Sunday, May 30, 2010

So Azira, no regrets?

I have encountered this kind of question so many times.  So many times that I can easily dismiss any further question on that.  Truthfully, I have never answered this question.  Most of the time, my best answer would be a smile with/without blank face (on my not so good day).  Its not good, I know.  But, my justification would be one that I do not owe any explanation to any body.  Telling people my regrets (if any) is like opening my big black (or green, or pink) book  for them to read.  There's nothing wrong with telling people your regrets and i'm not against it. It just that you have to really know the person before you do so..or else, its like giving he/she bullets for her/him to kill you..(this is a highly prejudicial statement, I know. but somehow or rather, I've learnt that life could be harsh on you).


Yesterday, I faced this question again. I know it was a sincere question and she expected a sincere answer.  But, to my own regret, the best i could answer was "don't ask" which i know by itself have clearly answered the question.  I should have smile and just keep my mouth shut.  Me and my big mouth. What else is new.  But its ok, what more can i say. Damage is done. She then replied, "if you are going back to practice, you have to serve at least two years". "Yes, i'm aware of that" was my answer to her statement. And what followed was silence...long one.  







“Regret for the things we did can be tempered by time; it is regret for the things we did not do that is inconsolable.”

Saturday, May 22, 2010

mixed feeling..

happy sbb dapat balik umah...dh penat dok hostel..
happy sbb esok nak amik mak kat umah Acu..lama ni tak jumpa mak..
sedih sbb balik tgk umah bersepah...
bengang sbb esok kena kemas umah
marah sbb fikirkan badigol mana la yg pecah masuk umah yang takde ape-ape ni?
geram sbb polis dtg tp x buat ape2..
kes ke 8 juta kat sini..polis siap tau MO dia...tp xleh nk tangkap..
patut tak aku marah ngan polis ni?
ke aku emosi sbb umah aku lak yg jadi mangsa?
selalu aku paling kuat pun akan cakap "stendet laaa..polis di raja malaysiaaa"
patut tak aku marah bila polis tak kasi kemas 'tmpt kejadian' ni konon-konon nk cr bukti
pastu dia senyap je..habis tu? x yah kemas sampai bebila?
adeh laaaa...pas bosan2 jadi cikgu sok aku ingat aku kena mintak jd polis pulak la..
supaya aku leh pikir camne polis pikir..
lepas tu takde la aku marah sangat kot...
kan?

Tuesday, May 18, 2010

saje-saje

Skang pukul 2.47 pagi.  sambil2 buat lesson plan...saya terasa nak menulis kat sini... rasa macam dulu2..tengah2 baca file, buat soalan atau buat statement...saya akan rasa nk buat mende lain (contohnya potong kuku)...saya mmg sangat tidak fokus orangnye.  saya boleh tumpukan perhatian saya pada satu-satu mende (yang serius) untuk habis kuat pun 15 minit je. tapi saya sangat serius dalam hal yang main-main...banyak perkara saya telah buat untuk mengatasi masalah ini..

contohnya,

1. saya makan kismis (bila saya teringat nak beli)..
2. saya tetapkan matlamat yang hendak saya capai dalam sesuatu kerja (selalunya ditahap paling rendah, supaya saya boleh capai)
3. saya paksa diri (tapi lepas tu saya kutuk hasilnya)
4. banyak lagi (yang saya malas nak pikir sebab dah hilang fokus)

Saya harap akan ada orang yang boleh bagitau saya macam mana nak fokus. Kadang-kadang saya harap ada orang yang tolong ketuk kepala saya suruh saya buat keje bila saya dah start main-main. Mungkin saya patut email Dato' Fadzillah Kamsah atau Prof Izi Yahya tanya pasal hal ni...

Skang saya kena stop menulis sebelum saya hilang fokus dan merapu kat kat sini dan membuang masa orang yang membaca (itu pun kalau ada).

Sekian.

Selamat menyiapkan kerja untuk diri saya.

Nota:  Tadi ada orang sms saya mintak nasihat nak beli tanah kat Ipoh.  Saya dh bgtau ape yang patut. Tapi, saya hairan macam mana dia tak tau saya dah bersara. Saya hanya peguam pencen sekarang.  Dia ada facebook jugak.  Saya rasa, dia mesti tak dan/atau kurang fokus pada post-post di dinding mukabuku dia tu..huhu..

Sunday, May 9, 2010

Kagum...

Ada orang sms saya, dia suruh saya tgk tv.
tp saya kata tak mau sbb sebab saya nk buat kerja..
dia balas lagi dia cakap dia kagum..
saya kata sila kagum. saya pun kagum jugak...
tapi tak lama lepas tu saya pun...
zzzzzzzzzzzzzzzzzz 


(kalau saya tau dari awal, baik saya tgk tv kan?)

Saturday, May 8, 2010

SELAMAT HARI IBU...

Selamat Hari Ibu kepada Emak saya, semua ibu dan bakal ibu... :)

Friday, May 7, 2010

Saya rindu...

Saya rindu...

1)  Emak saya...

Hari ni hari ke dua mak saya di Tanah Suci.  saya segan nak cakap, tapi saya sangat rindukan mak saya. esok hari ibu..walaupun selama ni mak sentiasa ada waktu hari ibu, sy selalu segan-segan nak ucap selamat hari ibu..saya akan wish hari ibu sambil gelak-gelak..hadiah pun saya akan belikan terlebih awal atau terlebih lambat..sebab rasa cam ye ye sangat kalau bagi pada hari tu jugak..teruknye saya, saya doakan mak saya selamat sejahtera mengerjakan ibadah umrah. mak balik nanti saya akan cakap selamat hari ibu..tak nak segan-segan lagi.


2)   Kawan-kawan saya..

Saya rindu Radhi, Gcop dan Aja..saya teringatkan Reena.  Saya rindu nak borak-borak sakan dan gelak sampai pengsan ngan dorang.  Saya rindu nak makan-makan dan lepak kat kedai mamak dengan dorang.  Ada banyak mende yang saya nak cerita...yang saya harap dorang boleh betulkan semula pemikiran saya..saya rasa lately saya dah tak berapa betul..saya macam paranoid..dalam fikiran saya dh terlalu banyak benda-benda yang ntah ape-ape..benda-benda yang kalau dulu saya tak amik pedulik pun.  


3)   Dunia saya...

Dunia yang saya rasa sangat bebas..bersuara, beri pendapat dan dunia yang kita kata "we agree to disagree"...dunia yang orang pandang kita atas diri kita, bukan dengan siapa kita berada.  dunia yang tiada siapa ambil peduli..dunia yang tiada siapa memperkatakan tentang diri kita dan kita juga tidak ambil kisah akan akan diri orang lain juga.  dunia yang orang faham akan maksud fair comment, slander libel dan segalanya...dunia yang berasaskan fakta dan bukan assumption presumption dan gerak hati cuma...dunia itu, dulu saya kata batu, tiada hati dan tiada perasaan..tapi hari ini saya kata, dunia tu lebih jelas..sama ada hitam atau putih sahaja...bukan dunia yang khabarnya penuh rasa tetapi sangat kabur adanya.

4)   Perasaan saya..

Satu masa dulu ia pernah ada, tapi sekarang macam dah tak de.  Saya rindu rasa tu...saya cuba cari...cari dan cari..tapi sekarang saya yakin, memang ia sudah tiada...jauh di sudut hati... saya rasa, dia pun begitu juga...

"sunyi yang paling sunyi adalah sunyi dalam keriuhan"



Sunday, May 2, 2010

Doa saya...

Alhamdulillah, semalam dah selesai kenduri doa selamat untuk mak dan mak ngah...sempena pemergian mereka ke tanah suci mekah untuk umrah 5 May ni.

Tadi mak ikut mak ngah balik ke KL. Sebab nanti takde sesiapa boleh hantar mak ke sana sebab semua orang keje. kalau dulu, dh tentulah aku punya tugas hakiki ni..sorry mak, akak tak dapat hantar kali ni.  Aku dah biasa jauh ngan mak, tapi selalu aku yang tinggal mak.. Mak tak pernah tinggal aku.  Aku ingat aku ok je..tapi rupanya sedih jugak bila nak berpisah ngan Mak.  Mak pesan doakan dia sihat dan selamat pergi dan balik. Angguk je boleh.  Nak cakap dah tak lepas.  Nasib baik la sepupu sepapat yang weng ni sibuk memekak..kalau tidak dah drama air mata la pulak.

Selalu kalau orang nak ke Mekah aku akan sibuk suruh dorang doakan aku.  Itu ini.  Tapi kali ni, Mak aku sendiri yang pergi..aku tak cakap ngan mak mintak doakan apa-apa pun.  Satunya aku tau, Mak akan sentiasa doakan aku.  Yang keduanya, sebab kali ni aku harap Allah dengar permintaan aku yang satu je..semoga mak sihat kat sana, dipermudahkan segala urusan dan selamat pergi dan pulang.  Di luar sedar, aku harapkan yang ini lebih dari segala-galanya.