Sunday, December 11, 2011

Hilang...

Saya ada cerita sedih nak dikongsi. Juga peringatan untuk diri sendiri. Baru-baru ni lappy saya rosak. Kena virus. Cadang nak beli baru, tapi sayang. Dah lama saya hidup dengan lappy ni. Dia menyaksikan segalanya. Dia penyimpan mohor yang paling besar. Semua rahsia hidup saya, dia simpankan. Kisah hati saya, kewangan saya, kerjaya saya dan pelajaran saya. Semua. Tiada kawan baik mahupun ahli keluarga yang tau semua itu sebanyak dia. Gambar orang yang saya admirer, yang saya sumpah tak ada sesiapa pun pernah tengok saya simpan pada dia.

Tapi itu dulu...DULU. Sekarang, yang balik cuma badan dia. Zahirnya saja dia lappy saya. Isihatinya dah bertukar. Dulu dia XP, sekarang dia Windows7. Tapi itu bukan point saya. Apa yang saya nak cerita adalah....semua yang saya cerita tadi...SEMUA itu dah hilang. Hilang dari simpanan dia, si lappy saya itu. Tak tinggal bekas mahupun kesan. Apa yang ada di C, mahupun D. Yang balik hanyalah lappy bersama perisian baru...kosong tiada makna.

Apa yang saya simpan dari tahun 2006 hilang lenyap tiada back up. Harap saya tidak perlu dan tidak akan memerlukan semua itu lagi. Besar harapan saya ini. Oleh yang demikian, tegas saya mengingatkan diri saya, sebarang perkara penting sila lah simpan di D pada masa hadapan.

Sangatlah terseksa jiwa raga saya memikirkan perkara ini. Kelak, harap tidak berulang lagi. Sekian terima kasih.