Tuesday, March 29, 2011

The Story of Yes and No

Itu tajuk yang saya bagi pada murid saya untuk dia persembahkan pada hari pertandingan bercerita tempoh hari. Ramai anak murid saya yang lain tanya, apa sebenarnya cerita tu. Pada dorang, saya ceritakan apa yang betulnya la. Apa yang kanak-kanak perlu tau.

Tapi, pada saya orang dewasa...kadang-kadang..bila saya cakap Yes, saya mungkin sebenarnya maksudkan No. And vice versa.

Bukankah kita orang dewasa, kadang-kadang sedaya upaya sembunyikan perasaan kita? Kadang kala untuk melindungi diri dan kadang-kadang untuk menjaga hati. Walau apapun keadaannya, selalunya kita tak harap diri kita atau orang yang kita berurusan tu terluka.

Macam saya, selalunya...bila saya nampak sangat suka tu..tak semestinya saya suka. Sama jugak, kalau saya nampak tak layan tu tak semestinya saya benci. Saya mungkin suka yang saya tak layan tu lebih dari yang saya layan beria-ia.

Orang dewasa memang complicated kan? Kita berubah dari simple kepada complex. Tapi eloklah kita berubah. Kalau tak berubah kang cacat pulak. Terbantut. Kan?



Monday, March 28, 2011

Bila saya besar nanti . . .

Saya nak jadi LAWYER.
Kedua, wartawan.
Ketiga, cikgu.

Itu saya tulis dalam kad 001 saya. Korang ingat korang punya?

So, this is the 13th week of my teaching career. So far so good. Never once I regret my decision of leaving my childhood dream job.  Last week, I had a very brief chat with a GPK, who told me that her daughter got 10A's in the SPM. And from what I heard, the daughter intended to apply for a teaching course. Meaning to say, anak cikgu tu nak jadi cikgu la. But, the mother objected and said, "amik la Law ke, Engineering ke". And I was like, "What's wrong of being a teacher? Cikgu pun tak bagi anak dia jadi cikgu? Camne nih?" But I left it at that. Mom knows best, I guess.

Time to change the perception. Period. How in the world kita nak kata cikgu ni kerjaya yang professional kalau cikgu sendiri rasa kerjaya cikgu ni tak cukup bagus? Bila masyarakat nak berubah dari pandangan yang anak mesti jadi doktor, lawyer atau majistret? Ahli muzik je lain sebab masyarakat sekarang dah suka pulak anak dia jadi ahli muzik. Kan? Cuma mak saya je yang menongkah arus, mak saya suruh saya jadi cikgu lepas SPM. And I did take the UKELP test but I failed. Sebagai anak yang degil, saya usahakan jugak untuk jadi lawyer walaupun mak saya tak setuju. But see, here I am. Tak kesudahnya. Padan muka aku.

Apapun pada saya, kerjaya apa pun ok asalkan kita tahu apa yang kita nak dalam hidup. Apa ultimate goal kita? At the moment, my ultimate goal is to go steady and put my life back in control. I had the time when I let the system control my life and it went out of control. Should I was strong enough to open up my own firm, I might not be here. You might smell a confession there. But still, no regrets.

In short, saya nak kata...siapa kata peguam lebih baik dari guru kalau sama-sama ada Ijazah. Cikgu mungkin balik dari luar negeri. Peguam mungkin penah gagal Bahasa Melayu dan amik Paper Julai. Siapa tahu kan? Ini semua stigma yang rasanya eloklah kita tukar sekarang. Time for a change.

Note: Tapi kalau saya ada anak nanti, saya nak jugak suruh salah sorang anak saya jadi lawyer! Ahaks.


EVERY PATH HAS ITS PUDDLE.

Sunday, March 27, 2011

Biarlah berpada...

Hari ni just another hari minggu yg agak membosankan. Bukan tak ada kerja yang nak dibuat, tapi malas beraja di hati. Buruk kan perangai. Minggu lepas memang minggu yang sibuk, tapi dalam kesibukan tu banyak juga perkara yang sampai ke telinga ni...and I think I should share this..moga jadi tauladan dan sempadan kepada kita...

Sekarang ni di Gemas heboh dengan cerita cikgu mencabul budak. Katanya, kawan-kawan cikgu tu semua tak percaya yang cikgu tu buat mende tu. Cikgu ni dah kawin. Yang agak fishy adalah sebab yang membuat laporan polis ada guru tusyen pelajar tu dan bukan ibubapanya sendiri.  Ibubapanya cuma tahu bila polis datang ke rumah bagitau ada laporan begitu begini. Macam-macam version lah yang aku dah dengar. Ada yang pro dan ada  yang against. Guru besar kata ini fitnah sebab cikgu dan guru tusyen ni bersaing. Persaingan buat tusyen la kot. Kalau betul macam kata guru besar tu, memang tak patut sangatlah. Sanggup gelapkan masa depan orang atas kepentingan sendiri.

Dan lepas tu aku dengar pulak, cikgu ni baik. Sangat baik sampai budak-budak sangat selesa dengan dia. Ada budak yang selalu datang umah bawak dvd untuk tumpang tengok kat umah cikgu tu. Menurut cerita lagi, cikgu ni tak ada dvd player. Dia cuma ada desktop di dalam bilik. So bila budak-budak insist jugak nak tumpang tengok dvd kat umah cikgu ni, dia suruh tengok di bilik.  Kalau betul lah apa yang aku dengar ni, memang cikgu ni agak malang lah. Malang sebab tak fikir akan natijah perbuatan dia tu...dan malang jugak sebab niat baik dia tak nak menghampakan harapan anak murid dah memakan diri sendiri.

Last yang aku baca dalam paper, dia tidak mengaku salah dan mohon bicara. Moga semuanya dipermudahkan untuk cikgu tu. Moga Allah tunjukkan apa yang sebenarnya tanpa dia perlu melalui proses Mahkamah yang merumitkan. Kalau betul dia salah, eloklah dia terima apa hukuman selayaknya.

Pada aku balik pada asal je lah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. 

Thursday, March 24, 2011

Deja Vu?

Dalam kesibukan minggu ini. Serius minggu ni sibuk. Pegi skul as early as 7am and only got home by 6pm. Normal as it may sound to most people but certainly abnormal lah untuk teachers kan? So, all in all minggu ni ada AGM Pandu Puteri, Mesy. Penyelarasan Festival Nasyid, Storytelling Competition dan Festival Nasyid. Entah kenapa, dari sorang yang memang malas nak cakap kat depan orang ramai, tetiba yours truly dengan tetiba saja menjadi Pengacara Majlis dalam semua majlis tersebut. Ada yang kata, suara saya dah pecah sekarang dan telah menjadi dewasa secara rasminya. Apa kes?

So dalam kesibukan minggu ini. Hari ni, kami jadi tuan rumah untuk story telling. 38 sekolah berentap. So, 38 sekolah lah datang ke SKTAR hari ini. Dalam keramaian itu, dan di dalam kekeruhan rupa tuan punya diri sebab stress, tetiba selisih dengan seseorang yang memberi senyuman. Senyuman biasa je pun, tapi tetiba rasa macam pernah jumpa. Macam pernah bertemu sebelum ni..tapi kat mana?

Maka, berjalanlah pertandingan storytelling tu dan rupanya cikgu yang senyum tadi pun sama kategori dengan sekolah tuan punya blog ni. Tiba-tiba.................

Teringat. Rupanya, eh..rasanya...cikgu tu pernah masuk dalam mimpi saya. Dan saya pernah mimpikan suasana pertandingan storytelling tu sebelum ni. Lama dulu. Tapi serius, memang rasa dah pernah lalui keadaan tu. Deja vu ke? 

Dan petangnya hadir ke bengkel penutur jati and it so happened that cikgu tu pun rupanya pun peserta bengkel tapi tak pernah terserempak sebab clash timing dan mungkin jugak tak perasan. And I was thinking, is it deja vu or kecelaruan minda tahap tinggi??

Monday, March 21, 2011

Before I fall any deeper...

I might not be the best person to discuss this. But this few days...we've been talking about this thing that we are so unsure what or how to define it. So, allow me to just refer to that thing as 'feeling'. As human, we have all sort of feelings. Feelings to which some we just ignore. Some other we do acknowledge. And to special some, we do give our special attention to. Only to certain feelings. The one that we rarely feel.

But, why in the world when this special feeling strikes, we feel that we rather not having it? So, we run or we hide or play stupid or do something to that effect? So at the end of the day, this feeling subsides and be gone before we know it. So we hope that we would be free and happy again. But, are we? Frankly speaking, I am not so sure myself. 

So dear friends, who are having this symptoms of 'before-I-fall-any-deeper-I-might-just-stop' disease, lets think about this. Can we not just face the 'feeling' and tengok-apa-jadi lepas-tu. OR else, we can just continue ignoring the feeling and act as if nothing happen redha bak kata orang OR we could accept the feeling as it is and put up our you-are-my-bestest-friend-ever behaviour and hope it changes for the better OR go mandi bawah jambatan...ahaha. Its really our call.

Please think and bear this phrase [below] in mind. Cheers.

Sunday, March 20, 2011

What do you want people to remember you for?

I had a friend named Joned when I was in primary school. It was like yearrrssss ago. 22 years may be? I think, I did bump into him once after I finished school but I was to shy (err..) to call him...minding the fact that I might get the wrong person.

Joned was not one of my good friends back then (and even now..as I don't even know his whereabouts) and as I can recall, he was one of those naughty boys who liked to call names. They called me 'Jenal Abidin' and most of the time with ball in their hands asking me to join them in the field and you obviously know why. And I undoubtedly retaliated to that. I called him 'Gurkha' because ayah dia nama Abdul Hamid. You know, the famous Hamid Gurkha. Hehe. And yes.. I seem to have strayed from my point.

So, back to my point. I believe you all have friends. A lot of them. And after sometimes, it is just impossible for you to remember all of them. Especially those who are not so close to you. So, how you want them to remember you? 

Like Joned, when someone mentions his name to me, I don't remember him for his naughtiness. I remember him for this one incident where one of my friend, brought cake to school and so unfortunate to find her cakes kena hurung semut. So this girl just blew the ants away with the hope of eating the cake. That was where Joned came and said 'kalau aku, aku tak akan makan dah kek tu. Ko mana tau semut tu tadi lalu atas taik ayam ke?' And those thing made sense to me. I didn't eat the cake but my friend just ignored Joned and ate the cake. Thats about it. [Later only I learned that ants leg contain enzyme that can cause a lot of bad things to your brain..like forgetfulness.. so thanx Joned]. 

But now, even after 20 years I still remember those words Joned said and I justttt [like a few minutes before I started this entry ye :( ] throw a container full of cake. Sebab kena hurung semut. Sh** but seriously, memang tak lalu nak makan dah.  

So, my point is...macam mana kita nak diri kita dikenang oleh kawan-kawan? Atas sebab buruk atau sebab baik? Atas kenangan manis atau kenangan pahit?

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Note: Saya ada satu incident dengan satu kawan. Saya mintak maaf dan rasanya dia tak layan. Saya cakap dengan satu kawan yang lain. Kawan saya kata, 'biarlah, dia kan mengaku dia ego'. So sekarang saya kenang dia sebagai kawan yang ego. Walaupun banyak juga perkara manis untuk dikenang. Tapi, saya juga fikir...dia mengenang saya sebagai kawan yang bagaimana?

Friday, March 18, 2011

Eton

Entah kenapa, off late ni...saya ini sama ada dihubungi oleh kawan lama atau saya sendiri tetiba teringat untuk menghubungi kawan lama. Memula SPOCians...kemudian Eton. Eton. Siapa Eton? Saya yakin, baik Radhi mahupun Gcop, rasanya tak tahu siapa Eton ni. Tapi saya dah kenal dia mungkin 4-5 tahun. Lamakan? Dan even kawan baik sendiri pun tak tau. [Rasanya korang tak tau laa]

So, allow me to recall the moment where I got to know this person by the name of Eton. And mind you, sampai sekarang pun saya tak tahu betul ke nama dia Eton. And I dont bother asking. Sooo..satu hari saya dapat satu sms. Nak berkenalan. Menyedari akan sms itu dihantar oleh seorang perempuan, the syaitoonn at the back of my head said, just layan and menyamarlah sebagai lelaki. So I did just that. My bad.

Soalan pertama saya tanya Eton dulu, 'macam mana tau nombor saya?'. Dan jawapan dia simple je..dia just tekan. Nombor yang membezakan nombor saya dan Eton hanya digit terakhir sahaja. Bila tanya kenapa, dia cakap dia bosan. Tapi lepas satu masa saya dah malas nak jadi 'lelaki', so saya mengaku je yang saya perempuan. Dia kata dahsyat. Sikit pun dia tak syak saya perempuan. Dia memang tak tahu, Mak saya pun cakap saya lagi 'lelaki' dari abang saya. Titik.

Rupa-rupanya Eton buat macam tu sebab dia risau dia tak kawin-kawin. Bila dia tahu saya lebih tua dari dia dan masih belum kawin, dia tanya saya tak risau ke? Saya kata, benda ni bukan dibawah kawalan kita. Kalau risau pun, theres nothing we can do about it. Dan kami terus jugak berhubung lepas tu, sebagai kawan. Dia nasihat saya, saya nasihat dia. Dia suruh saya usahakan cari jodoh, saya suruh dia relax, tenang-tenang dulu.

Tapi sekarang Eton dah kawin. Bila dia dah dapat 'kawan', dia bgtau saya. Bila dia nak kawin pun dia bgtau saya. Dan sekarang Eton akan dapat seorang cahayamata. Dia baru sms saya. Saya gembira untuk dia. Betullah tu, kalau kita usaha, mesti akan berjaya. Eton dah pun berjaya keluar dari ketakutan 'tak kawin' dia tu. Alhamdulillah.

Sempat tadi Eton pesan, lepas solat bacalah Surah Yusoff Ayat 4. Doa dapat jodoh yang baik-baik. So ladies, yang baca ni..silalah amalkan dan moga diperkenan. Tentang yours truly, selalunya dah lepas habis berdoa baru teringat nak baca. Sokmo terlupa, time teringat baru nak baca. Tak istiqamah bak kata orang tu. Time for a change may be.

Moral: May be sometimes we can go extra miles with extra effort to get something. Rather than just wait and do nothing, kan?

Note:  Entry ni dah jadi satu entry rojak. Ampun maaf dipinta.


Tuesday, March 15, 2011

Dikesempatan ini....

Highlight dunia sekarang adalah tentang tsunami dan Jepun. Memang menakutkan bila tengok balik macam mana tsunami melanda Jepun. Sekelip mata, hilang semua. Dengar-dengar kata, titik tsunami sekarang berada di Langkawi. Harap-harap tak. Satu dunia sekarang tertanya-tanya, adakah Jepun mampu bangkit semula? Secara peribadinya, aku rasa boleh. Rasanya ramai lagi orang kat dunia ni yang berkongsi pendapat yang sama. Jepun memang boleh bangkit semula, mereka cuma perlu masa. Kalau kita? Nauzubillah.

Aku tak nak cerita panjang tentang tsunami dan Jepun, semua pun boleh baca dan dengar berita. Cuma, bila kita cerita pasal ni tak boleh tidak kena cerita pasal kehilangan nyawa. Dalam puluhan ribuan mangsa tu, tentu ada mak ayah abang kakak dan kawan seseorang. Mungkin ada yang sempat mintak maaf atau cakap good bye, tapi mesti ramai yang tak sempat. Kan?

Kena pulak, 2-3 hari lepas..ada kawan LLB telah kembali ke rahmatullah. Dengar khabarnya, arwah rebah ketika sedang memakai kasut. Di kenduri kahwin seorang kawan. Dalam usia 30 tahun. Rasanya macam baru sekejap chatting dengan arwah di fesbuk. Sekarang dia dah tak de.. Siapa sangka arwah keluar rumah pagi tu, dan pulang kerumah dengan keadaan lain pada malamnya? 

Apa yang saya nak sampaikan kat sini, kita tak tau..bila akan sampai masa kita. Maknanya kita kena selalu sedia. Dan saya selalu bayangkan, saya harap kalau dah sampai masa nanti biarlah waktu saya dekat dengan keluarga saya. Dan biarlah lepas saya mintak maaf dan ucapkan apa yang patut pada orang-orang disekeliling saya. Tapi, orang kata semua ni rezeki dan mungkin juga berkait dengan amal ibadat kita. Wallahu'alam.

So, perlukah hari-hari yang ada ni, kita zahirkan semua benda yang kita rasa kita nak luahkan, tapi tak pernah buat? Contohnya, nak cakap "Akak sayang mak". Dah 32 tahun hidup, tak pernah sekali pun cakap directly. Kad raya tak kira. Atau nak cakap "Saya suka awak" pada orang yang kita suka, tapi tak pernah berani. Ataupun nak cakap "Sorry, sebab saya buat macam tu" pada kawan yang kita block dari friendlist kita, atau blog reader kita?

Nak cakap sementara ada kesempatan ni atau nak tunggu nanti? Tunggu bila kita dah tak de...seseorang tolong sampaikan bagi pihak kita? Atau kita nak tulis kat blog, dan harap orang baca bila kita dah tak de?

Saya pilih blog.


Saturday, March 12, 2011

.....

Baru sampai Penang dalam 30 minit tadi. Sungguh tak sangka akan ada rasa ni...sesungguh dan sebenarnya... tak boleh nak describe panjang-panjang sebab bateri lappy dah nak habis... cuma nak cakap, satu je...

.
.
.
.
.
.

RINDU

.
.
.
.
.

dengan semua perkara yang pernah di lalui di sini.

Friday, March 11, 2011

Do I sound stupid if I speak English?

Semalam housemate tunjuk satu vblog pasal Anwar Hadi. In an instant, click!! Terus on lappy and googled for him. So, dah khatam sume vblog dia dalam masa 2-3 jam gitu saja. One word, awesome! Saya malas nak kasi link, hampe sume taip je la nama dia, sure keluar punya pasal dia. Melambaks ok.

Isu dia menarik, penyampaian bersahaja. Sure cerdik ni mamat ni. Isu dia bincang pun tak de la isu berat-berat sangat. Relax je dengar. Tapi mengena kadang-kadang. And tonight, I checked out his fanpage in Facebook (mana lagiii??) and found one post on his teacher's blog. Quite a nice blog and nice content although the delivery don't actually fit my style. But I did actually read most of the posts.

Satu yang menarik minat saya adalah tentang kegilaan manusia sekarang nak berblog dan meng'update' status di Facebook dalam bahasa inggeris. Ditambah pula dengan cara ejaan yang begitu urban dan sebagainya. In a way, saya setuju dengan apa yang cikgu ni cakap. Kalau rasa bahasa inggeris awak tak berapa baik, janganlah post dalam bahasa inggeris. Ataupun, boleh kasi disclaimer dulu atau buat research dulu. Draft, draft and re-draft sampai la rasa-rasanya dah ok, then baru post. 

Sama jugak dengan status kat facebook, tak ada dalam policy facebook pun yang sume status hendaklah di post dalam bahasa inggeris. Tapi saya perhatikan, ramai jugak yang nak sangat tulis dalam BI, dan menyebabkan orang terpaksa baca berulang kali hanya untuk pastikan apa maksud dia. Saya rasa, tak kuno pun kalau awak tulis dalam bahasa melayu. 

Baguslah ada semangat nak guna bahasa inggeris, tapi kalau sampai memalukan diri sendiri atau menyebabkan orang salah erti maksud awak, kan tak elok tu? Saya tak la kata saya bagus sangat, tapi saya usahakan juga untuk pastikan orang faham ayat saya. Dan juga, blog saya tiada pembaca luar, sume kawan-kawan yang saya harap akan tegur saya directly kalau saya salah.

Tapi, baru sekejap tadi, saya buka blog seorang kawan....dan perkara pertama yang saya 'tangkap' adalah kesalahan bahasa... yang pada saya agak gross untuk seorang yang ada paper untuk ajar bahasa inggeris. Tapi saya tidak pula menegur kesilapan itu. Does that make me a bad friend? I believe so. Nevertheless, I leave it at that. Lets just hope someone will enlighten the mistake to her. [Err.. I have my reasons for doing so.  Don't get me wrong]

So, itu je saya nak cerita malam ni..entry ni agak random. Saya rasa saya kena berguru dengan Anwar Hadi. Tapi sentimen malam ini mungkin juga bahana kursus dengan omputih-omputih tadi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Note:  isn't and isn't it bring different connotation and meaning. If u omit the word 'it' there, you give the sentence totally different meaning and you change the whole idea of the sentence.

E.g:

  • isn't cute - tak cute
  • isn't it cute - cute kan (orang paham camtu walaupun awak tak letak 'question mark' kat hujung).


So, nampak tak? nampak tak? Bahaya kannnn?


Despite having said that, I stand corrected.

Thursday, March 10, 2011

Teacher Participants' Discussion - Native Speaker

For those who are not in teaching line, let me just tell you briefly that the above is a project that the government is currently developing and I am currently undergoing. This project is basically to train the teacher to be a great English Language teacher [thats their aim I guess, more or less].

Since it involves the so called 'native speaker', the overseers of this project obviously need to be those who speak english as their first language.  So, my school is put under Mr. Steven from Alaska. His job is to come and see how we work and give recommendation if and when we need it. So, I had 2 sessions with him so far and there are more to come. Or 28 more weeks to be specific. 

So I had a meeting with him today and he commented on my lesson that he observed earlier on. Since we had a pretty ample time, I got the chance to ask him a few questions. These questions had been lingering on my mind since the first workshop we had last two weeks. 

First question - Tiffany [one of the overseers] said, to teach foreign language effectively, teacher CANNOT use the pupils' first language AT ALL in the classroom. How do I teach them effectively if they dont understand me?  How do I make them understand without using their first language? 

He said, it can be done. It seems, we have to repeat the instruction again and again. Over and over again. Until they [the pupils] get what we want. No matter if you have to repeat it for 20 times. [Whattttt????]

If that the case, I agree with him. Yes, it can be done. After the 20th times, I am positive that my pupils will clearly understand my my instructions are. But, do I have that amount of patience?

It works fine with good class, as the brighter one will react or responded to the instructions well and the other will follow. But what about the weaker class and the weakest one for that matter? Do I REALLY need to repeat my instructions or read the instructions for them for 20 times?  I doubt that. 

At last he said, first language can be used if the pupils still cannot understand the instructions but only for like one or two times and then we have to go back to English.

I tried, and I failed. I can only repeat my rubrics for like 5 times and I lost my patience soon after the 5th times. 

Second questions - At the end of this project what are their [the govt] expectations actually? 

His answer was simple. "At the end of this program you will be like me".  Aha! That I don't like. Why is it that I have to be like you?

At the end of the discussion, he said that we always have the theory and the reality. Theory might sound good, but the reality is totally a different story. I did apologize for being negative or skeptical about this whole idea but being a total gentleman that he is..he said, that is what he expects from the teachers (err..to ask questions and seek explanation that is, not for being negative) but none so far has brought this matter up. 

So teachers, care to share your opinion on this? Are you with me?

Note: Before we end the discussion, he jokingly said that I should be a lawyer instead of school teacher. Owh man!!!



Tuesday, March 8, 2011

Wajah kesayangan hambe II

Homesick? Tak jugak. Cuma tetiba teringat kat umah yang tak berpenghuni tu. So godek-godek album kat lappy. Jumpa folder kenduri ni. Ingat nak upload kat Facebook. Tapi tak jadi. Tengok-tengok balik gambar-gambar ni, rindu pulak ngan Encik, Cik dan Puan Kazen. Punya la dah lama gambar ni, ada yang dulu bujang skang dah nak jadi ayah orang. Yang dulu anak sorang dah jadi anak dua. Owh, ada yang dulu anak 3, dah jadi anak 4. Produktif giler cucu Tok Deraman! ahahaha.

Ramai orang? Sekarang..kosong je.


Ayong, Kak Ja, Kak Marina dan Azri d'dobob.. :)


Azriii....

Cik dan Puan dan Enche Kazen...

Encik Abang saya yang daulat xleh masuk gambar...

kelab anak no. 3

Acara gelak berjemaah...

tutup mulut lak sebab kena sound gelak mcm langsuir!

'Musuh ketat' in the whole wide world =)

demonstrasi membungkus lauk.

Gambar ni sume baru diambik pada tahun lepas. Tapi, banyak perubahan yang dah berlaku. Banyak benda dah berubah.  Cuma harapnya pertalian ni tak berubah walaupun sekarang dah tak ada banyak masa lagi nak duduk lepak-lepak dan kutuk mengutuk sesama sendiri. Betulkan, MASA  adalah satu benda yang walau camne pun kita nak tahan, dia tetap akan berjalan dan tinggalkan kita...dan bawak pergi sesetengah benda bersama dia...tak pun dia tinggalkan sesuatu untuk kita... Contoh, dia bawak muda dan tinggalkan tua kepada kita. Siap-siap sedia je la... =)

CHANGE IS THE ONLY CONSTANT

Sunday, March 6, 2011

Wajah kesayangan hambe...




















Tak ada cerita, cuma gambar... sekitar Ipoh, Chepor dan Kedah. 

Propa?

Semalam tengok Majalah 3. To my suprise, their facilities are even better than what we have here. They even have this interactive whiteboard and I don't think any national school here have that [one or two might have but not from the government I'm sure]. (tetiba emo cakap omputih lak!)

Tu lah orang kata, kadang-kadang yang nampak cam daif tu lom tentu daif...yang nampak senang ni, betul-betul senang ke mereka? Ada sekolah di Selangor yang masih pakai black board, dan orang sibuk memperkatakan, rakyat kita di Limbang sangat ketinggalan. Betullah usaha masing-masing, tapi ada banyak lagi perkara kita kena timbang-timbangkan.

Mula-mula saya kagum dengan pencapaian sekolah yang diwar-warkan di Majalah 3 tersebut. Tapi bila ada kawan saya cakap ini propaganda kerajaan semata-mata nak membeli hati orang Sabah Sarawak...saya berfikir dua kali. Mungkin ada benarnya.. Dengan jumlah calon yang hanya 4-5 orang, agak tidak berpadanan jika nak dibandingkan dengan sekolah dengan calon 1-2 ratus orang. Nevertheless, sekolah itu dinobatkan sebagai SBT No. 1 di Malaysia. Mugkin keupayaan menyerlah dari keadaan yang ditengah rimba membuka mata dunia. Tapi, as it stands, saya minta anda rujuk kepada perenggan terdahulu saya.

Persoalan saya... Macam mana dengan sekolah yang ada beratus calon, tapi tak dapat peratus lulus 100% sebab ada 1-2 calon yang gagal? Adakah peratusan lebih penting berbanding jumlah calon lulus yang sekolah keluarkan? Mana yang lebih mencabar, nak ajar murid yang tak tahu membaca menulis tapi dahagakan ilmu atau nak ajar murid yang boleh rangkak-rangkak membaca tapi langsung tak amik pusing pasal ilmu?

Kalau di sini, satu kelas 15 orang. Sekolah diminta menutup kelas dan gabungkan menjadi satu atau dua kelas besar sahaja...sedangkan kita ada kelas dan tenaga untuk mengajar. Kesannya, kelas menjadi besar dan lebih sukar di kawal. Pengajaran terpaksa diperlahankan bagi membolehkan pelajar dari kelas yang lebih lemah untuk ikut dan objektif yang nak dicapai hanya mampu jadi tulisan atas rekod. Tapi di seberang sana, lain pulak ceritanya. Anda boleh kata saya negatif tapi pada saya ini double standard.  Nevertheless, kita hanya menurut perintah.

p/s:  Saya masih kagum dengan usaha sekolah itu. Cuma, kenapa tiada whiteboard interactive di Pos Legap?


Friday, March 4, 2011

Belum lagi...

Rasa macam nak lepaskan semua pergi.
tapi belum lagi.
not just yet. 

Jadi, simpan dalam hati.
dan genggam erat.