Wednesday, June 30, 2010

Monday, June 28, 2010

Sebelum saya tido...

Esok hari pertama praktikum. Kena la tido awal. Saya takut sangat-sangat tadi.  Tapi, malam ni saya dapat berita, sahabat kepada sahabat saya telah kehilangan ibunya malam ini. Saya terfikir, apalah sangat dugaan yang kita hadapi ni, berbanding sahabat kita tu.  Apalah sangat takut nak praktikum berbanding takut nak hadapi hidup ni tanpa emak di sisi?

Saya fikirkan, kalau saya dalam situasi itu. Lumpuhlah saya. Memang saya selalu tak sependapat dengan Mak. Memang saya anak mak yang paling suke menjawab. Tapi kalau [Nauzubillah] saya dalam situasi itu, saya mesti hilang arah.  Masa kecik saya selalu doa, kalau Allah nak amik, ambiklah saya dulu sebab saya tak nak hidup sorang-sorang tanpa mak atau ayah.  Tapi lepas tu, ada orang cakap, kalau sayang mak ayah kita, doakan kita panjang umur sebab nanti kita boleh doakan mak ayah kita. Dan memang Allah tak makbulkan doa saya sebab ayah saya dah pergi dulu. Al-fatihah untuk allahyarham ayah saya. Saya sangat rindukan dia.

Hilang dah semua takut saya.  Harap sahabat itu tabah menghadapi dugaan ni. Esok balik sekolah nak pergi rumah Angah. Nak jumpa Mak. Malam ni saya rasa, walau apa orang kata saya tetap doa..kalau Allah nak ambik. Ambik la saya dulu.

Saturday, June 26, 2010

Saya takut...

Esok balik Penang.
Makkkk...takutttt!
Tapi saya tak tau apa yang saya takut ni.
Kalau nak ikutkan tak perlu takut pun
tapi saya takut juga.
Mungkin sebab saya tak tau apa nak jangka.
Tak pe lah, saya berdoa je.
Moga Allah permudahkan segalanya.
Amin.


The greatest fear is the fear itself

Thursday, June 24, 2010

You can have your heart back, I'm sorry I broke it...




Bangun pagi-pagi ni tak banyak mende boleh kita buat, walaupun kejenye banyak.  Time sunyi sepi macam ni aktiviti paling best aku rasa adalah jalan-jalan kat blog orang...be it blog walking or blog stalking..hehe.  Pagi ni tak de mood nak terjah blog ntahsapesape so aku bukak dulu blog sipatunghujan [sape berminat boleh pergi sini] dengan tajuk pun pasal hujan...HUJAN DI HATI. 

Kalau nak dirumuskan, ceritanya pasal orang-orang yang 'berkawan'...bercinta la tu..dan kemudiannya putus cinta.  Moral yang aku dapat dari blog tu, kalau berkawan dan kemudiannya tak nak kawan lagi buat lah cara baik. Jangan gaduh-gaduh.  Sebab kawan cik patunghujan ni mungkin telah putus cinta dengan dahsyatnya.  

So, macam mana nak define "cara baik" yang aku cakap tadi? Hasil pemerhatian aku cuma ada dua cara...satu, cakap elok-elok, terus terang macam orang dewasa. Tapi janganlah pulak keluarkan semua benda buruk masing-masing time ni.  Buat la skrip cantik-cantik dan make sure anda prove-read kan skrip tu...the other party nak terima macam mana, itu terpulang. Tapi yang pasti, sume jelas.

Yang kedua, kurangkan komunikasi secara perlahan-lahan. Dan berakhir bila tak ada komunikasi lagi.  Cara ni mungkin kurang budiman aka gentlemen la sebab macam pengecut je tak nak cakap terus terang...tapi kurang-kurang tak menyakitkan hati. Sesuai untuk orang-orang yang busy sebab mungkin dedua tak perasan pun...tetiba tau dah tak de.

Aku tak ada preference.  Semua kena ikut circumstances.  Tapi kalau boleh tu, kalau dah tak suka lagi pulangkan je la hati tu..nanti aku tak de hati pulak.  Tapi [again] jangan pulangkan bila hati tu dah rosak teruk. Pulangkan la semasa ia masih elok..still intact la kate omputih.  Dengan kata lain, kalau agak-agak dah cannot go tu, cakap je dan kita bawak haluan masing-masing.  Senang dan kurang menyakitkan. [easy, less pain and not messy]

Tapi tak semua yang kita nak tu akan berlaku dengan cara yang kita nak.  Semua rezeki masing-masing.  Kata orang, frust tertonggeng sekali sebelum jumpa yang betul-betul tu bagus jugak..sebab kita akan lebih menghargai.  Cuma yang tak nak nye, frust tertonggeng yang tak boleh bangun.  Tak ke kes naya..huhu.

So, sampai sini dulu.  Nak pegi jogging.. :)

Note: Kartun kat atas tu pun saya amik dari blog patunghujan. Pada saya, tak yah ar cakap sorry, sakit je hati dengar..ngehngeh..emo lak pepagi nihh..




Wednesday, June 23, 2010

FRANCE

Perancis kalah.
France lost the game.
La France a perdu le jue.

Cakap la bahasa ape pun. Satu dunia tengah gelakkan France. Tak pe lah, hidup kena ada drama sikit, kalah sikit, menang banyak..

Saya? Agak kecewa tapi saya memang dah bersedia. Dari awal, dah memang tak nak harap sangat pun. Saya boleh sokong team lain, tapi feelnya takkan sama dengan feel bila kita sokong team yang kita suka. Takpe lah [dah 15 kali saya cakap takpe lah pagi ni saje].

Takpe lah, paling-paling tak yah saya tunggu depan tv dah kan?

Ok, all the best la pada team yang layak nanti. Saya dah tak de team. Skang saya akan sokong team yang berpotensi menang saje. Alang-alang paling tadah kan? :P

Tuesday, June 22, 2010

Pasal kawan lagi..[dan mungkin jugak pasal kawin kalau ade mood..hehe]



Ahad lepas, pegi mandi sungai dan berkelah bersama sepupu sepapat.  Memula mak nak ikut. Tapi sebab kami nk mendaki sikit utk cari spot yang best, mak tak jadi ikut..itu pun lepas aku janji malamnye aku akan bawak mak ke umah kawan mak.  Aku flashback la sikit..kang aku pun aku pun tak paham ape aku nak cite nih... 


[Flashback mode] Lepas mak balik umrah, mak selalu cite pasal kengkawan baru mak..Mak selalu la ajak aku pegi  ziarah kawan-kawan baru Mak tu.. aku pun kata ok..one fine day, Mak. Salah sorang kawan Mak tu kat Chepor. Dekat la kalo nak ikutkan [Habis flashback]


So  bila kami cakap ngan mak nak pegi mandi manda kt Chepor, Mak pun nak ikut.  Tapi cam dh cakap td, tak jadi sebab kena merentas desa...So, dipendekkan cite kami janji ngan mak, siang tu balik mandi kami survey dulu umah kawan mak tu. Dipendekkan cite lagi, malam tu kami pun pergi lah ke rumah kawan Mak tu.  Best tengok cara orang-orang lama berkawan ni. Macam penuh keikhlasan. Sejuk je hati tengok.  Aku harap aku ngan kawan-kawan aku akan kekal sahabat sampai tua-tua nanti macam tu jugak.


Ni pun sementara nak update Mak bgtau ada kawan dia nak datang. Kunjungan balas ni..hehe. Tapi bukan mak cik hari tu. Mak cik lain pulak. Hmm..bagus.


Yang nak aku simpulkan di sini, nak berkawan ni kena ikhlas. Mak kata, kawan-kawan ni la yang banyak bantu mak dan tolong mak masa kat Mekah dulu. Tak berkira. Keikhlasan tu buat bila dh balik sini..mak teringat-ingat kt dorang.  Ikhlas tu rupanya walaupun tak nampak, kita boleh rasa. Nice!


Sekian dulu, nak mandi and pegi beli ape-ape yang patut utk menyambut tetamu :)  



Wednesday, June 16, 2010

sembang-sembang...

Skang ni kat umah..ada banyak masa utk tgk news...(byk masa sbb aku belum sentuh keje yg patut aku buat..xpe, cuti dulu). Aku tau skang knp aku tak suka tgk berita dan baca newspaper.  Cerita-ceritanya semua buat aku sesak nafas dan sakit dada. 


Ghaza? Flotilla..penat rasanya bila baca.  Penat sbb dh tau, tak de ape yg boleh saya buat utk ringankan beban dorang melainkan doa.  Tp bila fikir balik, semua tu sebenarnya dah tercatat dlm al-quran.  kalau kita fikir balik, org ghaza jadi tabah dan berpeluang mati syahid. kita? sebab serba senang, kita jadi lemak. mengada-ngada.  Ingat pulak bebelan mak pada anak buah, ayat mak lebih kurang camni "lelaki sekarang ni lemah, perempuan pulak yang lebihnye".  Ini pun kalau diikutkan dah tercatat dalam quran.  tanda-tanda kecil kiamat, kan? 


Siapa kita untuk menafikan semua ni.  Semua perkara yang terjadi ada sebabnya.  Baik benda elok mahupun benda tak elok.


Pastu tadi sembang pulak dengan sahabat saya. Banyak yang kami sembangkan.  Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia..saya harap dia sentiasa ingat..bila Allah beri benda best pada kita, sbb Dia sayang kita dan nak kita menikmatinya.  Sama jugak kalau Allah uji kita dengan kesusahan, itu pun sebab Dia sayangkan kita dan supaya kita jadi insan yang lebih bijak, matang dan tabah dan lebih kuat dr sebelumnya.  Ingat je, cawan-cawan porcelaine yg kita guna ni..ketahanannya diuji dengan kepanasan beribu2 darjah celcius.  Kalau pecah, kira tak tahan dan kena buang je la. Yang berjaya tahan panas je yang boleh digunakan.


Sambil-sambil sembang tu, selingan kami tak lain tak bukan pasal hati la.. hal jiwa la kan. Sebut pasal jiwa, tak boleh tidak kena sebut la pasal orang yang pernah singgah dalam hidup kita.  Sahabat saya tu cakap, kisah saya menarik..patut ditulis di mana-mana. Tapi jawab saya, kalau ditulis sampai bila-bila la cerita ni kekal. Saya tak nak ia kekal. Sampai masa saya harap saya boleh lupakan terus. Dah 4 tahun. Tapi rasa macam semalam.  Kalau saya tulis, mungkin rasa mcm baru jadi petang tadi. Kan ke tak best tu. So saya ulang kata-kata saya td, lupa mungkin tidak..tapi kita move on. Teruskan hidup macam biasa. 


Itu je la kot untuk kali ni..macam merapu pun ada.. huhu. Ciao!



Wednesday, June 9, 2010

What do you do?



what do you do when you know that you are feeling something but you don't know what is it?
err...thats not the actual case..
let me rephrase my question..
What do you do when you know what it is but you refuse to admit it?
So...
What do you do?
You text your friends...its not working
you update your facebook status and waiting for comments..its not working either..
so you post a new entry on your blog..hoping that it'll work..
hmm..i hope its working.
and what do you do when you miss someone so bad that you don't know what to do?


Achtung: Jiwang mode activated...

Here and there...

Too many things happened, too many stories to tell that i dont know where to start or where should i begin...so i'm going to just type whatever cross my mind. So please bear with me...(if, yes if.. if someone or anyone is reading this)


First, its about the word odd. ODD. What and how do you feel when someone told you that you look odd doing (or not doing) something? I have never thought about this, until someone told me that..."you look odd in my class" was his words. and then he continued, "its like itik dengan ayam-ayam". i then replied, "so I am the itik la sir?".  He didnt answer.  Enough said (or silence).  Its always good to know what people think of you.  And its  even better when and if you had the chance to explain yourself (even if you dont have to).  So, i have told him that if at any time he noticed that i look bored in his class..that was not the real situation.  Its not how it looks. I was not bored..i was just thinking...and trying hard to comprehend my being there..in his class. yes, sounds odd? isn't it?


And then, cuti pun datang... first few days of sem break..i was bz with kenduri kendara and rombongan kawin.  On tuesday, got a call from my ex-boss. i was offered a part time job.  Hmm..again, that reminds me of this phrase "you can leave the legal line, but the legal line wont leave you". I have not decided whether or not to take up the offer.  Two weeks with legal documents could be like 2 years in prison...okeh, I'm exaggerating.. but still, thats not what i plan for my break.


Other than that, something happened.  I was shocked.  I was down.  But i'm ok now.  In fact i'm much much better than before.  Now I know, whatever happen in future, i know...i have few people behind me that i can call friend. And no, they are not only radhi, gcop and miza. I might say, i am expanding my circle.  yes, i take a long time to do it.  But its ok, its not petty things to take people into your circle. So you have to really take it slow. And for that matter, some might say, "haha, ckp macam bagus je minah ni". I know, i might be out for someone else's circle. But, thats life [c'est la vie]. You [we] can't live up to everybody's standard. Kalo wave kita sama then masuklah kita dalam circle yang sama..kalo wave kita tak sama..then too bad..better luck next time!


Enough said i think...mak dah bising soh sembahyang asar. Dah tua2 ni lagi kena leter pasal sembahyang.  Ape daa Azira! So, adios amigos.

Friday, June 4, 2010

I know i'll be alright... :)

I got a pocket full of sunshine
I got a love and I know that its all mine
Oh, woah

Do what you want,
But your never gonna break me,
Sticks and stone are never gonna shake me
no,oh

I got a pocket,
Got a pocket full of sunshine
I got a love and I know that its all mine
oh, woah

Wish that you could but you aint gonna own me
Do anything but you want
you cant slow me down
no,

Take me away (take me away)
A secret place (a secret place)
A sweet escape (a sweet escape)
Take me away (take me away)
Take me away (take me away)
To better days (to better days)
Take me away (take me away)
A higher place (a higher place)

I got a pocket,
Got a pocket full of sunshine
I got a love and I know that its all mine
Oh, (got a pocket, got a pocket, got a pocket full of sunshine) oh (and I know that it's all mine)

Do what you want,
But you never gonna break me,
Sticks and stone are never gonna shake me
no, (never gonna shake me) oh (never gonna shake me)

Take me away (take me away)
A secret place (a secret place)
A sweet escape (a sweet escape)
Take me away (take me away)
Take me away (take me away
To better days (to better days)
Take me away (take me away)
A higher place (a hegher place)


There's a place that I go
That nobody knows
Where the rivers flow
And I call it home
And theres no more lies
And the darkness is light
And nobody cries
Theres only butterflies


Take me away (take me away)
A secret place (a secret place)
A sweet escape (a sweet escape)
Take me away (take me away)
Take me away (take me away
To better days (to better days)
Take me away (take me away)
A higher place (a hiding place)

The sun is on my side
It takes me for a ride
I smile up to the sky
I know I'll be alright

The sun is on my side
It takes me for a ride
I smile up to the sky
I know I'll be alright

Thursday, June 3, 2010

...

Apa jadi bila orang salah menilai kita? 
Memang dia salah nilai, atau kita memang macam yang dia nilai?
Kita yang tak kenal diri kita?

Apa jadi bila kita salah menilai orang?
Perlu rasa kecewa atau terima seadanya?

Kenapa mesti kita nak menilai orang atau orang menilai kita?
sebab dihujung ceritanya sama je..
Yang dinilai pasti nampak tak sempurna...
yang menilai pun ape kurangnya...

Allah ciptakan kita dengan pelbagai kekurangannya..
kerana Dia nak kita berusaha mencari kebaikan..memperbaiki diri..
kerana dipenghujung jalan kita nanti...bukan pandangan orang menyelamatkan kita pun..
amal jariah kita juga adanya..wallahu'alam.