Saturday, March 27, 2010

Kawan...dan pilih kawan...

Malam ni tak boleh tido...kebetulan pulak malam ni la sume kawan sepakat tido awal. Tak tau nak buat apa, aku bukak buku, konon nak study. Tapi adatla, kalau dah namanya Azira...buku macam alergik je dengan dia. Last-last on balik fesbuk, walaupun dah tutup tadi.


Tetiba nampak sorang kawan fesbuk online.  Kenal memang dah lama, tapi  memang sembang kat fesbuk je. So aku buzz dia.  Just nak tanya khabar.  Sembang2..dia tanya mcm mana life.  Aku tak cerita banyak...simply because aku pun tak kenal habis ngan dia. Tapi, aku terkejut..dengan info yang sangat terhad..dia boleh digest ayat aku tu.  Bila aku tanya how? Dia cakap dia dah lama hidup. Dengan setakat setahun dua tua dari aku tu..huhu..


Tapi maknanya, aku je la yang pelik sangat dengan apa yang aku tengok dan lihat kat sini..Pada orang lain, hal macam ni atau orang macam tu..adalah perkara biasa je..sekali tengok dia dah tau.  Dia cakap dia selektif bila pilih kawan. Aku cakap aku kawan je ngan sume..tapi kemudian aku streaming la.. Moral dari sembang2 kosong ni..hati-hati jugak dalam memilih kawan.  More or less itu la maksud kawan aku tu td.


Tapi aku tetap rasa, kita tak boleh memilih kawan. Biar kawan yang memilih kita.  Kalau dia selesa dengan kita, dengan sendirinya flow tu akan baik je. Maka kita boleh terus berkawan.  Tapi ada kala, ia tidak menjadi. Ye la, tak semua benda akan jadi the way kita nak dia jadi kan?


Pada aku, pilih kawan ni sama  macam pilih kasut. Ada kasut, nampak cantik...tp bila pakai dia gigit kaki kita.    Tapi ada jugak kasut yang nampak tak cantik sangat, tapi kita beli sebab ada sale dan kita berkenan la jugak ngan design dia...tapi sekali bila pakai..selesa giler.  


Kasut yang kita suka sangat tadi...mungkin kita takkan pakai..atau cuba pakai jugak..tahan la sampai berdarah kaki dengan harapan nnt ok la.  So, dapatla parut kat kaki.   Macam kasut yang sale tadi, wpun memula xde la suka sangat..tp bila dh selesa...dalam hati sure akan kata..syukur amik jugak kasut ni tadi...


Sampai la maksud aku tadi tu kot? Bukan kita yang pilih kawan..tapi kawan yang pilih kita...sebab...nanti la aku pikir..mengantuk lak tetiba..esok ade kelas pandu kol 7.30am. Salam.


Note: Aku suka kawan dan lawan (if any).



2 comments:

Shu said...

pilih kawan ni same x mcm kita duk usha kasut kat crocs queensbay tuh?

AxraZa said...

analogy yg buruk..kasut! wahahahhaa..maapkan sy!

btw, usha kasut tu x sama..tp usha kwn yg sesuai nk bwk usha kasut brsama-sama tu sama! (pening tak?)