Friday, April 1, 2011

Cerita kawan saya. . .

Ini ada cerita pasal kawan saya. Bukan cerita saya. Ini bukan macam yang selalu kita dengar, 'cerita kawan saya' tetapi sebenarnya diri sendiri punya cerita. Ini memang cerita kawan saya. Bukan cerita saya.

Menyampah tak korang baca intro macam tu?? Hehehe

So, cerita kawan saya bermula di sini. Kawan saya ni ada sorang kawan, dah kenal berbelas tahun. Kira rapat giler lah. Biasa makan sepinggan, minum secawan, tido je tak pernah sebantal sebab lain jantina. Dipendekkan cerita, sangat rapat sampai dah rasa macam adik beradik. Walaubagaimana pun, sampai masa berpisahlah mereka. Tamat universiti, masing-masing baliklah ke kampung masing-masing. 

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...mereka berdua masih berhubungan macam biasa. SMS sekali sekala, telefon bila perlu...YM boleh dikatakan selalu. Hinggalah pada suatu hari, kawan kepada kawan saya itu telah menyatakan sesuatu yang agak berlainan dari biasa. Setelah bertahun kenal, itulah kali pertamanya si kawan itu berkata begitu. Pada hemat kawan saya ini, mungkin kawannya itu sedang bergurau...lalu dibiarkan saja.

Sehinggalah perkara itu berlarutan, dan kawan saya ini merasakan dia perlu 'meluruskan' keadaan. Maka dia bertanya kepada kawannya itu, 'adakah dia bermaksud ke atas setiap perkataannya itu?'. Tetapi, menurut kawan saya ini...kawannya itu gagal memberi jawapan yang jelas. Beliau lebih suka berpusing-pusing di sebalik semak ['beating around the bush'].  

Lalu kawan saya ini, telah memberi amaran kepada kawannya itu supaya janganlah berkata sesuatu yang dia tidak maksudkan. Kerana ini kadang kala membuat orang salah faham atau mungkin terperasan. Yang lebih penting, mungkin merosakkan persahabatan. Kawannya itu nampaknya faham lalu memohon maaf.

Selepas itu, mereka kembali berhubung seperti biasa namun dengan kadar kekerapan yang semakin berkurang. Sehinggalah pada saat sebelum post ini ditulis, kata kawan saya, kawannya itu telah berubah. Dia kini tidak lagi membalas SMS atau menegur dia di YM. Apa sebabnya kawan saya juga tidak pasti.

Persoalan saya: -

1. Kenapa mesti ada perkara macam ni dalam persahabatan?
2. Boleh ke tak, lelaki dan perempuan berkawan baik like 'baik giler' tanpa ada perasaan?
3. Kenapa manusia tak boleh berterus terang sedangkan kita tahu, ia adalah lebih baik?
4. Kenapa hati tak boleh jadi praktikal seperti otak?

Sekian soalan saya. Saya tak minta jawapan tapi saya harap saya dapat bantu kawan saya itu, jika dia membaca. Adios.

HEARTS WILL NEVER BE PRACTICAL UNLESS THEY ARE MADE UNBREAKABLE
~ Wizard of Oz [Magenta's Blog]


3 comments:

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

perjawapan saya
1)yg ni sy xtau jawab, susah giler soalan ni, klu kuar exam, blh fail sy ni

2)sape ckp x blh?blh jek, even ada perasaan pn, be profesional laa kn.

3)adakalanye manusia ni rase seronok bila benda tu kabur

4)otak dikawal oleh akal, tp hati adakalanye selalu tidak terkawal oleh akal, sbb tu x praktikal

sekian terima kasih
ni adala anser script yg lulus cukup makan jek

Shu said...

1. Konteks itu perlu,even malas balas sms atau bercakap thru phone, FB dan TWITTER sudh ada,tipula kalao x reti nak enjoy dgn teknologi kan ?

2. Itu boleh...sebab saya sendiri mempunyai kawan seperti itu,sehingga hari ini,masih seperti itu.

3. Saya jenis yang suka berterus terang,ada masalah,jagn sembunyi...saya tak suka nak remeh2 duk meneka2..rimas!

4. sebab otak tu logik,hati itu banyakknya was-was.

"JIKA DILETAKKAN PASANGAN YANG BAHAGIA BERCINTA DITENGAH LAUTAN,PASTI AKAN DATANG IKAN-IKAN BERHAMPIRAN DENGAN MEREKA,TETAPI LETAKLAH INSAN YANG HAMPA PERCINTAANNYA DALAM GEDUNG MAKANAN,PASTINYA SEMUA MAKANAN AKAN MENJADI BUSUK"

AxraZa said...

hmm...adapun sy perlu mengambil ms utk men'digest' kata2 anda berdua di atas. hehe.

tp suka utk sy komen ayat mek su dibwh itu, kalo sy yg hampa percintaan...diletak pula dlm gedung makanan..sy pasti gedung itu akan bankrap dan perlu melipatgandakan pengeluaran! ahahaha