Not too sure whether I should write about this or not...but I hope it's worth writing and sharing. And mind you, this entry is going to be one long story. Read at your own risk.
The story goes like this, sometime last year ada sepupu saya datang umah. Sembang punya sembang masuk la cite dia pergi berubat. Berubat kat sini, kalau orang Melayu mesti faham. Bukan pergi hospital atau klinik tapi pergi perubatan alternatif. Dalam kes sepupu saya ni, Ruqyah atau Perubatan Islam. Hasil sembangan kami, sepupu saya kata...sebagaimana syaitan telah berjanji untuk merosakkan umat Islam...TIGA daripada gangguannya adalah..kalau bujang, diganggu supaya lewat berkahwin; kalau berkahwin dan bahagia, diganggunya supaya bercerai; kalau yang belum ada zuriat, diganggu pula supaya tidak berzuriat. Pendek cite, sepupu saya menyarankan agar saya pergi ke pusat rawatan itu. Namun saya menolak, hujah saya mudah saja...kalau dah sampai jodoh sebagaimana yang Allah tetapkan, siapalah syaitan untuk menahannya? Saya kira, memang sangat kukuh lagi tidak boleh dibangkang hujah saya itu.
Tetapi, sebaik sahaja sepupu saya itu pulang, saya teringat pula pada sepupu saya yang lain. Yang mengadu sakit belakang, batuk serta demam malam yang berlarutan. Tapi menurut doktor semuanya normal belaka. Lantas saya fikir, apalah salahnya mencuba rawatan alternatif pula. Lalu saya merancang misi tak mustahil untuk bertemu ustaz di pusat rawatan itu.
Dipendekkan cerita, semuanya dipermudahkan Allah SWT... Lepas sesat-sesat jalan sikit sampailah kami ke pusat rawatan itu. At the back of my mind, since dah sampai..why not I just give it a shot? So, I took the form given by one of the ustazs and filled it. Dalam borang tu cakap apa tau?
Dalam panjang-panjang post saya ini, part ni je yang penting untuk korang baca sebenarnya. Dalam borang tu ada list yang korang kena tick...antaranya yang saya boleh ingat adalah: -
- susah nak tido malam
- sering terjaga waktu malam dalam jam 2-3 pagi
- kerap mimpi memegang bayi
- mimpi melihat makhluk halus
- mimpi melihat salib
- mimpi jatuh dari tempat tinggi
- mimpi binatang buas seperti ular harimau dan sebagainya
- sakit belakang
- mudah marah walaupun atas sebab-sebab yang kecil
- mudah lupa
- mimpi terkena alat-alat yang tajam seperti pisau gunting dan sebagainya
- datang haid secara luas biasa
- ada beberapa lagi yang saya dah tak ingat
- mudah letih dan malas
So, lepas dah isi borang tu...ada bebarapa yang saya terpaksa tick sebab saya memang mengalaminya. Diagnos awal, mungkin ada gangguan. Owh, lupa nak cakap...kalau banyak yang korang tick maka makin tinggilah kebarangkalian yang korang ada 'gangguan'. Sepupu saya tadi, ustaz tu kategorikan sebagai kes berat. Memang semasa sesi rawatan pun, saya terpaksa akui yang saya yakin dia memang di'ganggu'. Apapun, alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.
Tapi saya sempat bertanya kepada ustaz ni, apakah punca gangguan ni? Ustaz tu jawab, satu, kurangnya amalan dan lalai dalam amalan. Yang kedua, tidak menjaga kebersihan diri dan rumah. Ketiga, lemah semangat. So, that's it. Diagnos akhir saya sendiri: Kurang amalan dan lalai dalam amalan harian.
Ustaz tu kata lagi, janganlah percaya dengan tempat berubat yang menceritakan tentang saka dan sebagainya..itu semua tidak benar. Walaupun ada, tidak perlu menimbulkan syak dan mengungkit tentang amalan datuk dan nenek kita dahulu. Cukuplah sekadar kita berusaha untuk membuangnya. Tak perlu juga pergi ke tempat yang membuka aib dengan menceritakan anda telah dikenakan oleh si fulan bin si pulan. Berubat diam-diam sendiri sudeh.
All in all, its a good experience..to be able to really talk to the practitioner (sebab kami datang time ustaz tu dah nak tutup kedai, sempat la depa sembang-sembang sikit dulu). Yang penting, sesi rawatan tu pada saya bukannya untuk melihat sama ada saya 'sakit' atau tidak...tapi lebih kepada usaha mengenali diri. Saya tahu, tiada apa yang tidak kena dengan saya, cuma....adakala saya lalai dengan janji-janji saya kepada Dia. Astagfirullahhaladzim.
“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).
2 comments:
1 sesi yg sgt berguna, sy pn terkesan jua adanye, muhasabah diri
sekurang2nya berbaloi sy menulis panjang paejah..hehe
Post a Comment