Saturday, January 14, 2012

Hujung minggu yang serius.

Saya terpanggil untuk menulis tentang beliau ini sebab dari zaman sekolah saya memang suka dengar ceramah beliau. Beliau dulu kalau tak silap saya macam Dr. Fadhillah Kamsah. Memberi ceramah motivasi kepada pelajar. Cuma saya tak sedar bila masanya beliau masuk ke kancah politik. Tapi yang pasti, selepas 1997, kita telahpun jelas tentang fahaman politik beliau.

Tahun ini, 2012 beliau telah dipecat keluar dari parti beliau kerana dikatakan berkelakuan tidak senonoh dan memalukan parti. Saya kecewa.  Kerana pada saya perjuangan beliau jelas. Saya sempat menonton di Youtube sedikit petikan ceramah beliau berkenaan pemecatannya.  Saya berasa, mungkin beliau sedikit kecewa dengan pemecatan itu.

Dalam video tu, beliau menyatakan bahawa beliau telah mengikuti perkembangan kes DSAI sejak dari 1997. Begitu juga dengan ramai daripada kita. Hinggalah pada tahun ini beliau menyuarakan pendapat beliau lalu beliau dipecat.

Pada saya kalau begitulah kisahnya, tak mengapalah. Sekurang-kurangnya, pemecatan itu membuka mata. Mata saya sekurang-kurangnya.

Lepas tu saya tengok pula video seseorang yang dikatakan ustaz ini di Youtube. Ramai pengikut dan ramai penggemar. Cuma saya kurang selesa dengan cara penyampaiannya. Pada saya, dia agak lari dari imej seorang ustaz. Mungkin kerana gaya bahasa yang digunanya. Tapi rasa saya ustaz ni agak mahsyur juga. Ramai pengikut ceramahnya dari kalangan orang muda.

Walauapapun, saya fikir dan saya rasa takut.. takut memikirkan betapa diakhir-akhir zaman ini sangat mudahnya kita terpesong. Terpesong dalam jalan yang salah sudah tentu pesongnya. Saya lebih takut kita terpesong dalam pencarian kita mencari kebenaran.

p/s: Saya doakan yang terbaik untuk semua. Moga Allah berkati Dr. Hassan Ali. Seriuskan saya minggu ni?

No comments: