Monday, January 31, 2011

Ouch!!

Hari ni hari yang agak busy.  Ada kenduri kat rumah Acik. Kalau ikutkan memang malas nak pegi sebab penat travel dari Gemas ke Ipoh pun tak habis lagi. Aku dah cuba nasib cakap ngan Mak tak nak pegi sebab penat.  Sepantas kilat Mak cakap bukan aku yang drive. Memang la bukan aku yang drive. Tapi rasanya baik la aku drive kot, kurang penat. Duduk saja-saja tak buat apa, tapi tak boleh tido memang tak best.

Dipendekkan cite, aku pegi jugaklah umah Acik.  Sampai kat sana, ingatkan buleh terus makan.  Sekali orang tengah ready nak baca yassin. Dah namanya kenduri tahlil.  So aku pun join baca yassin dulu. Ingatkan pastu makan, tetiba ada solat hajat dulu. Aku dah tak join. Perut dah nyanyi. Ingatkan pastu boleh makan. Sekali ada lak ceramah. Ahahahaha..aku slow masuk bilik..kepala pun dah sakit. Tunggu punya tunggu, aku rasa aku dah boleh sampai Kuala Kangsar dah kalau drive tu, baru habis usrah. Owh, boleh makan skang, aku ingat camtu laaa.. Sekali banyak lak tapisan sebelum sampai ke tempat buffet tu. Susah tak nak makan? Aku kena cerita pasal ni supaya nampak lah kesan perkara yang berlaku selepas iniiii.......

Tengah-tengah beratur tetiba aku dengar orang tanya, "Azira tak datang ke?". Huishh..saspen. Suara memang tak cam. Tetiba nampak empunya suara. Mak kawan aku masa skolah menengah. Kawan baik lagi tu. Aku siap penah suka ngan abang kawan aku ni aka anak mak cik ni la. Mas Wira..sikit punya klasik ke nama. Owh, mak cik tu dah nampak aku..masa tu jarak antara aku ngan tingkat-tingkat makanan tu ada la 2-3 kaki je kot.  Tapi dah orang kata belom rezeki nak makan, belum jugak la. Kena road block ngan mak cik ni.

Soalan pertama, dah jadi cikgu ye? Kat mana? Dah kawin? Owh, belum. Bila lagi? Haaa..nak jumpa orang Gemas la ni. Haaa..nampak dah susut sikit ni. Dalam banyak-banyak statement, yang ni je aku suka. Aku ingat soalan pertama je. Soalan selepas tu aku dah tak kira. Jawapan pun aku bagi yang jujur punya. Sebab aku suka mak cik ni. Dulu-dulu supportive jugak dia. Rajin buat bekal kalo kami nak gi mandi sungai.

Dah aku jawab soalan dan tanya pasal life mak cik ni lebih kurang, sambil jeling-jeling kat ayam goreng yang dah dua kali refill tu, mak cik tu pun paham agaknya...dia pun melepaskan aku. Tapi sebelum aku blah, ayat mak cik tu.."Fizun pun belum apa-apa lagi...maklumlah kawin pun dah berumur." Ouch!! Tak tau mana lebih 'angin', kat perut ke kat hati..sebab memang tengah lapar yakni kebuluran..haha

Mak cik, Fizun tu sebaya saya. Kawan baik saya. Dia dah berumur, saya? 

Note:  Tak pe mak cik, saya akan usahakan mencari orang Gemas seperti saranan mak cik. Time kasih. Peace =)

Saturday, January 29, 2011

Bawalah ku pergi ke mana sajaaaaa....

Esok ada kenduri selang bape umah dari rumah ni. Dari siang tadi, dah riuh rendah gegak gempita dengan lagu dan malam ni dah start karaoke pulak dah.  Malas nak cite panjang, tapi bawaklah saya pegi memana pun BUT here!

Nevertheless, ada satu suara yang agak sedap, yang nyanyi lagu ni. Sangat kena dengan mood malam ni. So, meh kita layan..................






Gadis Bertudung Putih 


Wajah seri yang memukau
Pesona kau dipandang
Tersenyum dan terkhayal sejenak
Matamu gemilang
Bagaikan ada syurga
Di dalamnya

Aku ingin bersama
Memilik sebuah kota
Bersamamu aku diyakinkan
Ku berada di tengah-tengah
Persimpangan tak ke mana

Bawalah ku pergi
Ke mana saja
Bawalah ku lari
Dari sengsara
Manalah berhenti
Di situ terhenti
Mana kembara terselit kita

Capai tanganku
Kita berganding berdua
Genggam tanganku kita nyanyikan
Lagu yang seirama

Friday, January 28, 2011

Blessing in disguise...

Kita manusia tak pernah tau apa yang Allah rencanakan untuk kita kan? Walaupun asal-asal saya masuk KPLI, saya ada secretly berdoa semoga saya dihantar ke Sabah, tapi bila saya dapat Gemas ni baru saya fikir tentang macam-macam termasuk macam mana dengan mak saya. Sekarang saya sedang giat mencari rumah sewa. Dah dapat nanti nak bawak mak saya ke sini. Lepas tu, berakhirlah misery saya...hehe

Macam saya selalu kata, saya tak nak dapat sekolah sekitar Ipoh atau Perak sendiri. Sebabnya saya perlu keluar dari persekitaran lama saya dan perlu mengelak dari  mengajar anak bekas-bekas rakan sekerja saya. Jadi bila dapat Gemas, walaupun macam kurang mendapat restu dan ada yang menawar untuk menukarkan saya ke Ipoh, tapi saya tolak. Saya yakin, apa yang Allah sudah tetapkan ini adalah terbaik untuk saya.

Disguise adalah.....jarak yang jauh...perasaan yang kadang-kadang agak mencengkam...makanan yang tak berape best, ketiadaan kedai mamak untuk saya melepak petang-petang di hari minggu dan bau kilang getah yang menusuk kalbu..

Tapi, blessingnya banyakkkkk... Tadi baru dapat confirmation, kelas swimming saya akan start lepas CNY!! Kalau saya masih di Ipoh, percaya lah...saya takkan menyerah diri untuk masuk kelas swimming. Saya yakin tu. Tapi, bila di sini...dengan suasana baru dan kebosanan melampau di hari minggu, kelas swimming tetiba menjadi sangat menarik. Time ni la teringat peristiwa memalukan diri sendiri bila terpegang tangan Ketua Kelas sebab rasa macam nak lemas padahal air hanya separas pinggang. Ngok ngeks. Sila pandai berenang segera! 

Selain tu, saya akan start treatment untuk kulit muka yang terbakar hangus ni juga lepas CNY. Insya Allah.  Rupa-rupanya yang saya sangkakan hanya terbakar matahari ini, bukan sekadar itu. Syukur jumpa housemate yang adiknya pernah alami masalah camni.  Dia suggest pegi pakar dan terus set untuk appointment.  Bukan sebelum ni tak de orang suruh pergi pakar..tapi saya sendiri berlengah-lengah. Mungkin saya nak jumpa pakar di Kuala Pilah jugak.. :)

Dan ada satu perkara lain, tapi biarlah rahsia dulu...hehe




Thursday, January 27, 2011

Unexplainable

These few weeks, I've been trying hard to keep the positive energy within me. Its not that this new place is bad. No, not at all.  Its good and I might say better than what I wish for. 

But, it seems I can't bring myself away from the perception and confusion people get when they know my background.  Again, its not in anyway negative. It just that...when they ask why in the world I quit my job and join this profession, I just go blank. This is something I cant explain. Not at the moment at least.

Having said this, I now realised that...to be true.. I myself do not know why in the world I quit my job and choose to be a primary teacher.  Its destined for sure.  So, pardon me for the answer or not answering for that matter.


Wednesday, January 26, 2011

Kerana Suhaibah...

Post ni khas untuk Cik Suhaibah yang berada nun jauh di Kluang. Cik Suhaibah, anda tau sebabnya..hehehe.  Tapi jangan rasa bersalah, akak memang dah lama nak tukar templete nih. Kehkehkeh.  

Alang-alang dah bukak post ni, Kak Zira nak cakap jugak.  Terima Kasih kerana anda peduli. Walaupun kita jumpa sekejap je..sembang sekejap je..tapi rasa macam kita dah kenal lama. Ada sesekali akak terfikir, kalau kena caranya, akak takkan tinggalkan Ana Shahrana Annuar & Co. tu, atau legal line itu sendiri. 

Terima kasih kerana selalu bertanya, dan terima kasih kerana pelawa akak ke Kluang.  Masa 'short visit' hari tu, tak sempat nak jelajah semua =)

Oh ye, buat yang tak kenal, Cik Suhaibah ni adalah cik loyer kat HQ opis lama saya yang berpangkalan di Kluang, Johor. Baik hati tapi gegiler sikit khabarnya..haha


If the only prayer you said in your whole life was, "thank you," that would suffice.  ~Meister Eckhart

Tuesday, January 25, 2011

Ting..ting..ting...

Satu hari ni, tak habis-habis pikir. Pikir itu, pikir ini...pikir macam-macam.
Nazir datang sekolah, PPD pun ada..nasib-nasib..
terkena juga tempias walaupun tak terlibat.

Fikir mak, fikir umah..fikir gaji..
kan best kalau ada orang boleh tolong fikir.



Sunday, January 23, 2011


gambar takde kena mengena dengan apa-apa..
cuma sambil jalan-jalan tadi jumpa...
macam sedap lak baca :)




Saturday, January 22, 2011

Kenapa?

....benda yang paling susah kita nak cakap, adalah benda yang kita paling maksudkan?
....benda yang kita tak maksudkan senang je terkeluar dari mulut?
....benda yang kita tak nak lah yang selalunya kita dapat?
....kita jarang dapat benda yang kita betul-betul nak?
....bila kita rasa kita dah dapat, lepas tu selalu dia hilang?
....bila kita rasa kita dah tak kisah dia tak de lagi, dia akan datang balik pada kita?

Kenapa

....kita tak tahu bersyukur?

Mungkin apa yang terjadi pada kita, itulah yang sebaiknya.

Ayat ni cliche, tapi saya rasa sangat benar...kadang-kadang, kita mintak rama-rama tetapi Allah bagi kita kepompong...kalau kita menangis dan buang kepompong tu, kita mungkin terlepas peluang untuk tengok seekor rama-rama yang cantik.  Sape kita untuk mempersoalkannya?

p/s:  saya rindu sesuatu, tapi tak tau apa.


Monday, January 17, 2011

1222 sms?

Macam tak percaya. 954 Maxis to Maxis and 268 Maxis to Local Operators to be exact. Mungkin betul bila ada yang kata, saya dah kurang bercakap.  Saya lebih banyak menaip. Am I the nerd behind the QWERTY board? 


I like my new telephone, my computer works just fine, my calculator is perfect, but Lord, I miss my mind!  ~Author Unknown



Note: I'm not a nerd, I just love computers and handphone ~ Sumber dari baju TESCO RM8 saya.

Sunday, January 16, 2011

Ipoh - Seremban - Gemas - Segamat

Saya ada cakap tu hari kan, kalau rajin saya upload gambar untuk completekan post saya yang ini.  So malam  ini malam rajin saya. Since dah ada gambar..tak yah lah saya tulis panjang-panjang.  Post ini sesuai dibaca bersama post "Mulanya begini" tersebut. Sekian.


di malam kena tinggal di Senawang...

Owh, ini bukan gambar sy..ini Inspector Gadget punya!

bukak berita just nak dgr suara...

Mula-mula sampai...

Jalan ke Segamat...
Cantik awan tu..subhanallah.

Landmark

Opposite direction.

Percubaan menjadikan 'rumah'

Ada sesape nak main bowling kat Gemas?


Note: Cik Patunghujan, sile tengok bantal stoberi tuuu..hehehe


Sampai sini je.  Nak kemas bag untuk balik esok cadangnya.  Tapi that can wait.. esok je..malam ni, tido dulu. Insan-insan fevret tak online pulak.



Saturday, January 15, 2011

Gelak kuda...

Minggu ni alhamdulillah, berkesempatan balik ke rumah walaupun terdapat sedikit kesukaran pada awalnya... Asalnya saya nak blog pasal 7 jam perjalanan menaiki keretapi saya...tetapi tak jadi memandangkan tak banyak yang saya boleh ceritakan sebab saya sibuk tido berfikir sepanjang perjalanan.

All in all, 7 jam tu not half bad lah. Cuma nanti kena ingat bawak bantal kecik supaya sedap sikit nak tido berfikir.  Lainlah kalo ada sesapa kat sebelah buleh kasi pinjam bahu, then tak yah lah bawak bantal kecik tu.

So, summary perjalanan saya went like this --> Gemas - KL (transit - KL Sentral) KL - Ipoh. Naik di Gemas kol 1745hrs gitu dan sampai di Ipoh jam 0015hrs.  Sampai umah dah kol 1 lebih sebab pegi amik stand in Bumblebee dulu.. =)

Hari Jumaat, malamnya pegi makan-makan dengan Ayong and family.  Perlulah kot, bagi menyambut kepulangan orang jauh yang mereka khuatiri tak cukup makan di Gemas. Hehehe

Meh tengok gambar...untuk Cik Radhi Dahlan..lain kali ko datang, ini lah port baru yang kita leh pegi.. =)

Suke kacau daun, org nak amik gambo entrance je pun...

Lepas makan, garu garu!


Aktiviti wajib kami berdua : )
 ********

Kenapa tajuk entry ni "Gelak Kuda?"

Ini sebabnya.....

Izzul aka Angah cerita kat skolah dia ada budak baru.  Dia kata kawan-kawan dia gossip dia dengan budak tu.  Saya tanya, comel ke budak tu? 

Dia kata...."boleh laa" sambil describe cik adik tersebut.  Pada saya, comel la jugak kot.  

Tapi tiba-tiba, Izzul cakap..."satu je tak boleh blah, Alang". Saya pun curious gile lah kan...."amende?" saya tanya.

"Gelak dia..huduh giler!!" sambil gelak..hahahahaha. 

Ayat dia yang last ni memang tak boleh blah.

"MACAM GELAK ALANG LA! MEMANG TAK LEH BAWAK MAJLIS!!"

Cissss!!! Memang ngok ngeks punye budak, kata saya dalam hati sambil berlalu pergi. 

Note:  Azam saya tahun ni, nak gelak sopan-sopan je. Amin.




Monday, January 10, 2011

Bahau...

Tadi jalan-jalan ke Bahau. Sambil hantar printer. Ok jugak Bahau tu..siap ada panggung wayang. Memula rasa Segamat macam ok.  Tapi bila dah pegi Bahau rasanya Bahau lagi ok...sikit-sikit susunannya macam Manjung. Rasa macam balik tempat sendiri. Tempat yang kita biasa.

Sampai rumah dapat message dari ex-classmate, suruh turun Segamat. Excited jugak nak jumpa ni, pasal nak rasa dekat dengan orang-orang yang kita biasa. Tapi sebab dah malam, takutlah pulak nak meredah ladang kelapa sawit tu sume.  So tak jadilah jumpa... Tak apalah, ada rezeki jumpalah agaknya...

Ape lagi nak cite? Tak ada rasanya. Mata pun dah mengantuk.  Tido dulu lah ye.


Nowhere can man find a quieter or more untroubled retreat than in his own soul.  ~Marcus Aurelius




Penutup minggu ini....

My little prayer for tonight.. for me, my mother, my friends and .....................


Ya Allah, if this life is good for me, let me live it as good as I can. If dying is better for me, let me die in Iman. Amin


Rabbi Yassir Wala Tu'assir

Sunday, January 9, 2011

Kisah satu petang....

Ecceh..tajuk tak agak-agak...macam la hape. Citenye simple je..saje nak buat gempak. Tadi, kan si bumblebee meragam...tayarnye tetiba [err..bukanla tetiba sangat] kempis.  Terpaksa empunya bumblebee ni dok umah tak keluar ke mana-mana.  Plan nak gi Segamat pun cancel..sebab hujan pun sama la.

So petang ni, selepas dua hari tidak ketemu nasik..terpaksa jugak keluar. Selepas hujan teduh...nak jadi cite, ramai pulak budak-budak kecik main kat luar..dan banyak pulak kereta-kereta parking di tepi jalan.  Dengan skill memandu yang tidak sepertinya...dan dengan kebiasaan memandu dijalan-jalan luas sahaja...empunya bumblebee telah membuat scene di petang yang indah.  

Malas nak cite full version.. kalo kita jumpa minum teh nanti, kita cite. Dipendekkan cerita, tergedanglah bumblebee di tengah-tengah jalan. [Jalan tu kecik..kalo korang tak caye, luasnya sepanjang bumblebee tu je..serius!!]  Bila orang parking kiri kanan jalan, camne nak lalu tengah-tengah? Cuba korang cakap? Setelah bertitik peluh me'reverse' di bumblebee, selamat lah kami ke jalan yang lebih besar.  Dan berlalulah kami dengan muka penuh cool menahan malu dengan tayar yang kempis. What an evening!

Sampai kat pekan Gemas, carik stesyen minyak..jumpalah Caltex.  Tengok pam angin dia...masya Allah, hat zaman dulu-dulu tu kot. Bukan yang bunyi keting-keting tu tau..yang lagi lama pulas-pulas tu.  Bila tanya camne nak tau dah penuh ke belum, adik pam attendant tu cakap.."agak-agak je". Adik tu pun datang tolong..untuk justifikasi apasal terkial-kial, aku bagitau adik tu..yang aku tak biasa pakai manual ni.  Selalu cari yang auto.  Ergghhh..dalam ati macam nak kutuk.  Apa la Gemas ni, came on la..takkan ini pun tak leh convert baru!

Tiba-tiba adik pam attendant tu cakap, "Kak, kalau nak senang..pegi sebelah..sana ada yang auto".  Owh, itu dia Shell tersergam indah.  Cemana leh tak nampak tadi? Seblah je okeh. Nak kasi puas hati, kat Shell isi balik..tengok-tengok, adik tu punya "agak-agak je" tadi tu..memang ngam ye! Tepat! Menang terer adik tu.

Itulah dia, kereta saya ini, sekali sekala memang suke memalukan tuannya.  Ataupun tuannya itulah yang suka memalukan diri sendiri.


Mulanya begini....

Ahad di sini...

Pagi ni rasa lebih bersemangat dari pagi semalam. Pagi ni, bangun subuh, basuh kain dan kemas umah. Aktiviti biasa hari ahad...cuma di rumah yang berbeza.  Sms Puan Asiah, tanya khabar sambil nak hint yang saya dah bangun subuh.  Mak selalu cakap, kalo tido lewat mesti kantoi subuh..nanti kalau duduk sorang sokmo kantoi je. Saya kata, siapa cakap Makkk? Hehe

Tetiba saya pulak dapat sms, dari cik adik yang jauh di Kuala Krai.  Dia start skolah hari ni...semoga dipermudahkan segalanya untuk dia. Sms atau call dipagi hari memang bawa semangat yang berbeza.  Apatah lagi kalau dihari yang mendung dan suram [read: hati..bukan cuaca]. Cik adik dari Kuala Krai suruh saya update pasal hidup baru di sini.. Dah kata saya semangat dapat sms pagi-pagi, saya terus on lappy dan taip.. over tak? =)

So maafkan entry yang panjang ni...sesape rasa nak baca...bacalah..ini kisah sekali dalam hidup..sesape rasa macam malas..relax dulu..len kali baca..hehe


3.1.2011

Kinta Perdana, Ipoh.

Keluar umah jam 4 pagi...berdua ngan Puan Emak.  Nak jadi cerita, lepas amik tiket tol..bumblebee buat hal..tingkap tak boleh tutup pulak...ape hal ntah pepagi tu, spek menjadi kabur dan pemandangan kurang jelas...sempat mengamuk kejap di pagi hari...nak mengamuk hal lain sebenarnya..saja lepas perasaan pada tingkap.

Tapah.

Elok sampai kat Tapah, tingkap masih ternganga dengan luasnya...dan hujan pun turun. Perfect. Tapi masa tu dah kena tarbiah ngan Puan Asiah..dah tak mengamuk lagi dah..nak kena hujan? Kena laaa...redha je. Tapi syukur, walaupun hujan lebat..tingkap terbuka habis..tapi air tak masuk dan kena baju..mungkin sebab arah angin yang menyimpang.  Yong ngan Along yang follow belakang dah bersedih-sedihan melihat adiknya yang macho kuyup dibasahi hujan.. Bila dah tau tak kena hujan..penat je dia risau dia kata..ahahaha..

RNR Seremban

Benti kejap untuk refresh sikit..tetiba dapat call dari satu nombor 07.  Rupanya sekolah cakap aku ditempatkan kat skolah tu...bila tanya nak ke sana straight atau ke JPN dulu, dia tak tau..dia kata kena tanya JPN.  Aku call JPN...macam biasa kena transfer call ada la dalam 4 orang dan semua tak reti nak jawab.  Last-last suruh aku pegi jugak JPN. Bengong tak? Sorry la..ini baru 1st time keluar ayat ni. Dah tahan dari 3 haribulan.

Tiba-tiba lagi, nampak satu Iswara merah...tetiba lagi nampak satu mamat pakai sling bag. Baju kotak-kotak. Hafiz! Nak jerit tak boleh, sebab tengah on the phone.  Seb baik Ayong cekap dan memanggil mamat itu.  Banyak-banyak orang, boleh jumpa Hafiz. 

Seremban, Negeri Sembilan.

8.45 am, sampai kat JPN NS.  Tunggu punya tunggu...tak kunjung tiba pegawai mana pun.  Tetiba suruh pindah ke lain pulak, only to be told to come again tomorrow. Pegi PPD Seremban lak.  I was like, wattheheck?!  Ko suruh aku datang hari ni, untuk sign attandance seketul ni je?  Tapi tak pe, Mak kata apa-apa kena sabar..aku pun pegi tanya pasal sekolah call tadi.  Jawapan dia, "Tak betul tu..JPN belum keluarkan surat apa-apa lagi. Datang je esok".  Staff tu memang bernasib baik sebab aku memang tak nak carik pasal pagi-pagi di hari pertama aku mendaftar.  Kalau aku dah lama, kurang-kurang aku bahasakan jugak 2-3 ayat.

9.45 am, plan ramai-ramai nak g PPD Seremban.  Sesat barat sebab ikut Kimin yang lead pakai GPS dia..end up di jalan mati...ahahaha..ini memang lawak. Last-last tunggu Zue datang amik.  Sampai PPD, orang penuh, pegawai tak de..sameshiteveryday. Sorry.

Gemas

Malas nak tunggu, Along kata kami ke Gemas je la, kalau betul dapat sekolah tu, at least esok aku tak teraba-raba sorang-sorang carik jalan.  So kami ke Gemas, syukur..PK1 sekolah tu ada. Alhamdulillah, ada jugak orang yang professional dalam hari ni...so kiranya hari tu..urusan aku berakhir dengan baik. Allah is great.  Lepas tu, kami pun bergeraklah balik ke Seremban.

Senawang

Sampai kat Seremban, carilah budget hotel untuk stay malam tu.  Lepas maghrib, Mak Ayong dan Along pun balik. Tapau Nasik Goreng USA ngan Teh Ais naik bilik..nak makan ngan mak sume dah tak lepas.  Malam tu, Senawang hujan lebat. Wahahaha... 

4.1.2011

Awal pagi check out dan pegi lah ke PPD Seremban. Pengarah JPN NS turun.. dia macam penawar la kepada perasaan aku yang dah macam-macam tu.. Ayat pembukaan dia, "Dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung..jgn rasa awak orang Perak dan akan didik anak N9. Tapi anggaplah awak akan didik anak negeri awak sendiri". Ayat penutup dia, "Keluarlah dan berjuanglah, niatkan perjuangan..kalau awak jatuh, awak jatuh dalam perjuangan".  Tak banyak sikit, aku dah rasa tak nak lah hampakan dia.. buleh tahan hensem Pengarah ni.  =)

5.1.2011


Start mengajar. Sekolah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman.  Local folks panggil STAR. Pergghhh.. Balik Ipoh nanti aku cakap aku ajar kat STAR, haruslah depa ingat STAR, Ipoh tu..hehe.

So camtulah perjalanan hari-hari pertama aku sebagai cikgu..nanti entry seterusnya aku cite lak pasal umah sewa, jalan-jalan ke Segamat dan Gemas di sana-sini..kalau rajin la..hehe




Saturday, January 8, 2011

Rindu dan sakit dada...

Selalu dengar lagu jiwang-jiwang karat melayu yang kata rindu menikam dada lah..menusuk kalbu lah.. Rasa macam merapukan? Kalo tak merapu pun, macam over gitu..exaggerate! 

Tapi hari ni, chat ngan Angah..anak buah saya yang suka merapu itu...bertanyakan khabar katil di sana...tak de sape yang duduk bilik  tu. Bila balik nanti sure berabuk giler.. Tanya kaktus saya, apalah perkhabarannya.  Saya percaya Puan Asiah akan menyiramnya.. sejak anaknye jauh di mata, manalah Puan Asiah ada sesapa nak sembang-sembang..mesti beliau akan bersembang-sembang dengan pokok-pokok sahaja adanya. Kesian mak saye.

Tiba-tiba rasa sakit dada. Sebab tu la kot, lagu-lagu tu cakap macam tu..memang betul..kalau rindu sangat-sangat..kita jadi sakit dada. So lepas ni tak yah la pandai-pandai nak kutuk-kutuk lagu orang. Dengar sudah!




Ketika Cinta Bertasbih...

First weekend di Taman Sentosa, Gemas..Negeri Sembilan.


Semalam tak tau tertido pukul bape...bila bangun....banyak window yg blink2..sorry..I broke the pact. Suruh orang jangan tido, last-last sendiri yang tertido. Anyhow, time kasih kepada mereka yang sudi merapu bersama-sama.  

Pagi ni pas subuh..kalo kat umah, confirmlah tak boleh nak tido balik..tapi kat sini..pandang dinding je..last-last tertido balik.  Bila bangun, on lappy...tengok fesbuk pun dah naik muak. Tak tau nak buat apa...Tiba-tiba, teringat cite indon yang Tok Siak save kat lappy ni masa praktikum hari tu.  Dia cakap best dan suruh tengok..tapi dah berbulan tak pernah tengok lagi.

So hari ni dan esok, itulah aktivitinya... KCB...dah naik hapal dah lagu dia ni...apapun, time kasihlah pada Tok Siak..penyelamat jugaklah kiranya.

Man loves company even if it is only that of a small burning candle.  ~Georg Christoph Lichtenberg




Note: punyalah sunyi, orang sebelah sembang pun aku boleh dengar. Aku ke atau dinding ni nipis?





Thursday, January 6, 2011

4.25am

I just don't feel like writing anymore.
May be not at the moment.
Life is being perfectly fair to me so far.
I shouldn't ask for more...

But somehow,
something...seems so imperfect...........
like a missing puzzle..
How I wish I could perfect it now.

Note: Thanx to those who were there to correct the perspective and make it look a little better... : )



Distance makes the heart grows fonder...







Sunday, January 2, 2011

It makes me go Hmmm....

Venue: My den
Mood: Melankolik


Masih dalam mode mengemas..Macam biasa, hajat di hati nak bawak sikit-sikit je barang. Tapi bila dah kemas, jadi banyak pulak.  Sungguh tak sangka, sedih jugak nak tinggal rumah ni.  Lepas grad, balik sini. Then 6 tahun kat sini.  Setahun kat Penang tak sama sebab Penang macam umah kedua. Kat sana nanti bape tahun? Hmm..

Negeri Sembilan, biasa jugak pergi..tapi itu dalam 11 tahun dulu? Sekarang mungkin dah tak sama.  Aku selalu cakap, jangan fikir..hadap je bila dah jadi..tapi tak boleh tidak, aku dok pikir gak ni.  Macam-macam aku nak kena pikir..hmmm..

Sambil kemas dengar radio, tetiba keluar lagu ni...hmmmm

Ku membenarkan jiwaku
Untuk mencintaimu
Ku persembahkan hidupku
Untuk bersama kamu

Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu

Semua itu telah berlalu
Harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu
Terus ku tertunggu

Di hatiku masih kamu
Belum pernah ku ingin terus memburu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Namun aku tetap aku
Yang terbaik untuk diriku
Hanya satu
Hanya kamu

Ku membiarkan hatiku
Untuk merinduimu
Ku menghamparkan sakitku
Untuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu

Dan segala yang ku ada
Ku berikan semua
Untuk dirimu saja

Ku mahu dirimu
Bahagia untuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu
Agar ku sempurna

Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu
Namun aku tetap aku
Yang terbaik tuk diriku

Hanya satu

Aku lemah tanpa kamu
Ku inginmu dampingi ku
Aku fahami aku bukan terbaik
Untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cintamu
Hanya kamu


Lepas habis lagu ni..hmmm lagi. Gilos.


Kasih mak sampai syurga. Kasih anak? [sampai negeri sembilan]


Note: Aku pikir, kalo aku kecik-kecik dulu haruslah esok aku cakap sakit perut tak nak pegi skolah.







2111

Saya suka nombor ni.  Itu je nak tulis.  Sambil tu, tadi nak clearkan folder draft dari cerita-cerita usang yang tak mungkin di'publish dah...then saya jumpa ni.


"SOMEDAY SOMEONE MIGHT COME INTO YOUR LIFE AND LOVE YOU THE WAY YOU'VE ALWAYS WANTED. IF YOUR SOMEDAY WAS YESTERDAY, LEARN. IF YOUR SOMEDAY IS TOMORROW, HOPE. IF YOUR SOMEDAY IS TODAY, CHERISH"

Betul la tu...temanya, just seize the moment. Tak gitu?

Saturday, January 1, 2011

Kick start!!

Saya bangun pagi-pagi saya jumpa ni...kat blog cik adik ni... What a good words to start a day! Saya rasa lately saya dah berfikir lebih dari yang sepatutnya...sampai terpaksa mencari mangsa untuk saya 'buang' apa yang ada dalam fikiran saya tu...Sorry kepada En. X. 

Balik pada kata-kata kat bawah ni, saya rasa betul sesangat. Hidup ni singkat untuk kita regret apa yg kita dah buat...dan terlalu singkat juga untuk takut-takut fikir apa yang kita akan hadapi nanti.. So, just savour the moment and live life.




Nota:  Post seterusnya mungkin akan saya tulis dari Negeri Sembilan.  Saya takut jugak dengan tempat baru, tapi saya lagi takut kalau tak de internet di sana.  :|

Recap 2010

Last post untuk tahun ni dan saya tak rasa nak bersastera. Cuma rasa nak imbas-imbas balik perjalanan 2010 saya.  Tahun ni saya rasa tahun yang paling express. Zas zas je dah hujung tahun.

1.1.2010 - 17.1.2010

Saat-saat terakhir di Ana Shahrana Annuar & Co. Pulun habiskan Sitrep mana yang mampu. Menjiwai betul-betul watak seorang peguam untuk saat-saat terakhir. Saya dan bidang guaman ibarat cinta terlarang.  Sejuta kali sayang pun kami memang tak boleh bersama. Meneruskan hubungan ibarat mendedahkan diri saya ke jurang kekecewaan yang dalam. Begitulah saya ibaratkan.

18.1.2010

Saya daftar KPLI. Yang ini saya ibaratkan macam kawin pilihan keluarga.. hahaha..enuf said. Sepanjang KPLI, macam-macamlah yang saya tak pernah buat saya buat di Maktab. Macam-macam yang saya tak pernah lalui, saya lalui di Maktab. Cerita banyak pun tak guna, cuma nak cakap...saya dah berjaya mengharunginya. Orang kata, pengalaman mematangkan.

21.11.2010

Hari Lahir ke 32 (malas giler nk tulis). Tak ada benda besar yang boleh dikenang, tapi ada beberapa benda kecik yang sweet untuk diingat. Terima kasih kepada yang terlibat. Rasanya anda tau kalau anda terlibat..hehe

28.12.2010

Dapat result.  Syukur. Tertebus la kot apa yang nak ditebus. 

30.12.2010

Dapat tau tempat posting.  Negeri Sembilan.  Biasa berulang ke sana masa duduk kat Melaka.  So, tak de la macam asing sangat.

31.12.2010

Berdoa untuk tahun depan yang lebih produktif dan bermakna. Amin.




Don't force a fit. If something is meant to be, it will come together naturally ~ Author Unknown