Hari ni sepatutnya tak dihabiskan dengan mende-mende yang kurang berfaedah sebabnya saya kena siapkan assignment untuk kursus induksi saya. Isnin ni nak kena bagi GB tengok and sign. Dah berjanji dengan diri sendiri sejak beberapa minggu yang lalu. Tapi macam biasa, saya mungkir janji sendiri.
Saya bukak facebook tadi. Asalnya nak tengok kejap je, intai-intai apa yang patut. Tapi akhirnya terleka bila tengok ramai yang share gambar Irma Hasmie kahwin. Cantik. Sangat cantik infact, lepas dia bertudung ni. Saya tak follow sangat pasal dia dulu, so saya google balik gambar dia dulu-dulu. Memang lain. Muka dia sekarang macam sangat tenang dan bersih. Dulu pun dia cantik, tapi somehow or rather...nampak kusut.
Saya tumpang gembira untuk dia, walaupun tak kenal tapi sikit sebanyak saya tau jugak apa yang dia lalui. Apa yang saya nak cakap di sini, Allah dah kata dan janji Allah tu benar. Dia tak akan ambil sesuatu tanpa memberi yang lebih baik kepada kita. Kes Irma Hasmie ni contohnya.
Tapi bukan itu yang saya nak cerita pun kat sini. Yang bercampur baur tu adalah perasaan saya bila tengok hijrah Irma ni. Dia baru berhijrah. Dari cara hidup yang sangat berbeza dari sekarang. Tapi dari air muka dia, saya yakin, dia sangat menjiwai dan menikmati hijrah dia tu. Macam-macam aktiviti yang dia dah ikut dan turut serta untuk memperbaiki diri dan menjadi muslimah yang lebih baik.
Saya? Saya pakai tudung sejak umur saya 12 tahun. Kira pakai betul-betul sejak saya kena tanggung dosa sendiri. Tapi, kenapa saya rasa jauh disudut hati saya ni saya tidak pernah menikmati nikmat 'mencari diri' macam yang orang-orang yang baru berhijrah lalui.
Tak pernah mungkin tipu, tapi rasanya kali terakhir saya ikut serta dalam majlis-majlis ilmu dengan rela hati dan tertunggu-tunggu untuk pergi setiap minggu adalah masa saya belum habis sekolah dulu. Lepas tu, semua majlis ilmu adalah apa yang diwajibkan hadir. Kalau dizaman uni, sebab nak dapatkan cop. Ataupun, tak nak kantoi dengan warden etc.
Lalu apakah ertinya saya yang dah dapat hidayah nak tutup aurat dari umur 12 tahun ni? Sekadar buat apa yang wajib je. Solat, puasa. Baca Yassin malam jumaat. Tiba-tiba saya jadi malu sendiri. Malu yang susah nak diluahkan. Bercampur baur.
Susahnya bila dah rasa macam ni. Ubatnya senang, niat je untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik bermula saat ini. Tapi, mampukah saya..bila saya selalu mungkir janji saya sendiri?
p/s: kita selalu nak cari yang soleh dan solehah. sebenarnya, tak perlu pun cari... kita cuma perlu soleh/solehahkan diri kita je. sebab nanti Allah sendiri akan hadirkan dia untuk kite.
Semoga esok lebih baik dari hari ini.
walaupun assignment tak siap, tapi saya rasa hari ni tak juga berlalu dengan sia-sia...
No comments:
Post a Comment