2012 dah tinggal hujung-hujung. Banyak benda yang berlaku tahun ni. Dan tahun 2012 marks satu perubahan besar dalam hidup seorang Azira. Tapi belum sampai time untuk buat post khas Recap 2012. Nanti betul-betul malam tahun baru lah kita post. Kalau rajin. Post ni saja je gatal tangan nak menaip walaupun bateri dah tinggal 8%. Sekian.
Thursday, December 20, 2012
Tuesday, October 16, 2012
Kek Batik Cikgu Maimon...
Yesterday was hectic. Not to mention, pathetic.
Why?
We had a mini feast today. Makan-makan to celebrate Year 6 pupils. Sempena dah habis exam and akan mengakhiri zaman budak sekolah rendah mereka. So, yesterday...
I thought of making a Kek Batik for them. I still remember, Cikgu Maimom made one for us when I was in Year 6. I still remember the taste. It was a new recipe then, I guess. So, that was the first time I tasted Kek Batik. Memang sedap, teringat-ingat sampai bertahun hinggalah yours truly pandai buat sendiri.
So, I went to Gmart to buy the ingredients. Malangnya, terjelepuk pulak jatuh kat depan majlis tu. Haish. Memang bikin malu. Jadinya, cepat-cepat beli dan cepat-cepat balik.
Last night pulak, ada tuition. Finished at 10pm or so. Masih belum buat lagi Kek Batik. Whatsapp dengan GGG, dorang nak jugak kek batik tu. So, pukul 11.30 malam baru start masak and completed everything at 12.30 camtu.
Agak penat, but it worth. Sebab dapat teruskan tradisi Cikgu Maimon walaupun tak lah sesedap kek Cikgu Maimon tu :)
Why?
We had a mini feast today. Makan-makan to celebrate Year 6 pupils. Sempena dah habis exam and akan mengakhiri zaman budak sekolah rendah mereka. So, yesterday...
I thought of making a Kek Batik for them. I still remember, Cikgu Maimom made one for us when I was in Year 6. I still remember the taste. It was a new recipe then, I guess. So, that was the first time I tasted Kek Batik. Memang sedap, teringat-ingat sampai bertahun hinggalah yours truly pandai buat sendiri.
So, I went to Gmart to buy the ingredients. Malangnya, terjelepuk pulak jatuh kat depan majlis tu. Haish. Memang bikin malu. Jadinya, cepat-cepat beli dan cepat-cepat balik.
Last night pulak, ada tuition. Finished at 10pm or so. Masih belum buat lagi Kek Batik. Whatsapp dengan GGG, dorang nak jugak kek batik tu. So, pukul 11.30 malam baru start masak and completed everything at 12.30 camtu.
Agak penat, but it worth. Sebab dapat teruskan tradisi Cikgu Maimon walaupun tak lah sesedap kek Cikgu Maimon tu :)
Entry ni macam tak de tujuan kan? Haha
Sunday, October 7, 2012
Wednesday, August 8, 2012
Blessing in disguise...
Gemas is just a small town. We don't have big shopping mall. Not even a Billion or Giant. But it's such a nice place to live in.
Gemas has taught me so many things. Little things that I don't learn in Uni. It teaches me small details of life. I used to order things, I used to call for delivery. Life was so convenient those days. So convenience that it became bad. I gained 15kg during my 9 months pupillage. Thanx to McDelivery.
Having said that, now that I am living in Gemas I don't eat McD as much as I did when I was in Ipoh. I don't eat Carbonara every 7th day of the month as I used to. I don't treat myself with food anymore. Not fast food at least.
So, what's the blessing? Where's the disguise?
Simple.
Gemas has taught me the beauty of home made food.
when I feel like eating McD Apple Pie, I dice the apple and cook it. When I feel like eating Carbonara, I bought Prego and cook it. It's that simple. Haha. Save money if not time.
Thanx Gemas. Without you, I would still buy apple pie. Now, I can do apple jam. I love you Gemas.
Lots of love,
Apple Pie Lover.
Monday, July 23, 2012
Of hope...
I am one of those who believes in zero expectation. Or shall I say was one of them? Cause I am no longer believe in zero expectation.
Lately, more often that not.. I finish my sentence with 'hopefully'. I am full of hope right now. I could not and dare not let myself in that zero expectation zone again. Not for this and that particular things may be.
I hope to have a better ramadhan this year.
I hope my pupils can do well in their exam.
I hope I can have more A's than B's.
I hope to start something this year.
And I hope to end something this year.
Is it okay to hope too much?
TQ Google. |
Thursday, July 19, 2012
Kantoi and skeptical me...
Achtung: Post berkepuk di dalam draft sekian lama... hence, bukan isu terbaru :)
Kantoi
Kantoi
We had our extra class the other day. I asked the pupils to calculate their marks but they didn't get to do it because they had no calculator. You know, children of these days...we (including the teacher) are no Charlie Eppes. Congak is not in our blood. We need calculator. But that's beside the story. So, in order to calculate the marks, they (the pupils) suggested that I used my handphone. And I did just that.
In the midst of calculating, I remembered something which was funny. To me at least. So I smiled. Suddenly, one of the pupils said, " Hah, teacher tu sms la tu..senyum..senyum". Senyum pun salah ke? Soon after that, I thought. I thought hard, and then I realised.. no wonder la, they always say..."teacher tu asyik sms je". And now I'm thinking again. Bila masa yang saya asyik sms je? Memang saya asyik pegang phone. Tapi everytime pun because of the calculator.
Anak murid saya percaya mereka dah berjaya mengantoikan saya. Saya nak cerita hakikat sebenar, tapi bila saya tengok muka sorang-sorang yang penuh kegembiraan kerana berjaya mengantoikan cikgu, saya biarkan je. Harap dah besar nanti dia faham..adults kalau senyum bila tengok phone most of the time bila dia tengok gaji ada surplus (mungkin)...not necessarily because of a text from boyfriend or girlfriend =)
Skeptic
I have to admit. I am quite skeptical about cikgu yang suka cakap, cikgu ni kena tahu macam-macam dan kena boleh buat macam-macam. Ada yang kata macam pro-nanny. Seriously, I don't like it. Simply because, itu akan buat kerjaya guru ni nampak macam tak pro. Kan biasa kita dengar orang kata... Jack of all trades, and master of none. Sume tahu, tapi tak ada satu pun yang kita master.
Baik pandai buat satu mende, tapi pandai betul-betul. Kan itu baru namanya pakar?
Baik pandai buat satu mende, tapi pandai betul-betul. Kan itu baru namanya pakar?
Wednesday, July 18, 2012
I'm over it...
It [read: Dejavu di Kinabalu] and I was so all over it few weeks ago. This is just another prove that our qalbu is definitely fickle. Constantly change. Allah can always grant the likes and dislikes. He gives and He takes back. All is definitely for our own good. With or without us realising it.
And yes, I'm over you too. In case you are wondering.
Purpose of this entry? None whatsoever.
But hope this one could make up for that. SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA.
RAMADHAN MUBARAK!
p/s: ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna...
And yes, I'm over you too. In case you are wondering.
Purpose of this entry? None whatsoever.
But hope this one could make up for that. SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA.
RAMADHAN MUBARAK!
p/s: ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna...
Sunday, July 1, 2012
Bercampur baur....
Hari ni sepatutnya tak dihabiskan dengan mende-mende yang kurang berfaedah sebabnya saya kena siapkan assignment untuk kursus induksi saya. Isnin ni nak kena bagi GB tengok and sign. Dah berjanji dengan diri sendiri sejak beberapa minggu yang lalu. Tapi macam biasa, saya mungkir janji sendiri.
Saya bukak facebook tadi. Asalnya nak tengok kejap je, intai-intai apa yang patut. Tapi akhirnya terleka bila tengok ramai yang share gambar Irma Hasmie kahwin. Cantik. Sangat cantik infact, lepas dia bertudung ni. Saya tak follow sangat pasal dia dulu, so saya google balik gambar dia dulu-dulu. Memang lain. Muka dia sekarang macam sangat tenang dan bersih. Dulu pun dia cantik, tapi somehow or rather...nampak kusut.
Saya tumpang gembira untuk dia, walaupun tak kenal tapi sikit sebanyak saya tau jugak apa yang dia lalui. Apa yang saya nak cakap di sini, Allah dah kata dan janji Allah tu benar. Dia tak akan ambil sesuatu tanpa memberi yang lebih baik kepada kita. Kes Irma Hasmie ni contohnya.
Tapi bukan itu yang saya nak cerita pun kat sini. Yang bercampur baur tu adalah perasaan saya bila tengok hijrah Irma ni. Dia baru berhijrah. Dari cara hidup yang sangat berbeza dari sekarang. Tapi dari air muka dia, saya yakin, dia sangat menjiwai dan menikmati hijrah dia tu. Macam-macam aktiviti yang dia dah ikut dan turut serta untuk memperbaiki diri dan menjadi muslimah yang lebih baik.
Saya? Saya pakai tudung sejak umur saya 12 tahun. Kira pakai betul-betul sejak saya kena tanggung dosa sendiri. Tapi, kenapa saya rasa jauh disudut hati saya ni saya tidak pernah menikmati nikmat 'mencari diri' macam yang orang-orang yang baru berhijrah lalui.
Tak pernah mungkin tipu, tapi rasanya kali terakhir saya ikut serta dalam majlis-majlis ilmu dengan rela hati dan tertunggu-tunggu untuk pergi setiap minggu adalah masa saya belum habis sekolah dulu. Lepas tu, semua majlis ilmu adalah apa yang diwajibkan hadir. Kalau dizaman uni, sebab nak dapatkan cop. Ataupun, tak nak kantoi dengan warden etc.
Lalu apakah ertinya saya yang dah dapat hidayah nak tutup aurat dari umur 12 tahun ni? Sekadar buat apa yang wajib je. Solat, puasa. Baca Yassin malam jumaat. Tiba-tiba saya jadi malu sendiri. Malu yang susah nak diluahkan. Bercampur baur.
Susahnya bila dah rasa macam ni. Ubatnya senang, niat je untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik bermula saat ini. Tapi, mampukah saya..bila saya selalu mungkir janji saya sendiri?
p/s: kita selalu nak cari yang soleh dan solehah. sebenarnya, tak perlu pun cari... kita cuma perlu soleh/solehahkan diri kita je. sebab nanti Allah sendiri akan hadirkan dia untuk kite.
Semoga esok lebih baik dari hari ini.
walaupun assignment tak siap, tapi saya rasa hari ni tak juga berlalu dengan sia-sia...
Monday, June 25, 2012
2 budak kecik dan bayang-bayang
Hari ni hari Isnin, selalunya saya akan mengurangkan kegarangan saya pada hari Isnin. Maknanya, hari Isnin saya tak suka marah anak-anak murid saya. Sebab saya tak nak rosakkan hari pertama persekolahan mereka untuk minggu itu.
Saya dapati, rupa-rupanya murid-murid akan lebih mendengar kata kalau saya kurang marah-marah. Tadi, saya rasa anak murid saya ni sangat sweet. Comel dan manis. Dalam perjalanan saya ke kelas tadi, 2 anak murid saya menaiki tangga mendahului saya...beberapa anak tangga saja. Bila saya sampai di tingkat atas, saya dapati mereka tiada lagi di hadapan saya. Kemudian saya pandang ke tiang di koridor itu, saya nampak dua bayang budak kecik yang berusaha menyorok di situ. Bukan cikgu lah kalau kita tak tahu apa yang dorang nak buat tu. Maka saya pun menyorok di sisi tiang yang bersebelahan budak-budak kecik itu. Lama mereka tunggu saya sampai. Hinggalah saya terdengar mereka bertanya, ke mana saya pergi.
Malas nak tunggu lama lagi, saya guna ruler dan menjangkau ke arah mereka. Hah! Terkejut! Haha..sape yang kena gertak nih?! Budak kecik dua orang tu pun keluarlah dari balik tiang tempat mereka sembunyi itu dengan muka yang hampa. "Teacher tau laaa.." "Macam mana teacher tau?".
Alahai, innocent nya budak kecik. Kalaupun saya tak nampak bayang kat lantai koridor, saya akan dengar ketawa kecik dari balik tiang tu. Saya pun meninggalkan tiang yang saya menyorok tadi sambil pikir, "kenapa la tak buat-buat lalu dan buat-buat terkejut je tadi"
Simple je. Teacher= joy killer.
Tuesday, June 19, 2012
To be continued..not!
As soon as I came back from school this evening...I was normal again. And I am totally ok now. What was I thinking? So I guess no further post/entry on the previous one. Tiada sambungan. (seakan-akannya ada lah sangat orang yang kisah! kahkahkah.. Seb baik tak sempat melalut yang bukan-bukan di sini.
Do not put down the fence until you know why it was put up!
Till then, good night and sleep tight.
[To the owner of the left rib, wherever you are, good night to you too]
Saya mengalami hari yang pelik hari ini. Hari yang susah nak digambarkan. Apa lagi nak dihuraikan. Tidak ketahuan apa yang nak dibuat, saya terpaksa menghantar sms kepada kawan-kawan yang saya rasa takkan gelak kalau saya bagitau apa yang saya rasa ni. (Korang mungkin tak gelak, tapi sure korang rasa Zira ni bengong kan?)
Tapi itulah, macam mana nak jelaskan orang yang tak wujud, tapi kita rasa macam wujud dan berada sgt hampir dengan kita? Sangat2 hampir. Itu sebenarnya perasaan (atau perasan) atau harapan?
Nnt sambung. Nak pegi skolah, ada meeting PIBG.
Sunday, April 1, 2012
I can't live without you, can I?
Siapa tengok drama semalam, tentu dah dengar ungkapan ni..."saya sibuk cari orang yang saya boleh hidup dengan dia, tapi tak sangka saya akan jumpa dengan orang yang saya tak boleh hidup tanpanya".
Bunyi seakan sama, tapi membawa maksud yang berbeza... Saya akui, kadang-kadang saya pun sibuk jugak melihat ciri-ciri orang yang saya berkawan...adakah saya boleh hidup dengan dia? Sebab macam yang kita tahu, kalau kita dah memilih seseorang, kita akan hidup, tua dan mati bersama..jika Allah izinkan. Tak pernah saya terfikir pulak, yang saya tak akan boleh hidup tanpa seseorang. Hidup guna oksigen. Organ yang penting adalah jantung. Maka dimana datang tak boleh hidup tanpa seseorang?
Memang, jangan ambil secara literal. Walaupun begitu, saya rasa saya tak percaya...kita tak boleh hidup tanpa seseorang. Bernyawa tetap bernyawa cuma, pilihan untuk hidup itu ditangan kita. Kan? Maka, bila Allah masih memberi nyawa, kenapa pilih untuk tidak hidup bila seseorang tinggalkan kita?
So saya nak cakap kat sini, cerita cinta ni kadang-kadang tak masuk akal. Bilalah orang nak buat cerita yang logik dan praktikal sikit? Ataupun, bila orang bercinta je, sume logik akal dan praktikalnya hilang sekelip mata?
Entry ni random, saya tahu. Cuma..point saya.. kita kena ingat..hidup mati kita bukan untuk sesiapa. Hanya untuk Dia.
Thursday, March 22, 2012
Friday, March 16, 2012
Of change and aging...
Be not afraid of going slowly, be afraid only of standing still.
I've been busy lately. Not so busy but quite busy. There's nothing much really. But somehow or rather, I find that I have too many things to do with too little time to spend. This is something I have never experienced before. Used to do only one thing the whole day, or the whole week. Like vetting or drafting. But now, I do like tonnes of little things, and spend like forever doing it.
I received several texts, asking me why they didn't see me online as much as I did before. A few messages on my facebook mobile complaining about the un'approve' friend requests. I have no attention to deactivate my facebook account. But I don't intend to stay active like the old times though.
May be it's the 'age'. I blame it on my age. I don't find facebook or blog-hopping as enjoyable as before. I've been on the net since like 17 years ago. True, the world is at your fingertips with internet. So much so, that I forgot to look around me and enjoy the real happenings. Sometime I wonder, how in the world I could spend like hourssss before my lappy? Was it really interesting? Now is the time to do the catching up. Yeap, there's more to life than....................(you name it)............................
People change. Our priority change. Our likes and dislikes change. It just that, I hope I can change for the betterment.
--------------------------------------------------------------------------
Nota kaki: Tak relevan dgn entry di atas, cuma terasa nak masukkan. Pagi tadi saya terdengar Tanyalah Ustaz, ada sentuh sikit pasal anak derhaka...menurut ustaz tu, takrif anak derhaka bukan tahap menengking ibu bapa sahaja. Jika sampai ibu atau ayah kita perlu menghubungi kita untuk bertanya khabar, itu sudah dikira derhaka. Bayangkan hal-hal lain yang mungkin kita buat terhadap mak ayah kita di luar sedar. Nauzubillah. Mari berubah.
harap-harap jangan hangat2 tahi ayam ye...haha
Saturday, March 3, 2012
Tentang marah...
I've got my broadband activated few days ago. The good in not having an internet access for weeks is I now could live like a normal person. Normal; read...I watch tv and read newspaper more than I sit in front of the lappy like an IT pro.
So, straight to my actual purpose of writing this entry. Please allow me to pick your brain. Which would you rather have or do, psychology or canning?
Someone said to me that I should be more stern and casually she/he put it to me that I was scared to punish my pupils. Which is true. Everyone is entitled to their own believe and opinion. So I'm cool about it. But I have my reason for not scolding my pupils. My words could be nasty. That's why.
It so happen, I watched a hindi movie on TV3 this afternoon, and one of the lines that caught my attention the most was when the hero said, the Solomon islanders don't use axe to log. They yell and curse at the tree instead of chopping it down. After constant yelling and cursing, the tree would die and wither away. I'm not sure how far its true. I gooled but didn't find any reliable sources.
But, my point is that...even a tree could die because of constant yelling. It is believed, the yelling and cursing would kill the spirit of the tree. And one of the pages that I came across while googling for the Solomon-yelling thingy said, a plant that is exposed to sweet music would grow better than the plant that is kept in silence. Again, I am not sure how far its true but somehow I am sure it bears some weight.
I'm not writing any further, all I know is we use more muscles when we are angry compared to laughing. Nanti cepat tua la kan kalau asyik marah, sebab muscles dah longgar. Hehe.
Note: Please understand that whatever written here is the situation as of today. I do not know whether I still hold to this belief and approach after 15 years of teaching. May Allah have mercy on me.
Sticks and stones may break our bones, but words will break our hearts.
I do not want to be a heartbreaker.
Tuesday, February 7, 2012
Siapa kata jadi cikgu senang?
Achtung: Entry ni panjang gilerrr.
Entry ni terhasil dari post Cik Paejah di Facebook.
Apa yang bakal saya tulis ni mungkin akan mengundang marah. Jadi saya mohon ampun maaf terlebih dahulu. Tapi saya rasa perlu untuk saya meluahkan apa yang saya rasa. Kalau ramai yang tak setuju, kongsilah dengan saya, kenapa?
Apa yang bakal saya tulis ni mungkin akan mengundang marah. Jadi saya mohon ampun maaf terlebih dahulu. Tapi saya rasa perlu untuk saya meluahkan apa yang saya rasa. Kalau ramai yang tak setuju, kongsilah dengan saya, kenapa?
Orang kata, cara terbaik menilai sesuatu adalah dengan melaluinya sendiri kan? Jadi, izinkan saya bercerita sedikit pengalaman berkerja saya. Kalau rasa macam bosan, sila skip ke bahagian 'kesimpulan' saya di bawah sana.
Pengalaman berkerja ni termasuklah kerja sambilan, kerja suka-suka dan kerja tetap jugak.
So, kerja pertama saya...kerja sambilan kat kedai pak cik. Zaman sekolah. Kira cam nak cari duit poket. Kerja dari pukul 10 sampai tutup kedai. Disebabkan agak pemalu zaman sekolah dulu, dok kat dapur je..basuh pinggan. Tapi, waktu tu saya tengok, meniaga ni kena manis muka..walaupun hati susah, kena senyum jugak dengan pelanggan. Susah tu.
Lepas SPM, cari kerja sementara nak tunggu result. Tak nak keje kedai pak cik sebab bajet gaji tak banyak. So dapat keje kat Kedai Buku dan Alatan Pengantin. Boleh bertahan satu hari je, sebab tak tahan berdiri dan bosan pelanggan tak de sangat. Ilmu yang dapat dalam sehari tu, buat riben barang hantaran. Susah jugak, sebab nak kena berdiri tapi sebab utama berhenti kerja bukan sebab tu, tapi sebab bosan.
Lepas sehari dah benti tu, dapat kerja lain pulak...jadi salesgirl kedai pakaian. Tokeh dia Cina, kt sini pun sehari jugak. Sebab tak boleh sembahyang. Takleh kompromi la kan bab ni. Jadi cikgu paling best, kalau mengajar pagi, semua waktu boleh buat dirumah. Heaven. Pernah dengar pekerja mogok sebab tak boleh sembahyang? Pernah dengar orang curi-curi masa pegi solat masa di pejabat? Susah tu. So much of kebebasan beragama dan mengamalkan agama. Pernah ada orang tanya saya, macam mana nak buat bila dia dibuang kerja sebab pergi solat Jumaat. Please think betapa susahnya dia.
Last-last, dapat keje kilang...Kilang buat wiring harness untuk Proton. Seminggu pertama kerja, bengkak sume jari tangan. Abang bagitau mak suruh berhenti kerja. Tapi sebab dah segan asyik berhenti kerja je, saya teruskan jugak. Kerja normal shift tapi dalam line memang tak boleh duduk. Berdiri selama 8 jam. Angkut harness yang kadang-kadang lebih panjang dari yang tukang bawak ni. Owh, kilang tu tak ada air-cond. Panas bagai nak giler. Gaji? RM300.00 sahaja. Flat. Kalau orang kata kerja kilang senang sebab tak yah deal dengan orang saya setuju la, memang deal dengan wayar je pun. Habis-habis ngan line leader. Itupun boleh kaw-tim. Cuma, berdiri 8 jam dalam keadaan yang panas dengan gaji RM300.00. Bukan la terlalu senang. Titik peluh dan kadang-kadang darah jugak.
Lepas dapat result SPM, dapat offer ke ITM Melaka. Lepas tu sambung kat ITM Shah Alam. Di kedua-dua tempat ni, aku meniaga kecik-kecik ngan kawan-kawan. Kat Melaka jual jambu..kat Shah Alam jual sandwich. Bangun awal pagi untuk buat sandwich dan kena angkut sandwich tu naik bas pegi masuk UiTM. Tak susah mana, tapi sila bayangkan orang yang berniaga atau menjaja makanan untuk hidup. Bangun awal pagi, siapkan barang-barang dan meniaga. Ada masa laku, ada masa tak. Kalau hujan? Terganggu. Belum cerita yang menjaja naik basikal. Itu lagi sadis.
Masa kat UiTM Shah Alam jugak, penah buat kerja sambilan sebagai Researcher. Tak susah, cuma cari orang untuk jawab kaji selidik. Gaji dibayar mengikut jumlah kaji selidik. Terpulang la cara nak dapatkan orang untuk jawab. Sila tebalkan muka untuk jumpa orang ramai. Dalam kes ni, sila bayangkan jurujual dari rumah ke rumah tu..dalam sehari berapa jauh agaknya diaorang menapak?
Masa cuti sem, pernah jugak keje kilang Panasonic kat Seksyen 20. Kali ni dua shift. Satu shift 12 jam. Walaupun kerja buat aircond, tapi dalam kilang sebijik aircond pun tak de. Jangan kira bilik engineer. Berdiri 12 jam..eh tak, kadang-kadang berlari kejar conveyor. Time shift malam, giler crucial nak tahan mata time pukul 3 pagi. Walaupun time kat umah sewa leh layan movie time tu, tapi time keje lain beb. Tapi tak pe la, zaman muda. Tapi bayangkan orang yang dah berumur dan dah berumah tangga. Kerja shift. Susah jugak nak adjust timing tu ngan time family.
Habis belajar, saya dapatlah melaksanakan cita-cita saya sejak dari umur 11 tahun. Saya mula dengan chambering. Elaun RM300.00 sebulan selama 9 bulan. Kerja, 8.30 pg hingga 5.30 petang. Sabtu Ahad cuti. Kerja tak susah, duduk dalam aircond, mengadap file. Kadang-kadang mengadap hakim. Kadang-kadang mengadap bailif mahkamah. Kadang-kadang mengadap defendan. Kadang-kadang mengadap pegawai bank. Kadang-kadang mengadap client. Sume tu manusia, bukan mesin macam kat kilang. Ada hari dia angin baik, ada hari dia angin tak baik. Hakim boleh baling file bila dia rasa peguam merapu atau tak bersedia. Pegawai bank boleh paster peguam sebab dia rasa dia yang bayar gaji kita. Pelanggan yang pada dasarnya kita nak tolong dia tu pun, boleh marah kita sesuka hati dia. Boss? Jangan cerita.
Memandangkan ini kerjaya paling lama saya, ada banyak jugak pengalaman boleh cerita. Pernah keluar rumah jam 4.30 pagi sebab kena hadir mahkamah jam 9.00 pagi? Lupa nak cerita, tak semua peguam boleh claim lodging. Mungkin travelling bukan masalah besar. Tapi macam mana dengan sistem? Yang adakalanya tak kena dengan pegangan kita? Saya tak akan cerita bab ni..Macam tak relevant. Cuma saya nak kata, masa saya berkerja dulu, saya makan gaji. Jadi cuti tahunan hingga tahun ke 6 saya berkerja cuma 16 hari. Setahun. Tempat kerja terakhir saya, 9-6 petang. Tapi jarang pun balik pukul 6 sebab masa tu kekurangan pekerja. Waktu itu, saya rasa..saya lebih banyak habiskan masa dalam kereta dari di pejabat. Adakalanya, saya tak nampak matahari. Pergi sebelum matahari terbit dan balik selepas matahari terbenam. Slot Akasia pun saya tak kenal waktu itu.
Sebelum saya menjadi guru, saya pernah mengajar di UiTM Sri Iskandar sebagai Pensyarah Sambilan selama 3 tahun lebih (dah bunyi macam biografi ke apa nih?). Saya mengajar kelas Perakaunan subjek law. Jadi lecturer pada saya memang enjoy. Kelas 2 jam macam 20 minit je rasanya. Tugas saya hanya masuk mengajar dan sediakan bahan mengajar. Selain itu saya tidak terlibat. Dugaan waktu itu cuma, saya bimbang pelajar saya tak paham apa yang saya ajar. But then again, they are adults. Mereka ada pilihan untuk bertanya atau belajar sendiri. Saya dah sediakan apa yang perlu.
Tak lama kemudian saya berhenti kerja dan jadi cikgu. Sekarang, saya keluar rumah jam 7.15 pagi. Sampai sekolah, 7.25 pagi. Jumpa kawan-kawan, gelak ketawa sikit sebelum masuk kelas. Jarang waktu pagi saya berlalu dengan perasaan tertekan. Satu masa dulu, lagi besar isu yang saya kena hadap pagi itu...lagi kuat tekanannya. Nak ketawa pagi-pagi? Kirim salam. Sekarang, saya masuk kelas purata sehari 2.5 jam. Satu waktu 30 minit. Client saya, kanak-kanak 7-12 tahun. Comel-comel belaka walaupun adakalanya macam monster. Waktu kerja saya tamat jam 1.35 ptg. Kadang-kadang 1 hari je 5.30 petang. Tapi saya jarang balik sharp bunyi loceng. Sebab masih tak biasa balik rumah terlalu awal.
Tugas hakiki mengajar. Tapi ada juga tugas-tugas lain yang diterima. Setakat ini, tiada yang terlalu susah hingga mengganggu tidur malam saya. Walau ada kerja yang belum sempurna, saya masih boleh senyum pagi-pagi sebab saya yakin, tiada yang terlalu sukar untuk dilaksana. SAPS, headcount, SMM, TOV, ETR? Susah ke? Tugas-tugas pentadbiran, HEM atau Ko-Ku, banyak tapi tidak terlalu berat untuk ditanggung. Sekurang-kurangnya untuk saya dan kawan-kawan disekeliling saya. Saya baru, mereka lama. Setakat ini, saya lihat mereka ceria seadanya.
Baru-baru ini, saya ada buat silap. Saya tanya kakak senior..jawapan beliau menenangkan hati saya. Saya akui silap saya, cuma pointnya, kalau ada kesilapan, masih ada penawarnya. Dan tidak boleh mendatangkan gundah gulana. Dulu, saya pernah turun naik mahkamah, saya di Ipoh, Mahkamah di Kuala Lumpur...hanya kerana kesilapan mengeja nama. Kesan, hingga ke hari ini, saya agak phobia dengan ejaan Mohd dan Mohamad atau Muhammad.
Lalu, untuk menjawab persoalan di atas...
Saya rasa, senang. Sebab pada saya, tidak sesusah mana. Cikgu perlu tau semua. Betul. Cikgu mesti mampu buat apa saja. Benar. Tapi, bila orang kata kerja cikgu susah sebab banyak kerja...beban tugas guru sangat tinggi, saya rasa agak sukar untuk saya terima. Setakat ini. Kelak mungkin lain cerita.
Sila bagitahu saya kerja yang paling banyak cuti.
Sila bagitahu saya kerja yang sekerat hari.
Sila bagitahu saya kerja yang kita boleh marah client kita. Boleh mintak tolong cik atau encik pelanggan ambikkan buku. Boleh mintak tolong encik atau cik pelanggan hantarkan buku.
Sila bagitahu saya kerja yang client tak boleh nak marah kita. Pelangganlah yang selalu salah. Tertinggal buku pun dia salah. Tak siap homework pun dia salah.
Sila bagitahu saya, kerja yang hari ini kita marah client, esok dia senyum mesra lagi dengan kita.
You lose some, you win some. Ok la kot.
Masa saya nak jadi peguam, pak cik saya kata...sebelah kaki dalam neraka dah.
Saya pernah dengar orang kata...jadi cikgu...kerja paling mulia. Saya setuju.
Kesimpulan saya: Despite all the above, I do think that, teacher is NOT an easy job. Simply because...kalau peguam kalah bicara, dia cuma hilang satu client saja dan mungkin beberapa yang berkaitan client itu. Tapi kalau cikgu salah mendidik, dia akan rosakkan satu generasi.
Sapa kata senang? And I don't care lah pasal nak kena jadi tukang cuci la, detektif la, penyanyi la, pelawak antarabangsa la...sume keje ada susah senang dia kot.
Sapa kata senang? And I don't care lah pasal nak kena jadi tukang cuci la, detektif la, penyanyi la, pelawak antarabangsa la...sume keje ada susah senang dia kot.
p/s: tolong jangan anggap kerja cikgu ni susah for the wrong reason (s).
Friday, February 3, 2012
Of grouching...
Happy Friday dear reader (if any),
I am sure everybody notices...everyday, there would be someone complaining or grumbling about something. People complain about everything and almost anything. Some complain big, some complain small. I perfectly understand that. But it just kinda irritates me when people complain about work. And workload for that matter.
I have my fair share about those things too..but I rather be..you know, quiet about that. Its an occupational hazard. We don't work around the clock. Please think of others who work 9-5 and some might have to bring some unfinished task home. Tiring isn't it?
I heard one phrase from a prominent ustazah, she said "kita jangan tengok orang yang lebih dari kita. Kita akan rasa kita sangat susah. Tengoklah orang yang lebih susah dari kita..nescaya kita rasa senang". By saying that I believe what she meant was, do not complain...there is always someone with something worse. Just give your best and hope for the best. Lapangkan dada, ikhlaskan hati...semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan kita. Believe it or not, grumbling is just like fertilizer. Lagi banyak kita letak 'baja' lagi la kita nampak dia membesar.
By writing all this, I mean well. I have no intention to implicate anybody. I myself do complain a lot...when things go nasty. But I try my best not to make it a habit.
So, on this very blessed Friday, lets make a change today. Do less complain. It will keep you healthy too. Tak caya cuba! (Try, if you don't believe).
Credit to the creator, I took this somewhere in Facebook but could not really recall which page. TQ |
With that, I rest my case. May peace be upon you.
p/s: in any measure, do not bite off more than you can chew.
Thursday, February 2, 2012
Old is gold!
Yesterday, we had ko-ku. Before we went home, we had a teh tarik session. Like we always do. We talk about anything and everything. But yesterday's conversation was one that hit me in the 'heart' really deep. Like a knife poking through it. [Exaggerate].
Yanti: Masa tu Yanti kat sekolah menengah.
Zira: Kak Zira kat ITM dah time tu.
Ain: Saya sekolah RENDAH.
OK.
I had the very same conversation in Maktab. But it went like this:
Zira: Kak Zira form five kot time tu.
Gaya: Gaya standard six la Kak Zira.
OK. At least, just secondary and primary level.
But yesterday, it was like..... you know, some maths here...
TERTIARY
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SECONDARY
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PRIMARY
(jauhnyeeeeeeeeeer)
Tuesday, January 31, 2012
Craving! Craving!
Tonite is one of the nights where my appetite gone wild.
I feel like eating burger! Prosperity. Or any oblong will do.
I feel like having a naan. Cheese. With chicken tandoori.
Or just plain daal will do.
But I can have none. Woohoo!
Tidoq lagi baik. Rasulullah pun selalu tidur dengan perut yang kosong.
Sesungguhnya tido dengan perut kosong lagi baik dari tido dengan perut yang kenyang.
Good nite.
I feel like eating burger! Prosperity. Or any oblong will do.
I feel like having a naan. Cheese. With chicken tandoori.
Or just plain daal will do.
But I can have none. Woohoo!
Tidoq lagi baik. Rasulullah pun selalu tidur dengan perut yang kosong.
Sesungguhnya tido dengan perut kosong lagi baik dari tido dengan perut yang kenyang.
Good nite.
Friday, January 27, 2012
Dunia sebelah sana...
Not too sure whether I should write about this or not...but I hope it's worth writing and sharing. And mind you, this entry is going to be one long story. Read at your own risk.
The story goes like this, sometime last year ada sepupu saya datang umah. Sembang punya sembang masuk la cite dia pergi berubat. Berubat kat sini, kalau orang Melayu mesti faham. Bukan pergi hospital atau klinik tapi pergi perubatan alternatif. Dalam kes sepupu saya ni, Ruqyah atau Perubatan Islam. Hasil sembangan kami, sepupu saya kata...sebagaimana syaitan telah berjanji untuk merosakkan umat Islam...TIGA daripada gangguannya adalah..kalau bujang, diganggu supaya lewat berkahwin; kalau berkahwin dan bahagia, diganggunya supaya bercerai; kalau yang belum ada zuriat, diganggu pula supaya tidak berzuriat. Pendek cite, sepupu saya menyarankan agar saya pergi ke pusat rawatan itu. Namun saya menolak, hujah saya mudah saja...kalau dah sampai jodoh sebagaimana yang Allah tetapkan, siapalah syaitan untuk menahannya? Saya kira, memang sangat kukuh lagi tidak boleh dibangkang hujah saya itu.
Tetapi, sebaik sahaja sepupu saya itu pulang, saya teringat pula pada sepupu saya yang lain. Yang mengadu sakit belakang, batuk serta demam malam yang berlarutan. Tapi menurut doktor semuanya normal belaka. Lantas saya fikir, apalah salahnya mencuba rawatan alternatif pula. Lalu saya merancang misi tak mustahil untuk bertemu ustaz di pusat rawatan itu.
Dipendekkan cerita, semuanya dipermudahkan Allah SWT... Lepas sesat-sesat jalan sikit sampailah kami ke pusat rawatan itu. At the back of my mind, since dah sampai..why not I just give it a shot? So, I took the form given by one of the ustazs and filled it. Dalam borang tu cakap apa tau?
Dalam panjang-panjang post saya ini, part ni je yang penting untuk korang baca sebenarnya. Dalam borang tu ada list yang korang kena tick...antaranya yang saya boleh ingat adalah: -
- susah nak tido malam
- sering terjaga waktu malam dalam jam 2-3 pagi
- kerap mimpi memegang bayi
- mimpi melihat makhluk halus
- mimpi melihat salib
- mimpi jatuh dari tempat tinggi
- mimpi binatang buas seperti ular harimau dan sebagainya
- sakit belakang
- mudah marah walaupun atas sebab-sebab yang kecil
- mudah lupa
- mimpi terkena alat-alat yang tajam seperti pisau gunting dan sebagainya
- datang haid secara luas biasa
- ada beberapa lagi yang saya dah tak ingat
- mudah letih dan malas
So, lepas dah isi borang tu...ada bebarapa yang saya terpaksa tick sebab saya memang mengalaminya. Diagnos awal, mungkin ada gangguan. Owh, lupa nak cakap...kalau banyak yang korang tick maka makin tinggilah kebarangkalian yang korang ada 'gangguan'. Sepupu saya tadi, ustaz tu kategorikan sebagai kes berat. Memang semasa sesi rawatan pun, saya terpaksa akui yang saya yakin dia memang di'ganggu'. Apapun, alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.
Tapi saya sempat bertanya kepada ustaz ni, apakah punca gangguan ni? Ustaz tu jawab, satu, kurangnya amalan dan lalai dalam amalan. Yang kedua, tidak menjaga kebersihan diri dan rumah. Ketiga, lemah semangat. So, that's it. Diagnos akhir saya sendiri: Kurang amalan dan lalai dalam amalan harian.
Ustaz tu kata lagi, janganlah percaya dengan tempat berubat yang menceritakan tentang saka dan sebagainya..itu semua tidak benar. Walaupun ada, tidak perlu menimbulkan syak dan mengungkit tentang amalan datuk dan nenek kita dahulu. Cukuplah sekadar kita berusaha untuk membuangnya. Tak perlu juga pergi ke tempat yang membuka aib dengan menceritakan anda telah dikenakan oleh si fulan bin si pulan. Berubat diam-diam sendiri sudeh.
All in all, its a good experience..to be able to really talk to the practitioner (sebab kami datang time ustaz tu dah nak tutup kedai, sempat la depa sembang-sembang sikit dulu). Yang penting, sesi rawatan tu pada saya bukannya untuk melihat sama ada saya 'sakit' atau tidak...tapi lebih kepada usaha mengenali diri. Saya tahu, tiada apa yang tidak kena dengan saya, cuma....adakala saya lalai dengan janji-janji saya kepada Dia. Astagfirullahhaladzim.
“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).
Wednesday, January 18, 2012
Esok hari Khamis...
Maknanya esok saya ada kelas TPD..you know, kelas yang mat salleh jadi mentor kita tu. And just to share a little bit of my day, today I had a co-teaching session with my TPD mentor. I might say the class went on quite smoothly, for me at least because I didn't do anything throughout the class. Ahaks. So much of a 'co-teaching' huh?? :D
At the beginning of the class our mentor friend did a little bit of introduction session. He introduced himself and he did it 'American way' (that's what he said). I was not quite happy when he said, 'American way is good'. Ye la kan, dia tunjuk shake-hands then cakap Hi! pastu hi-five bagai. We Malaysians don't do it that way. Dia siap buat gaya jalan yang 'cool' yang nampak cam backstreet boys kat sana buat. So, I was not happy with it. Tapi tak boleh la nak salahkan dia gak, mungkin dia tak faham budaya kita.
Part yang best untuk dikongsi adalah, anak-anak murid saya macam paham je perasaan hatiku when one of them said, "Mr. X is Mr. Bean". Wahahaha...saya sudah mau gelak but then tak baik la kan. Nanti tunjuk contoh tak baik pulak. So I asked the boy to say sorry. Sebab Mr. X tu pun buat muka sedih bila dia tau budak panggil dia Mr. Bean. Hihihi...Budak pun nampak okeh, jalan macam terliut liut gitu...American sangat. Ticer rasa, tak sesuai!!
So much that I think the programme ruins my day but I still have to attend it. Surely, its for my own benefit. Slowly, nanti saya suka la kelas tu agaknya. Bak kata orang, pelan-pelan kayuh. Saya terpaksalah suka atau buat-buat suka, kalau tak...horrible and miserable lah hidup saya sepanjang tahun ini. Till then, have a good Thursday guys :)
Be not afraid of going slowly; be afraid only of standing still. ~Chinese Proverb
Sunday, January 15, 2012
Macho vs Manja2.. *wink*wink*
Saya nak tulis ni pun serba salah. Tapi tak tulis pun, rasa macam nak tulis. Jadi saya akan cuba sedaya upaya membuatkan entry ini berbunyi ilmiah. Walaupun isinya masuk kategori *aduiiii ;p
Semasa cuti sekolah yang lepas, kan ramai orang kawin. Saya pun ada la bersembang ngan kakak saya pasal kawin ni. Kami sort of buat post mortem la tentang kenapa dan mengapa saya belum bertemu jodoh. Solution saya senang aje, belum sampai seru. Jodoh ni kan rahsia Allah. Dia lebih tau samada saya dah bersedia atau belum untuk melangkah ke alam yang lain.
Ada banyak teori tentang kenapa kawin lambat ni...termasuklah yang ala-ala paranormal gitu. Tapi yang paling best, bila kakak saya kata... pada dia, saya ni kekurangan sifat perempuan. Kurang lemah lembut? Terlebih stone? Stone tu memang ada kawan-kawan yang panggil masa zaman belajar dulu.
Tiba-tiba, baru-baru ni... kawan kat sekolah pun cakap mende yang sama. Saya kekurangan sifat manja-manja. Uish. Saya cakap, saya memang tak manja sebab saya macho. Dia tak percaya.
So, entry saya ni bukan nak apa-apa pun, cuma nak tanya... kalau ada yang membaca.... tolong bagitau saya, perlukah seorang perempuan bersikap manje-manje untuk menarik hati si dia? (Ecceh! ahaha). Kalau saya atau ramai wanita lain diluar sana dah memang stone macam ni... macam mana? Perlukah saya adjust diri saya atau kekal begini saja?
(*aduiiii - maksudnya cam adoiii..amende ko cite nih.)
Ikhlas,
Saya yang macho.
p/s: saya suka terma 'terima seadanya'...
Saturday, January 14, 2012
Hujung minggu yang serius.
Saya terpanggil untuk menulis tentang beliau ini sebab dari zaman sekolah saya memang suka dengar ceramah beliau. Beliau dulu kalau tak silap saya macam Dr. Fadhillah Kamsah. Memberi ceramah motivasi kepada pelajar. Cuma saya tak sedar bila masanya beliau masuk ke kancah politik. Tapi yang pasti, selepas 1997, kita telahpun jelas tentang fahaman politik beliau.
Tahun ini, 2012 beliau telah dipecat keluar dari parti beliau kerana dikatakan berkelakuan tidak senonoh dan memalukan parti. Saya kecewa. Kerana pada saya perjuangan beliau jelas. Saya sempat menonton di Youtube sedikit petikan ceramah beliau berkenaan pemecatannya. Saya berasa, mungkin beliau sedikit kecewa dengan pemecatan itu.
Dalam video tu, beliau menyatakan bahawa beliau telah mengikuti perkembangan kes DSAI sejak dari 1997. Begitu juga dengan ramai daripada kita. Hinggalah pada tahun ini beliau menyuarakan pendapat beliau lalu beliau dipecat.
Pada saya kalau begitulah kisahnya, tak mengapalah. Sekurang-kurangnya, pemecatan itu membuka mata. Mata saya sekurang-kurangnya.
Lepas tu saya tengok pula video seseorang yang dikatakan ustaz ini di Youtube. Ramai pengikut dan ramai penggemar. Cuma saya kurang selesa dengan cara penyampaiannya. Pada saya, dia agak lari dari imej seorang ustaz. Mungkin kerana gaya bahasa yang digunanya. Tapi rasa saya ustaz ni agak mahsyur juga. Ramai pengikut ceramahnya dari kalangan orang muda.
Walauapapun, saya fikir dan saya rasa takut.. takut memikirkan betapa diakhir-akhir zaman ini sangat mudahnya kita terpesong. Terpesong dalam jalan yang salah sudah tentu pesongnya. Saya lebih takut kita terpesong dalam pencarian kita mencari kebenaran.
p/s: Saya doakan yang terbaik untuk semua. Moga Allah berkati Dr. Hassan Ali. Seriuskan saya minggu ni?
Friday, January 13, 2012
Entry serious.
Saya suka lelaki bijak dan entry ini adalah serius (walaupun isu ni dah lapok). Hentikan pembacaan if you are not serious about serious thing. Peace.
Yesterday, I had nothing important to do. I did some surfing on the net and ended up in someone's blog. It was a serious blog. Even the name of the blog was serious. As I was practically free, I read his entry...owh, nothing much was written there but he did posted a video. It was about AUKU.
For those who are not familiar with AUKU, it is an act. Akta Universiti dan Kolej Universiti (after this will be referred to as 'the Act'). From what I understand, he (the blogger) is not so keen of the Act. He thinks that the Act is more or less 'tying the students' hands' (don't take this literally). The video he posted was on the phenomenon before AUKU was introduced. Which obviously showing the freedom of the undergrads to express their feelings. Doing demo and all.
From that blog, I found another blog which was about the very famous teacher-to-be. Who did something which to some people was a brave act. But to me it was just a plain stupid act. I'm sorry. According to one of them, if the 'play' by the government continues, they would move the whole force of the undergrads (students) to change the regime during the election (democracy channel).
For me, they should consider that first rather than going through such a 'rough' road. That is the way things should be done. We practice Parliamentary Democracy, so use this means to get to your end. Get your priority right and carry on with your life.
You've been beaten up right? The injury you sustained is just collateral when you are actually damaging your life. I might sound coward, but please think before you act. Main task is to deliver the memorandum. Then just do it and leave it at that. By taking or lowering that 'you-know-what' down, you were actually mengsensasikan keadaan. Tak payah nak dramatik sangat la kot.
I read this one comment that goes like this, "ini adalah orang yang akan dikenang, orang yang menurut sahaja tidak akan dikenang". Then I would rather be the unsung hero. Yang dikenang for the right reason.
So much that I like smart brave guys, I don't think I can handle this kind of bravery and smartness.
Side notes:
1. Bila saya kata saluran demokrasi (Perenggan 4), saya maksudkan...since dia ada suara untuk mengajak orang berbuat sesuatu, why not ajak rakan-rakan sume pergi mengundi. Saya boleh buat satu entry baru untuk cerita betapa budak melayu tak suka pegi mengundi. Kononnya malas nak amik port pasal politik.
2. Bila saya kata pikir dulu sebelum bertindak (Perenggan 7), saya maksudkan...fikir la dulu, kalo dah turunkan gambar PM, takkan la tak ada tindakan. Kena gantung belajar sudah tentu. Ada rekod disiplin sudah pasti. Kemana hala tuju hidup anda? Pengajian anda? Camne nak memimpin dan bersuara kalau degree pun tak ada? Belajar pun siap extend sem?
3. Bila saya kata saya lebih rela jadi unsung hero, saya maksudkan...hantarlah memorandum tu secara berhemah. Anda sudah pun menjadi pejuang. Tanpa menurunkan gambar atau apa-apa, memorandum tu tetap sampai. Ada tindakan atau tidak bergantung pada keadaan. Sekurang-kurangnya anda sudah menjalankan apa yang anda rasa sudah menjadi tanggungjawab anda. Tapi bila anda berbuat demikian (turunkan apa-apa tu), anda memberi ruang untuk mereka menolak mentah-mentah permintaan anda. Ada Akta pun dah macam tu...kalau tak de macam mana?
4. Kalau nak diikutkan, banyak lagi yang saya nak cakap... tentang berpolitik secara sihat semasa dalam pengajian...tentang macam-macam lagi. Tapi nanti entry ni akan jadi terlalu panjang. Cuma pada saya, dalam politik ada banyak unsur. Pastikah anda, anda boleh jadi macam ikan temenung yang duduk dalam air laut tapi tak masin?
And this is just my 2 sen.
He who has never learned to obey cannot be a good commander ~ Aristotle
Monday, January 9, 2012
Kisah saya dan stapler. . .
Yet just another plain-pointless-entry... I was in the midst of labelling my stuff. Mind you, never in my life I label my stationery. Label means taruk nama kita la..lekat-lekat dengan tape tu. But for this year, the force is still there makanya ala-ala rajin gitu...saya pun print nama and lekat pada selected ones (my stationery la).
Suddenly I realised, my stapler has been with me for 15 years. I bought the stapler in Pos Data Ipoh. Beli pun sebab nak pos borang UPU tapi tak de paper clip. I can still remember that moment. So, he (ok la kan 'he' sebab stapler ni kaler kelabu..kalo pink kita letak 'she') has been with me during my dip years in ITM Melaka, my bachelor years in UiTM Shah Alam, my working life in Azman Tahir Tan & Co. for 5 years, my part-time lecturing for 3 and the half years and this year is my second year of teaching. Fantastic huh? (At least for me).
The best part is, it can still work very well. Like new. Tak pernah rosak. It just that, rupa dia memang nampak like 15 years punya stuff. So saya tak akan letak gambar dia kat sini...hehe. Pernah dia hilang kejap, and I went to look for it like nobody's business. Carik sampai jumpa okkay. Thats the beauty in life, you can have a bond with thing you have been with for so long. Eventhough dia tak pernah bercakap pun dengan kita.
Having said that, macam pelikkan bila ada orang buang mak, buang ayah, buang anak. After so much they've done for you. It's just beyond comprehension. Even Tom Hanks pun menangis dalam Cast Away bila Mr. Wilson hilang dari dia. Need I say more?
So, moral seciput dari entry ni..sayangi harta anda dan sayangi Mak Ayah anda.
Friday, January 6, 2012
Kagum :-)
Buat pertama kalinya dalam tahun ini (wahahaha) saya berjaya menyiapkan sesuatu lebih awal dari target saya. Believe me, perkara ini jarang berlaku... selalunya bila saya berjanji dengan diri saya sendiri saya akan beri sedikit ruang untuk delays. Translate; saya pemalas...please expect some delays.
So, talking about target...plan saya untuk hujung minggu ni adalah mengemas work space a.k.a office saya. Latest by ahad mesti siap. And suprisingly, hari ni and petang tadi to be exact dah siap. Sebab tu saya ada masa nak membebel kat sini.
Saya suka susun atur ni, terasa saya macam dalam bilik dalam cite korea. Memang memberi mood untuk buat keje. Bagus jugak kegilaan saya ini. So itu je la saya nak tulis. Maaf, entry saya tak banyak yang membantu membina kendiri tuan puan yang membaca.
Last but not least, as I notice it...saya akan dapat capai apa yang saya nak when I least expect it or when I don't have any expectation to achieve or to get it. Bila saya tergedik-gedik nak tu memang tak dapat la.
So, sekarang saya dalam expectation yang kerajinan saya ini akan bertahan buat sementara saja. Paling-paling sampai bulan 6... Kalau anda paham kenapa saya menjangkakan begitu...hehehe. Cheers :-)
p/s: entry ni memang dalam mode syok sendiri. sila sediakan bakul sampah kat tepi in case meloya nanti... ;p
Tuesday, January 3, 2012
Lets keep up the momentum!
At this point of time, yours truly is so highly spirited. Done with record book, RPT, lesson note and all the things needed for tomorrow.
At the back of her mind is.... will this spirit remain after the first quarter of the year? So peeps, those who are close enough to sound-direct-tepek je..please do so should you notice yours truly has lost her direction okeh! May the force be with us...keep up the momentum bebeh!
Other than that, I do really think that I need to reset my biology clock to the point where I could sleep right after Dunia Jam 10 started. [That was about 15 years back..tq]
Lastly, happy schooling to all ;p
At the back of her mind is.... will this spirit remain after the first quarter of the year? So peeps, those who are close enough to sound-direct-tepek je..please do so should you notice yours truly has lost her direction okeh! May the force be with us...keep up the momentum bebeh!
Other than that, I do really think that I need to reset my biology clock to the point where I could sleep right after Dunia Jam 10 started. [That was about 15 years back..tq]
Lastly, happy schooling to all ;p
p/s: since Dunia Jam 10 dah xde, I have decided to sleep at the first yawn of the night. harap berjaya.
Sunday, January 1, 2012
Collateral damage and happy new year...
Saya baru perasan, apa dokumen yang saya hilang lepas lappy saya kaput hari tu. Banyak jugak actually. Nampak sangat baru nak buat keje sekarang ek? Collateral damage pulak, byk driver yang dah hilang and kena install balik. Contohnya driver printer saya...nak print tadi sekali tak boleh pulak. Carik punya carik CD nya tak jumpa. Rasa macam tinggal kat umah sewa lama. Elok sangatlah kan? Dalam keadaan sekarang, saya tidak perlu sebarang gangguan yang boleh mengubah direction saya kepada 'perkara' lain. Memang potong stim betui.
Dalam perkara berbeza, rasanya ini entry terakhir untuk tahun ni...atau entry pertama untuk tahun 2012. Saya macam tak de mood nak cakap pasal azam. Macamlah azam saya yang lepas-lepas tu saya usahakan sangat pun. Sebagai Azira, apa yag saya tak cakap tulah yang selalunya saya buat. Vice versa.
Tengah-tengah type ni Asrul Baron sms wish happy new year. Time kasih. Moga tahun mendatang ni memberi lebih kebaikan untuk kita sume.
Sambil-sambil type ni, saya dok tunggu load driver printer dari internet. Slow macam siput. Sekarang saya terfikir...hilang driver printer ni, collateral damage ke? Ataupun itulah damage yang sebenarnya.
Till then, see you guys next year. Bye
Subscribe to:
Posts (Atom)