Its been awhile since the last time I read a Malay novel. Maksud saya secara aktif la. Zaman sekolah dulu kot..sangat aktif. Lepas je habis sekolah, beli tak pernah...pinjam sekali sekala. Itu pun jarang boleh habiskan. Bukan sebab tak ada masa, cuma tetiba rasa macam novel melayu tak menarik lagi.
Lately, kat sekolah ramai yang kaki novel. Tiba-tiba diri turut terjerumus. Satu malam boleh habiskan satu buku. 600 muka surat. Tak kisahlah tido pukul 4 pagi pun. Itulah definisi aktif di sini. Tapi, selepas beberapa lama jadi macam tu..aku mula fikir balik..apa sebenarnya yang aku dapat dari baca novel ni? Menambah kosa kata? Tak dapat kot...baik baca majalah yang bagus.
Tapi itu satu isu sampingan je...yang aku nak tulis ni walaupun aktif membaca novel melayu..tapi kenapa ek bila nak beli novel melayu tu rasa cam segan je? Nak kena pastikan tak ada orang-orang yang dikenali dulu baru boleh beli. Tapi, kalau nak belek buku-buku John Grisham ke Stephen King ke tak de lak rasa macam tu. Perasaan nak beli novel melayu ni, sama je dengan perasaan nak beli tiket wayang filem melayu yang macam cite ni.
Adakah aku je macam ni atau sume orang macam ni atau ada segelintir orang je macam ni? Untuk justifikasi, aku rasa aku malu sebab aku rasa novel melayu tak membina minda dan tak merangsang otak. Sama macam sesetengah filem melayu (aku cakap sesetengah ye).
Novel melayu yang baik, boleh membuat anda menyelami hati watak heroin dalam cite tu..dan tetiba jadi emo. Ataupun berbunga-bunga ataupun menjadi geram tak berpenghujung. Lagi teruk kalau terbawak-bawak lalu menanam azam nak cari boifren atau pun husband macam watak hero tu. Lalu, ape ke bagusnya baca novel melayu ni? Mende ni, sama la jugak kalau kita tengok drama melayu. Habis tu, camne?
Bila beli novel dakwah, terasa berat sangat untuk bacaan santai. Last-last, beli la Women's Weekly la, majalah bukan-bukan yang ada banyak iklan dari article. Kalau ada yang membaca ni, tolong bagitau, adakah ini normal? Tolong berikan sebab, kenapa novel melayu tak bagus atau kalau awak rasa bagus..kenapa? Saya perlukan sebab dan alasan.
Sesungguhnya, penulis entry ini sedang bertarung menahan diri supaya tidak ketagihan novel. Dia rasa itu tidak bagus untuk kesejahteraan diri. Tido pukul 4 pagi selalu tak bagus untuk kesihatan juga.
No comments:
Post a Comment