Tadi pegi office lama. Bukan sebab nak kenang kisah-kisah lama, tapi just nak pulangkan akta-akta dan satu fail yang aku tak sempat nak pulangkan sebelum benti keje hari tu. Staff masih orang lama, cuma tambah sorang staff baru. Lawyer pun tentu la lawyer baru. At last, boss amik jgk calon yang aku suggest walaupun dia complain sume calon yang aku bawak. Takpe lah, janji dah ada orang ganti tempat aku...
Dalam perjalanan balik, aku dok pikir...ape sebab utama aku berenti keja dulu. Staff sume baik. Boss pun duduk jauh, bukan satu office ngan aku pun. Aku sorang je kat situ. Takde sape pun persoalkan aku pegi mana ke, kenapa tak masuk office ke..atau bila lambat balik dari court..ada yang sibuk call tanya kat mana..tak de pun semua tu...Tapi apsal aku boleh sampai berhenti kerja...kerja yang jadi cita-cita aku dari Darjah 5.
Yang aku dapat fikir, aku tak boleh duduk dalam sistem macam tu. Orang selalu kata, dalam apa-apa bidang pun akan ada yang bagus, dan akan ada yang tak bagus. Ada good lawyer, ada lousy lawyer. Aku tak tau aku ni golongan yang mana. Cuma, dari hari pertama bergelar law student, sampai la hari akhir aku jadi lawyer..pandangan aku pada lawyer satu je..kena adil. Kalau pun tidak memperjuangkan keadilan tu. Bila sampai satu tahap, aku rasa aku ni bukan setakat tidak memperjuangkan keadilan, malah aku menzalimi orang...aku rasa aku kena berhenti la. Tak ada guna nya nak teruskan. Bukanlah nak jadi idealis ke ape..cuma hidup ni kena ada prinsip.
Ingat lagi sorang lawyer senior pernah cakap ngan aku.."awak bertindak untuk bank, jangan layan sangat cerita defendan-defendan ni..ada je alasan dorang bagi". Masa tu, aku ada satu defendan..tak berapa sihat mental. Disebabkan dia tak boleh bercakap, kakak ipar dia datang untuk wakilkan. Katanya, adik ipar dia ni dengan mak mertua dia dah kena tipu dengan abang ipar dia...maknanya anak mak cik ni letak nama adik dia yang tak berapa waras ni sebagai peminjam dan mak dia sebagai penjamin. Lepas tu dia lari dengan kereta tu. Ntah macam mana loan boleh lepas. Bila aku cerita pasal diaorang ni pada lawyer2 senior kat court, jawapan yang aku dapat macam tu lah.."jangan dengar".."memang dorang akan buat macam-macam cerita". Masa tu aku fikir, lemahnya hati aku ni. Baru orang cerita sedih sikit aku dah kesian.
Ada kes lain pulak, abang nak beli kereta..guna nama adik..kawan pulak jadi penjamin. Lepas tu tak bayar. Adik kena blacklist, kawan pun kena blacklist.. Yang kawan ni pulak cikgu..kerja kerajaan la tu. Tak pasal2..sangkut. Yang ni perkara biasa je..tapi yang jadi tak best sebab kes ni tak selesai pun sehinggalah defendan ni meninggal. Ikut hukum dunia, untung la abang dia. Kereta tu dia pakai, hutang pun terlepas. Yang kes naya, kawan dia yang jadi penjamin tu. Masih dok call aku sebab nama dia masih sangkut.
Kalau dah lama-lama dalam sistem ni, kita akan anggap semua orang cuma pandai bagi alasan. Lama-lama, apa jadi pada kita? Pada orang luar, adik beradik aku la..dorang cakap aku ni hati kering. Cerita sikit2 ni tak kacau aku pun. Tapi pada lawyer2..aku ni lembut hati.. Siap ada yang suruh aku jadi lawyer untuk Biro Bantuan Guaman.
Tapi itu bukan apa-apa, itu hanya sebahagian dari kerja..aku rasa yang tu aku boleh handle. Cuma sistem yang dorang apply ni..Kalaulah betul sistem yang digunakan tu..ikut buku bak kata orang. aku yakin, hari ni aku masih lagi lawyer. Again, life is about two things, beat them..or join them. I could not beat them (I've tried..believe me). And I refused to join them. So i quit. Nanti bila aku dah mampu buat sistem aku sendiri, Insya Allah aku akan join balik bidang ni. Mungkin.
I don't think you can make a lawyer honest by an act of legislature. You've got to work on his conscience. And his lack of conscience is what makes him a lawyer.~ Will Rogers
3 comments:
emmmm....(thinking mode)..
sorang super duper senior lawyer penah tanya masa 1st day i came to court as a lawyer after long-call 4 yrs back..
senior: "how do u feel become a lawyer?"
1st day lawyer:"emm..i'm x sure sir but this is what i want to be (confident face)"
senior:"(smiling)ur very green young lady..very raw..u only can know hows its work when u go through it..good luck my dear"
1st day lawyer:"???..tq sir (muka dah xbepa confident)"
2010..still x sure about the feeling but i'm quite sure i x interested to be in the sytem anymore..
huhuhu..why x dpt KPLI ngan ko ari tu..x aci betoiiiiii...
maknanya rezeki ko masih kat situ gcop...tak pe la, Allah lebih tau ape yg Dia aturkan untuk kita.
sy pun tk tau perjalanan sy yg ini sampai kat mana. mungkin pas kawin saye benti? kita tk tau..hahahhaa
betul..
hanya tuhan yg tau segalanya..
siapalah kita nak speculate segala yg dah diatur olehNya..
"isteri menjana pendapatan keluarga" maknenya pas kawin xleh benti keje..
Post a Comment