Tuesday, October 26, 2010

Sembang kosong...

Amaran:  Yet another entry yang panjang...read at your own risk!
___________________________________________________________________

Saya sebenarnya tengah buat kerja.  Tapi, 2-3 minit saya cari jawapan tak jumpa...tetiba otak rasa macam tepu..hehehe. Makanya saya divert usaha saya ke sini. Ye, blog ni.. hehehe lagi. Untuk entry ni, saya akan sembang kosong je (bukan ke kebanyakan post saya adalah sembang kosong?)

Saya rasa ramai orang dah underestimate sembang kosong. Kosong kat belakang tu, menandakan sembang tu tak penting. Tak de substance, kan? Berbeza ngan sembang ilmiah, sembang meniaga etc.  Hari ni saya nak menongkah arus dan mengatakan bahawa sembang kosong ni pun adakalanya penting. Kenapa saya cakap macam ni? Sila teruskan pembacaan...
.
.
.
.
.
.
.
.
Sabtu lepas saya balik kampung.  Sedang saya menjalankan misi keamanan saya di premis-premis fevret saya, saya terserempak dengan seorang kawan.  Kawan pejabat yang agak rapat.  Memandangkan dah lama tak jumpa, kami pun setuju untuk pergi ke premis berhampiran untuk bersembang kosong.  Apa yang saya nak ceritakan selepas ini, bukanlah berniat untuk membuka aib orang atau bercerita perihal orang, cuma saya rasa ada kepentingannya untuk saya kongsikan di sini.

Kawan saya ini, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.  Kawin atas dasar cinta.  Cinta boleh tahan maut jugak lah ni dulu.  Tetapi di awal perbualan saya telah dapat menghidu akan perkhabaran selanjutnya.  Tepatlah dugaan saya, rumahtangga kawan saya ini dilanda badai (makaih, sastera giler!).  Bila ditanya punca, dengan cepatnya kawan saya ini menyatakannya..."kami dah tak de sembang-sembang kosong".  Sebagai seorang bujang lagi single, pernyataan ini agak meng'confuse'kan saya.  Lalu saya biarkan kawan saya terus bercerita.

Panjang cerita kami.  Sepanjang jalan balik saya berfikir, bila kita telah berkahwin selama 18 tahun, semua perkara adalah rutin.  Rutin yang dijalankan selama 18 tahun.  Tak jemu ke?  Kenapa pulak ada orang yang boleh kekal berkahwin selama 40 tahun? Kalau rutin 18 tahun itu menjemukan?

Dan kata-kata penutup kawan saya mengakhiri perjalanan otak saya.  Kawan saya kata, yang memberi seri kepada rumahtangga selama 18 tahun tu adalah sembang-sembang kosong dengan suami/isteri kita.  Bila mana dengkur dia dari rumah sebelah pun kita dah cam.  Bau perfume dia dalam stadium pun kita leh cari... yang memberi kelainan pada hari-hari yang kita lalui cuma topik kecik-kecik yang kita bincangkan hari itu.  Bila sampai masa kita dah tak punya topik untuk dibicarakan, lebih baiklah kita buat sesuatu.  Sembang kosong yang kita anggap enteng ni, ada jugak gunanya.  

Rasa saya, kawan saya ini mengharapkan suaminya bertanya dan bercerita...macam zaman dorang bercinta.  Kerana menurut dia, perbualan mereka sekarang hanya berkisar perkara-perkara wajib yakni loan umah, loan keta dan belanja anak.  Paling kuat, sembang pasal cuaca..itu pun sebab nak decide sape nak bawak kereta dan amik anak kat skolah.    

Dipendekkan cerita, walaupun saya tak dapat nak beri apa-apa solution untuk kawan saya ni.  Saya harap dia tabah dan boleh usahakan mencari topik-topik untuk disembangkan setiap hari.  Pesan dia pada saya, carilah orang yang saya boleh bersembang (Saya boleh sembang ngan sesape je, camne?) Bila saya balik rumah, saya tanya kakak saya...sembang kosong ni penting ke?

Kakak saya kata, bila dah lama kawin...dah tak de discovery yang kita nak buat lagi.  Semua dah terang depan mata.So, it would be good if we could still talk and laugh about something. Contohnya, gelakkan iklan kat tv yang ntah hape-hape.  Take note ye, bukan semua orang yang dah lama kawin boleh sembang-sembang mende-menda ngok ngek macam tu..huhu.

Kesimpulan saya:  Kalau dah berkahwin selama 20 tahun dan kita masih jumpa perkara yang kita boleh sembang dan gelakkan bersama, itu adalah pencapaian!!

Two monologues do not make a dialogue.  ~Jeff Daly

11 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

karya tahap tinggi
at 1st hard to understand
but after reading ayong's opinion, i think i do understand
but i wish to talk to him for the rest of my life

AxraZa said...

ini pasal orang yg dh kawin, yg telah berhenti berkomunikasi. org kata, rumahtangga tu mati bila dh xde komunikasi. i donno.

Radhi Dahlan said...

communication is one of the most important element not only in marriage relationship but also in any kind of relationship. I hope that I always have something that can attract my hubby to talk. I take my parents' relationship as the nearest example. TQ!

AxraZa said...

i couldnt agree more D. i hope tht i will meet someone tht i am comfortable enuf to share d small talk and big laugh :D

Shu said...

kesiaaan..nnti udate tau citer dia sisi...

AxraZa said...

kalo berkesempatan.. i will. doakan yg terbaik utk dia :)

@kU said...

just enjoy the silent..

AxraZa said...

dlm context ni..x elok diam ni arman.. :)

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

arman, jgn lupa pesananku semalam

Maya Ariffin said...

Permulaan perkahwinan yang gagal ialah komunikasi yang gagal. Unless bagi pasangan bisu lah.

Well yes basically every each of us... kita miliki and berhak keatas our personal space. apabila kita memilih untuk berkahwin, kita perlu bersedia untuk berubah. every each of us.. tak kiralah u lelaki or perempuan, u need to accept that hak keatas personal space kita tu dah berubah. Banyak pengorbanan dan adjustment perlu dibuat untuk memastikan perkahwinan yang dibina kekal hingga keliang lahad.

If dlm keadaan santai, wife comfortably rest on your arms while u hug her.. then itu baru aku agreed once in a while with the statement "Enjoy the silents"...

AxraZa said...

hmmm..sgt ceteklah ilmu pengetahuan sy dlm ilmu rumahtangga ini..x mampu ku komen..hehe