Ecceh..tajuk tak agak-agak...macam la hape. Citenye simple je..saje nak buat gempak. Tadi, kan si bumblebee meragam...tayarnye tetiba [err..bukanla tetiba sangat] kempis. Terpaksa empunya bumblebee ni dok umah tak keluar ke mana-mana. Plan nak gi Segamat pun cancel..sebab hujan pun sama la.
So petang ni, selepas dua hari tidak ketemu nasik..terpaksa jugak keluar. Selepas hujan teduh...nak jadi cite, ramai pulak budak-budak kecik main kat luar..dan banyak pulak kereta-kereta parking di tepi jalan. Dengan skill memandu yang tidak sepertinya...dan dengan kebiasaan memandu dijalan-jalan luas sahaja...empunya bumblebee telah membuat scene di petang yang indah.
Malas nak cite full version.. kalo kita jumpa minum teh nanti, kita cite. Dipendekkan cerita, tergedanglah bumblebee di tengah-tengah jalan. [Jalan tu kecik..kalo korang tak caye, luasnya sepanjang bumblebee tu je..serius!!] Bila orang parking kiri kanan jalan, camne nak lalu tengah-tengah? Cuba korang cakap? Setelah bertitik peluh me'reverse' di bumblebee, selamat lah kami ke jalan yang lebih besar. Dan berlalulah kami dengan muka penuh cool menahan malu dengan tayar yang kempis. What an evening!
Sampai kat pekan Gemas, carik stesyen minyak..jumpalah Caltex. Tengok pam angin dia...masya Allah, hat zaman dulu-dulu tu kot. Bukan yang bunyi keting-keting tu tau..yang lagi lama pulas-pulas tu. Bila tanya camne nak tau dah penuh ke belum, adik pam attendant tu cakap.."agak-agak je". Adik tu pun datang tolong..untuk justifikasi apasal terkial-kial, aku bagitau adik tu..yang aku tak biasa pakai manual ni. Selalu cari yang auto. Ergghhh..dalam ati macam nak kutuk. Apa la Gemas ni, came on la..takkan ini pun tak leh convert baru!
Tiba-tiba adik pam attendant tu cakap, "Kak, kalau nak senang..pegi sebelah..sana ada yang auto". Owh, itu dia Shell tersergam indah. Cemana leh tak nampak tadi? Seblah je okeh. Nak kasi puas hati, kat Shell isi balik..tengok-tengok, adik tu punya "agak-agak je" tadi tu..memang ngam ye! Tepat! Menang terer adik tu.
Itulah dia, kereta saya ini, sekali sekala memang suke memalukan tuannya. Ataupun tuannya itulah yang suka memalukan diri sendiri.
No comments:
Post a Comment