni, Radhi la salah sorang tempat mengadu aku. Ni pun biz partner jugak ni..tokeh sandwich. Hehe.  Aku ngan Radhi ni dulu, yang paling aku ingat suka ronda-ronda naik motor malam-malam. Pusing Seksyen 7 tu, tengok rumah orang, kira kereta orang..hehe.  Memang tak de keje.  Radhi ngan Gcop ni, gang layan cerita korea la.  Sampai menangis air mata darah la kiranya tengok cerita korea.  Wahahahaha!

Tu la dia, kawan-kawan aku...yang mana tak kira lama mana tak jumpa, lama mana tak dengar suara...bila jumpa boleh gelak dan borak tak kekok punya.  Sampai bizan tahap leh tido la kat umah Aja. Asrul tak yah cite! Pendek kata, korang memang best ah.

Gathering, last year.
the girls... :)
Abang Bizan dan kami :)
mmg buat cam umah sendiri..
kahkahkah

Tuesday, August 24, 2010

sebelum saya menutup mata...

yeeeaahaaa! INI ADALAH POST KE-100 :)


Haha...jangan pikir bukan-bukan pulak ye.  Saya belum nak 'pergi' lagi.  Saya cuma nk gi tido je. Tapi, sebelum saya pegi pejam mata dan lena, saya nak tanda la sikit...tentang penukaran nama blog ini..hehe.  Bukan untuk sesape, untuk saya sendiri jugak adanya.  Tak nak lah nanti, tetiba saya tak ingat dah kenapa saya tukar nama blog dari glamer ke tak bape glamer dah ni. :)

Memula saya buat blog ni, yakni pada tahun 2008..saya sedang giat mengadap mahkamah.  Hari-hari ada je mende yang saya rasa sangat tidak adil.  Dalam hati saya kata, inilah hidup! Bila saya cerita ngan sesape pun, sume cakap..that's life! Maka saya pun, terpanggil nak cerita isu-isu tu dalam bentuk tulisan. So saya start blog. Tapi nama nak kena glamer kan? Tu yang keluar c'est la vie! tu. Makna dia simple je...Inilah hidup! That's life! Lama saya membebel sorang-sorang dalam blog ni (sebab tak de yang baca pun). Tulis tapi tak cukup berani nak publish. Lama saya simpan hingga satu hari saya decide nak publish dan buang entry-entry yang panas hati sume tu.  Tinggallah 2-3 kerat yang saya dah tapis. 

Tadi, dengan penuh perasan best..saya pun baca blog saya sendiri dari zaman-zaman awal berblog. Memang tak kena ngan tajuk.  Sume entry tak habis-habis pasal diri sendiri..seb baik la ada 2-3 kerat kawan yang sudi nak jaga hati lalu singgah di sini. Hehe.. Thanx ek korang..sayang koranggg :)

So, saya pun rasa kena tukar nama ni.  Supaya saya tak menipu pembaca saya yakni kawan-kawan saya je la punnn..wpun korang tak amik port, tak pe la..saya mmg nak tukar ponn.. So, itu je la reasonnya.  Tak de ape sgt pun, biasa la dah namanya Zira kan. Kecoh kena lebih..hihihi.

Monolog yang agak sengal pada jam 1 pagi....

Saya: Saya nak join nuffnang la. Ok tak? Ada ke orang nak baca blog cenggini? Hahaha...

Korang (law of presumption is applied): Aku (majmuk) baca pun time bosan tahap gaban je Zira..sendiri mau ingat laaa! 

Saya: Korang dah idup lama eh? Huh!

Moral:  Nuffnang bagi at least RM0.25 satu hari, so instead of beratkan loading page ni..baik menabung je 25sen tu tiap-tiap hari..lebih afdal. Sekian.

xoxo.

Monday, August 23, 2010

2 dalam 1

Cerita satu

Perbualan sengal di malam hari...

Sebagai stalker blog yang berjaya, sebelum tido haruslah saya skodeng blog-blog kegemaran saya dulu. [Astagfirullah, saya tau, sepatutnya saya baca Quran]. Tetiba terbaca pasal satu blogger ni boleh earn RM160++ dalam 2-3 minggu memula dia start blogging dulu. Saya tau Nuffnang ni mmg dpt income tp saya tak amik port pun. So saya pun cakap ngan cik rumate saya;

Saya:  Cik Rumate, nuffnang ni boleh dapat duit ek?

Cik Rumate:  Memang arr!! Saya dah register dulu. Tapi tak dapat! [dengan muka yang SANGAT bersungguh-sungguh. SANGAT ok!]

Saya: Hahahahahha [gelak kuda]

Korang tak tengok muka dia, so korang takkan rasa lawak.  Kalo korang tengok, boleh kita gelak berjemaah.  Itu je. Sengal punya Azira.  Kesian cik Rumate, sebaik sahaja entry ini habis di tulis, beliau telah pun membawa diri ke bilik. Tido. Hahaha..baru kena gelak sikit dah majuk.  Memang lemah semangat budak nih. Hahaha.


Cerita ke dua lak.

Yakni petang tadi, sedang golek-golek depan tv dengan Cik Rumate..(dia lagi. xde orang lain ke?) Tetiba, TING! Teringat nak makan murtabak maggi. Saya pun bagitau Cik Rumate. Macam biasa, bab makan takkan timbul soal jawab punya. So, menu kami petang tadi, murtabak maggi berserta juadah lain la jugak..beli je kat bazar ramadan dekat depan sana nun.

Seperti dijanjikan kepada Mek Su, saya bg resepi serba ringkas murtabak maggi ini.

Bahan-bahan:

1 bungkus maggi (kari)
3 biji telur ayam
2 biji cabai merah
1 biji bawang besar
1 paket perencah kari tadi.

kalo nak boleh jugak taruk, mince meat tapi kena sesuaikan dengan telur.  Agak-agak je ikut bancuhan tu.

Cara membuatnya:

1.  Rebus maggi tu, pastu toskan.
2.  Cabai besar ngan bawang tu potong dadu. Omputih kata dice.
3.  Pecahkan telur, pukul. Then masukkan bawang, cabai dan perencah kari tadi. 
4.  Pukul lagi kasi dorang mesra sikit.
5.  Masukkan la mee maggi tadi dalam telur yang dah dipukul tu. Gaul lagi.
6.  Goreng. Minyak jangan banyak. Tak elok utk kesihatan. :P


Ini le rupenya Murtabak maggi Flat Digi :)

So, selamatlah sudah. Gambar di atas tinggal kenangan je.  2 bungkus maggi untuk berbuka dan bersahur esok. Ada sekeping lagi ni. Amin.

xoxo.

Sunday, August 22, 2010

I miss my....skin?


Saya tau saya dah update semalam. Tapi tadi saya jalan-jalan di blog Cik Suli, tengok entry dia..ada stages perubahan kulitnya.  Maka, saya pun terpanggil nak buat post ni... jangan kata saya tak de keje! Keje banyak jeee..cuma belum ada mood nak buat.  Memandangkan tak ramai pun yang baca blog ni, tak salah la vain sikit sekali sekala kaaann? hihihi..

Meh kita tengok...


Gambar ni diambil beberapa hari sebelum dapat result KPLI.  Balik outstation dari mana tah, singgah kat Tesco dekat ngan office jap, carik brunch macam biasa. Tapi singgah kedai spek jap konon nak tukar spek. Time nih, tak kenal pun foundation la, garnier la..itu ini. just moisturiser ngan bedak je. pakai lipice..jalan! 

Paling ketara, taik lalat kat dahi yang dulu ada, skang dah tak de. well blend ngan kehitaman kulit. Great!





Time ni baru habis induction kat KPLI. Semua senyum, sebab sape pun time ni tak tahu, apa yang menanti mereka di depan.. jeng! jeng! jeng!












Ini antara bulan-bulan awal jugak kat Maktab.  Saya rasa saya pakai faoundation dah kot time nih. Hahaha! Sebabnya, kecerahan tu nampak sangat fake! Mata panda sudah mula kelihatan.









Time ni lak, kulit dah mula terbakar sikit, tapi puan rumate saya suggest saya pakai satu product. Berkesan. Kesan terbakar hilang time ni. Kalo skang saya buat camni, alamatnya nampak kain anduh tu je laaa..hahaha (ok, exaggerate!)







Dah start malap. Yoda lagi cute!













Dan terus malap. Time ni memang dah jauhkan diri dari camera.  Apatah lagi bila ramai yang terkejut tengok kulit baru..huhu











Style bergambar camni je la yang sesuai...







Memandangkan saya mengelak camera sewaktu dalam kemalapan aka kegelapan maximum, maka tiada sebarang bukti dapat ditunjukkan di sini. [Buat Gcop, skang ko tau nape saya tak leh nak mms gambo manggis saya masa ko mintak tu..hehe]

Dan memandangkan saya belum pulih sepenuhnya, malah mengikut sesetengah kawan..kulit saya dah semakin teruk...maka saya juga tiada gambar untuk di buat perbandingan..sebelum dan selepas..

Sesungguhnya,saya masih dalam fasa pemulihan. Kesian atau padan muka saya?

Kenapa?

Sekarang dah pukul 3 pagi. Mata tak boleh nak lelap walaupun badan penat hari ni.  Tiba-tiba teringat kawan zaman kerja dulu...terus cari dia kat facebook.  Jumpa.  Hati terasa nak tekan button 'add as friend', tapi tak daya. Kenapa? Sedangkan saya rindu ngan dia.  Terasa nak tanya perkembangan dia.  Saya agak dia skarang surirumah sepenuh masa tapi saya gembira untuk dia.   Dia nampak sangat bahagia.  Memang sayang sebenarnya sebab dia lawyer conveyancing yang baik. Tapi mungkin dia pun pilih jalan yang sama seperti saya, berehat dari bidang itu untuk seketika.  Cuma, saya terpaksa berkerja sebab saya kena sara diri sendiri :)

Gembira dapat tengok gambar-gambar dia kat facebook.  Gambar anak dia yang saya tak sempat nak tengok sebab dah tukar office dulu, dah besar pun anaknye.  Saya suka dia sebagai kawan, cuma kami sangat tidak ngam bila masuk bab kerja. Cara kerja saya dan dia berbeza. Prinsip saya dan dia juga sangat berbeza.  Mungkin sebab tu dia tak suka pergi court, dan saya pulak tak suka duduk kat office mengadap file convey.   Tapi sekarang bukan nak sembang hal kerja lagi, lalu kenapa saya tak boleh nak tekan button add tu? Terukkan saya?  Tunggulah, kena kumpul kekuatan dulu agaknya.

Wednesday, August 18, 2010

Owhh...

Tadi ade sorang murid, tiba-tiba datang tanya tempat saya di bilik guru kt mana.  Saya ingat dia nak hantar lukisan dia. So saya bagitau la kat mana...bila saya balik ke meja saya, saya tengok ada satu kotak hadiah.

Tulis kat situ, "To my dear teacher"... Saya tengok balik, kelas 5K.  Kelas yang saya tak pernah senyum, kelas yang saya selalu 'stern' je.  Kenapa dia bagi saya hadiah?

Dekat nak balik pulak, tiba-tiba ada sorang murid india...datang kasi kad raya. Dari kelas yang saya selalu jerit dan jegil mata. Kelas yang memang semua cikgu surrender.  Kenapa dia ingat jugak nak kasi kad raya pada saya?

Saya terharu.

Owh!! Cmon' Azira, don't get all touchy okeh :P

Nota:  Saya akan cek semula, mungkin hadiah tu untuk Sir Arman yang duduk di depan saya yang sememangnya menjadi pujaan ramai..hehe

Tuesday, August 17, 2010

Best giler...

Setelah sekian lama tak melepak kat umah Angah lepas skul, tadi aku berjaya menidakpedulikan lesson plan dan ABM lalu melepakkan diri di umah Angah.  Terus tunggu bukak pose sekali.  Dah lama tak masuk dapur, tadi tolong-tolong la mak masak sikit.  Tadi Mak masak kari telur..perggghh..best giler. Kari telur je pun.Tapi rasa best macam ape je. Air tangan kot.  Itu je nk tulis..hehe.

Notes:  We dont always have the best of everything...so, it would be good to make whatever we have, THE BEST...kan? 

cheers :)

Monday, August 16, 2010

I C U

Just a short entry for today...


I dont know why, but...


I C U in every A B C and D 
I saw today..


hmm...

Sunday, August 15, 2010

Doa yang paling dalam...

Aku selalu cakap dengan diri sendiri, ambiklah berkat bulan puasa ni untuk berdoa dan ubah diri..sebab cuma bulan puasa ni je kita tak banyak dugaan lain.  Syaitan kan tak de? Cuma nafsu kita sendiri je.. Cuma? Understatement kah?

Tapi setiap kali hujung ramadhan, bila takbir dah berkumandang aku selalu menyesali diri..ramadhan aku sama je macam bulan-bulan lain, takde pengisian.  Pastu aku pun berdoa, moga Allah panjangkan umur aku ke puasa tahun depan.  Skang ni dah berbelas tahun agaknya Allah beri kesempatan yang sama. Aku masih ada untuk lalui ramadhan.  Tapi ada pengisian ke ramadhan aku? Terawih bila larat, ponteng bila tak larat.  Baca Quran bila bersemangat, tinggal bila tak? Camtu je la ek?

Sekarang aku ada dua doa yang paling dalam.  Doa yang sangat diharapkan agar Allah makbulkan.  Tapi kalau takde amal ibadat boleh ke Allah bagi? Atau aku cuma boleh berdoa (jadi doa ke-3 yang paling dalam) agar kebetulan time aku berdoa tu, malaikat tengah aminkan.  

Betullah orang kata, syaitan tu takde la kuat mana sangat.  Nafsu ni yang beraja di hati.  Nafsu nak duduk lepak-lepak tengok tv facebook main game tulis blog bla bla bla neverendinglist.  Hari ni hari ke-5 puasa.  Masih ada ruang nak berubah.

Harap kalau dah berubah, Allah makbulkan dua doa yang paling dalam itu. Amin.

Friday, August 13, 2010

Sangat betul ye!



Ini sebenarnya copy paste je dari email sorang member..sangat betui. tidak dapat dinafikan.


We have 3 stupid stages of life………..


Teen age:
 

Have Time + Energy …but No Money


www.FunAndFunOnly.org


Working Age:
 

Have Money + Energy …but No Time


www.FunAndFunOnly.org


Old age:
 

Have Time + Money …but no Energy
 

www.FunAndFunOnly.org