Esok nak balik Penang. Pukul 4.15 pagi dah nak gerak. Bukan tak biasa. Selalu aku pergi dan aku balik semula pada hari yang sama. Ini nak tinggal mak. Sorang-sorang kat umah ni. Perasaan tok sah cite. Cepat lah habis sume ni. Kesian tengok Mak. Kalau aku tak masuk KPLI, Mak dah selesa kat umah dia ni. Ini tak, dah makin berumur, makin pulak kena pindah randah umah anak sana sini..haish.
Tadi kawan Mak datang beraya.. sembang punya sembang Mak Cik tu kata..."Sekarang ni tak pe la, nanti habis belajar boleh balik sini kalo dapat.. Kalo kamu kawin nanti Mak macam mana? Samalah jugaknye, nak kena tinggal!" Aku jawab, saya bawak je. Mak Cik tu kata lagi.. "Hah ye lah! semoga berjaya". Aik?! Ingat tak de ke? So skang, kate kazen aku tadi, misinya cari yang boleh kata, "Mak awak, Mak saya juge". Hehe.. Ada?
3 comments:
Takper untuk kita merasa risau pasal orang yang paling kita sayang. Doakan yang baik2 sahaja Zira untuk mak. Sentiasa yakin kita ada Dia untuk bantu selebihnyer...
yup. doa ttp doa. risau ttp ada. tp tu la, tak nak la terlampau risau sampai mcm tak yakin lah. Allah tu ada untuk hamba2Nya. Amin.
Post a Comment