Hajat hati saya semalam, sampai umah saya nak mandi dan tido. Owh, buat yang tak tahu, saya ke Cameron Highlands selama 3 hari. Tapi, bila sampai kat umah, saya mandi tapi tak boleh nak tido. Hajat hati saya lagi, saya nak balik Ipoh selepas subuh.
Saat entry ni ditulis, saya masih kat Penang. Hajat tak kesampaian. Saya rasa saya demam. Hidung saya pedih, tekak saya sakit, mata dan telinga saya gatal. Kaki dan badan saya sakit-sakit. Tapi sume tu tak seteruk 'sakit umah' saya. Saya rindu nak balik umah.
Saya rasa saya dah faham sekarang, macam mana rasanya bila dekat tapi jauh. Dah dekat, tapi tak boleh sampai. Biarlah tak nampak langsung. Puas hati. Kan?
Untuk kesekian kalinya, saya kenalah mengaku. Sejak disini saya selalu dengar orang cakap pasal homesick. Saya tak berapa faham kerana sejak saya mula masuk asrama saya jarang dilanda homesick, kalau ada pun saya rasa saya cuma rindu mak saya. Bila saya dapat cakap dengan mak saya, hilanglah rindu tu.
Sekarang saya faham kenapa ia dinamakan 'homesick'. Sebab kita akan rindu dengan rumah tu sekali...selain isi kandungnya. Sekarang saya harus mencari aktiviti yang menarik untuk mengubat sakit ini. Tapi badan pun tak berapa larat. Saya ada banyak masa untuk 'menjiwai' sakitumah ini. Perfect.
2 comments:
salam..
2 3 kali am jdkan zira contoh kt kwn2 guys yg mana zira dlm keadaan xbrapa sihat tp masih lg cuba mengikuti setiap aktiviti yg dijalankan. x spt kwn2 girls yg hanya mencari alasan utk mengelakkan diri demi kesenangan diri. dlm kepayahan zira masih bediri bejalan besama yg lain. kagum am..
nway arini cuti, bole la mkn ubat ya, bole la rehat pnjg skit. jumpa esok..
salam,
thanx 2 yoges la tu..12km x terasa. laughter is the best medicine! hehe
nway, thanx Am.. :)
Post a Comment