Sunday, April 24, 2011

Mappilai??

Susah rupanya bila dah jadi macam ni. Serba tak kena. Jiwa kacau. Libang libu. Dan ungkapan-ungkapan lain seumpamanya. Apsal pun tak tau. Nak kata sebab duit, tak jugak. Dah 3 bulan aku tak ada gaji. Aku steady je. Nak kata keje banyak? Tak pun, sama je keje yang aku kena buat hari-hari.

Malas nak pikir punca, cuma nak escape dari situasi tu. Tanya Yanti, rupa-rupanya dia pun sama. Mungkin sebab cuaca agaknya. Tiba-tiba keluar kata-kata nak tengok wayang. Maka kami decide ke Bahau. Dengan duit yang cukup-cukup je, kami gerak ke sana. Niat dihati, nak tengok je wayang apa yang ada. Nak kena jugak cakap, wayang kat Bahau tak sepertinya. Dalam entry lain kali mungkin aku cite pasal wayang di Bahau ni.  

So bila sampai Bahau, cerita yang ada cuma cerita cina. Cerita hantu pulak tu. Cerita melayu pun sama, cerita hantu jugak. Apa pengarah semua dah tak ada idea lain agaknya. Last-last cuma ada satu pilihan. Cerita Tamil. Tanya ngan adik jaga kaunter tu lebih kurang dia kata cerita tu ok. Dah kata nak belasah je tengok cite apa, kami pun beli tiket. 

Masa nak masuk tu, checker senyum sambil buat muka terkejut tengok tajuk cerita kat tiket kami tu. Kami orang pertama masuk. Orang kedua masuk tu siap keluar balik sebab ingat dia salah panggung. =)

Bila dah habis, aku cuma buleh kata aku paham la keseluruhan jalan cerita. Cuma aku tak tau apa yang betul-betul dorang cakap sebab sarikata kejap ada kejap tak ada. Syukurlah pelakon-pelakon dia memang menggunakan ekpressi wajah yang agak berlebihan, maka senang la nak paham.  

Buktinye..hehe
Masa tengok tu dok pikir, camni la agak-agaknya bila aku bagi arahan dalam bahasa inggeris kepada budak-budak. Patut la sat-sat suruh repeat. Tak pun duduk je ternganga. Memang depa tak paham. Lepas ni nak kena sabar sikit dengan dorang.

Balik je rumah, perasaan sama jugak. Terasa jauh je hati tapi tak tau sampai ke mana. Tak sukanya bila jadi macam ni.

Serius tak suka.

Nota kaki: Ada yang masih terngiang-ngiang...dan Khamis lepas ni, cuma khamis yang tak de erti...haish.

No comments: