Saturday, July 30, 2011

Tentang konvo...

Masih dalam mood konvo, so mesti la nak cerita pasal konvo kan... All in all, it went ok walaupun ada la perkara-perkara yang tak berapa nak best terjadi...kepada sahabat-sahabat yang terlibat..anda tetap hero walaupun dah ala-ala 'unsung hero' dah tu..hehehe

Pre

Mula perjalanan dari Gemas dalam jam 3 petang. Lepas balik dari sekolah. Singgah di Sepang untuk ambik Faezah. Setelah mengambil kira masa sesat-meraban-teben, total hours perjalanan ke Penang adalah lebih kurang 9 jam. Syukur sebab yours truly cuma drive 40 minit sahaja. Kalau tak, kita burn je rehearsal convo tu. Hehe. 

Habis rehearsal, plan ngan Paejah nak pegi Queensbay. Elok pulak Amir, ex-classmate call ajak melepak-lepak. Memang pun nak sangat jumpa ngan anak En. Amir ni. So, pegilah kami ke Queensbay bertemankan dua budak pengacau daun. Worth the while bila dapat jumpa Cik Adibah Najihah yang cute miut =)



While

Pagi-pagi keluar dengan Cik Faezah, sebab takut lambat sampai. Sesungguhnya kita tak serik-serik. Siapa kata majlis akan bermula tepat jam 8 walaupun kita disuruh ada di sana jam 7.30 pagi? Majlis yang 'solemn' bermula hampir jam 10 pagi. Great! Sempatlah sembang bagai nak rak dan bergambar bagai nak senget pipi sebab asyik senyum. Lebih menyedihkan bila, kursus kebanggaan kita langsung tidak diumumkan. Seakan-akan, LIPI tidak wujud. Tak apa, human make mistake. Kita terima kesilapan itu dengan hati yang sebal.

Apapun, tetap puas hati sebab dapat bergambar bersama sahabat taulan. Ada bukti bahawa kita pernah belajar bersama...pernah melalui hanky panky sebagai pelajar bersama-sama. Kita ada banyak gambar masa kat maktab, tapi takkan sama dengan gambar penutup ni. Kita survive LIPI Jan 2010!! Ahaha.




Post

Sepanjang konvo, kita hiburkan diri sendiri je la ngan kawan-kawan. What do you expect? Kata 'solemn ceremony' kan? Kena duduk diam-diam dan cakap bisik-bisik je. Mr. Sam pesan camtu. Haha. Lepas amik gambar lebih kurang, pergi hantar jubah dan amik diploma. Janji dengan Encik Arman dari Sabah untuk pergi ke sekolah lama. Tapi sebelum tu, singgah di Awet Muda untuk lunch.

Sampai SKCLL, jumpa Miss Tan. Selesai sembang-sembang, pegi Padang Kota untuk minum coconut shake dan makan mee sotong. Mabeles!! Selepas hampir setahun tak makan, rasa dia memang lah fantastic. Then we headed to Chowrasta, Faezah dan Arman beli jeruk. Last but not least, pegi minum sarbat. Fantastic as ever. Minus the 'kelingking' incident. We had a good laugh nevertheless. Thanx to Ainul, Arman dan Faezah. 

Akhir kata, tak tau bila nak jumpa lagi...Tapi at least kita akhiri episod KPLI ni dengan kenangan yang manis-manis... Salam.

10 comments:

Jie said...

congrats teacher zira..

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

tice azira jek?

byk nk komen ni, tp tgu balik skolah laa, ni kena bersiap dlu, mlm karg nk blogwalking balik

Jie said...

tice patung..congrats..:)

semoga tice zira n tice patung menjadi guru yg cemerlang terbilang n gemilang..Amin..

AxraZa said...

time kasih cik jie. kami mmg cemerlang dr pelbagai sudut..makan dan tidoq salah satunya. haha

Jie said...

itu dr dolu2 pun mmg dah cemerlang n gemilang..hehehe

p/s:ate idak ler kome rasa2 nak menyinggah tepeng ari tu yek..teman ni tunggu le juge kut2 deme dr penang singgah..huhuhu

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

tice azira ingat nk balik bilik kecik kt ipoh jek

AxraZa said...

gcop: ada teringat, tp tak terkejar..sy pegi bali penang-ipoh je...huhu..nnt len kali insya Allah singgah ok. :)

paejah: tempat jatuh lagi dikenang ;P

suRe HeBoH said...

waaahhh sonok nyeeee...saje berjalan2 dan bersiar di blog akk...he2

AxraZa said...

sile lah, tgk2 apa yg patut, hehe

Radhi Dahlan said...

Lawa kemasan jubah gitewwwwww ahaks!