Highlight dunia sekarang adalah tentang tsunami dan Jepun. Memang menakutkan bila tengok balik macam mana tsunami melanda Jepun. Sekelip mata, hilang semua. Dengar-dengar kata, titik tsunami sekarang berada di Langkawi. Harap-harap tak. Satu dunia sekarang tertanya-tanya, adakah Jepun mampu bangkit semula? Secara peribadinya, aku rasa boleh. Rasanya ramai lagi orang kat dunia ni yang berkongsi pendapat yang sama. Jepun memang boleh bangkit semula, mereka cuma perlu masa. Kalau kita? Nauzubillah.
Aku tak nak cerita panjang tentang tsunami dan Jepun, semua pun boleh baca dan dengar berita. Cuma, bila kita cerita pasal ni tak boleh tidak kena cerita pasal kehilangan nyawa. Dalam puluhan ribuan mangsa tu, tentu ada mak ayah abang kakak dan kawan seseorang. Mungkin ada yang sempat mintak maaf atau cakap good bye, tapi mesti ramai yang tak sempat. Kan?
Kena pulak, 2-3 hari lepas..ada kawan LLB telah kembali ke rahmatullah. Dengar khabarnya, arwah rebah ketika sedang memakai kasut. Di kenduri kahwin seorang kawan. Dalam usia 30 tahun. Rasanya macam baru sekejap chatting dengan arwah di fesbuk. Sekarang dia dah tak de.. Siapa sangka arwah keluar rumah pagi tu, dan pulang kerumah dengan keadaan lain pada malamnya?
Apa yang saya nak sampaikan kat sini, kita tak tau..bila akan sampai masa kita. Maknanya kita kena selalu sedia. Dan saya selalu bayangkan, saya harap kalau dah sampai masa nanti biarlah waktu saya dekat dengan keluarga saya. Dan biarlah lepas saya mintak maaf dan ucapkan apa yang patut pada orang-orang disekeliling saya. Tapi, orang kata semua ni rezeki dan mungkin juga berkait dengan amal ibadat kita. Wallahu'alam.
So, perlukah hari-hari yang ada ni, kita zahirkan semua benda yang kita rasa kita nak luahkan, tapi tak pernah buat? Contohnya, nak cakap "Akak sayang mak". Dah 32 tahun hidup, tak pernah sekali pun cakap directly. Kad raya tak kira. Atau nak cakap "Saya suka awak" pada orang yang kita suka, tapi tak pernah berani. Ataupun nak cakap "Sorry, sebab saya buat macam tu" pada kawan yang kita block dari friendlist kita, atau blog reader kita?
Nak cakap sementara ada kesempatan ni atau nak tunggu nanti? Tunggu bila kita dah tak de...seseorang tolong sampaikan bagi pihak kita? Atau kita nak tulis kat blog, dan harap orang baca bila kita dah tak de?
Saya pilih blog.
6 comments:
terima kasih sis..kerana x block kan saya ;) theehee... muach!
sat g nk block! ahahahahah
[sy dh hantar ucapan maaf kpd sume yg terbabit dlm isu block tersebut...huhu]
tacing nyee
sy pn nk wat confession ni
saya sayang kakak <3
nak mintak maaf awl2 dgn akk..ye serius xmain2.
Paejah: sy tk sayang awak ponnn...ahahaha ;P
Sue Heboh: awak xde salah pun ngan akak..akak nk mintak maap gak ngan awak..kot x smpat g Kluang! hehehe
saya ada salah ke ngan ko?rasa cam xde..xpela minta maaf dulu kut ada salah dimasa depan..hehehe
Gee tay ibrahim ckp arwah pika penah kena sakit jantung dulu pas kt grad hons n masa tu lumpuh sebelah badan tapi dah baik..maybe sakit dia dtg balik kut..pastu ko igt x zul yg lembut tu yg sk mekap2 mk dia tu dia enviromental law ngan kt..dia pun dah meninggal kena cancer..innalillah..
Post a Comment