Selalu dengar lagu jiwang-jiwang karat melayu yang kata rindu menikam dada lah..menusuk kalbu lah.. Rasa macam merapukan? Kalo tak merapu pun, macam over gitu..exaggerate!
Tapi hari ni, chat ngan Angah..anak buah saya yang suka merapu itu...bertanyakan khabar katil di sana...tak de sape yang duduk bilik tu. Bila balik nanti sure berabuk giler.. Tanya kaktus saya, apalah perkhabarannya. Saya percaya Puan Asiah akan menyiramnya.. sejak anaknye jauh di mata, manalah Puan Asiah ada sesapa nak sembang-sembang..mesti beliau akan bersembang-sembang dengan pokok-pokok sahaja adanya. Kesian mak saye.
Tiba-tiba rasa sakit dada. Sebab tu la kot, lagu-lagu tu cakap macam tu..memang betul..kalau rindu sangat-sangat..kita jadi sakit dada. So lepas ni tak yah la pandai-pandai nak kutuk-kutuk lagu orang. Dengar sudah!