Tuesday, January 31, 2012

Craving! Craving!

Tonite is one of the nights where my appetite gone wild.
I feel like eating burger! Prosperity. Or any oblong will do.
I feel like having a naan. Cheese. With chicken tandoori.
Or just plain daal will do.

But I can have none. Woohoo!

Tidoq lagi baik. Rasulullah pun selalu tidur dengan perut yang kosong.
Sesungguhnya tido dengan perut kosong lagi baik dari tido dengan perut yang kenyang.

Good nite.

Friday, January 27, 2012

Dunia sebelah sana...

Not too sure whether I should write about this or not...but I hope it's worth writing and sharing. And mind you, this entry is going to be one long story. Read at your own risk.

The story goes like this, sometime last year ada sepupu saya datang umah. Sembang punya sembang masuk la cite dia pergi berubat. Berubat kat sini, kalau orang Melayu mesti faham. Bukan pergi hospital atau klinik tapi pergi perubatan alternatif. Dalam kes sepupu saya ni, Ruqyah atau Perubatan Islam. Hasil sembangan kami, sepupu saya kata...sebagaimana syaitan telah berjanji untuk merosakkan umat Islam...TIGA daripada gangguannya adalah..kalau bujang, diganggu supaya lewat berkahwin; kalau berkahwin dan bahagia, diganggunya supaya bercerai; kalau yang belum ada zuriat, diganggu pula supaya tidak berzuriat. Pendek cite, sepupu saya menyarankan agar saya pergi ke pusat rawatan itu. Namun saya menolak, hujah saya mudah saja...kalau dah sampai jodoh sebagaimana yang Allah tetapkan, siapalah syaitan untuk menahannya? Saya kira, memang sangat kukuh lagi tidak boleh dibangkang hujah saya itu.

Tetapi, sebaik sahaja sepupu saya itu pulang, saya teringat pula pada sepupu saya yang lain. Yang mengadu sakit belakang, batuk serta demam malam yang berlarutan.  Tapi menurut doktor semuanya normal belaka.  Lantas saya fikir, apalah salahnya mencuba rawatan alternatif pula.  Lalu saya merancang misi tak mustahil untuk bertemu ustaz di pusat rawatan itu.

Dipendekkan cerita, semuanya dipermudahkan Allah SWT... Lepas sesat-sesat jalan sikit sampailah kami ke pusat rawatan itu.  At the back of my mind, since dah sampai..why not I just give it a shot? So, I took the form given by one of the ustazs and filled it.  Dalam borang tu cakap apa tau?

Dalam panjang-panjang post saya ini, part ni je yang penting untuk korang baca sebenarnya.  Dalam borang tu ada list yang korang kena tick...antaranya yang saya boleh ingat adalah: -
  • susah nak tido malam
  • sering terjaga waktu malam dalam jam 2-3 pagi
  • kerap mimpi memegang bayi
  • mimpi melihat makhluk halus
  • mimpi melihat salib
  • mimpi jatuh dari tempat tinggi
  • mimpi binatang buas seperti ular harimau dan sebagainya
  • sakit belakang
  • mudah marah walaupun atas sebab-sebab yang kecil
  • mudah lupa
  • mimpi terkena alat-alat yang tajam seperti pisau gunting dan sebagainya
  • datang haid secara luas biasa
  • ada beberapa lagi yang saya dah tak ingat
  • mudah letih dan malas

So, lepas dah isi borang tu...ada bebarapa yang saya terpaksa tick sebab saya memang mengalaminya. Diagnos awal, mungkin ada gangguan.  Owh, lupa nak cakap...kalau banyak yang korang tick maka makin tinggilah kebarangkalian yang korang ada 'gangguan'. Sepupu saya tadi, ustaz tu kategorikan sebagai kes berat. Memang semasa sesi rawatan pun, saya terpaksa akui yang saya yakin dia memang di'ganggu'.  Apapun, alhamdulillah semuanya selesai dengan baik.

Tapi saya sempat bertanya kepada ustaz ni, apakah punca gangguan ni?  Ustaz tu jawab, satu, kurangnya amalan dan lalai dalam amalan. Yang kedua, tidak menjaga kebersihan diri dan rumah. Ketiga, lemah semangat. So, that's it. Diagnos akhir saya sendiri:  Kurang amalan dan lalai dalam amalan harian.

Ustaz tu kata lagi, janganlah percaya dengan tempat berubat yang menceritakan tentang saka dan sebagainya..itu semua tidak benar. Walaupun ada, tidak perlu menimbulkan syak dan mengungkit tentang amalan datuk dan nenek kita dahulu. Cukuplah sekadar kita berusaha untuk membuangnya. Tak perlu juga pergi ke tempat yang membuka aib dengan menceritakan anda telah dikenakan oleh si fulan bin si pulan. Berubat diam-diam sendiri sudeh.

All in all, its a good experience..to be able to really talk to the practitioner (sebab kami datang time ustaz tu dah nak tutup kedai, sempat la depa sembang-sembang sikit dulu). Yang penting, sesi rawatan tu pada saya bukannya untuk melihat sama ada saya 'sakit' atau tidak...tapi lebih kepada usaha mengenali diri. Saya tahu, tiada apa yang tidak kena dengan saya, cuma....adakala saya lalai dengan janji-janji saya kepada Dia.  Astagfirullahhaladzim.

“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).


Wednesday, January 18, 2012

Esok hari Khamis...

Maknanya esok saya ada kelas TPD..you know, kelas yang mat salleh jadi mentor kita tu. And just to share a little bit of my day, today I had a co-teaching session with my TPD mentor. I might say the class went on quite smoothly, for me at least because I didn't do anything throughout the class. Ahaks. So much of a 'co-teaching' huh?? :D

At the beginning of the class our mentor friend did a little bit of introduction session. He introduced himself and he did it 'American way' (that's what he said). I was not quite happy when he said, 'American way is good'. Ye la kan, dia tunjuk shake-hands then cakap Hi! pastu hi-five bagai. We Malaysians don't do it that way. Dia siap buat gaya jalan yang 'cool' yang nampak cam backstreet boys kat sana buat. So, I was not happy with it. Tapi tak boleh la nak salahkan dia gak, mungkin dia tak faham budaya kita.

Part yang best untuk dikongsi adalah, anak-anak murid saya macam paham je perasaan hatiku when one of them said, "Mr. X is Mr. Bean". Wahahaha...saya sudah mau gelak but then tak baik la kan. Nanti tunjuk contoh tak baik pulak. So I asked the boy to say sorry. Sebab Mr. X tu pun buat muka sedih bila dia tau budak panggil dia Mr. Bean. Hihihi...Budak pun nampak okeh, jalan macam terliut liut gitu...American sangat. Ticer rasa, tak sesuai!!

So much that I think the programme ruins my day but I still have to attend it. Surely, its for my own benefit.  Slowly, nanti saya suka la kelas tu agaknya. Bak kata orang, pelan-pelan kayuh. Saya terpaksalah suka atau buat-buat suka, kalau tak...horrible and miserable lah hidup saya sepanjang tahun ini. Till then, have a good  Thursday  guys :)

Be not afraid of going slowly; be afraid only of standing still.  ~Chinese Proverb

Sunday, January 15, 2012

Macho vs Manja2.. *wink*wink*

Saya nak tulis ni pun serba salah. Tapi tak tulis pun, rasa macam nak tulis. Jadi saya akan cuba sedaya upaya membuatkan entry ini berbunyi ilmiah. Walaupun isinya masuk kategori *aduiiii ;p

Semasa cuti sekolah yang lepas, kan ramai orang kawin. Saya pun ada la bersembang ngan kakak saya pasal kawin ni. Kami sort of buat post mortem la tentang kenapa dan mengapa saya belum bertemu jodoh. Solution saya senang aje, belum sampai seru. Jodoh ni kan rahsia Allah. Dia lebih tau samada saya dah bersedia atau belum untuk melangkah ke alam yang lain. 

Ada banyak teori tentang kenapa kawin lambat ni...termasuklah yang ala-ala paranormal gitu. Tapi yang paling best, bila kakak saya kata... pada dia, saya ni kekurangan sifat perempuan. Kurang lemah lembut? Terlebih stone? Stone tu memang ada kawan-kawan yang panggil masa zaman belajar dulu.

Tiba-tiba, baru-baru ni... kawan kat sekolah pun cakap mende yang sama. Saya kekurangan sifat manja-manja. Uish. Saya cakap, saya memang tak manja sebab saya macho.  Dia tak percaya. 

So, entry saya ni bukan nak apa-apa pun, cuma nak tanya... kalau ada yang membaca.... tolong bagitau saya, perlukah seorang perempuan bersikap manje-manje untuk menarik hati si dia? (Ecceh! ahaha).  Kalau saya atau ramai wanita lain diluar sana dah memang stone macam ni... macam mana? Perlukah saya adjust diri saya atau kekal begini saja? 

(*aduiiii  - maksudnya cam adoiii..amende ko cite nih.)
Ikhlas,

Saya yang macho.

p/s: saya suka terma 'terima seadanya'...

Saturday, January 14, 2012

Hujung minggu yang serius.

Saya terpanggil untuk menulis tentang beliau ini sebab dari zaman sekolah saya memang suka dengar ceramah beliau. Beliau dulu kalau tak silap saya macam Dr. Fadhillah Kamsah. Memberi ceramah motivasi kepada pelajar. Cuma saya tak sedar bila masanya beliau masuk ke kancah politik. Tapi yang pasti, selepas 1997, kita telahpun jelas tentang fahaman politik beliau.

Tahun ini, 2012 beliau telah dipecat keluar dari parti beliau kerana dikatakan berkelakuan tidak senonoh dan memalukan parti. Saya kecewa.  Kerana pada saya perjuangan beliau jelas. Saya sempat menonton di Youtube sedikit petikan ceramah beliau berkenaan pemecatannya.  Saya berasa, mungkin beliau sedikit kecewa dengan pemecatan itu.

Dalam video tu, beliau menyatakan bahawa beliau telah mengikuti perkembangan kes DSAI sejak dari 1997. Begitu juga dengan ramai daripada kita. Hinggalah pada tahun ini beliau menyuarakan pendapat beliau lalu beliau dipecat.

Pada saya kalau begitulah kisahnya, tak mengapalah. Sekurang-kurangnya, pemecatan itu membuka mata. Mata saya sekurang-kurangnya.

Lepas tu saya tengok pula video seseorang yang dikatakan ustaz ini di Youtube. Ramai pengikut dan ramai penggemar. Cuma saya kurang selesa dengan cara penyampaiannya. Pada saya, dia agak lari dari imej seorang ustaz. Mungkin kerana gaya bahasa yang digunanya. Tapi rasa saya ustaz ni agak mahsyur juga. Ramai pengikut ceramahnya dari kalangan orang muda.

Walauapapun, saya fikir dan saya rasa takut.. takut memikirkan betapa diakhir-akhir zaman ini sangat mudahnya kita terpesong. Terpesong dalam jalan yang salah sudah tentu pesongnya. Saya lebih takut kita terpesong dalam pencarian kita mencari kebenaran.

p/s: Saya doakan yang terbaik untuk semua. Moga Allah berkati Dr. Hassan Ali. Seriuskan saya minggu ni?

Friday, January 13, 2012

Entry serious.

Saya suka lelaki bijak dan entry ini adalah serius (walaupun isu ni dah lapok). Hentikan pembacaan if you are not serious about serious thing. Peace.

Yesterday, I had nothing important to do.  I did some surfing on the net and ended up in someone's blog. It was a serious blog. Even the name of the blog was serious. As I was practically free, I read his entry...owh, nothing much was written there but he did posted a video. It was about AUKU.  

For those who are not familiar with AUKU, it is an act. Akta Universiti dan Kolej Universiti (after this will be referred to as 'the Act'). From what I understand, he (the blogger) is not so keen of the Act. He thinks that the Act is more or less 'tying the students' hands' (don't take this literally). The video he posted was on the phenomenon before AUKU was introduced. Which obviously showing the freedom of the undergrads to express their feelings. Doing demo and all.

From that blog, I found another blog which was about the very famous teacher-to-be.  Who did something which to some people was a brave act. But to me it was just a plain stupid act. I'm sorry. According to one of them, if the 'play' by the government continues, they would move the whole force of the undergrads (students) to change the regime during the election (democracy channel). 

For me, they should consider that first rather than going through such a 'rough' road. That is the way things should be done. We practice Parliamentary Democracy, so use this means to get to your end.  Get your priority right and carry on with your life.  

You've been beaten up right? The injury you sustained is just collateral when you are actually damaging your life. I might sound coward, but please think before you act. Main task is to deliver the memorandum. Then just do it and leave it at that. By taking or lowering that 'you-know-what' down, you were actually mengsensasikan keadaan. Tak payah nak dramatik sangat la kot. 

I read this one comment that goes like this, "ini adalah orang yang akan dikenang, orang yang menurut sahaja tidak akan dikenang". Then I would rather be the unsung hero. Yang dikenang for the right reason.

So much that I like smart brave guys, I don't think I can handle this kind of bravery and smartness.

Side notes:  

1.  Bila saya kata saluran demokrasi (Perenggan 4), saya maksudkan...since dia ada suara untuk mengajak orang berbuat sesuatu, why not ajak rakan-rakan sume pergi mengundi. Saya boleh buat satu entry baru untuk cerita betapa budak melayu tak suka pegi mengundi. Kononnya malas nak amik port pasal politik. 

2.  Bila saya kata pikir dulu sebelum bertindak (Perenggan 7), saya maksudkan...fikir la dulu, kalo dah turunkan gambar PM, takkan la tak ada tindakan. Kena gantung belajar sudah tentu. Ada rekod disiplin sudah pasti. Kemana hala tuju hidup anda? Pengajian anda? Camne nak memimpin dan bersuara kalau degree pun tak ada? Belajar pun siap extend sem? 

3. Bila saya kata saya lebih rela jadi unsung hero, saya maksudkan...hantarlah memorandum tu secara berhemah. Anda sudah pun menjadi pejuang. Tanpa menurunkan gambar atau apa-apa, memorandum tu tetap sampai. Ada tindakan atau tidak bergantung pada keadaan. Sekurang-kurangnya anda sudah menjalankan apa yang anda rasa sudah menjadi tanggungjawab anda. Tapi bila anda berbuat demikian (turunkan apa-apa tu), anda memberi ruang untuk mereka menolak mentah-mentah permintaan anda. Ada Akta pun dah macam tu...kalau tak de macam mana? 

4. Kalau nak diikutkan, banyak lagi yang saya nak cakap... tentang berpolitik secara sihat semasa dalam pengajian...tentang macam-macam lagi. Tapi nanti entry ni akan jadi terlalu panjang. Cuma pada saya, dalam politik ada banyak unsur. Pastikah anda, anda boleh jadi macam ikan temenung yang duduk dalam air laut tapi tak masin? 

And this is just my 2 sen.

He who has never learned to obey cannot be a good commander ~ Aristotle

Monday, January 9, 2012

Kisah saya dan stapler. . .

Yet just another plain-pointless-entry... I was in the midst of labelling my stuff. Mind you, never in my life I label my stationery. Label means taruk nama kita la..lekat-lekat dengan tape tu. But for this year, the force is still there makanya ala-ala rajin gitu...saya pun print nama and lekat pada selected ones (my stationery la).

Suddenly I realised, my stapler has been with me for 15 years.  I bought the stapler in Pos Data Ipoh. Beli pun sebab nak pos borang UPU tapi tak de paper clip. I can still remember that moment. So, he (ok la kan 'he' sebab stapler ni kaler kelabu..kalo pink kita letak 'she') has been with me during my dip years in ITM Melaka, my bachelor years in UiTM Shah Alam, my working life in Azman Tahir Tan & Co. for 5 years, my part-time lecturing for 3 and the half years and this year is my second year of teaching. Fantastic huh? (At least for me).

The best part is, it can still work very well. Like new. Tak pernah rosak. It just that, rupa dia memang nampak like 15 years punya stuff. So saya tak akan letak gambar dia kat sini...hehe. Pernah dia hilang kejap, and I went to look for it like nobody's business. Carik sampai jumpa okkay.  Thats the beauty in life, you can have a bond with thing you have been with for so long. Eventhough dia tak pernah bercakap pun dengan kita.

Having said that, macam pelikkan bila ada orang buang mak, buang ayah, buang anak. After so much they've done for you. It's just beyond comprehension. Even Tom Hanks pun menangis dalam Cast Away bila Mr. Wilson hilang dari dia. Need I say more?

So, moral seciput dari entry ni..sayangi harta anda dan sayangi Mak Ayah anda.


Friday, January 6, 2012

Kagum :-)

Buat pertama kalinya dalam tahun ini (wahahaha) saya berjaya menyiapkan sesuatu lebih awal dari target saya. Believe me, perkara ini jarang berlaku... selalunya bila saya berjanji dengan diri saya sendiri saya akan beri sedikit ruang untuk delays. Translate; saya pemalas...please expect some delays.

So, talking about target...plan saya untuk hujung minggu ni adalah mengemas work space a.k.a office saya.  Latest by ahad mesti siap. And suprisingly, hari ni and petang tadi to be exact dah siap. Sebab tu saya ada masa nak membebel kat sini.

Saya suka susun atur ni, terasa saya macam dalam bilik dalam cite korea. Memang memberi mood untuk buat keje. Bagus jugak kegilaan saya ini. So itu je la saya nak tulis. Maaf, entry saya tak banyak yang membantu membina kendiri tuan puan yang membaca.

Last but not least, as I notice it...saya akan dapat capai apa yang saya nak when I least expect it or when I don't have any expectation to achieve or to get it. Bila saya tergedik-gedik nak tu memang tak dapat la.

So, sekarang saya dalam expectation yang kerajinan saya ini akan bertahan buat sementara saja. Paling-paling sampai bulan 6... Kalau anda paham kenapa saya menjangkakan begitu...hehehe. Cheers :-)

p/s: entry ni memang dalam mode syok sendiri. sila sediakan bakul sampah kat tepi in case meloya nanti... ;p

Tuesday, January 3, 2012

Lets keep up the momentum!

At this point of time, yours truly is so highly spirited.  Done with record book, RPT, lesson note and all the things needed for tomorrow.

At the back of her mind is.... will this spirit remain after the first quarter of the year? So peeps, those who are close enough to sound-direct-tepek je..please do so should you notice yours truly has lost her direction okeh! May the force be with us...keep up the momentum bebeh!

Other than that, I do really think that I need to reset my biology clock to the point where I could sleep right after Dunia Jam 10 started. [That was about 15 years back..tq]


Lastly, happy schooling to all ;p


p/s: since Dunia Jam 10 dah xde, I have decided to sleep at the first yawn of the night. harap berjaya.

Sunday, January 1, 2012

Collateral damage and happy new year...

Saya baru perasan, apa dokumen yang saya hilang lepas lappy saya kaput hari tu. Banyak jugak actually. Nampak sangat baru nak buat keje sekarang ek? Collateral damage pulak, byk driver yang dah hilang and kena install balik. Contohnya driver printer saya...nak print tadi sekali tak boleh pulak. Carik punya carik CD nya tak jumpa. Rasa macam tinggal kat umah sewa lama. Elok sangatlah kan? Dalam keadaan sekarang, saya tidak perlu sebarang gangguan yang boleh mengubah direction saya kepada 'perkara' lain. Memang potong stim betui.

Dalam perkara berbeza, rasanya ini entry terakhir untuk tahun ni...atau entry pertama untuk tahun 2012. Saya macam tak de mood nak cakap pasal azam. Macamlah azam saya yang lepas-lepas tu saya usahakan sangat pun. Sebagai Azira, apa yag saya tak cakap tulah yang selalunya saya buat. Vice versa.

Tengah-tengah type ni Asrul Baron sms wish happy new year. Time kasih. Moga tahun mendatang ni memberi lebih kebaikan untuk kita sume. 

Sambil-sambil type ni, saya dok tunggu load driver printer dari internet. Slow macam siput. Sekarang saya terfikir...hilang driver printer ni, collateral damage ke? Ataupun itulah damage yang sebenarnya. 

Till then, see you guys next year. Bye