Sunday, January 9, 2011

Mulanya begini....

Ahad di sini...

Pagi ni rasa lebih bersemangat dari pagi semalam. Pagi ni, bangun subuh, basuh kain dan kemas umah. Aktiviti biasa hari ahad...cuma di rumah yang berbeza.  Sms Puan Asiah, tanya khabar sambil nak hint yang saya dah bangun subuh.  Mak selalu cakap, kalo tido lewat mesti kantoi subuh..nanti kalau duduk sorang sokmo kantoi je. Saya kata, siapa cakap Makkk? Hehe

Tetiba saya pulak dapat sms, dari cik adik yang jauh di Kuala Krai.  Dia start skolah hari ni...semoga dipermudahkan segalanya untuk dia. Sms atau call dipagi hari memang bawa semangat yang berbeza.  Apatah lagi kalau dihari yang mendung dan suram [read: hati..bukan cuaca]. Cik adik dari Kuala Krai suruh saya update pasal hidup baru di sini.. Dah kata saya semangat dapat sms pagi-pagi, saya terus on lappy dan taip.. over tak? =)

So maafkan entry yang panjang ni...sesape rasa nak baca...bacalah..ini kisah sekali dalam hidup..sesape rasa macam malas..relax dulu..len kali baca..hehe


3.1.2011

Kinta Perdana, Ipoh.

Keluar umah jam 4 pagi...berdua ngan Puan Emak.  Nak jadi cerita, lepas amik tiket tol..bumblebee buat hal..tingkap tak boleh tutup pulak...ape hal ntah pepagi tu, spek menjadi kabur dan pemandangan kurang jelas...sempat mengamuk kejap di pagi hari...nak mengamuk hal lain sebenarnya..saja lepas perasaan pada tingkap.

Tapah.

Elok sampai kat Tapah, tingkap masih ternganga dengan luasnya...dan hujan pun turun. Perfect. Tapi masa tu dah kena tarbiah ngan Puan Asiah..dah tak mengamuk lagi dah..nak kena hujan? Kena laaa...redha je. Tapi syukur, walaupun hujan lebat..tingkap terbuka habis..tapi air tak masuk dan kena baju..mungkin sebab arah angin yang menyimpang.  Yong ngan Along yang follow belakang dah bersedih-sedihan melihat adiknya yang macho kuyup dibasahi hujan.. Bila dah tau tak kena hujan..penat je dia risau dia kata..ahahaha..

RNR Seremban

Benti kejap untuk refresh sikit..tetiba dapat call dari satu nombor 07.  Rupanya sekolah cakap aku ditempatkan kat skolah tu...bila tanya nak ke sana straight atau ke JPN dulu, dia tak tau..dia kata kena tanya JPN.  Aku call JPN...macam biasa kena transfer call ada la dalam 4 orang dan semua tak reti nak jawab.  Last-last suruh aku pegi jugak JPN. Bengong tak? Sorry la..ini baru 1st time keluar ayat ni. Dah tahan dari 3 haribulan.

Tiba-tiba lagi, nampak satu Iswara merah...tetiba lagi nampak satu mamat pakai sling bag. Baju kotak-kotak. Hafiz! Nak jerit tak boleh, sebab tengah on the phone.  Seb baik Ayong cekap dan memanggil mamat itu.  Banyak-banyak orang, boleh jumpa Hafiz. 

Seremban, Negeri Sembilan.

8.45 am, sampai kat JPN NS.  Tunggu punya tunggu...tak kunjung tiba pegawai mana pun.  Tetiba suruh pindah ke lain pulak, only to be told to come again tomorrow. Pegi PPD Seremban lak.  I was like, wattheheck?!  Ko suruh aku datang hari ni, untuk sign attandance seketul ni je?  Tapi tak pe, Mak kata apa-apa kena sabar..aku pun pegi tanya pasal sekolah call tadi.  Jawapan dia, "Tak betul tu..JPN belum keluarkan surat apa-apa lagi. Datang je esok".  Staff tu memang bernasib baik sebab aku memang tak nak carik pasal pagi-pagi di hari pertama aku mendaftar.  Kalau aku dah lama, kurang-kurang aku bahasakan jugak 2-3 ayat.

9.45 am, plan ramai-ramai nak g PPD Seremban.  Sesat barat sebab ikut Kimin yang lead pakai GPS dia..end up di jalan mati...ahahaha..ini memang lawak. Last-last tunggu Zue datang amik.  Sampai PPD, orang penuh, pegawai tak de..sameshiteveryday. Sorry.

Gemas

Malas nak tunggu, Along kata kami ke Gemas je la, kalau betul dapat sekolah tu, at least esok aku tak teraba-raba sorang-sorang carik jalan.  So kami ke Gemas, syukur..PK1 sekolah tu ada. Alhamdulillah, ada jugak orang yang professional dalam hari ni...so kiranya hari tu..urusan aku berakhir dengan baik. Allah is great.  Lepas tu, kami pun bergeraklah balik ke Seremban.

Senawang

Sampai kat Seremban, carilah budget hotel untuk stay malam tu.  Lepas maghrib, Mak Ayong dan Along pun balik. Tapau Nasik Goreng USA ngan Teh Ais naik bilik..nak makan ngan mak sume dah tak lepas.  Malam tu, Senawang hujan lebat. Wahahaha... 

4.1.2011

Awal pagi check out dan pegi lah ke PPD Seremban. Pengarah JPN NS turun.. dia macam penawar la kepada perasaan aku yang dah macam-macam tu.. Ayat pembukaan dia, "Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung..jgn rasa awak orang Perak dan akan didik anak N9. Tapi anggaplah awak akan didik anak negeri awak sendiri". Ayat penutup dia, "Keluarlah dan berjuanglah, niatkan perjuangan..kalau awak jatuh, awak jatuh dalam perjuangan".  Tak banyak sikit, aku dah rasa tak nak lah hampakan dia.. buleh tahan hensem Pengarah ni.  =)

5.1.2011


Start mengajar. Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman.  Local folks panggil STAR. Pergghhh.. Balik Ipoh nanti aku cakap aku ajar kat STAR, haruslah depa ingat STAR, Ipoh tu..hehe.

So camtulah perjalanan hari-hari pertama aku sebagai cikgu..nanti entry seterusnya aku cite lak pasal umah sewa, jalan-jalan ke Segamat dan Gemas di sana-sini..kalau rajin la..hehe