Sunday, October 31, 2010

Sibur-sibur

I know. I should be studying right now. But you just can't force yourself to do something when your heart and soul is somewhere else,  right? [Iye kan je.. Ok, settle] Our consensus is I can proceed writing.

So, as a big fan of Wiki, when I have nothing better to browse, I open Wiki and read just about everything in there. But today, all of sudden, I remember the name they gave me not so long ago [before that it was Sesumpah]. So I typed, P E P A T U N G.


Pepatung aka Sibur-sibur
Surprisingly,  this small insect symbolizes so many things.  Different culture has different way of looking at this insect. The one that captured my attention the most was the fact that the Japanese take Pepatung as the symbol of courage, strength, and happiness. I was like, NGAM!! :)

So, today..on the last day of the month of October, I hereby altering my alter ego from [xoxo] to Sibur-sibur. I think I need a good kick-start after 11 months of being here. Yes, HERE. Having said that, I hope that the One bless me with courage, strength and happiness for years to come.  

Nicknames stick to people, and the most ridiculous are the most adhesive.  ~Thomas C. Haliburton

[Note: With this, I welcome November :) ]

Saturday, October 30, 2010

Tenda Biru...

Hari ini Abang Bizan akan melangsungkan majlis perkahwinannya...
Walaupun dia tak baca ni, saya tetap nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU...
Tak boleh nak gambarkan betapa saya kecewa sebab tak dapat pergi...
Ibarat adik yang tak dapat balik ke kenduri kawin abangnya...
hampir lah, kalau pun tak betul-betul macam tu..

Kenduri ni kalau ikut-ikutkan dah bertahun-tahun kami nantikan...
dari kenduri Beron..kami dah fikir kenduri selepas tu pulak...
bila sebut kenduri, meraikan pengantin tu memanglah kan..
tapi acara memang dinantikan tentulah,
nak jumpa kawan-kawan..
part ni lah yang sedih sesangat ni..
uwaaaaaaaaaa..

Kepada Radhi,
yelah, korang pakailah sedondon
amiklah gambar banyak-banyak..
pastu taglah kat mukabuku
pastu korang komen 4 hari 4 malam,
biarlah saya menyaksikan kebahagiaan korang dari jauh...
saya redha...

Hari ni, saya kat Flat Digi,
Gcop bagi amaran, saya mesti study
sebab alang-alang dah tak pergi..
kalo tak sia-sia je ketidakpemergian saya...
Gcop...baiklah!

Adik-beradikku,
Saya nak korang paham...
Sesungguhnya keputusan saya
untuk tidak pergi ni
saya ambil setelah saya bertanya
kepada Asrul aka Beron..
beliau kata..
"ko pikir exam ko tu dulu...
dah habis exam nanti ko turun la shah alam
buleh sembang sampai lebam"

Oleh itu,
kepada Bai
janganlah cakap saya 'sembang deraih'
masa saya cakap saya nak pi
saya memang nak pi...
lama tak jumpa budak kecik cute rambut kerinting tuuu..hahaha

Apapun, saya harap majlis abang bizan berjalan lancar...
semoga korang berbahagia di hari bahagia abang kita tu..
Semoga kenduri lepas ni, saya tak ada exam lagi..
Warghhhhhhh!!!!!!!!!! Stress!

Friday, October 29, 2010

Enjoy the silence...

Hari tu saya cerita pasal kawan saya..kat post saya pasal 'Sembang Kosong'. Itu dari kacamata orang pompuan, tadi jumpa Tok Siak  kat Recsam..yang bagi hujah dari kacamata orang lelaki.  Saya nak kupas balik pun malas..kalau rajin awak sume boleh bukak blog ini.

Kalau malas jugak nak baca, saya amik part penting je...pada orang lelaki, kalau dia diam tu, bukanlah maknanya dia tak cinta lagi ..tp dia sekadar menikmati kesunyian tu...macam tu lah agaknya..saya pun tak paham :|

“You know you‘re in love after you found somebody really special, that you can just shut up for a day and comfortably enjoy the silence.” 


Ni saya petik dari blog tersebut..


Senang cerita, kita tahu bila kita dilamun cinta adalah apabila kita dapat bersama seorang yang sangat istimewa, yang mana detik bahagia ada pada setiap minit dan saat, walaupun kita tak bercakap apa apapun, kerana kita sedang ‘enjoy the silence’.., ‘menikmati kesunyian’ bersama orang yang paling kita cintai...

Jadi, kepada isteri-isteri yang  membaca ni, ini mungkin sesuatu yang baik untuk difikir-fikirkan.. :)

Thursday, October 28, 2010

Okkaaayyyy :P

Ahaks ~ what can I say??

Tok Siak...

Saya ada sorang kawan.  But he's more like a brother to me.  Satu sekolah masa praktikum. Saya rasa terpanggil untuk tulis pasal dia sebab tak lama lagi kami semua dah nak balik ke tempat masing-masing.  Nanti ada Laut China Selatan yang akan memisahkan kami semua. Susah tu nak jumpa balik.  Tadi beliau [haha..kamus habis] kata nanti kalau nak tau perkembangan kena baca blog..jadi saya buatkan satu entry ni untuk dia..sebagai kenang-kenangan :)

Tiga bulan praktikum, banyak jugak kenangan kami nih. Memandangkan dia yang duduk paling dekat dengan saya, banyaklah jugak cerita.  Rasanya, tiada satu hari pun yang berlalu tanpa saya dengar nasihat dan ceramah dia.. haha.  Maka dari situ, kami beri panggilan 'manja' untuk dia... kalau awak tak suka, ampun je la yekk..hehehe.

Walaupun dia jauh lagi muda dari saya, rasanya banyak menda yang saya belajar dari dia. Tiap-tiap hari mesti ada perbincangan dan perdebatan.  Tak lupa jugak, tazkirah. Jangan sebut pasal sains dan bio...confirm kalah. Hahaha. Bab makan pun tak boleh lupa jugak...nasib baik kantin sekolah tak serve makanan dasyat-dasyat..kalo tak confirm tukar size. Time saya makan, saya makan.  Nanti dia ajak saya teman dia makan, saya makan lagi.  Nanti member lain ajak teman makan, saya makan lagi.  

Berikut adalah kesan dan akibat ceramah dan tazkirah Tok Siak yang melekat dihati sanubari :-


  • Saya selalu kecewa dengan diri sendiri sebab gagal tido sekurang-kurangnya 6 jam sehari (waktu malam)..Menurut Tok Siak, tido yang cukup perlu untuk memperbaiki sel-sel kulit..agaknya sebab tu kulit saya belum pulih :(

  • Saya tak perlu cari bakal jodoh di masjid mahupun surau untuk dapat yang soleh lagi beriman, cukup dengan memperbaiki diri sendiri. Insya Allah.

  • Beza antara "Hi, teacher (sambil angkat kening) dan "Selamat Pagi Cikgu" and better still "Assalamualaikum, Teacher".

Last but not least, (tapi ini berat sikit)...


  • Berhati-hati bila makan di kedai mamak..mapley dan sewaktu dengannya.. (aksi tanganmu itu akan ku kenang sampai bebila..hahaha)
Apapun, kat sini kak zira nak amik kesempatan untuk ucapkan terima kasih untuk semuanya. Untuk segala nasihat mahupun kutukan yang berguna.. :) Semoga awak diberkati Allah selalu. Semoga awak akan kekal begini dan mungkin lebih baik lagi di masa depan. Jangan lupa, nak makan nasik minyak nanti, poskan kad dan tiket flight sekali untuk Kak Zira ni ye.. :)

Tuesday, October 26, 2010

Sembang kosong...

Amaran:  Yet another entry yang panjang...read at your own risk!
___________________________________________________________________

Saya sebenarnya tengah buat kerja.  Tapi, 2-3 minit saya cari jawapan tak jumpa...tetiba otak rasa macam tepu..hehehe. Makanya saya divert usaha saya ke sini. Ye, blog ni.. hehehe lagi. Untuk entry ni, saya akan sembang kosong je (bukan ke kebanyakan post saya adalah sembang kosong?)

Saya rasa ramai orang dah underestimate sembang kosong. Kosong kat belakang tu, menandakan sembang tu tak penting. Tak de substance, kan? Berbeza ngan sembang ilmiah, sembang meniaga etc.  Hari ni saya nak menongkah arus dan mengatakan bahawa sembang kosong ni pun adakalanya penting. Kenapa saya cakap macam ni? Sila teruskan pembacaan...
.
.
.
.
.
.
.
.
Sabtu lepas saya balik kampung.  Sedang saya menjalankan misi keamanan saya di premis-premis fevret saya, saya terserempak dengan seorang kawan.  Kawan pejabat yang agak rapat.  Memandangkan dah lama tak jumpa, kami pun setuju untuk pergi ke premis berhampiran untuk bersembang kosong.  Apa yang saya nak ceritakan selepas ini, bukanlah berniat untuk membuka aib orang atau bercerita perihal orang, cuma saya rasa ada kepentingannya untuk saya kongsikan di sini.

Kawan saya ini, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.  Kawin atas dasar cinta.  Cinta boleh tahan maut jugak lah ni dulu.  Tetapi di awal perbualan saya telah dapat menghidu akan perkhabaran selanjutnya.  Tepatlah dugaan saya, rumahtangga kawan saya ini dilanda badai (makaih, sastera giler!).  Bila ditanya punca, dengan cepatnya kawan saya ini menyatakannya..."kami dah tak de sembang-sembang kosong".  Sebagai seorang bujang lagi single, pernyataan ini agak meng'confuse'kan saya.  Lalu saya biarkan kawan saya terus bercerita.

Panjang cerita kami.  Sepanjang jalan balik saya berfikir, bila kita telah berkahwin selama 18 tahun, semua perkara adalah rutin.  Rutin yang dijalankan selama 18 tahun.  Tak jemu ke?  Kenapa pulak ada orang yang boleh kekal berkahwin selama 40 tahun? Kalau rutin 18 tahun itu menjemukan?

Dan kata-kata penutup kawan saya mengakhiri perjalanan otak saya.  Kawan saya kata, yang memberi seri kepada rumahtangga selama 18 tahun tu adalah sembang-sembang kosong dengan suami/isteri kita.  Bila mana dengkur dia dari rumah sebelah pun kita dah cam.  Bau perfume dia dalam stadium pun kita leh cari... yang memberi kelainan pada hari-hari yang kita lalui cuma topik kecik-kecik yang kita bincangkan hari itu.  Bila sampai masa kita dah tak punya topik untuk dibicarakan, lebih baiklah kita buat sesuatu.  Sembang kosong yang kita anggap enteng ni, ada jugak gunanya.  

Rasa saya, kawan saya ini mengharapkan suaminya bertanya dan bercerita...macam zaman dorang bercinta.  Kerana menurut dia, perbualan mereka sekarang hanya berkisar perkara-perkara wajib yakni loan umah, loan keta dan belanja anak.  Paling kuat, sembang pasal cuaca..itu pun sebab nak decide sape nak bawak kereta dan amik anak kat skolah.    

Dipendekkan cerita, walaupun saya tak dapat nak beri apa-apa solution untuk kawan saya ni.  Saya harap dia tabah dan boleh usahakan mencari topik-topik untuk disembangkan setiap hari.  Pesan dia pada saya, carilah orang yang saya boleh bersembang (Saya boleh sembang ngan sesape je, camne?) Bila saya balik rumah, saya tanya kakak saya...sembang kosong ni penting ke?

Kakak saya kata, bila dah lama kawin...dah tak de discovery yang kita nak buat lagi.  Semua dah terang depan mata.So, it would be good if we could still talk and laugh about something. Contohnya, gelakkan iklan kat tv yang ntah hape-hape.  Take note ye, bukan semua orang yang dah lama kawin boleh sembang-sembang mende-menda ngok ngek macam tu..huhu.

Kesimpulan saya:  Kalau dah berkahwin selama 20 tahun dan kita masih jumpa perkara yang kita boleh sembang dan gelakkan bersama, itu adalah pencapaian!!

Two monologues do not make a dialogue.  ~Jeff Daly

Sunday, October 24, 2010

Cerita dia...

Achtung: Entry ini agak panjang sebab ia mengambil masa yang lama utk siap. Jangan baca kalau tak punya banyak masa.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu petang di pejabat, hujan lebat. Tiba-tiba telefon berbunyi, saya angkat..saya dengar suara yang sangat biasa saya dengar. Tapi kali itu, nadanya berbeza. Saya tanya kenapa, dia cerita.  Tiba-tiba lagi, nadanya semakin berbeza.  Saya pasti, telah hujan juga dihujung talian sana. Tetapi, dua hari kemudian..... Si pemanggil menelefon saya lagi... nada suara kembali biasa. Ceria lagi.  Dia memang tak guna seduit. Hahaha.

Itu cerita setahun yang lalu.  Lebih dari setahun rasanya.  Tapi rasa macam semalam.  Memang rasa macam semalam.  Sebab hingga ke hari ini, subjek perbualan yang dibasahi hujan luar dan dalam itu masih disebut sehingga kini.  Suka untuk saya mentafsirkan cerita yang satu ini.  Pengamatan saya, sangat dalamlah juga singgahnya Encik Subjek itu di hati kawan saya ini, walaupun awalnya saya sangka sekadar 'langgar dan terbakar' sahaja.

Sikit saya tak sangka, cerita yang bermula dengan pertemuan di pintu lift, parking lot dan tak lupa juga depan toilet boleh diakhiri dengan hujan [read: air mata].  Saya ingat dia main-main je.  Biar saya cerita dari mula, mereka ini satu company tapi lain department.  Makanya bangunan lain juga.  Selalu bertemu di parking lot dan pintu lift.  Senyum selalu.  Bersembang sekali sekala.  Bila hanya berdua.  Lama-lama agaknya datanglah suka.  

Setelah sekian lama, mereka masih di situ juga.  Walaupun ada marah dan rajuk sekali sekala, namun komunikasi masih berkisar di pintu lift dan juga parking lot sahaja.  Mungkin ke atas Federal Highway sekali sekala, itu pun atas kereta berbeza. Hinggalah suatu hari, Encik Subjek menyatakan maafnya.  Tidak pasti pula untuk apa. Dan selepas tidak lama, yang tinggal hanya ruang parking fevretnya saja.  Di pintu lift juga, dah tiada lagi dia.

Khabarnya, sekarang Encik Subjek telah berpunya.  Namun, kawan saya ingat juga pada dia sekali sekala dan berdoa akan kebahagiaannya.  Saya si pendengar setia, percaya...Encik Subjek pun mungkin ada rasa yang sama.  Tapi atas pilihan mereka bersama, perkara itu terdiam sahaja.  Bila difikirkan semula, saya tertanya, mana yang lebih kita sesalkan?  Kerana kita telah buat sesuatu atau kerana kita tidak buat sesuatu?


*"langgar dan terbakar" - crash and burn

Let your love be like the misty rains, coming softly, but flooding the river.  ~Malagasy Proverb

Friday, October 22, 2010

Mari update cerita-cerita basi.. :)

Macam dah agak lama tak update blog ni. Empat hari tu kira lama la kot..sebab selalu buat hari-hari..hehe.
So mari kita recap kejadian-kejadian sepanjang minggu ini...

Kejadian 1 - Aural & Oral Test.

Bunyi macam takde mende.  Tapi entah kenapa, agak cuak gile nak menghadapinya.  Mungkin sebab dah lama tak mengadap mende-menda macam ni.  But then, terima kasih Allah, group member pun ok.  So it went quite ok, walaupun takde la cemerlang ke ape.

Kejadian 2 - Tug of war

Sukan fevret sejak zaman skolah. Haha.  Tapi kat IPG ni takde la volunteer lak nak main, masuk pun sebab kena paksa.  Dipendekkan cite, hari lawan tu...badan tak bape sihat, so first round tak main sebab tak nak kacau orang lain lak nanti.  Tapi bila dok tepi, geram pulak rasanya.  Second round masuk walaupun perut dok berkeroncong mintak lunch.  Tangan pun menggigil dah. Alhamdulillah, dua-dua round through.  Dapat la tempat ketiga. Agak corot ye, tapi tak pe lah.  Bersyukur..hehe

Kejadian 3 - Jeux de badminton

Dah memang tabiat agaknya, makin dekat nak exam...makin lah pulak kita suka bersuka ria.  Last pegang raket zaman skolah dulu agaknya..dan bukan skolah menengah pun...sebab skolah menengah aku cuma main bola tampar je.  Giler lama lah.  Ingat tangan dah berat..tapi bila dah pegang raket tu..bolehlah jugak nak di hayun.  Isnin depan kata nak repeat lagi.. jadi atau tak, tak sure lagi..kita tengok dulu.  Tapi kalau boleh kekalkan bersukan ni bagus jugak.  Seluar jeans yang sedang elok je last week, macam dah ketat tadi, ape kes?

Kejadian 4 -  Hemmph?!

Yang ni malas nak cite! Len kali pulak..hehe

Tuesday, October 19, 2010

Kelkatu, minyak wangi dan tukang besi?

Sekarang jam dah tunjuk pukul 2.34 pagi.  Mata masih keras.  Giler lah.  Sure sebab terlebih tido siang tadi.  Sesekali best gak camni, bangun just untuk makan dan sembahyang...pastu zzzz. Hasil, sakit kepala yang diharapkan hilang..kekal dengan jayanya..plus malam tak boleh tido. Kalau makan ubat lagi, sure lelap pasni..tapi kang tak elok lak. 

Disebabkan tak boleh tido, macam-macam benda bermain-main dalam fikiran ni.  Tetiba teringat pasal sorang kawan yang sehingga sekarang masih tak mampu saya nak tafsir. Lagipun, tiada keperluan juga untuk saya mentafsir dia. Cukuplah sekadar yang saya tahu, 2-3 komen yang saya dapat..negatif belaka. Kalau komen orang biasa, saya rasa tak perlu juga saya amik endah. Tapi jika dari orang yang kita panggil cikgu..haruslah ada bebannya juga.  Kalau tak banyak, sikit. Kata cikgu, dia merosakkan kawan. Betul ke?

Lalu saya teringat tentang kisah si penjual minyak wangi dan tukang besi.  Persoalan saya, dalam kes kawan saya di atas tadi, tidaklah pula saya ketahui...dia merosakkan atau dia dirosakkan?  Atau adakah dia dan kawannya adalah tukang besi? Maka mereka terbakar sendiri?

Saya sedar sia-sia juga pemikiran saya ini.  Adapun terbakarnya mereka atau wanginya meraka tiada kaitan dengan saya.  Namun, tulisan saya ini sekadar mengingatkan diri sendiri jua.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari, bermaksud: "Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk."

Not that I didn't feel, what I didn't show...

Monday, October 18, 2010

Bila dekat tapi jauh...

Hajat hati saya semalam, sampai umah saya nak mandi dan tido.  Owh, buat yang tak tahu, saya ke Cameron Highlands selama 3 hari.  Tapi, bila sampai kat umah, saya mandi tapi tak boleh nak tido.  Hajat hati saya lagi, saya nak balik Ipoh selepas subuh.  

Saat entry ni ditulis, saya masih kat Penang.  Hajat tak kesampaian. Saya rasa saya demam.  Hidung saya pedih, tekak saya sakit, mata dan telinga saya gatal.  Kaki dan badan saya sakit-sakit.  Tapi sume tu tak seteruk 'sakit umah' saya.  Saya rindu nak balik umah.

Saya rasa saya dah faham sekarang, macam mana rasanya bila dekat tapi jauh.  Dah dekat, tapi tak boleh sampai. Biarlah tak nampak langsung.  Puas hati.  Kan?

Untuk kesekian kalinya, saya kenalah mengaku.  Sejak disini saya selalu dengar orang cakap pasal homesick.  Saya tak berapa faham kerana sejak saya mula masuk asrama saya jarang dilanda homesick, kalau ada pun saya rasa saya cuma rindu mak saya.  Bila saya dapat cakap dengan mak saya, hilanglah rindu tu.  

Sekarang saya faham kenapa ia dinamakan 'homesick'.  Sebab kita akan rindu dengan rumah tu sekali...selain isi kandungnya.  Sekarang saya harus mencari aktiviti yang menarik untuk mengubat sakit ini.  Tapi badan pun tak berapa larat. Saya ada banyak masa untuk 'menjiwai' sakitumah ini. Perfect.

Wednesday, October 13, 2010

Kah Kah Kah

Ape yang bakal saya tulis ni, mungkin tak lah besar sangat pada ramai orang..tapi besar pada saya..so, kepada ahlil sukan yang membaca blog ini...sila jangan gelak besar ye. Sengih pun jangan. I mean it! :p

Tadi, saya bersukantara... Hahaha..yes, u read it right. Saya ingat, saya sekadar datang untuk gelakkan sorak kawan-kawan sahaja. Tapi bila dah sampai padang, rasanya agak hina kalau tak turut menyumbang mata.  Maka dengan jayanya saya telah pun menyumbangkan dua mata kepada rumah saya, Rajawali.

Tapi, ada tapinya di situ..kalau kome tengok jarak yang diletakkan tu, memanglah agak lawak. Hahaha. Tak mencabar langsung walaupun untuk si kaki bangku seperti saya.  Patutlah saya boleh lepas..Hahahaha..lagi.

Walau apapun, saya rasa inilah sukantara terakhir dalam hidup saya (sebagai peserta laaa).  Yang bagusnya, pengakhiran ini berakhir dengan dua mata.  Percaya atau tidak, masa kat sekolah dulu... saya memang tak pernah menyumbang mata.. sebabnya saya akan menyibukkan diri saya sepanjang acara berlangsung.  Sedar-sedar dah habis je..hehe.

So, hari ni saya suke walaupun kaki macam terpeleot.  Sekian coretan saya.. :)

Tuesday, October 12, 2010

The anger within...

I can be bad. Yes, really. I mean, who cannot rite? But most of the time we choose not to.  When someone do something that hurts your feeling, the normal reaction is that..you feel angry.  There is nothing wrong with anger. But how do you channel your anger? Beat that person up? Or at least confront him? The mens rea was and is always there. It just that, we dont put it into action. Meaning to say,  the actus reus is not fulfilled.  Is it good? 

Some prefer to just keep the feeling inside, in a deep dark corner of their heart.  Again, is it good? Or, should we just explode like a volcano? Its really our call. But anyhow, keeping your anger within you is not easy. It never was.  

So, everytime you feel the anger, please hold yourself.  Dont let the anger gets the best of you. Please dont.  But the danger is people might think they can just do anything, and you wont feel anything.  Whatever it is, please don't say anything while you're angry. You might regret the words you've said and worse you have to carry it for the rest of you life. So, dont let the anger get the best of you. Allow yourself to get the best of the anger.

"Please Allah, make my words today sweet and tender for tomorrow I may have to eat them"

Monday, October 11, 2010

I'm suxx with datessss!!!

This entry is posted especially to express my sincere apology to my dear friend, Radhi. 

I talk to her like everyday (every  night is more like it).  I refer to her for everything happens in my life..be it major or minor things.  And the most important thing, I talked to her last night...but i forgot (like totally not aware of the date) that it was her birthday.  I could say, I was too engrossed with Tina's wedding story that I totally unaware of other happenings. My Bad.

But being Radhi, one of my closest friends she surely know by now that I am suck with dates.  This is nothing new to me.  My kakak has to remind me of the sibling's birthdays. Every year. And even so, I do forget it sometimes (even after being reminded).  Aja once said, I was like Kamal in female version.  And Kamal forgets birthdays.  

What can I say, reminder in mobile phone also gives not so much of help.  So..... to my future significant other, where ever you are, I pray hard that you are good both with numbers and dates. Amin.

Last but not least, HAPPY BIRTHDAY TO RADHIAZMAH DAHLAN.   I wish you well, I wish you health, I wish you wealth but more than that, I wish you love.  May you be blessed and loved by Allah, always. :)

Saturday, October 9, 2010

Kawan dan kasut??

Hari ni entry saya temanya pasal kawan-kawan, sebabnya..minggu ni sepatutnya saya ke KL. Sebab ada kawan saya kawin.  Kawan dari Itm Lendu lagi..kira-kira dah kenal berbelas tahun.  Dah janji bagai nak rak dengan Cik Radhi, tetiba ada kelas pulak.  Kan saya dah cakap, dalam hidup ni jangan bagi janji giler-giler..sure tak jadi.  Tak serik-serik la Azira..haishh.  So, kat sini saya nak wish Happy Wedding kepada sahabat saya, Rostina. Cik Radhi, tolong sampaikan ye :)

Ingat saya penah cerita pasal kawan dan pilih kawan dulu? Kalau tak ingat, boleh tengok sini.  Saya dan kawan-kawan saya ni, memang jarang jumpa..susah giler nak jumpa.  Kami kena meletakkan usaha yang tinggi untuk berjumpa.  Tapi, bila jumpa memang best.  Malah, baru berangan nak jumpa tu pun, senyum dah singgah kat muka.  Benda yang banyak mengikat kami ni kadang-kadang makan, kadang-kadang scrabble.  Memang saya looking forward nak gi lawan scrabble nih..tapi apakan daya...

Nak tau macam mana boleh berkawan sekian lama? Dan seingat saya pulak...saya tak pernah kecik hati atau simpan bengang ngan dorang ni.  Satunya, sebab sume kawan-kawan saya ni tak banyak macam-macam.  Tak pernah harapkan kesempurnaan dari kawan-kawan.  Kami terima je baik buruk kami semua seadanya.  Malahan most of the time, kami boleh gelakkan kekurangan kami tu...ada kami kisah? Tak punnn...

So, sekali lagi saya tegaskan kat sini saya rasa anggapan saya dalam entry yang saya link kan tu, tidaklah salah.. Memang dalam hidup ni, kadang-kadang kita akan jumpa kawan kasut yang salah.. memula suka gile, bila beli.. tak sedap lak pakai.  Apa pilihan yang kita ada? 

Saya ingat satu pepatah ke rangkap ke yang saya dengar dari budak-budak GPMS.. bunyi dia macam ni..

"Dalam hidup ni, ada onak ada duri menikam kaki,
adakah harus ditangisi kaki yang berdarah itu,
atau...mencari kasut bertapakkan besi?"

Saya rasa saya dah jumpa kawan kasut yang berhatikan bertapakkan besi.. So, apa saya kisah dengan kasut yang sakitkan kaki saya tu? Saya simpan je dalam kotak..sesekali saya amik lap-lap..takut nanti dia buruk dan makan diri. Sampai masa, bila simpan pun tak guna..kita buang je. Settle.

Note:  kalau ada yang pelik, apa kaitan kawan dengan kasut ni..buat-buatla faham yek. Huhu..

Friday, October 8, 2010

Jangan Mengaku Kalah! Tetapkan hati!!!



Malas la nak cite panjang untuk entry ni... cuma nak cakap, kalau ada menda yang indah untuk dikenang sepanjang KPLI ni, antaranya orang-orang kat atas ni... kaki memekak malam-malam, kaki paksa orang makan, dan kaki membebel. Cukup lengkap la tu.. Inilah dia jiwa-jiwa kental yang saya selesa bersama... ke dorang terpaksa berjiwa kental sebab dah biasa kena buli?!  Apa-apapun, buat anda berdua "Jangan mengaku kalah! Tetapkan hati!" Hahaha.

Wednesday, October 6, 2010

Happy retirement to Mr. Teoh...

Memandangkan post ini untuk lecturer bahasa inggeris saya, saya akan tulis dalam bahasa inggeris. Dan memandangkan exam pun dah tak lama lagi..dan jugak kerana setahun kebelakangan ini saya dah jarang menulis dalam bahasa inggeris, maka..bermula dari hari ini hingga ke tarikh saya exam bahasa inggeris, semua post di blog ini akan ditulis dalam bahasa inggeris..(Tolong abaikan bunyi yang agak poyo di situ..hehe).

I believe this special someone deserves to be remembered.  To be put here in my blog so that I wont forget him for yearrssss to come or so long that I live.  He was my sister's lecturer and now he teaches me (but not for long)  Its wonderful thing to think of the journey that he has gone through so far.  My sister has been teaching English for 17 years.  And she still remembers clearly how this special man looks.  Mr. Teoh!!  I don't know why but i always do fall in love (dont take it literally) with my english language teacher (and err..not to forget my francais teacher...hihi). And Mr. Teoh is not the exception.  

I can see the passion and sincerity in him.  Tho at times his jokes get too routine but still he makes us smile. His class was never boring.  And to Lipians girl..there goes our 'nice view'..hehehe. Again, dont take this literally as he will be with us until the end [until the exam thats it].  Nevertheless, I wish him well and may happiness be with him always.

"If you put your heart & soul into something, everything is possible" ~ Mr. Teoh, 2010.

Sunday, October 3, 2010

Ragut...

Tadi pergi pasar malam ngan Faezah dan Ayong.
Sikit pun kami tak tau apa yang menanti kami.
Tiba-tiba alarm keta tak function, so dorang terpaksa tunggu kat tepi keta..
Tak semena-mena datang sorang mamat...terus rampas purse Faezah.
Aku terpempan..nak jerit suara tak keluar..
Nak kejar tak berdaya..
Mamat tu dah naik motor dan blah..
Sume berlaku sekelip mata..


Lepas tu terus ke balai polis untuk buat report..
Buat Faezah, I'm terribly sorry for this..
janganlah serik untuk datang lagi.


Patutlah hari ni macam tak sedap hati je..
ingatkan sebab perut yang sakit dari pagi tadi ni..
rupanya ada mende lain nak jadi...


Saat entry ni di 'update', Faezah dah selamat dah..
Disebabkan dah janji nak bawak kek untuk jamuan selasa ni
walaupun hati libang-libu [tak keruan] kami buat jugak kek nya...


Skang tunggu kek masak je..
Pastu boleh la nak zzzzz...


Semoga esok lebih baik dari hari ini...


dan


Moga Allah beri hidayah kepada peragut tadi.

Friday, October 1, 2010

Ego..

Just a brief one...

Tadi saya sempat chat ngan member saya...dlm waktu yang singkat tu pun sempat jugak saya save ayat dia yang agak menarik pada saya... Jangan tanya apa isi kandung perbualan..tapi somehow or rather kami end up dengan ayat ni..

saya:  ye ke macam tu?

Kawan saya:  Iye..lelaki ni ego. Ayah aku, takkan masuk simpang..semata-mata sebab Mak aku tunjuk jalan.

saya: Uish?!

Awak sume paham tak? Maknanya, kalau sesat atau tak tahu jalan...ada lelaki yang takkan ikut jalan yang pempuan tunjuk..dasat gak ek?

So, this is something to ponder upon today.. Saya macam nak test nanti..kalau ada yang boleh je ikut jalan yang kita tunjuk, ok la kot.. ek?


The ego is not master in its own house.