Wednesday, September 29, 2010

In this moment of silence...

For those who know me, they know...silence is not my thing.  I might say, I am a very vocal person.  When I am not comfortable with anything, I ask. I just don't keep quiet and pondering over and over about it.  But somehow, these days...more often than not..the remarks that I've got are worrying me.

People now viewed me as someone who has no saying.  Or rather i choose not to say anything about it when they expect me to.  I don't know why, but i think its more than 3-4 times i heard this "Zira tau, tapi saje buat tak tau".  Yes, and the next thing I know, I am labelled as "the insensitive one".  And yes again, I know this label is not totally baseless.  It is somehow or rather bring some weight.  It was one of the things that my supervisor and mentor brought up during their observations.  So I take it that I might be not that sensitive towards what is happening around me sometimes. BUT. Yesss..there is a big but there.

There may be two or more situations that I was not fully aware of and so I did not handle it to the best of my ability but believe it, more often than not I chose NOT to.  I choose not to think about it so much.  I choose not to talk about it.  I choose to ignore it.  I choose to close my eyes and ears.  I just prayed my SILENT prayer.

So, i think i need to put this straight.  Bila saya diam, tak bermakna saya tak tau apa yang berlaku disekeliling saya. Bila saya nampak macam tak nampak, maknanya saya pilih untuk tidak melihatnya. Itu saje. 


And to my dear readers, if you think that there must be some occurrences that initiated this entry...please erase that okeh.  Thats not the case. Ini adalah kesan pemikiran jangka panjang...bukan entry lepas perasaan. So, in this moment of silence, lets us............................


You hesitate to stab me with a word, and know not - silence is the sharper sword.  ~Samuel Johnson

Tuesday, September 28, 2010

Just for the record...






Makin banyak keje, makin banyak la aku buat gaya macam orang tak de keje.  Tadi tengok berita..aku rasa ramai la lawyer lawyer tengah panas b***** skang...hehe.

Saje-saje tak de keje, aku bukak web Bar..ini yang aku jumpa..huhu.. Tak tau nak kata ape..simpan je untuk kenangan. 

Azmira

Note:  Entry lapuk sikit..hehe (sile baca dalam mode flashback)


First of all, thank you Allah sebab beri peluang untuk saya habiskan praktikum.  Walau apa pun resultnya nanti, saya bersyukur.  Sebelum habis skul semalam, jumpa Puan Seah...guru pembimbing saya yang memang banyak membimbing.  Cakap terima kasih pada dia. I did mention, "I start from scratch" and she nodded. Hehe, betulla tu. Dari tak tau ape-ape, 0 la kira. Dia yang banyak bagi tunjuk ajar. Ilmu mengajar orang dewasa 3 tahun setengah atau 6 semester memang tak leh digunapakai untuk kanak-kanak sekolah rendah.. itu ilmu pertama saya belajar.

Yang kat atas tu mukaddimah je, entry kali ni pasal murid favourite saya... :)  AZMIRA
Shamree panggil dia Ms. Tan kecik.. sebab dia macam Ms Tan, Guru Besar skolah tu yang suka meronda-ronda kelas.  

Azmiralah orangnya yg kasi pening kepala saya awal-awal dulu...dia suka tido dalam kelas. Bila saya tanya kenapa tido, dia cakap "I'm sleepy teacher". Fair enough rite? When u r sleepy, you sleep. Takkan teacher nak tanya lagi. So, I let her sleep. Haha.

Azmiralah jugak yang berani angkat handbag saya.  Disaat orang-orang lain sibuk nak amik buku dan ABM lain, Azmira terus angkat handbag je. Dia tak main la ngan buku-buku sume ni.  Sempoi kepala budak nih..Haha.

Dalam seminggu tu, saya cuma nampak dia beberapa hari je. Dia suka ponteng sekolah.  Tapi bila dia datang balik, dia boleh catch up and in fact dia lagi advance dari semua yang ada dalam kelas tu. Sebab tu saya suka ngan dia.  Dia ibarat penyelamat la dalam kelas saya.  Agak-agak dah tak ada sesiapa boleh nak jawab, saya akan panggil dia..sure dapat jawab punya :)

Disebabkan selalu sangat panggil dia, saya rasa tak elok untuk yang lain.  Lama-lama saya kurangkan panggil dia..lepas tu, dia selalu muncung. Merajuk la agaknya saya dah tak panggil dia. Kesian jugak dalam kes camni...mangsa diskriminasi sbb disukai..bukan sebab x suka.. haishh.


Ckp byk pun tak guna..meh kita tengok muke si tuan punya badan..cute giles. :)


Gambar ehsan Cikgu Arman :)

Sunday, September 26, 2010

Random II

Terlalu banyak benda nak cakap..nak tulis..tapi tak terluahkan.  Briefly, nak cite pasal... 


pasal praktikum...
pasal fevret student yg buat kita terkenang-kenang kat dia..
pasal tour raya dengan kawan yang dh 15 tahun tak jumpa...
pasal janji melayu ngan janji cina...


Ok, yang last ni aku nak komen sikit.  Buat masa ni, aku tengah berjanji dengan diri sendiri..apa-apa nanti silalah ingat kalau berjanji ngan melayu.  Untuk kerja-kerja tukang, tok sah cari orang melayu. That's it.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BENGANG!!

Wednesday, September 22, 2010

Random...

Minggu ni macam cepat je berlalu kan? Duduk tak duduk, esok dah hari khamis.  Lusa dah jumaat..pastu dah habis praktikum.  Perasaan? Susah nak bayangkan but anyhow, I'm glad its over.  Tahun depan dah jadi cikgu betul. 

Bila fikir-fikir balik, perjalanan hidup aku ni agak lawak.  Masa aku buat chambering dulu...aku ingat aku akan jadi lawyer sampai tua.. Malah, siap berangan dengan kazen-kazen (dan juge insan-insan tertentu), nanti kalo ade rezeki kawin dan ada anak, bila cikgu tanya anak, mak keje ape, anak aku (ni mode future tense nih) akan jawab "Mak saya lawyer"..pastu kazen aku cakap, sure cikgu tu tak berani nak lebih kurang (ye ke?)

Siapa tahu, rupanya aku akan jadi cikgu yang bertanya tu..hahaha! Sungguh irony ek? Tapi no regret pun. Mak tak lawyer, kalo ayah lawyer pun ok kot.. :)

Rasanya kerjaya cikgu ni makin dekat di hati aku.  Kata member praktikum, aku kena senyum lebih.  Tak leh serius sangat.  Nanti lah aku decide nak jadi cikgu yang macam mana. Kekal ke tak dalam bidang ni, aku pun tak leh nak jamin...aku suka jadi cikgu...cuma aku tak suka budaya kerja cikgu. Setakat ni la..mana tau nanti kalo aku dah adapt, aku rasa ok pulak..who knows.

Akhir sekali, kat sini saya nak amik kesempatan, nak ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak membantu sepanjang praktikum ni...Faezah, Da, Sue, Am..dan sume la.  Jasa korang akan saya kenang wpun saya dah jadi Ketua Pengarah JPN nnt..hahaha...

Sunday, September 19, 2010

Gundah Gulana...

Esok nak balik Penang. Pukul 4.15 pagi dah nak gerak.  Bukan tak biasa.  Selalu aku pergi dan aku balik semula pada hari yang sama.  Ini nak tinggal mak.  Sorang-sorang kat umah ni. Perasaan tok sah cite. Cepat lah habis sume ni. Kesian tengok Mak.  Kalau aku tak masuk KPLI, Mak dah selesa kat umah dia ni.  Ini tak, dah makin berumur, makin pulak kena pindah randah umah anak sana sini..haish.

Tadi kawan Mak datang beraya.. sembang punya sembang Mak Cik tu kata..."Sekarang ni tak pe la, nanti habis belajar boleh balik sini kalo dapat.. Kalo kamu kawin nanti Mak macam mana? Samalah jugaknye, nak kena tinggal!"  Aku jawab, saya bawak je.  Mak Cik tu kata lagi.. "Hah ye lah! semoga berjaya". Aik?! Ingat tak de ke? So skang, kate kazen aku tadi, misinya cari yang boleh kata, "Mak awak, Mak saya juge". Hehe.. Ada?

Friday, September 17, 2010

Kenapa orang tulis blog?

Amaran: Entry ni mungkin panjang. Jangan kata aku tak kasi amaran.

Aku tak tau pasal orang lain, tapi aku tulis blog untuk 'simpan' perkara-perkara yang aku rasa aku nak ingat sampai bila-bila.  Menda-menda yang aku nak recall balik bila dah tua-tua nanti. Asalnya untuk aku sorang je baca...tapi seronok jugak kalau ada komen dari kawan-kawan kita..orang-orang yang singgah dalam perjalanan hidup kita.  Sebab tu aku bukak [sedikit] untuk bacaan umum [yang terhad].  

Hasil dari 'blogwalking' aku selama ni, aku tengok orang tulis blog atas banyak sebab.  Antaranya;

1.  Suka menulis
2.  Luahan rasa
3.  Duit/income 
4.  Test market
5.  Sebagai senjata

Aku malas nak kupas satu persatu, korang pun tau rasanya sebab korang pun, kalau takde blog..dah tentulah pembaca blog. Tapi aku nak cakap pasal setback setiap satu sebab di atas. Secara ringkasnya apa yang aku nak cakap ni adalah...walau apapun sebab kita tulis blog...jangan ada benda-benda ni....

1.   Kalau korang tulis blog sebab suka menulis..rasanya tak perlu la kot nak update blog tu setiap 15 minit sekali.  Sekali sekala tu tak pe laaa...sebab ada orang tu pun kalau dia bosan tahap gaban, sehari 3 entry dia boleh kasi. Sekali sekala boleh la ampun.  Tapi kalau hari-hari?  Kira macam defeat the purpose la.. kalo Faizal Tahir buat camtu pun, lom tentu aku akan baca semua. 

2.  Kalau kita menulis untuk luahan rasa, simpan la sikit untuk diri sendiri kot.  Terutama blog yang semua orang boleh baca. Ada orang tak kisah berkongsi perasaan tapi jangan sampai kita jadi macam ikan dalam akuarium...yang semua orang boleh tonton dan nampak setiap pergerakannya.  Tak elok untuk diri sendiri.. Bukan semua orang ikhlas perbuatannya.  Sekadar beringat.

3.  Andai kita buat untuk duit, tak perlulah nak cakap terang-terangan.  Ini pengalaman sendiri...terjumpa blog yang ownernya beria-ia maintain post dan sentiasa memastikan reader tak lari..sebab nak maintain income dan dia berterus terang tentangnya.  Dia jujur. Bagus.  Tapi jangan kerap sangat ulang sampai dah tak nampak indah hasil tulisan dalam blog tu.  Kalau semua orang macam Azira, tak lama blog tu sure bungkus.

4.  Test Market, ni pun lebih kurang la..untuk income gak.  Tapi kalau blog tu memang dibuat untuk tujuan marketing then ok la...aku pun tak nak komen apa. 

5.  Yang last ni yang aku nak cite panjang sikit.  Pernah dengar orang kata kadang-kadang mata pena lebih tajam dari mata pisau?  Haaa..ni la bendanya.  Cuma skang tak payah tulis pakai pen..tekan je keyboard.  Tapi hasilnya sama.  Ada orang yang suka guna blog ikut konsep tuju-tuju.  Menulis untuk menujukan sesuatu. Kena pulak tulis tu time dia tengah marah, ayat sure berapi.  Yang kena tuju sure la berasapkan?  Bila benda tuju atas angin ni, hasilnya mungkin tak seindah yang kita jangka.  

Jadinya elakkanlah post-post yang berunsur kebencian, perli-perli, tak puas hati dan sebagainya. Kata civilised people, then act like one la kan?  Tak puas hati, pegi jumpa tanya sebijik.  Kan senang.  Ini tuju-tuju je kat blog, nanti ramai lak yang perasan.. dia ni kata aku ke ni? Especially, yang baca blog tu kawan-kawan je.

Perkara ni pun terpakai jugak untuk post-post kat facebook ke, twitter ke and sume yang berunsur macam ni.  Biarlah orang kata kita vain sebab asyik post pasal diri sendiri...asalkan tak kacau orang.  Oh ye, aku tak tujukan ini pada sesiapa yek.

Dah panjang sangat ni, rasanya cam keluar tajuk pun ada.  Asalnye kan nak cerita pasal Tatacara Berblog.  Tapi aku sebagai insan biasa ni rasa...nak tulis blog ni senang je...kita jangan buat apa yang kita tak suka kt blog orang di blog kita.  Contoh: Tak suka nak baca entry panjang-panjang? Jangan tulis post panjang.  Ini untuk orang yang nak maintain reader la. Macam aku, andai nanti satu hari korang (yee..korang laa) dah tak nak baca, aku leh paksa je soh korang baca.  Tak yah nak pikir camne nak tarik minat pembaca. Hehehe.

Note:  Pasni nak cerita pasal adab pembaca blog pulak. Kalo rajin.


This is just my 2 cents.

Thursday, September 16, 2010

Hujan emas di negeri orang...

Hujan batu di negeri sendiri...best lagi negeri sendiri..hahaha! Maafkan 2-3 post terakhir saya..pasal sumenye berkisar isu balik kampung dan beraya je.  Saya pun cam tak sangka, saya dah pandai homesick (yang parah) sekarang.. 

La ni saya bersiaran dari Lahat, Perak! Haha. Best. Sebabnya...

Dapat berfacebook dan berblogging di port kegemaran dengan selesanya di sini....

Kerusi ajaib...
Dapat jumpa wajah-wajah kesayangan hamba..contohnya mamat paling poyo ni..hahaha

Izzul
Esok before subuh dah nak kena gerak ke Penang..harap kereta tak buat hal lagi. Amin.
Balik kali ni memang berbaloi walaupun kejap je :)

Note: Semalam ada sembang ngan sorang member, pasal blog la. TApi dia bukan blogger...dia tak de blog. Lepas sembang, saya rasa nak buat research sikit pasal tatacara berblog ni.  So saya dah ada bahan saya sikit. Next post saya nanti pasal tatacara berblog.  Dah lama tak menulis hal-hal serius..so ayat susah nak keluar. Nantilah ye.

Wednesday, September 15, 2010

Betullah orang kata...

Jangan mengharap pada sesuatu tu ye ye sangat.
Buat biasa je.
Jangan tergedik-gedik sangat nakkan sesuatu tu..
Confirm nanti takkan dapat punya..
Buat biasa-biasa je.
Jangan berjanji sungguh-sungguh sangat.
Sebutlah Insya Allah di akhir kata tu.
Allah jua penentu segala.

Ni pengajaran la ni...
Hari ahad lagi aku dah plan..nak balik Ipoh hari rabu.
Menabur janji kepada Mak Ayong sume
Siap terbongkak ngan Angah kejap, kata tak nak tunggu dia
untuk balik sama-sama..lambatlah kononnya.
Malahan berkhabarlah pada Gcop, nak singgah Taiping beraya
Maka spagetti pun dah siaplah dimasaknye.. [ampun Gcop]

Hari ni..rabu yang di nanti pun tiba...
Sikit saya tak tahu, ekon keta nk mogok hari ni..
Awan pulak kerja keras proses hujan hari ni...

Kesimpulan: Padang muke ang Zira. Mencik!

Tuesday, September 14, 2010

Home alone...

Tetiba flat ni rasa luas. Tetiba flat ni rasa sunyi.
Sedangkan selalu aku bising stress dengan hiruk pikuk kat luar tu.
Malam ni sume sunyi macam tak de bunyi.

Tak pe lah, malam ni je..
Esok saya akan balik mengambil jiwa saya yang tertinggal di sana.
Esok beradu diteratak Mak saya jualah adanya saya.. :)

Friday, September 10, 2010

Happy Eid all..

Selamat Hari Raya..
Maaf Zahir dan Batin
Semoga amalan kita diterima... :)

Note:  Selamat lah raya tahun ini walaupun baju raya baru basuh pagi niiii..argghhhh!!

Thursday, September 9, 2010

Accidentally on purpose :)

"You are nerd!" said someone from behind.
Me was like, "cis, pehal lak nih..tetiba je" but still, i turned.
Wohoo!! So familiar and yet the face doesnt ring the bell.
I cracked my head just to recall the name, or the face.
I thought I know him, but he looked different. Like REALLY different.

Tetiba, "Alaaa, you Zira..tak ingat aku ker". Dengan tangan yang terpatah.
Ahaa!! There you go! My best buddy when I was 12. Azely. Ahahahahaha...
Then we chat like nobody's business... Sampai lupa beli apa yang mak pesan. Ades.

Last jumpa Azely ni masa Form 4 kot..tu pun dr jauh. Dulu dia ni lembut. Aku selalu cakap ngan dia
yang dia jadi lembut sebab ejaan nama dia camtu. Kalau ayah dia eja nama dia like Azli ke, sure dia keras sikit.  Dulu dia selalu kena buli, cikgu pun buli dia..suruh naik tangga dengan jalan itik.  Aku, cam biasa la.. sebagai Azira yang lebih macho dari dia, selalu akulah yang kena membela nasibnya.  Lawak-lawak.

Sekarang dia dah normal.  Suke aku tengok dia macam tu.  Terkejut pun ada.. Sebelum balik aku tanya dia apsal panggil aku nerd... dia tunjuk t-shirt aku.  "I'm not nerd". Hampehs.  Pastu dia tanya aku lak, apsal tak kawin lagi.. Aku cakap nanti.  Bila aku tanya dia lak, apsal masih bujang, dia pun jawab sepatah "nantilah". Dalam hati aku time tu satu mende je, adakah dia normal? Ahaks. Ampun Azely. Kurangla pahala pose saye.. huhuhu.

Sunday, September 5, 2010

Dia dan saya...

Saya ngan dia dah lama kenal...pendek kata dah lama bersama.  Tapi sejak saya kat Penang, masa saya mula-mula masuk KPLI dulu, saya selalu tinggal dia.  Saya kan busy. Kadang-kadang berminggu-minggu jugak saya tak pedulikan dia.  Bermula saat tu la, saya rasa dia dah lain.  Dia selalu buat hal...

Saya bukan sengaja.  Saya rasa maaf pun tak boleh nak ubah apa-apa.  Sekarang awak macam nak suruh saya lepaskan awak je. Awak nak suruh saya lupakan awak ke?  Awak nak suruh saya cari pengganti?  Memang kadang-kadang saya cakap bukan-bukan.  Saya kata baik cari yang lain..tapi saya cuma cakap je..tak terniat pun nak buat betul-betul.. Lagi pun saya tak mampu.  Cuma awak je yang saya rasa saya boleh bersama dalam jangka masa yang lama.

Kita bersama dah lama.  Dah banyak menda kita harungi bersama.  Saya tahu perangai awak...awak pun tau semua baik buruk saya...tantrum saya, semualah.  

Saya rasa sejak saya praktikum, kita dah baik macam biasa.  Tapi awak tetap jugak buat hal.  Saya rasa macam dah tak mampu nak pertahankan awak.  Tapi apa pilihan yang saya ada? 

Tapi tak pe lah, sempena bulan yang mulia ini...saya akan perbaiki mana-mana yang kurang.   Terpaksalah kita berjauhan beberapa hari ni. Harap awak sempat balik sebelum raya ni. Semoga kita boleh beraya sama-sama nanti.  Harap lepas tu, awak tak buat hal lagi, ok.

Saya sayang awak, BumbleBee...

Saturday, September 4, 2010

Updates!!

Sejak dua menjak ni, agaknya saya la peminat No. 1 abang saya. Apa tidaknya, buleh kata hari-hari saya view profile fb beliau..huhu.

Ingat lagi kawan lama abang saya tu? Sile rujuk entry menggeletis ini...hehe. Hasil skodengprofileabangsendiri, saya dapati abang saya telah pun ber'friend' dengan kawan skolah rendah beliau itu... Profile abang saya, membawa kepada profile 'monkey lep' saya tersebut.  Dari wall mukabuku beliau, tahulah saya...gambar profile beliau itu adalah gambar yang diambil bersama abang saya... dia masih ingat abang saya. Adik dia ni agak2 dia ingat tak? ahaks.

Update lain pulak, pasal PR2 saya...saya sendiri tak berapa puas hati dengan lesson saya hari itu.  Tapi dari feeedback lecturer dan guru pembimbing dua-dua pun kata ok.  Lecturer saya kata lesson tu bagus dan saya berjaya manipulate sume skill murid. Beliau kata, mungkin sebab background saya, lesson saya tu very tactful. Camne tu saya pun kurang pastilah...tapi apa pun, alhamdulillah. syukur tidak terhingga kepada Allah SWT.  

Tadi tu utk major, minor pulak agak hampehs, tapi saya yakinlah lecturer tu takkan failkan saya... Tu lah ketulahan nk jadi cikgu sebab nak ajar english, subject lain jadi mcm ngok ngeks gila tak tau nak ajar..nasibb..nasibbb...

Update raya pulak, as of now, saya belum ada baju raya...slipper raya pun takde.  Kuih raya yang saya beli tahun ni cuma maruku je..hahaha.  Kesian sungguh.  Saya sederhana je tahun ni...tadi sampai umah saya bukak almari, percaya atau tidak..masih ada baju raya saya 2 tahun lepas yang saya belum pakai. Hamik ko.  Tahun ni mungkin tahun pembalasan atas pembaziran lampau.  Dulu beli tak ingat-ingat sampai tak sempat pakai semua sebab dah kena kerja..kerja pulak tak de pakai baju colorful. Nak pakai tahun ni pun mcm dh out of date lak..aisehhh.. :(

Friday, September 3, 2010

Thank you Allah...

I could never thanked You enough, Allah.

Saya selalu lalai.
Saya selalu leka.
Saya selalu lupa.

Tapi bila saya doa,
Bila saya mintak,

Dia tetap akan bagi.

Malunya saya.

Terima kasih yang tak terhingga jugak kepada kawan-kawan terutamanya Cik Hosmate saya berdua.  :)

******************************************************************************
Sambil-sambil tu, meh kita hayati lirik lagu ini... :)

Lirik Azfar - Akan Ku Jumpa (Versi Ramadhan)

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu