Entah kenapa, off late ni...saya ini sama ada dihubungi oleh kawan lama atau saya sendiri tetiba teringat untuk menghubungi kawan lama. Memula SPOCians...kemudian Eton. Eton. Siapa Eton? Saya yakin, baik Radhi mahupun Gcop, rasanya tak tahu siapa Eton ni. Tapi saya dah kenal dia mungkin 4-5 tahun. Lamakan? Dan even kawan baik sendiri pun tak tau. [Rasanya korang tak tau laa]
So, allow me to recall the moment where I got to know this person by the name of Eton. And mind you, sampai sekarang pun saya tak tahu betul ke nama dia Eton. And I dont bother asking. Sooo..satu hari saya dapat satu sms. Nak berkenalan. Menyedari akan sms itu dihantar oleh seorang perempuan, the syaitoonn at the back of my head said, just layan and menyamarlah sebagai lelaki. So I did just that. My bad.
Soalan pertama saya tanya Eton dulu, 'macam mana tau nombor saya?'. Dan jawapan dia simple je..dia just tekan. Nombor yang membezakan nombor saya dan Eton hanya digit terakhir sahaja. Bila tanya kenapa, dia cakap dia bosan. Tapi lepas satu masa saya dah malas nak jadi 'lelaki', so saya mengaku je yang saya perempuan. Dia kata dahsyat. Sikit pun dia tak syak saya perempuan. Dia memang tak tahu, Mak saya pun cakap saya lagi 'lelaki' dari abang saya. Titik.
Rupa-rupanya Eton buat macam tu sebab dia risau dia tak kawin-kawin. Bila dia tahu saya lebih tua dari dia dan masih belum kawin, dia tanya saya tak risau ke? Saya kata, benda ni bukan dibawah kawalan kita. Kalau risau pun, theres nothing we can do about it. Dan kami terus jugak berhubung lepas tu, sebagai kawan. Dia nasihat saya, saya nasihat dia. Dia suruh saya usahakan cari jodoh, saya suruh dia relax, tenang-tenang dulu.
Tapi sekarang Eton dah kawin. Bila dia dah dapat 'kawan', dia bgtau saya. Bila dia nak kawin pun dia bgtau saya. Dan sekarang Eton akan dapat seorang cahayamata. Dia baru sms saya. Saya gembira untuk dia. Betullah tu, kalau kita usaha, mesti akan berjaya. Eton dah pun berjaya keluar dari ketakutan 'tak kawin' dia tu. Alhamdulillah.
Sempat tadi Eton pesan, lepas solat bacalah Surah Yusoff Ayat 4. Doa dapat jodoh yang baik-baik. So ladies, yang baca ni..silalah amalkan dan moga diperkenan. Tentang yours truly, selalunya dah lepas habis berdoa baru teringat nak baca. Sokmo terlupa, time teringat baru nak baca. Tak istiqamah bak kata orang tu. Time for a change may be.
Moral: May be sometimes we can go extra miles with extra effort to get something. Rather than just wait and do nothing, kan?
Moral: May be sometimes we can go extra miles with extra effort to get something. Rather than just wait and do nothing, kan?
Note: Entry ni dah jadi satu entry rojak. Ampun maaf dipinta.
2 comments:
eton?mmg kompom ko xpenah cite kat saya..
dah banyak petua org dok bg jadik amal2 kan ler..(ckp kat diri sendiri juga sbb xpenahnya teringat nak bt..hehe)
haha..mari kita amalkan.. ;)
Post a Comment