Aktiviti kat kampung, pagi-pagi bangun pergi breakfast ngan mak. Lepas tu memandangkan kereta tak bape sihat, pergi repair dulu. Terbanglah RM300++. Sabor je la..dah la tengah sengkek ni. Tapi alhamdulillah, kereta dah ok. Takde la risau meragam pagi-pagi time nak gi skolah lagi.
Hari jumaat lepas sembang ngan sorang member...berat tajuknya. Pasal jam biologi sampailah ke keabadian masa. 'Dalam' fikiran member sorang ni. Apa yang saya dapat dari sembang-sembang tu, saya nak ubah cara hidup saya. Lepas ni saya nak pastikan saya dapat tidur yang cukup. Saya kena pastikan saya tidur 6 jam sehari. Buat permulaan ni, saya harap dapatlah at least 4-5 jam dulu. Sebabnya, jam biologi saya dah terbiasa dengan tidur 2 jam sahaja sehari. Kalau saya dapat tidur 5 jam, itu 'luxury'. Oh ye, saya cakap pasal tidur malam ye..hehe. Kalau tidur siang, jangan cakaplah.
So, semua kerja yang boleh dibuat pada siang hari, silalah buat. Kepada mereka yang mempunyai akses untuk memarahi saya seandainya saya mengingkari kata-kata saya ini, tolonglah marahkan saya. Saya betul-betul rasa, saya kena betulkan aturan hidup saya ni. Supaya saya tak perlu fikir lagi pasal low blood atau badan yang penat... dah penat la.
3 comments:
sy akn menjadi pemerhati bebas yg setia
jiwa kacau la malam ni.. :(
saya pun akan jadi pemberi ceramah mu yang percuma...hahhahahha
Post a Comment