Esok hari pertama praktikum. Kena la tido awal. Saya takut sangat-sangat tadi. Tapi, malam ni saya dapat berita, sahabat kepada sahabat saya telah kehilangan ibunya malam ini. Saya terfikir, apalah sangat dugaan yang kita hadapi ni, berbanding sahabat kita tu. Apalah sangat takut nak praktikum berbanding takut nak hadapi hidup ni tanpa emak di sisi?
Saya fikirkan, kalau saya dalam situasi itu. Lumpuhlah saya. Memang saya selalu tak sependapat dengan Mak. Memang saya anak mak yang paling suke menjawab. Tapi kalau [Nauzubillah] saya dalam situasi itu, saya mesti hilang arah. Masa kecik saya selalu doa, kalau Allah nak amik, ambiklah saya dulu sebab saya tak nak hidup sorang-sorang tanpa mak atau ayah. Tapi lepas tu, ada orang cakap, kalau sayang mak ayah kita, doakan kita panjang umur sebab nanti kita boleh doakan mak ayah kita. Dan memang Allah tak makbulkan doa saya sebab ayah saya dah pergi dulu. Al-fatihah untuk allahyarham ayah saya. Saya sangat rindukan dia.
Hilang dah semua takut saya. Harap sahabat itu tabah menghadapi dugaan ni. Esok balik sekolah nak pergi rumah Angah. Nak jumpa Mak. Malam ni saya rasa, walau apa orang kata saya tetap doa..kalau Allah nak ambik. Ambik la saya dulu.
No comments:
Post a Comment