Saturday, November 6, 2010

Tentang jodoh...

Rasanya semua orang tau...cuti sekolah is just around the corner. Cuti sekolah sangat sinonim dengan kenduri kahwin. Tidak boleh tidak, bila jumpa dengan mak cik sebelah umah, mak kepada kawan, kawan kepada mak...semua akan sangat concern pasal kahwin ni.  

Beberapa jam tadi, saya terserempak dengan seseorang yang saya kenal, tidak rapat tetapi saya kenal dia. Dalam banyak-banyak soalan, hanya satu yang dia tanya yakni bila la dia nak merasa nasik minyak saya.  Kebetulan saya kat kedai mamak, saya pun sambil senyum jawab, kalau dia nak beriani kambing, anytime saya boleh belanja.  Akhir kata, ayat dia yang terkesan dihati saya, "dulu lawyer ye la orang takut..sekarang takkan la orang takut lagi kot. Jodoh ni kena usaha Cik Azira oii". Ok, thats it. 

Kalau la saya boleh post entry saya ni kepada orang terbabit, saya nak cakap...tentang jodoh ni, apalah daya saya nak mengaturnya. Saya nak usaha macam mana? Duduk kat simpang kasi pamplet? Masuk myjodoh.com? Usaha macam tu? Biarlah saya bujang je kot.  

Saya percaya Allah ada rencana-Nya yang tersendiri untuk saya.  Saya sedar, banyak yang saya kena perbetulkan sebelum saya boleh menukar status dan perjalanan hidup saya.  Mungkin sebab tu saya jarang persoalankan kenapa saya belum jumpa jodoh saya.  Untuk mengurus hidup sendiri pun kadangkala saya leka, mampukah saya mengurus hidup orang lain pula?

Saya tanya Encik Google, dan ini adalah hasilnya..tanggungjawab hidup berumahtangga.


Ciri-ciri penting


Beberapa ciri penting adalah mustahak untuk menjadi pegangan setiap individu di dalam kehidupan berkeluarga yang mesti diberi perhatian setiap masa:

1. Sedari diri bahawa anda salah seorang ahli keluarga yang ada peranan, kewajipan dan tidak boleh melepaskan diri daripadanya.

2. Sentiasa baharui azam untuk meningkatkan pengetahuan agama, syaksiah, ilmu pengetahuan ke arah melahirkan insan berkualiti.

3. Suburkan sifat-sifat mahmudah dan kurangkan sifat-sifat mazmumah dalam amalan hidup sehari-hari.

4. Hidupkan sembahyang berjemaah, banyakkan membaca al-Quran dan hidupkan salam di kalangan keluarga.

Yang kat atas ni nampak simple. Tapi mampukah kita?

Allah berfirman:

'Di antara tanda-tanda kebesaran-Nya ia menjadikan untuk kamu pasangan dari jenis kamu sendiri untuk kamu tinggal tenteram di sampingnya dan dijadikan di antara kamu kasih sayang dan belas kasihan. Semuanya itu menjadi tanda-tanda bagi orang-orang yang berfikir. '

Ibn al-Aswad AI-Dualy:

'Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. '

4 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

terkesima sy membaca post saudari ini
memb tersangat betul. ibarat kate bunda saya, klu mencari suami itu ibarat nk beli ikan di pasar, sudah tentu mak akan belikan saya ikan yang paling berkualiti dan sedap isinya, yang tak akan memudaratkan saya. tapi kata mak jodoh yang terbaik sukar dibeli, namun Allah telah tetapkan yang sepadan dan setara dgn kite,cepat atau lambat jua ketentuannya. bukan bermaksud kite tak perlu mencari krn dalam diam usaha itu ada, tpi perlukah kite hebohkan pada dunia usaha kite, hanya DIA yg lebih mengetahui...berdua atau sendiri hingga hujung usia, DIA yang tahu apa yang terbaik utk kite

p/s : komen serius dari cik patunghujan yang sedang mengalami halunisasi minda

AxraZa said...

sy kena sambung master lak andai kata tahun depan sy tk kawin lagi..buleh guna sbg alasan lg. haha

@kU said...

insyaALLAH moga di permudahkan..

AxraZa said...

aminn..time kasih 'tok siak'!!! hehe