Entry ni dh lama tulis..tp berkapuk kat draft sebab mcm x sampai hati nk publish..hehe.. Hari ni rasa mcm ok la kot nk share cite ni ngan awak-awak sume..(saya tau la awak tu..sebab ada 2-3 kerat je skang yg boleh baca nih..)
Hari tu bawak Mak pergi klinik, kt klinik jumpa jiran depan umah. Kakak ni ustazah, walaupun depan rumah tapi jarang jumpa sebab kami sama-sama jarang keluar umah. Kakak ni tanya pasal aku amik KPLI. Dia tanya kenapa benti keje, dan amik kpli...mmg minat nak jadi cikgu ke? Tapi aku tak jawab, aku tanya dia balik. Dia mmg nak jadi cikgu ke? Dia cakap dia mmg minat dari kecik. Panjang kami cite, last-last kakak tu cakap, takpe lah, jadi cikgu ni besar pahalanya...selagi ilmu yang kita ajar tu orang gunakan, kita pun dapat pahala.Amin.
Jadi, ini untuk renungan kita bersama... :)
Tujuh macam pahala
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.
1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.
Jadi harapan saya, semoga ilmu yang bakal kita ajarkan nanti akan digunakan oleh anak-anak murid untuk tujuan yang baik...semoga dengan ajar sepatah dua kata ni..nanti dia akan jadi orang berguna..Amin.
2 comments:
yang num 6 tu paling menyentuh dalam hati su (;
betul su..sama. memberi makna kpd kerja kita ni..hehe
Post a Comment