Thursday, June 24, 2010

You can have your heart back, I'm sorry I broke it...




Bangun pagi-pagi ni tak banyak mende boleh kita buat, walaupun kejenye banyak.  Time sunyi sepi macam ni aktiviti paling best aku rasa adalah jalan-jalan kat blog orang...be it blog walking or blog stalking..hehe.  Pagi ni tak de mood nak terjah blog ntahsapesape so aku bukak dulu blog sipatunghujan [sape berminat boleh pergi sini] dengan tajuk pun pasal hujan...HUJAN DI HATI. 

Kalau nak dirumuskan, ceritanya pasal orang-orang yang 'berkawan'...bercinta la tu..dan kemudiannya putus cinta.  Moral yang aku dapat dari blog tu, kalau berkawan dan kemudiannya tak nak kawan lagi buat lah cara baik. Jangan gaduh-gaduh.  Sebab kawan cik patunghujan ni mungkin telah putus cinta dengan dahsyatnya.  

So, macam mana nak define "cara baik" yang aku cakap tadi? Hasil pemerhatian aku cuma ada dua cara...satu, cakap elok-elok, terus terang macam orang dewasa. Tapi janganlah pulak keluarkan semua benda buruk masing-masing time ni.  Buat la skrip cantik-cantik dan make sure anda prove-read kan skrip tu...the other party nak terima macam mana, itu terpulang. Tapi yang pasti, sume jelas.

Yang kedua, kurangkan komunikasi secara perlahan-lahan. Dan berakhir bila tak ada komunikasi lagi.  Cara ni mungkin kurang budiman aka gentlemen la sebab macam pengecut je tak nak cakap terus terang...tapi kurang-kurang tak menyakitkan hati. Sesuai untuk orang-orang yang busy sebab mungkin dedua tak perasan pun...tetiba tau dah tak de.

Aku tak ada preference.  Semua kena ikut circumstances.  Tapi kalau boleh tu, kalau dah tak suka lagi pulangkan je la hati tu..nanti aku tak de hati pulak.  Tapi [again] jangan pulangkan bila hati tu dah rosak teruk. Pulangkan la semasa ia masih elok..still intact la kate omputih.  Dengan kata lain, kalau agak-agak dah cannot go tu, cakap je dan kita bawak haluan masing-masing.  Senang dan kurang menyakitkan. [easy, less pain and not messy]

Tapi tak semua yang kita nak tu akan berlaku dengan cara yang kita nak.  Semua rezeki masing-masing.  Kata orang, frust tertonggeng sekali sebelum jumpa yang betul-betul tu bagus jugak..sebab kita akan lebih menghargai.  Cuma yang tak nak nye, frust tertonggeng yang tak boleh bangun.  Tak ke kes naya..huhu.

So, sampai sini dulu.  Nak pegi jogging.. :)

Note: Kartun kat atas tu pun saya amik dari blog patunghujan. Pada saya, tak yah ar cakap sorry, sakit je hati dengar..ngehngeh..emo lak pepagi nihh..




10 comments:

Maya Ariffin said...

betul betul betul... tak kawen tak semestinya tak leh kawan. Kenal cara baik dan pisah cara baik kan lebih afdal..

tak gitu-gitu...

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

sy x setuju sgt care kedua tuh
slow2 senyap the xde?
cm x lepas je xoxo
berpisah tanpa diketahui sebab musababnye
klu sy, mesti sebal jek
berpisah tp xtau atas reason apa
ke cmne xoxo?

Maya Ariffin said...

for me blah slow2 ni cara orang pengecut...

patunghujan a.k.a cik teruterubozu said...

betui betui
main tarik2 tali

AxraZa said...

puan maya: betul..tp bila bab2 hati ni x sume orang boleh berlapang dada je kan. unless la mmg sebab berpisah tu dua-dua pun setuju..so xde ape nk gaduhkan dah..hehe

patunghujan: dia bergantung kpd keadaan. mcm sy kt td, sesuai utk org bz. tk sedar pun, tau2 dah xde. tp akan tertanya2 la knp, pastu kita jwb balik..sbb kita bz la kot..dia bwk diri..hehehe.

anda berdua: mmg nmpk mcm pengecut, tp semua orang ada alasan sendiri. mungkin tk sampai hati nk ckp terus terang ke?

Jie said...

cara kedua tu mmg agak pengecut tapi berkesan untuk mengurangkan rasa pedih ati bila guna cara pertama.:P
lgpun xsuma org boleh accept cara dewasa kan kadang2 kena wat gak cara budak2..
reason dari cara kedua ni adalah x more feeling for each other ler..
kalu ada feeling ngape masing2 senyapkan..
jadik itu le reasonnya..
sekian.pendpt saya..:P

AxraZa said...

tak boleh gak kata pengecut. bab2 hati dan perasaan ni, komando pun leh kalah..hehe (apsal sy dok backing sgt ni ek?) haahaha

Radhi Dahlan said...

Errrrrrrrrrr.... malas nak komen.
Sekian...

Hahhahahhaa....

Maya Ariffin said...

In that case... ye KALAU (put emphasize sket kat Kalau ni).. dua2 mang takde perasaan chenta! cheewahhh.. tapi KALAU yang nak ditinggalkan tu masih ada rasa sayang yang tinggi? kan ke pengecut tu namenye semata2 dengan alasan tak sampai hati nak terus terang. Its me la dunno about u. I akan lebih terluka if tak tau the right reason. Yes hati terluka ttp akan terluka samada pisah cara berhemah atau tidak. Tapi at least when we noe the right reason (at least sumthing tat sound rite).. as time passing by, kita akan lebih menerima dan memaafkan. ehhh.. lelebih pulak aku ni menjawab mengalahkan orang yg bercinta.. akekeke..

AxraZa said...

maya, betul sebenarnya ape yg maya ckp tu. 2nd way tu kalau sama2 dh xde rasa lagi ok la. era x byk pengalaman bab2 putus cinta ni simply bcoz jarang bercintan cintun..haha..so x tau nk komen sgt..hehe