Hari ni hari paling slow rasanya...hari ni kan Isnin. Tapi sejak tak keje ni, Isnin bukan lagi hari gelap aku nih. Any day could be the black day. Cuma hari ni rasa gloomy..mendung..mungkin mengiringi pemergian 22 mangsa nahas kat jalan Simpang Pulai-Cameron tadi.. Al-fatihah untuk kesemua mangsa yang beragama Islam. Moga semua ditempatkan dikalangan orang beriman. Amin.
Bila sebut pasal mati, kita yang hidup kena cerita pasal hidup. Hidup yang macam mana yang kita nak. Esok genap 32 tahun 1 bulan aku hidup. Orang kata kita tak boleh pilih macam mana cara kita nak mati [cuma sebagai orang Islam, kita boleh doakan kematian yang baik-baik] tapi kita boleh pilih cara kita nak hidup.
So skang aku dok pikir, kehidupan macam mana yang aku nak. Jauh aku pergi, tapi akhirnya aku patah balik je. Aku nak hidup aku ni tenang-tenang je. Ada bumbung untuk lindung dari hujan panas, ada makan untuk hidang atas meja..ada sikit duit untuk aku ronggeng belanja Mak =)
Pernah ada satu part dalam hidup aku yang orang kata agak ambitious..contohnya nak ada firm sendiri..nak pakai bmw 3 siri. Skang tak de dah pun... Ultimate goal skang, nak tido malam yang nyenyak... dengan gaji yang apa adanya tapi aku yakin suci.
Moga Allah panjangkan nyawa dan berkati umur. Moga sempat pegi haji dan masuk kelas agama petang-petang. Moga sempat pencen dan duduk dibuai minum petang sembang-sembang dengan the significant one..
Tapi itu mungkin terlalu jauh, bila kita patah balik..temanya..just seize the moment and live life to the fullest. For we never know when its going to end. Wallahu'alam.
Note: Sebenarnya entry ni tak de arah tujuan. Cadang nak tulis pasal tido since dah ramai yang dok berceramah pasal tido ni...tapi asyik stuck je. Inilah bukti yang sahih, bahawasanya otak kita ni kalo makin jarang diguna..makin dia menjadi rosak dan kurang berfungsi. Tak macam kasut, kalo hari-hari guna..kita mungkin end up beli kasut tiap-tiap bulan..sebab dah rosak. Relevan ke? Hehe..
No comments:
Post a Comment