Thursday, April 28, 2011

Err...

Untuk satu kali saya menyesali tindakan saya, ada 7 sebab lain untuk menyokongnya. So, why worry? Saya sedar sekarang, saya tak perlu menyesal. Mungkin saya ada buat salah. Tapi saya dah minta maaf.

Saya jugak sedar, saya bukan orang yang bertindak membabi buta. Kalau saya suka, saya tak suka terus..saya reason dulu kenapa saya perlu suka. Kalau saya benci pun saya tak benci terus, saya tengok diri saya dulu...adakah saya pun serupa.

Bila saya buat sesuatu, saya tidak sekadar mengikut hati dan rasa. Setakat ini. Kalau sampai saya berbuat sesuatu, tentulah saya dah berfikir habis tentangnya atau saya dah tak peduli lagi.

Jadi hari ni saya nak cakap dan bagitau diri saya sendiri...mungkin saya tak perlu salahkan diri setiap kali. Mungkin sesetengah orang layak untuk dilayan begitu walaupun dia sungguh mati percaya dirinya suci.

Nota untuk diri sendiri:  Yakin diri tu perlu, tapi kalau terlalu yakin pun bahaya jugak. Kita manusia, kita buat salah. 

To err is human.




Wednesday, April 27, 2011

Keji?

For this post, the writer humbly seeks permission to use 'aku' as if any other pronouns is used..it sounds so fake and corny and therefore agak 'keji'...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Orang kata, kekejian yang paling keji adalah terpesona pada diri sendiri. Aku dengar mende ni masa zaman sekolah dulu..masa form 1 ke form 2 camtu. Aku kan selalu blur dan lambat paham...makanya, dulu aku tak berapa nak tangkap maksud ayat ni. Tapi sekarang...

Dengan teknologi moden dan macam-macam kemudahan, aku rasa aku dah mula paham erti 'terpesona pada diri sendiri tu'. Mungkin aku salah paham, kalo korang rasa aku salah..korang betulkan. Pada aku, kalo asyik cakap pasal diri sendiri tu pun kira cam kagum ngan diri sendiri la kan?

Aku ada jumpa kat facebook, beberapa orang yang update facebook status dia like 15 minit sekali. Selalu aku tak akan affected pun dengan mende macam ni. Dah kata free country. Tapi yang ini, aku tekan butang 'hide' je. Letih.

So malam ni aku nak ingatkan diri sendiri, tahanlah diri dari terlalu banyak bercakap tentang diri sendiri hingga nampak pada orang lain seakan-akan kita kagum dan sangat suka dengan diri sendiri. Update status tu, agak-agak sehari sekali cukuplah, kalau memang dah online hari-hari... 

Anyway, hari tu saya jalan-jalan dan saya jumpa kata-kata ni, Facebook is just like a jail. You sit around and waste time, write on walls and get poked by people you don't really know.

Mungkin saya patut kurangkan lagi masa mengadap facebook saya. 




Sunday, April 24, 2011

Mappilai??

Susah rupanya bila dah jadi macam ni. Serba tak kena. Jiwa kacau. Libang libu. Dan ungkapan-ungkapan lain seumpamanya. Apsal pun tak tau. Nak kata sebab duit, tak jugak. Dah 3 bulan aku tak ada gaji. Aku steady je. Nak kata keje banyak? Tak pun, sama je keje yang aku kena buat hari-hari.

Malas nak pikir punca, cuma nak escape dari situasi tu. Tanya Yanti, rupa-rupanya dia pun sama. Mungkin sebab cuaca agaknya. Tiba-tiba keluar kata-kata nak tengok wayang. Maka kami decide ke Bahau. Dengan duit yang cukup-cukup je, kami gerak ke sana. Niat dihati, nak tengok je wayang apa yang ada. Nak kena jugak cakap, wayang kat Bahau tak sepertinya. Dalam entry lain kali mungkin aku cite pasal wayang di Bahau ni.  

So bila sampai Bahau, cerita yang ada cuma cerita cina. Cerita hantu pulak tu. Cerita melayu pun sama, cerita hantu jugak. Apa pengarah semua dah tak ada idea lain agaknya. Last-last cuma ada satu pilihan. Cerita Tamil. Tanya ngan adik jaga kaunter tu lebih kurang dia kata cerita tu ok. Dah kata nak belasah je tengok cite apa, kami pun beli tiket. 

Masa nak masuk tu, checker senyum sambil buat muka terkejut tengok tajuk cerita kat tiket kami tu. Kami orang pertama masuk. Orang kedua masuk tu siap keluar balik sebab ingat dia salah panggung. =)

Bila dah habis, aku cuma buleh kata aku paham la keseluruhan jalan cerita. Cuma aku tak tau apa yang betul-betul dorang cakap sebab sarikata kejap ada kejap tak ada. Syukurlah pelakon-pelakon dia memang menggunakan ekpressi wajah yang agak berlebihan, maka senang la nak paham.  

Buktinye..hehe
Masa tengok tu dok pikir, camni la agak-agaknya bila aku bagi arahan dalam bahasa inggeris kepada budak-budak. Patut la sat-sat suruh repeat. Tak pun duduk je ternganga. Memang depa tak paham. Lepas ni nak kena sabar sikit dengan dorang.

Balik je rumah, perasaan sama jugak. Terasa jauh je hati tapi tak tau sampai ke mana. Tak sukanya bila jadi macam ni.

Serius tak suka.

Nota kaki: Ada yang masih terngiang-ngiang...dan Khamis lepas ni, cuma khamis yang tak de erti...haish.

Thursday, April 21, 2011

Ku seru. . .

Achtung: Read at your own risk. The writer might be having endorphin rush while writing this entry...
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Who could have guessed that just a simple phrase could brighten someone's day. Simple and pure je. Cukup untuk menimbulkan senyum. Tapi sayang nanti dah tak ada lagi. Semoga dia dipermudahkan dalam segala urusan. Amin.

Note to Paejah: Ingat bila saya kata, kalau sampai satu masa saya jadi macam ayam berak kapur? Bila hati saya bercakap lebih dari mulut saya? Bila saya nak cuba buat biasa tapi tak boleh? Belum lama sangat saya cakap..tapi saya rasa saya sedang melaluinya. Time kasih la pada awak. Seruan memakan diri. Cheh.


Note: Hari ni hari lahir arwah ayah saya. Al-fatihah untuk arwah ayah saya...semoga Ayah tenang di sana...

Much love, Akak.

Wrap up kursus 3 hari. . .

Kursus 3 hari . . .

Kursus Orientasi Guru Baru. Dengar nama pun dah tau apa ertinya. Tak banyak yang menarik hati sebab semua penceramah more or less cakap benda yang sama. Cuma saya agak terpanggil untuk mengulas tentang satu slot yang bercakap pasal ciri-ciri pengikut yang baik. 

Pada saya slot itu nak memberitahu kita tentang apa yang perlu ada pada seorang pengikut. Persoalan saya, kenapa nak cerita pasal ciri-ciri pengikut yang baik? Kenapa tak bercakap pasal ciri-ciri pemimpin yang baik? Bukankah guru itu pada setiap masa adalah pemimpin kepada anak-anak didiknya? Last resort saya adalah, moto SAYA YANG MENURUT PERINTAH. Bila saya cuba lihat dari sudut yang berbeza, saya rasa mungkin ramai dikalangan guru yang malu untuk menonjolkan diri sebagai ketua, tapi dalam masa yang sama tak selesa pula untuk menjadi pengikut. Maka berdirilah mereka di atas pagar. Menunggu untuk mengkritik atau mengikut, bergantung pada keselesaaan masing-masing pada satu-satu masa. Jadi, untuk slot ini..saya beri kredit juga.

Kemudian, ada pula cerita tentang keguruan. Suka untuk saya imbas semula saat-saat saya mengikuti Ethic Course. Satu kursus wajib lulus sebelum boleh bergelar peguam. Tak ada beza pun. Dua-dua cerita tentang apa yang boleh dan apa yang tak boleh dilakukan oleh seorang guru dan peguam. Etika lah maksudnya. Tapi at the end of the talk, saya noticed sesuatu... .

Dalam dunia peguam, cuma ada betul atau salah. Hitam atau putih. Walaupun banyak grey area di dalamnya. Tapi dalam dunia guru, etikanya cuma adab. Saya perhatikan, tiada sebarang penekanan diberikan terhadap betul atau salahnya sesuatu. Semuanya tentang adab. Maksud saya begini...penceramah cerita tentang isu kalau guru dah tertampar budak. Saya menantikan apakah keputusan, akibat dan tindakan. Tetapi perkara-perkara itu tidak dibincangkan. Cuma mereka mengatakan, ada penyelesaian terhadap semua perkara, guru jangan panik dan bertindaklah ikut saluran. Kita ada adab. See? Tiada betul atau salah dan menang kalah yang dipersoalkan. Cuma ada justifikasi. Betullah orang kata, guru ni lebih 'kemanusiaan'. Ini adalah perkara yang saya perlu membiasakan diri saya dengannya.

Dihujung ceramah penceramah ada mengatakan, cikgu jangan bandingkan pekerjaan guru ini dengan mana-mana profession lain. Sebab kalau cikgu buat begitu, cikgu akan kecewa. Kecewakah saya?

Monday, April 18, 2011

Weekend yang indah. . .

Bangun pagi di Gemas minggu ni rasa macam bangun pagi di Flat Digi. Sebab dengar bunyi tv. Biasa kat rumah ni hujung minggu tu cuma aku je yang tengok tv. Tadi bangun je Paejah dah kat luar depan tv. Siap lappy sekali. Aku bangun, aku tumpang sekaki. Online fesbuk, nampak Pak Donnie. Awal pagi ye. Saya kata dia addict tapi dia tak ngaku mulanya. Tapi sekarang dia macam dah pasrah je. Ahaha.

Tetiba datang idea nak ke Segamat. Buzz Aazril, rakan bijaksana di Segamat sana. Syukurlah Aazril dalam mood yang baik jugak, dia datang join lunch walau pun dia dah masak maggi kat umah. Seronok dapat sembang-sembang dengan kawan lama. Tapi sayang tadi tak boleh nak lama sebab Paejah nak sambung perjalanan ke Sepang pula. So kami berpisah kat situ je dengan Aazril.

Lepas habis posing-posing lebih kurang, sambung perjalanan ke Tangkak sebab kawan Paejah tunggu di sana. Sayang betul dah sampai Tangkak tapi tak boleh benti sebab kekurangan bajet. So tengok saje la kain-kain bergantung tu dari dalam keta. Next mission, Tangkak.

Sampai balik Segamat jumpa stall jual durian. Beli la, RM44 untuk dua biji. Teringin punya pasal beli jugak. Aazril siap tanya tadi awat yang dok teringin sangat nak makan durian. Dia harus paham, saya ini orang Perak. Tiap kali musim mesti nak kena makan..hehe.

Sampai Gemas dah petang. Malam ada tusyen lagi sampai kol 9. Penat. Nevertheless, hati ada banyakkkk senang. Sempat fesbuk lagi. Time kasih pada Paejah yang sudi datang dan temankan saya ke Tampin. Sudi belanja makan dan sudi macam-macam lagi. Semoga persahabatan kita kekal sampai tua ganyut! Ahahaha

sahabat yg baik adalah mereka yang mampu mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu. ~kahlilgibran~


Saturday, April 16, 2011

What a weekend kick start! !

Saya suka hujung minggu ni. Titik.

Permulaan hujung minggu ni agak hectic. Petang jumaat, pergi carik barang di Bahau bersama Cikgu Yanti..Balik dah malam. Sampai umah duduk-duduk kejap Cik Paejah sms bgtau dia dah sampai di Batu Pahat. Excited nak jumpa Cik Paejah so terus kata nak pegi amik di Pagoh sampai lupa diri yang sebenarnya memang tak tau jalan. So, call Sir Hafiz memandangkan itu kawasan jajahan beliau. Tapi tidak dinasihatkan pergi kerana jalan agak merbahaya. Syukur kawan Paejah nak hantar sampai Segamat. So kami just amik dia di Segamat saja.

Masa call Sir Hafiz, dia sebut something pasal kawan kami. Buat masa ni saya cuma berharap berita itu tidak benar. 

So at lassttt, Paejah is in the house! Malam tu, sesi online bersama member-member lipan. Berbunga-bunga pulak hati sembang ramai-ramai gitu. Rasa macam dulu-dulu. Walaupun masa kat kelas dulu jarang pun bercakapnya..hehe. End up tido dekat pukul 2 pagi walaupun kena bangun awal pagi sebab kena berada di Tampin untuk pertandingan Action Song 2011.

Hari pertandingan. Cuma satu je saya boleh cakap, judging was never easy. Even untuk pertandingan kana-kanak macam ni. Mungkin sebab pertama kali. Tapi dengan kata sepakat, selesailah tugas tadi dengan jayanya. Alhamdulillah. Hari sabtu ni pun sabtu yang indah kerana berjumpa dengan orang-orang yang menyenangkan hati di pertandingan tadi... =)

Esok belum ada perancangan tapi haruslah dimanfaatkan dengan baik. Minggu depan pulak minggu yang sibuk...mungkin tak ada disekolah sepanjang minggu. Harap dose hujung minggu ni cukup untuk buat semangat menempuh minggu depan. 

Nota kaki: "Ok cikgu, jumpa khamis nanti"  How sweet =)  
[Tapi saya tak ada khamis nanti...how not sweet]

Wednesday, April 13, 2011

Kacang rebus Cikgu Yanti. . .

Cerita hari ni mesti diabadikan sebagai pedoman di masa hadapan. Tadi petang saya dan Cikgu Yanti keluar kejap...sambil tunggu saya siap, Cikgu Yanti tegur ada bau terbakar...saya cakap, memang dah biasa bau tu..petang-petang kan orang suka bakar sampah.

Bila dah siap, kami keluar la...dalam 30minit kemudian, kami pun sampai balik ke rumah...tapi dari jauh...kami nampak ada budak lambai-lambai dekat simpang rumah.Saya tanya Cikgu Yanti, kenapa? Dia jawab, "takde kena ngena ngan kita..keta belakang tu". Makin dekat makin jelas muka panik budak itu. Jiran saya merangkap anak murid juga. Terdetik dalam hati saya, mak dia sakit ke? Tapi tetiba dengar.."cikgu, rumah cikgu terbakar!"

Cikgu Yanti terus jerit, "Kak Zira turun dulu"...  Dan saya pun tanpa berfikir lompat turun dari kereta yang masih bergerak..Ford Ranger masa tu rasa macam Kancil je. Itu larian saya paling laju rasanya...tiba-tiba je dah sampai kat dapur rumah. Hahahaha...

Alhamdulillah, tak de apa-apa. Cuma kacang tanah yang direbus tu dah rentung. Asap memang tak ingat la..Berbau satu rumah. Bila kenang-kenang balik, sampai sekarang kami masih gelak lagi. Syukurlah masih diberi kesempatan untuk gelak. Saya ingat tadi, sambil lari saya pikir, saya nak selamatkan apa dulu. Laptop saya ke, keta saya? Baju-baju saya camne? Aduiiii.

Moral: Jangan ambik ringan semua perkara. Kalau ada bau hangus, pegi cek dapur. Dan, kalau letak sesuatu atas dapur..jangan keluar dari kompaun dapur anda. 

Note: Ada member saya cakap tadi, "seb baik kacang tu yang hangus, kalo ampa yang hangus camna?". Kalo kami hangus, ang sedekah la doa apa yang patut. 

Sunday, April 10, 2011

Too old for toys, too young for boys.

I just came back from a Girl Guides Centenary Camp. Don't have much to tell. But there was one thing that caught my attention.. One of our first aiders said to the girls "you guys are too old for toys, and too young for boys'.

That brought me to the days when I was much younger. Being in an all-girls' school next to an all-boys' school, made the teachers more often than not 'scare' us with all sorts of things with one and the only message, 'you don't have to be nice to the boys..they are mean'. Being a very obedient student as I was [and may be still is], I took that advice seriously. I didn't talk to boys much back then. It took me hours just to gain the courage to talk to this creature. Ahaks. Silly me. [Dulu la tuu..]

Think of that again now, I might say..may be, yes..may be.. I have carried the advice a little bit too far. I got carried away, did't I? So when I heard the first aider said that, I secretly told myself, now I'm too old for toys, and too old for boys too". Wahahahaha.. 

But then, ada saya kisah?


Friday, April 8, 2011

Durian!

Skang pukul 1.35 minit pagi. Mata tak leh lelap. Perut pun rasa lapar. Tetiba terpandang sebungkus roti putih Gardenia. Walaupun lapar tak terasa nak makan. Tetiba terfikir...best nya kalau roti tu cicah kuah durian. Aduiii...tetiba dilanda perasaan nak makan durian.

Bukak Facebook, selang sehari baca cerita orang makan durian. Orang Utara terutamanya. Maknanya tengah musim. Tapi sepanjang kat Gemas ni, belum nampak orang jual durian tepi jalan. Kata Segamat lubuk durian. Siap ada replika besar gajah, tapi tak pernah pun nampak jual durian sejak-sejak musim ni. Amende la.

Camne? Pinjam pintu azimat Doreamon? Nak balik Ipohhhh!!! Arghhhh!!!!

Tuesday, April 5, 2011

Hashim. . .

Hari ni kami belajar pasal pets. Haiwan peliharaan. At the back of the teacher's mind, pets mean cats, rabbits, hamsters bla bla bla. Never once the teacher thought about fish. So, what the teacher did was, she ended up the paragraph with...  Its name is.............................

Tetiba, one bright boy named Aniq came and asked the teacher, "Teacher, I'm not so sure of the name....so, can I just put this?" Without looking at the answer, the teacher simply asked what his pet was. "Fish..he said". So, the teacher was like...fish????? and straight away looked at the answer. He cutely and innocently wrote there Hashim.  The teacher cannot hold her laugh anymore, so she laughed her heart out. "Where got fish named Hashim la Aniqqq! Wahahahaha".

Itu je cite untuk hari ni. Mungkin tak lawak untuk sume orang..tapi lawak untuk teacher tu. Kalo nanti bela ikan lagi, nak boh nama Hashim.. Ahahahaha






Friday, April 1, 2011

Cerita kawan saya. . .

Ini ada cerita pasal kawan saya. Bukan cerita saya. Ini bukan macam yang selalu kita dengar, 'cerita kawan saya' tetapi sebenarnya diri sendiri punya cerita. Ini memang cerita kawan saya. Bukan cerita saya.

Menyampah tak korang baca intro macam tu?? Hehehe

So, cerita kawan saya bermula di sini. Kawan saya ni ada sorang kawan, dah kenal berbelas tahun. Kira rapat giler lah. Biasa makan sepinggan, minum secawan, tido je tak pernah sebantal sebab lain jantina. Dipendekkan cerita, sangat rapat sampai dah rasa macam adik beradik. Walaubagaimana pun, sampai masa berpisahlah mereka. Tamat universiti, masing-masing baliklah ke kampung masing-masing. 

Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun...mereka berdua masih berhubungan macam biasa. SMS sekali sekala, telefon bila perlu...YM boleh dikatakan selalu. Hinggalah pada suatu hari, kawan kepada kawan saya itu telah menyatakan sesuatu yang agak berlainan dari biasa. Setelah bertahun kenal, itulah kali pertamanya si kawan itu berkata begitu. Pada hemat kawan saya ini, mungkin kawannya itu sedang bergurau...lalu dibiarkan saja.

Sehinggalah perkara itu berlarutan, dan kawan saya ini merasakan dia perlu 'meluruskan' keadaan. Maka dia bertanya kepada kawannya itu, 'adakah dia bermaksud ke atas setiap perkataannya itu?'. Tetapi, menurut kawan saya ini...kawannya itu gagal memberi jawapan yang jelas. Beliau lebih suka berpusing-pusing di sebalik semak ['beating around the bush'].  

Lalu kawan saya ini, telah memberi amaran kepada kawannya itu supaya janganlah berkata sesuatu yang dia tidak maksudkan. Kerana ini kadang kala membuat orang salah faham atau mungkin terperasan. Yang lebih penting, mungkin merosakkan persahabatan. Kawannya itu nampaknya faham lalu memohon maaf.

Selepas itu, mereka kembali berhubung seperti biasa namun dengan kadar kekerapan yang semakin berkurang. Sehinggalah pada saat sebelum post ini ditulis, kata kawan saya, kawannya itu telah berubah. Dia kini tidak lagi membalas SMS atau menegur dia di YM. Apa sebabnya kawan saya juga tidak pasti.

Persoalan saya: -

1. Kenapa mesti ada perkara macam ni dalam persahabatan?
2. Boleh ke tak, lelaki dan perempuan berkawan baik like 'baik giler' tanpa ada perasaan?
3. Kenapa manusia tak boleh berterus terang sedangkan kita tahu, ia adalah lebih baik?
4. Kenapa hati tak boleh jadi praktikal seperti otak?

Sekian soalan saya. Saya tak minta jawapan tapi saya harap saya dapat bantu kawan saya itu, jika dia membaca. Adios.

HEARTS WILL NEVER BE PRACTICAL UNLESS THEY ARE MADE UNBREAKABLE
~ Wizard of Oz [Magenta's Blog]