Wednesday, October 13, 2010

Kah Kah Kah

Ape yang bakal saya tulis ni, mungkin tak lah besar sangat pada ramai orang..tapi besar pada saya..so, kepada ahlil sukan yang membaca blog ini...sila jangan gelak besar ye. Sengih pun jangan. I mean it! :p

Tadi, saya bersukantara... Hahaha..yes, u read it right. Saya ingat, saya sekadar datang untuk gelakkan sorak kawan-kawan sahaja. Tapi bila dah sampai padang, rasanya agak hina kalau tak turut menyumbang mata.  Maka dengan jayanya saya telah pun menyumbangkan dua mata kepada rumah saya, Rajawali.

Tapi, ada tapinya di situ..kalau kome tengok jarak yang diletakkan tu, memanglah agak lawak. Hahaha. Tak mencabar langsung walaupun untuk si kaki bangku seperti saya.  Patutlah saya boleh lepas..Hahahaha..lagi.

Walau apapun, saya rasa inilah sukantara terakhir dalam hidup saya (sebagai peserta laaa).  Yang bagusnya, pengakhiran ini berakhir dengan dua mata.  Percaya atau tidak, masa kat sekolah dulu... saya memang tak pernah menyumbang mata.. sebabnya saya akan menyibukkan diri saya sepanjang acara berlangsung.  Sedar-sedar dah habis je..hehe.

So, hari ni saya suke walaupun kaki macam terpeleot.  Sekian coretan saya.. :)

No comments: