Sunday, October 24, 2010

Cerita dia...

Achtung: Entry ini agak panjang sebab ia mengambil masa yang lama utk siap. Jangan baca kalau tak punya banyak masa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu petang di pejabat, hujan lebat. Tiba-tiba telefon berbunyi, saya angkat..saya dengar suara yang sangat biasa saya dengar. Tapi kali itu, nadanya berbeza. Saya tanya kenapa, dia cerita.  Tiba-tiba lagi, nadanya semakin berbeza.  Saya pasti, telah hujan juga dihujung talian sana. Tetapi, dua hari kemudian..... Si pemanggil menelefon saya lagi... nada suara kembali biasa. Ceria lagi.  Dia memang tak guna seduit. Hahaha.

Itu cerita setahun yang lalu.  Lebih dari setahun rasanya.  Tapi rasa macam semalam.  Memang rasa macam semalam.  Sebab hingga ke hari ini, subjek perbualan yang dibasahi hujan luar dan dalam itu masih disebut sehingga kini.  Suka untuk saya mentafsirkan cerita yang satu ini.  Pengamatan saya, sangat dalamlah juga singgahnya Encik Subjek itu di hati kawan saya ini, walaupun awalnya saya sangka sekadar 'langgar dan terbakar' sahaja.

Sikit saya tak sangka, cerita yang bermula dengan pertemuan di pintu lift, parking lot dan tak lupa juga depan toilet boleh diakhiri dengan hujan [read: air mata].  Saya ingat dia main-main je.  Biar saya cerita dari mula, mereka ini satu company tapi lain department.  Makanya bangunan lain juga.  Selalu bertemu di parking lot dan pintu lift.  Senyum selalu.  Bersembang sekali sekala.  Bila hanya berdua.  Lama-lama agaknya datanglah suka.  

Setelah sekian lama, mereka masih di situ juga.  Walaupun ada marah dan rajuk sekali sekala, namun komunikasi masih berkisar di pintu lift dan juga parking lot sahaja.  Mungkin ke atas Federal Highway sekali sekala, itu pun atas kereta berbeza. Hinggalah suatu hari, Encik Subjek menyatakan maafnya.  Tidak pasti pula untuk apa. Dan selepas tidak lama, yang tinggal hanya ruang parking fevretnya saja.  Di pintu lift juga, dah tiada lagi dia.

Khabarnya, sekarang Encik Subjek telah berpunya.  Namun, kawan saya ingat juga pada dia sekali sekala dan berdoa akan kebahagiaannya.  Saya si pendengar setia, percaya...Encik Subjek pun mungkin ada rasa yang sama.  Tapi atas pilihan mereka bersama, perkara itu terdiam sahaja.  Bila difikirkan semula, saya tertanya, mana yang lebih kita sesalkan?  Kerana kita telah buat sesuatu atau kerana kita tidak buat sesuatu?


*"langgar dan terbakar" - crash and burn

Let your love be like the misty rains, coming softly, but flooding the river.  ~Malagasy Proverb

8 comments:

Radhi Dahlan said...

Kalau aku la kan... tiada apa yang perlu dikesalkan kerana hati suka dan perpisahan itu adalah ketentuan Tuhan...
Semoga En. Subjek bahagia dan Kawan ko tu Zira akan bertemu yang lebih dari itu dan juga bertemu kebahagian... :)

AxraZa said...

Amin. Itu lah doa saya jugak :)

Shu said...

Serius...kerana kita tida berbuat sesuatu..walaupun sebegitu dipinta maaf,mestilah menerangkan dengan bijaksana sebab nya.. memang betul kak zira, kalau kita teringat kat si seseorang tu..nak tak nak, sikit atau banyak, orang tu pun akan ingat kat kita.cuma cara dan ego masing-masing sahaja berbeza...

pendapat mek su yang masih mentah.

AxraZa said...

sue, maaf tu hanya org yg nak memaafkan tu saje yang faham sebabnya knp. sy cuma pendengar setia..kurang faham juga adanya :)

psl berbuat atau tidak berbuat sesuatu tu, kak zira personally rasa, kalau kita buat atau tidak buat sesuatu..kita mesti ada sebab musababnya yg kita decide camtu,kan?

pendapat sy yg masih mentah jugak..hehe

Shu said...

iye..kadang2 meninggalkan sahaja tanpa penyelesaian itu adalah lebih baik dari memberi jawapan berjela-jela lalu meninggalkan..rite? BUUUUUUTTTT...adakah anda selesa kalau diperlakukan begitu? Soal hati...keinginan dan kehendak tidak mungkin sama..SOAL HATI.

AxraZa said...

saya fail soal hati!! sekian. :P

Maya Ariffin said...

Dan aku pun tersentap!

Nak wat lagu mane.. ada chemistry pun tada guna.. sebab masing2 dah berpunya! huhuhuhuh...

Lift? parking lot? macam cerita aku daaa..

alkisah sahibul-hikayat.. yang itu tinggal kenangan.

AxraZa said...

apo nk buek maya :)