Hari ni agenda utama nak selesaikan bil-bil rumah. So tadi pergi ke Batu Gajah untuk bayar Cukai Pintu. Alangkah malunya, bila tersalah pejabat. Sepatutnya pergi Majlis Daerah, aku pergi Pejabat Tanah. Aku ngan Pejabat Tanah ni kira cam kamceng gak la dulu. Setiap minggu mesti ada kes kat pejabat tanah. Giler memori masa masuk pintu tu tadi. Kerusi-kerusi tetap macam dulu. Kerusi fevret masih setia di situ.
Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Aku nak cerita ni pasal kes lelong pejabat tanah. Banyak notis-notis kat papan kenyataan tu. Buat korang yang dah masuk 3series ni, biasa tak mak tanya...bila lagi nak kawin beli rumah? Aku rasa paling tidak mak ayah kita akan tanya sekali seumur hidup. Macam aku, dulu dah penah tanya. Mak kata aku ni penakut sebab tak berani nak melabur atas hartanah ni. Anak-anak kawan beliau dah siap beli 2-3 rumah.
Pada aku, beli rumah sama macam nak beli menda lain gak la. Ukur baju dibadan sendiri. Kalau rasa mampu, beli. Rasa ada lebih, ko beli lak untuk buat pelaburan. Real property ni, kalo pandai manage..insya Allah tak akan rugi. Keyword dia, KALAU pandai manage. Manage ni termasuk la perancangan awal. Nak beli rumah kena tengok tujuan beli. Nak duduk sendiri atau nak bagi sewa.
Kalau nak duduk sendiri ko kena pikir angan-angan ko. Nak umah dua tingkat ke..ada balkoni ke. Dan haruslah ikut bajet ko. Kalo sesuai semua, boleh angkat satu. Tapi, kalau nak sewakan, tak perlulah kot nak tengok ciri-ciri kesukaan...cukup la tengok pasaran kawasan tu. Kenalah cari kawasan yang permintaan rumah sewa tinggi. Biasanya tempat tumpuan orang berkerja atau belajar. Dan yang penting jugak, in case nak jual..memang akan ada buyer.
Rasanya mende ni simple je...just guna common sense. Tapi, bila tengok notis-notis lelong tadi..aku fikir, tentu ada yang beli tanpa fikir habis. Ataupun, apa yang dia fikir tak sama dengan apa yang jadi. Maksud aku tu, ada orang yang beli rumah yang memang area jin bertendang. Nak jual balik pun susah. Kalau lelong pun tak ada orang nak beli. Kalo ada pun, harga memang kaw-kaw rendah. Tak leh nak cover hutang pun.
Ada gak yang dilelong tu, asalnya beli untuk buat pelaburan. Tapi pelaburan memakan diri. Macam kat Ipoh ni, susah la kalo nak beli untuk invest semata. Sebab market tak seberapa. Kalau KL tu lain, memang demand tu sentiasa ada.
So, apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah, walaupun urge [dari luar atau dalam] untuk beli rumah tu ada..sila kaji semua aspek dulu. Kemampuan, kawasan, pasaran dan tidak lupa keadaan politik setempat. Kenapa aku cakap pasal politik ni? Sebab ada yang beli rumah time parti A pegang...bajet-bajet kawasan tu nak naik maju giler-giler. Tapi tak lama pastu, parti A kena turun tahta..kawasan dia pun terbengkalai saja. Bahye gak tu. Lagi satu, jangan beli hanya sebab orang kata, by 30 nak kena ada rumah dah.
Okeh, pen off dulu. Asalnya nak cerita pasal pelaburan emas sekali, sebab baru sembang ngan agen dia...tapi dah panjang sangat ni. Ciao.
Note: Nak rumah mengadap tasik.
No comments:
Post a Comment