Hanya satu kata je nak describe apa perasaan duduk rumah berhari-hari ni. BOSAN. Bukan tak ada keje nak buat, tapi tak de mood. Untuk hasilkan kerja yang bermutu mood kena ada. Kalau tak, baik jangan buat *wink*wink*.
Rasanya kalau kat Ipoh tak akan bosan punya sebab ada banyak mende nak buat. Tapi di sini, yang ada cuma keje sekolah atau keje rumah. What a life. Agak melemaskan kalau nak cakap jujur. Cubaan nak update blog tu banyak, tapi end up kat draft je semua. Kan selalu macam tu? When I have too many things to share, I end up sharing nothing.
So one thing for sure, kalo entry ni nanti tak end up kat draft, dia akan jadi satu entry yang panjang giler..sebab nak recap sume mende yang dah termasuk dalam draft tu.. So, if that's the case, please bear with me peeps =)
Memula nak start dengan isu sakit mata, on my very first day of mc that day, I had a nice chit chatting with Gcop. Among others, Gcop kata last aku kena sakit mata adalah masa kat S.4 dulu. Tapi aku sungguh mati tak ingat. Gcop kata Chah siap kena ulang alik naik motor angkut kita orang pegi klinik. Sungguh aku tak ingat dan tak boleh nak recall. Tapi walau apapun, time kasih banyak lah pada Chah yang telah bersusah payah. Maaf le sebab tak ingat dah, betul la kata Gcop kot...saya ni cepat lupa Chah oii. Hari ni dah hari yang ke 8 sakit mata ni. Esok nak pegi jugak skolah, tak kire.
Lepas tu, tak boleh tidak nak cite jugak pasal keta meletup kat atas hiway hari tu. Disebabkan dah berjanji dengan adik beradik akan berkumpul di rumah Acu, aku pegi jugak ke sana walaupun dengan mata yang cemer. All went well hinggalah saat-saat last minit nak balik ke Gemas. Bermula dengan insiden tengok lori pickup terbakar, berakhir dengan keta sendiri pulak berasap atas hiway dan tersadai di tepi jalan. Ahaks.
So, kepada sume lady drivers diluar sana, sila perhatikan keadaan kereta anda selalu. Kalau ada asap atau apa-apa yang pelik, sila bersedia segera. Macam hari tu, yours truly keluar rumah pagi-pagi sebab nak cepat sampai di Gemas. Keluar pulak time orang keluar keje, hujan pulak tu... maka sila expect jem yang agak berat. So, dalam jem tu jalan pun tersengguk-sengguk je...Mata memang sentiasa tengok kat meter temperature tu, sepanjang jalan ok. Tapi, tiba-tiba nampak hood keta berasap. Tapi ingatkan wap panas sebab hari hujan kena kat hood yang panas tu..buat teori sendiri. Tapi makin lama makin tebal asap dia.
Nak berenti tepi memang tak boleh sebab jam melekat. So terus jugak jalan. Tiba-tiba, berbau asap pulak. Tapi, jalan depan sikit nampak ada pick up terbakar..ingatkan bau dari situ. Memang mencemaskan bila tengok pick up tu terbakar depan mata. Pikir macam nak meletup je. So dengan agak senang hati teruskan perjalanan. Tapi asap makin tebal, bau pun makin kuat dalam keta. Elok je lepas jam, dalam 500 meter je lagi nak masuk exit hiway ke selatan, tetiba..*KEBABOM*
Err, exaggerate skit sound effect tu. Tapi memang meletup dan keluar asap tebal. Suka diingatkan ye, dalam keadaan macam ni sila jangan panik. Bagi signal ke tepi, dan berhentikan kereta anda. Pastu, sila on hazard lights. Then call lah mintak bantuan. Macam dalam case yours truly, call adik ipar tapi sebab dia pun jauh dia suruh call PLUS Ronda dulu sementara dia nak sampai.
Perkara pertama yang PLUS akan tanya adalah lokasi anda. Dia akan mintak kita bgtau KM kita berada. Bolehnye hari tu, aku tak jumpa satu tiang batu KM tu pun. Agak merumitkan kerja mereka disitu, tapi lepas tepon dipas kepada yang lebih pakar...lokasi dapat dikenalpasti. Lepas tunggu dalam 30 minit, PLUS Ronda pun sampai. Alangkah malunya, bila dikhabarkan, yang meletup tu adalah kabel compressor aircond. Tak melibatkan enjin pun. Ye ye je tak berani start enjin balik. Aduiii, memang bikin malu kampeni.
Nevertheless, para ahli PLUS Ronda bertindak pro dengan memberi jaminan bahawa sangat selamat untuk meneruskan perjalanan (walaupun dia buleh je kalau nak kondem sedas dua pasal tak cek dulu before call...haha). Tapi disebabkan perjalanannya masih jauh, ditambah dengan hujan pulak, agak bahaya untuk jalan tanpa aircond. Makanya kami patah balik ke B.Beruntung dan repair dulu aircond tu...melayanglah juga separuh gaji.
So, that's about it. Esok nak mulakan semula kerja macam biasa. Sekian dulu buat masa ni. Pen off.
Sometimes, silence speaks the loudest voice.
4 comments:
klu sy jd mcm yours truly tuh, confirm duk nangis jek dlm kete (bwt2 konon lemah.gender)
ahaha..hari tu dia pun keluar air mata gak, sebab dia sakit mata. Pukul 8.00 pagi pakai shades ye. ahaha
tu le pasey kalu dah sakit jgn dok kuor rehat kat umah..:)
signal ler tu soh tuko keta br..dah bayang2 nek latio sport ko..
x bley tahan la dok umah je Gcop. U know me! Latio Sport x jadi kot. Mahal sgt. Mazda2 je :)
Post a Comment