Ada member penah cakap saya penagih fesbuk. Memang ada sikit panas hati bila dengar kan. Tapi, kalau ikut tafsiran penagih aka junkie...memang saya ni penagih la. Sebab hari-hari saya mesti bukak fesbuk. Kalau tak bukak tu, memang rasa tak best dan tak sempurna hari. Cuma saya dah melepasi tahap penagih tegar, sebab saya dah tak menggigil kalau tak bukak fesbuk sehari. Ahaks!
Tapi hari ni, saya tak rasa malu pun nak mengaku saya memang suka bukak fesbuk. Fesbuk ni ibarat pintu saya kepada masyarakat. Cuba korang fikir, member yang korang dok hadap hari-hari pun, belum tentu korang tau apa yang bermain difikiran dia hari-hari kan? Mungkin gak korang tak pernah tahu ideologi politik dia. Setakat dia suka makan apa tu boleh la korang agak-agak sebab selalu makan sama.
Hari ni saya perasan, rakyar Malaysia sekarang atau lebih tepatnya malam ni..banyak fikir tentang bola dan Bersih je. Bola semua sepakat. 50% status malam ni pasal bola, pasal pengadil bias dan pasal pengulas sengal. Memang boleh bawak senyum bila baca status sorang-sorang. Kalau liga luar lak lagi best, bergaduh-gaduh sokong team pilihan sendiri.
Isu panas yang lain, tentulah pasal perhimpunan haram. Rasanya orientasi kita jelas, cuma dalam fesbuk ta ada yang berani untuk betul-betul bersuara. Kita banyak kekangan, rasanya mungkin sebab tu. Aku sendiri, rasa nak tukar profile picture kepada sekuntum bunga matahari...tapi tak jadi sebab malas nak ikut sangat. Boleh ke macam tu?
Tu dua yang besar pasal sekitar fesbuk 2-3 hari ni. Yang nyata, tanpa perlu ke mana-mana, kita boleh kaji pola pemikiran manusia. Dok depan lappy je pun. Belum nak cite yang lain-lain lagi. Contohnya, jumpa kawan sekolah yang lama tak jumpa. Berjejak kasih la kiranya. Itu next time kita cerita. Till then, pen off.
No comments:
Post a Comment