Sunday, March 28, 2010
Emak saya dan soal hati...
Jadinya, semalam dengan hari ni aku tengok la muka mak...dah nampak mak dimakan umur.. selalu aku rasa mak ni macam awet muda..pastu mak tunjuk gambar passport mak..baru tangkap untuk pasport pegi umrah bulan 5 nnt. Sama jugak, nampak beza dengan gambar-gambar sebelum ni. Aku cakap ngan mak, mak kata..yelah, mana nak sembunyi..tua bukan ada ubat. Walaupun mak kata kat kaunter imigresen tu org tanya kak ngah tu adik mak ke ape..huhu
Lepas subuh pagi tadi, sembang ngan mak..cite pasal mende-mende dalam kepala aku ni...best cakap ngan mak walaupun aku kena dengar kuliah subuh free la sambil-sambil tu...aku tak biasa cerita ngan mak sangat..tp sbb mende ni baru jadi dan aku tak percaya sesape pun utk cerita..aku tanya la mak. Mak kata, biarlah..walauapapun jadi..hati kena clear...sebabnya, kalau hati kita berpenyakit...akan nampak kat muka kita. Aku mcm setuju dengan mak.
Aku tak ada masalah dengan hati..tapi aku ada masalah dengan akal..selalu hati aku cakap macam ni..tapi akal aka intelek aku cakap mcm lain...org kata ikut hati mati..tapi hati aku selalu play safe je..akal aku ni yg agresif sikit..kalau dah macam ni..hati dengan akal..mana satu nak ikut?
Saturday, March 27, 2010
Kawan...dan pilih kawan...
Tetiba nampak sorang kawan fesbuk online. Kenal memang dah lama, tapi memang sembang kat fesbuk je. So aku buzz dia. Just nak tanya khabar. Sembang2..dia tanya mcm mana life. Aku tak cerita banyak...simply because aku pun tak kenal habis ngan dia. Tapi, aku terkejut..dengan info yang sangat terhad..dia boleh digest ayat aku tu. Bila aku tanya how? Dia cakap dia dah lama hidup. Dengan setakat setahun dua tua dari aku tu..huhu..
Tapi maknanya, aku je la yang pelik sangat dengan apa yang aku tengok dan lihat kat sini..Pada orang lain, hal macam ni atau orang macam tu..adalah perkara biasa je..sekali tengok dia dah tau. Dia cakap dia selektif bila pilih kawan. Aku cakap aku kawan je ngan sume..tapi kemudian aku streaming la.. Moral dari sembang2 kosong ni..hati-hati jugak dalam memilih kawan. More or less itu la maksud kawan aku tu td.
Tapi aku tetap rasa, kita tak boleh memilih kawan. Biar kawan yang memilih kita. Kalau dia selesa dengan kita, dengan sendirinya flow tu akan baik je. Maka kita boleh terus berkawan. Tapi ada kala, ia tidak menjadi. Ye la, tak semua benda akan jadi the way kita nak dia jadi kan?
Pada aku, pilih kawan ni sama macam pilih kasut. Ada kasut, nampak cantik...tp bila pakai dia gigit kaki kita. Tapi ada jugak kasut yang nampak tak cantik sangat, tapi kita beli sebab ada sale dan kita berkenan la jugak ngan design dia...tapi sekali bila pakai..selesa giler.
Kasut yang kita suka sangat tadi...mungkin kita takkan pakai..atau cuba pakai jugak..tahan la sampai berdarah kaki dengan harapan nnt ok la. So, dapatla parut kat kaki. Macam kasut yang sale tadi, wpun memula xde la suka sangat..tp bila dh selesa...dalam hati sure akan kata..syukur amik jugak kasut ni tadi...
Sampai la maksud aku tadi tu kot? Bukan kita yang pilih kawan..tapi kawan yang pilih kita...sebab...nanti la aku pikir..mengantuk lak tetiba..esok ade kelas pandu kol 7.30am. Salam.
Note: Aku suka kawan dan lawan (if any).
Thursday, March 25, 2010
Bosan...
Bosan bila...
kita kena menjelaskan diri kita...
macam la orang nak percaya.
Pendek kata, aku bosan.
Panjang kata, aku harus keluar dari kebosanan ni.
Dah lama sangat mengikut rentak,
mungkin sesekali,
kena mencipta rentak.
saya yang menurut perintah,
xoxo
Sunday, March 21, 2010
Nona dan Wifi..
Lepas ni walaupun ada wifi, aku akan jarang update blog ni...biasalah kalo penat lagi busy..confirm takde mood nak menulis..hehe.
Next week is going to be a busy week. Ada banyak presentation, assignment nak kena hantar dan kelas yang jalan macam biasa. Ade sorang kawan cakap, malu nak sembang pasal assignment dah umur-umor macam ni..mungkin betul jugak apa dia cakap tu..patut kita sembang thesis la ek? ngehngeh
Ok, skang nak 'jalan-jalan' kat lain pulak.. :)
A journey of a thousand sites begins with a single click. ~Author Unknown
Saturday, March 20, 2010
Yabba dabba doooo....
Kecewa dengan sistem?
Dalam perjalanan balik, aku dok pikir...ape sebab utama aku berenti keja dulu. Staff sume baik. Boss pun duduk jauh, bukan satu office ngan aku pun. Aku sorang je kat situ. Takde sape pun persoalkan aku pegi mana ke, kenapa tak masuk office ke..atau bila lambat balik dari court..ada yang sibuk call tanya kat mana..tak de pun semua tu...Tapi apsal aku boleh sampai berhenti kerja...kerja yang jadi cita-cita aku dari Darjah 5.
Yang aku dapat fikir, aku tak boleh duduk dalam sistem macam tu. Orang selalu kata, dalam apa-apa bidang pun akan ada yang bagus, dan akan ada yang tak bagus. Ada good lawyer, ada lousy lawyer. Aku tak tau aku ni golongan yang mana. Cuma, dari hari pertama bergelar law student, sampai la hari akhir aku jadi lawyer..pandangan aku pada lawyer satu je..kena adil. Kalau pun tidak memperjuangkan keadilan tu. Bila sampai satu tahap, aku rasa aku ni bukan setakat tidak memperjuangkan keadilan, malah aku menzalimi orang...aku rasa aku kena berhenti la. Tak ada guna nya nak teruskan. Bukanlah nak jadi idealis ke ape..cuma hidup ni kena ada prinsip.
Ingat lagi sorang lawyer senior pernah cakap ngan aku.."awak bertindak untuk bank, jangan layan sangat cerita defendan-defendan ni..ada je alasan dorang bagi". Masa tu, aku ada satu defendan..tak berapa sihat mental. Disebabkan dia tak boleh bercakap, kakak ipar dia datang untuk wakilkan. Katanya, adik ipar dia ni dengan mak mertua dia dah kena tipu dengan abang ipar dia...maknanya anak mak cik ni letak nama adik dia yang tak berapa waras ni sebagai peminjam dan mak dia sebagai penjamin. Lepas tu dia lari dengan kereta tu. Ntah macam mana loan boleh lepas. Bila aku cerita pasal diaorang ni pada lawyer2 senior kat court, jawapan yang aku dapat macam tu lah.."jangan dengar".."memang dorang akan buat macam-macam cerita". Masa tu aku fikir, lemahnya hati aku ni. Baru orang cerita sedih sikit aku dah kesian.
Ada kes lain pulak, abang nak beli kereta..guna nama adik..kawan pulak jadi penjamin. Lepas tu tak bayar. Adik kena blacklist, kawan pun kena blacklist.. Yang kawan ni pulak cikgu..kerja kerajaan la tu. Tak pasal2..sangkut. Yang ni perkara biasa je..tapi yang jadi tak best sebab kes ni tak selesai pun sehinggalah defendan ni meninggal. Ikut hukum dunia, untung la abang dia. Kereta tu dia pakai, hutang pun terlepas. Yang kes naya, kawan dia yang jadi penjamin tu. Masih dok call aku sebab nama dia masih sangkut.
Kalau dah lama-lama dalam sistem ni, kita akan anggap semua orang cuma pandai bagi alasan. Lama-lama, apa jadi pada kita? Pada orang luar, adik beradik aku la..dorang cakap aku ni hati kering. Cerita sikit2 ni tak kacau aku pun. Tapi pada lawyer2..aku ni lembut hati.. Siap ada yang suruh aku jadi lawyer untuk Biro Bantuan Guaman.
Tapi itu bukan apa-apa, itu hanya sebahagian dari kerja..aku rasa yang tu aku boleh handle. Cuma sistem yang dorang apply ni..Kalaulah betul sistem yang digunakan tu..ikut buku bak kata orang. aku yakin, hari ni aku masih lagi lawyer. Again, life is about two things, beat them..or join them. I could not beat them (I've tried..believe me). And I refused to join them. So i quit. Nanti bila aku dah mampu buat sistem aku sendiri, Insya Allah aku akan join balik bidang ni. Mungkin.
I don't think you can make a lawyer honest by an act of legislature. You've got to work on his conscience. And his lack of conscience is what makes him a lawyer.~ Will Rogers
Friday, March 19, 2010
Dear M,
Saya harap awak dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Tujuan saya tulis surat ni, hanya nak bagitau awak...lupakanlah saya. Saya dah tak sanggup hidup dibayangi awak, M. Saya tau awak bukan sekadar membayangi saya. Malah awak turut mengganggu hidup kawan-kawan saya. Pergilah jauh dari hidup saya.
Saya rela.
Sekian.
---------------------------------------------------------------------------------------
Hahaha...punya la aku ni takde keje (atau nampak mcm takde keje). Dua tiga menjak ni..aku tengok kat facebook, dua tiga member yang letak status "Sangat Malas", "Overdose Vitamin M".."M mode activated"..macam-macam la...
Aku ni tinggal tak letak kat status fesbuk tu je lagi..tapi tahap kemalasan aku tu..huishhh...tak yah cite la. Yang aku rajin, facebook..tengok tv..bukak peti ais...walaupun aku asyik bergerak ke sana sini dan tak nampak malas..tapi aku dalam mood bermalas-malasan. Owhhh..satu lagi yang aku rajin, update blog ni laa.. Sampai ada kawan2 tegur.."rajinnyeee update blog sekarang ye, cikguuu". Dulu, mana la ade masa..malam-malam camni aku sibuk baca file utk kes esoknya...tak pun sibuk chatting lepas geram hal keje..
Balik cite malas tadi...aku rasa aku tak malas. Aku dah kaji dah. Aku bukan malas per se. Buktinya, hari ni dah macam-macam keje aku buat. Pegi pasar, basuh kain, tolong mak masak, bla bla bla... Aku cuma tak rajin nak buat kerja sekolah aku ni. Kenapa kerja sekolah je? Kenapa? Nak menaip pun aku rajin..ni entry ni la buktinya. Skang ni kenapa ngan aku ni? Kenapa??
Aku ada esok je ni. Sabtu dah nak balik Penang. Ni skang ni, walaupun badan penat, mata ok je..tapi nk start buat keje tu taaakkk jugak. Tolong la Encik M..pergi jauh-jauh!
I like the word "indolence." It makes my laziness seem classy. ~Bern Williams
Critical Review...
Delete..
Type...
Delete..
as at 1.01 am..
just a blank Msword document.
pity me.
Men talk of killing time, while time quietly kills them. ~Dion Boucicault
Thursday, March 18, 2010
Jangan tido waktu asar...
Lepas dah siap, mata memang dah mengantuk. Tapi aku tahan. Aku kan nak buat critical review tu? Mana boleh tido. So pegi sembahyang zohor..dengan harapan mengantuk tu hilang. Memang hilang. So aku pun amik la article tu dan baca. Last aku tengok jam pukul 4.00ptg. Awal lagi. Pastu macam hilangggggg.
Tiba-tiba, aku dengar mak panggil. Wuishh..dah pukul 5 lebih. Nak pukul 6 dah. Asar. Dalam islam ade kata, aku tak sure hadis sahih ke ape atau nas yang mana, tapi antara lain jangan tido dalam waktu asar sebab ia mewariskan penyakit gila. Orang tua-tua pulak selalu cakap, kalo tido asar genap 44 hari..nanti sure jadi gila. Jangan try, sebab beban dia agak kuat. Aku pun penah dengar ustaz cakap.
Aku tak tau banyak tapi yang aku perasan, kalo aku tido waktu asar ni...lepas bangun memang akan rasa nak marahhhhh je. Jadi cranky semacam. Macam tadi aku dapat msg, ayat-ayat dalam tu kalo waktu normal aku akan anggap biasa je. Tapi skang, aku memang jadi berbulu lagi bengang. Ni la akibatnya kalo tido waktu asar. Maka aku tulis kat sini dulu, sebelum aku reply sms tu. Kalo tak kang, ion negatif tu masuk pulak dalam sms aku tu nanti. Lain pulak jadinya.
So, moralnya jangan tido dalam waktu asar. Kalau dah tertido dari awal, dengar je azan asar tu bangun la. Kalo tak ni kang jadi macam ni la..nak marah orang sms, nak marah keje skolah tak siap...rugi tauuuu terlena tadi. Marah! Marah!
Time is the only thief we can't get justice against. ~Astrid Alauda
Note: Siapa nak ganti masa aku yang kena curik dek tido [terrrtido] tadi?
Wednesday, March 17, 2010
Entry weng...
1. Bila saya nk pejamkan mata, saya ingat kerja yang bertimbun. Tapi bila saya berjaga, saya tk buat pun.
2. Masa mengantuk saya biasanya dalam 12 ke atas. Tadi saya tahan mata saya sbb saya nak tengok movie, Edward Scissorshand. Last tgk cite ni masa form 2 kot. Harus tunggu.
3. Skang dah lepas masa tido saya, makanya mata pun dah tak mengantuk lagi dah.
4. Mengingatkan matlamat saya semalam [kelmarin], nk siapkan article review hari ini [semalam]. Tapi yang saya berjaya buat, cuma print articlenya saje. Tak pe, esok masih ada.
5. Saya sedang merancang untuk hari esok. Orang kata, when you fail to plan..you plan to fail. (Yang sentiasa merancang ni pun selalu jugak gagal.. huhu)
Besok walau macam mana pun, nak kena start jugak critical review tu...tapi esok pagi kena bawak mak pergi pasar dulu. Khamis mak nak buat makan-makan sikit. So, good luck to me. Esok jangan gagal lagi.
Skang dah pukul 2.20am. Mata masih ok lagi, tapi kena paksa tido. Kalau tak esok sure kena paksa bangun lak dengan mak. Mmg tak best kena gegar pagi-pagi nih..
Walaupun dah pagi..harap dapat mimpi yang indah hari ni..
Dreams are free, so free your dreams. ~Astrid Alauda
Rise and shineeee!!!!
Aku memang jarang-jarang tido 8 jam ngam nih. Pikir-pikir balik, terima kasih gak kepada kekacauan jiwa semalam. Sebab tu aku tido awal. Bangun pagi ni aku rasa mcm ntah ape-ape je mende yang aku pikir semlm tu..Siap aku buat entry..kononnye nak menyalurkan ion-ion tak best tu ke satu tempat..bila baca balik pagi ni, sangat tak best. Kalau biarkan akan menyalurkan semula ion-ion negatif agaknya. Jadi aku dah delete pun.
Pada jiwa-jiwa kacau yang sempat baca entry tu, saya dah delete ye. Terima kasih atas sms anda. Memang best pagi-pagi dapat sms macam tu. But I have to say laa..sume orang ade Shakespeare dalam diri dia. Haha!
A good laugh and a long sleep are the best cures in the doctor's book. ~Irish Proverb
I have had enough sleep last nite, so i'm going to laugh a lot today..hahaha
Sunday, March 14, 2010
Fickle minded?! Am I?
He was sort of terkejut bila aku cite perubahan kerja aku ni. Tapi tak pe lah, mmg ramai jugak yang terkejut. But what caught my attention was, when he said...I've always known you as a fickle minded person. Huh?! Kenangan yang dia ade tu like masa darjah 5. Ok? Ape yang budak darjah 5 boleh buat sampai org leh kata dia fickle minded? Back then, I was a kid, a girl..surely la masa tu agaknye tk tau nk ice cream flavour ape ke. Kekadang tukar kawan baik ke. Kekadang tukar makanan kegemaran ke? Kan?
Tapi tak pe lah, orang kata "the best mirror is an old friend". So aku pun ponder balik la perjalanan hidup aku ni. Hasilnya, aku dapati...aku mungkin cepat bosan, aku suka tukar-tukar barang, aku pun suka-suka hati tukar kerja...mak pun selalu bising aku selalu ubah-ubah tempat barang kat umah ni. Aku tak boleh stick dengan satu benda terlalu lama. Does that make me a fickle minded person? Bukan itu tandanya aku ni dinamik ke?
And i found this - Woman is always fickle - foolish is he who trusts her.
Quite harsh isn't it? But it carries some weight somehow or rather..
Cheers.
Saturday, March 13, 2010
Unspoken...
One of the hardest things in life is having words in your heart that you can't utter ~ James Earl Jones
Yes, its true.
Someone said, just let it out.
Wish I had the guts to.
For saying those words i do not dare to,
guess i just had to live with it, no?
Thursday, March 11, 2010
Heartwrenching stories...
Stories were told. Gut and heart wrenching stories.
How an innocent soul became a 'not so innocent' just
because a wrong turn the mom did.
Who to blame?
The mom?
Fate?
Or..
The girl?
How about this?
If fate means you to lose, give him a good fight anyhow. ~William McFee
Taking the above quote into consideration, fate has clearly disclaimed himself.
Monday, March 8, 2010
which is which?
Friday, March 5, 2010
s..i..si..k..a..t..kat.. sakit!
Tuesday, March 2, 2010
peguam vs guru
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979
Mood: Fikir lagi
Venue: Convent Light Street
Masih dalam stage berfikir2..betul ke aku ni nk jadi cikgu. sesuai ke? boleh ke? mampu ke? tup..tup..teringat sajak kat atas tu..yg sebahagiannya aku nampak dlm kelas PNB kat Blok Beringin. Simple tp dalam..mungkin xde makna bagi sesetengah orang tp ade makna pada yg terkena..ok la tu, aku ade jawapan untuk puaskan hati buat masa ni.