Monday, January 31, 2011

Ouch!!

Hari ni hari yang agak busy.  Ada kenduri kat rumah Acik. Kalau ikutkan memang malas nak pegi sebab penat travel dari Gemas ke Ipoh pun tak habis lagi. Aku dah cuba nasib cakap ngan Mak tak nak pegi sebab penat.  Sepantas kilat Mak cakap bukan aku yang drive. Memang la bukan aku yang drive. Tapi rasanya baik la aku drive kot, kurang penat. Duduk saja-saja tak buat apa, tapi tak boleh tido memang tak best.

Dipendekkan cite, aku pegi jugaklah umah Acik.  Sampai kat sana, ingatkan buleh terus makan.  Sekali orang tengah ready nak baca yassin. Dah namanya kenduri tahlil.  So aku pun join baca yassin dulu. Ingatkan pastu makan, tetiba ada solat hajat dulu. Aku dah tak join. Perut dah nyanyi. Ingatkan pastu boleh makan. Sekali ada lak ceramah. Ahahahaha..aku slow masuk bilik..kepala pun dah sakit. Tunggu punya tunggu, aku rasa aku dah boleh sampai Kuala Kangsar dah kalau drive tu, baru habis usrah. Owh, boleh makan skang, aku ingat camtu laaa.. Sekali banyak lak tapisan sebelum sampai ke tempat buffet tu. Susah tak nak makan? Aku kena cerita pasal ni supaya nampak lah kesan perkara yang berlaku selepas iniiii.......

Tengah-tengah beratur tetiba aku dengar orang tanya, "Azira tak datang ke?". Huishh..saspen. Suara memang tak cam. Tetiba nampak empunya suara. Mak kawan aku masa skolah menengah. Kawan baik lagi tu. Aku siap penah suka ngan abang kawan aku ni aka anak mak cik ni la. Mas Wira..sikit punya klasik ke nama. Owh, mak cik tu dah nampak aku..masa tu jarak antara aku ngan tingkat-tingkat makanan tu ada la 2-3 kaki je kot.  Tapi dah orang kata belom rezeki nak makan, belum jugak la. Kena road block ngan mak cik ni.

Soalan pertama, dah jadi cikgu ye? Kat mana? Dah kawin? Owh, belum. Bila lagi? Haaa..nak jumpa orang Gemas la ni. Haaa..nampak dah susut sikit ni. Dalam banyak-banyak statement, yang ni je aku suka. Aku ingat soalan pertama je. Soalan selepas tu aku dah tak kira. Jawapan pun aku bagi yang jujur punya. Sebab aku suka mak cik ni. Dulu-dulu supportive jugak dia. Rajin buat bekal kalo kami nak gi mandi sungai.

Dah aku jawab soalan dan tanya pasal life mak cik ni lebih kurang, sambil jeling-jeling kat ayam goreng yang dah dua kali refill tu, mak cik tu pun paham agaknya...dia pun melepaskan aku. Tapi sebelum aku blah, ayat mak cik tu.."Fizun pun belum apa-apa lagi...maklumlah kawin pun dah berumur." Ouch!! Tak tau mana lebih 'angin', kat perut ke kat hati..sebab memang tengah lapar yakni kebuluran..haha

Mak cik, Fizun tu sebaya saya. Kawan baik saya. Dia dah berumur, saya? 

Note:  Tak pe mak cik, saya akan usahakan mencari orang Gemas seperti saranan mak cik. Time kasih. Peace =)

7 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

gemas oh gemas
jgn berhenti mencari
hehehehehe

AxraZa said...

mungkin juga bahau, rompin dan kawasan sewaktu dengannya..hehe

Radhi Dahlan said...

berumur? hadoiiiii!!!!

suRe HeBoH said...

pencarian yg masih belum berakhir..keep on searching kak..

AxraZa said...

I will ;)

Shu said...

waahh nak belajar dgn makcik tu cara kasik panas orang...pergh! hebat ah! heee ;)

AxraZa said...

idak le panas benorrr..cume terkujat kejap! ahahaha