Wednesday, August 8, 2012

Blessing in disguise...

Gemas is just a small town. We don't have big shopping mall. Not even a Billion or Giant. But it's such a nice place to live in. 

Gemas has taught me so many things. Little things that I don't learn in Uni. It teaches me small details of life.  I used to order things, I used to call for delivery. Life was so convenient those days.  So convenience that it became bad. I gained 15kg during my 9 months pupillage.  Thanx to McDelivery.

Having said that, now that I am living in Gemas I don't eat McD as much as I did when I was in Ipoh. I don't eat Carbonara every 7th day of the month as I used to. I don't treat myself with food anymore. Not fast food at least.

So, what's the blessing? Where's the disguise? 

Simple.

Gemas has taught me the beauty of home made food.

when I feel like eating McD Apple Pie, I dice the apple and cook it. When I feel like eating Carbonara, I bought Prego and cook it. It's that simple. Haha. Save money if not time.

Thanx Gemas. Without you, I would still buy apple pie. Now, I can do apple jam. I love you Gemas.

Lots of love,
Apple Pie Lover.

Monday, July 23, 2012

Of hope...

I am one of those who believes in zero expectation. Or shall I say was one of them? Cause I am no longer believe in zero expectation. 

Lately, more often that not.. I finish my sentence with 'hopefully'. I am full of hope right now.  I could not and dare not let myself in that zero expectation zone again.  Not for this and that particular things may be. 

I hope to have a better ramadhan this year.  
I hope my pupils can do well in their exam.
I hope I can have more A's than B's.
I hope to start something this year.
And I hope to end something this year.

Is it okay to hope too much?


TQ Google.





Thursday, July 19, 2012

Kantoi and skeptical me...

Achtung:  Post berkepuk di dalam draft sekian lama... hence, bukan isu terbaru :)


Kantoi

We had our extra class the other day.  I asked the pupils to calculate their marks but they didn't get to do it because they had no calculator. You know, children of these days...we (including the teacher) are no Charlie Eppes. Congak is not in our blood. We need calculator. But that's beside the story. So, in order to calculate the marks, they (the pupils) suggested that I used my handphone. And I did just that.  

In the midst of calculating, I remembered something which was funny. To me at least. So I smiled. Suddenly, one of the pupils said, " Hah, teacher tu sms la tu..senyum..senyum".  Senyum pun salah ke? Soon after that, I thought. I thought hard, and then I realised.. no wonder la, they always say..."teacher tu asyik sms je".  And now I'm thinking again. Bila masa yang saya asyik sms je? Memang saya asyik pegang phone. Tapi everytime pun because of the calculator. 

Anak murid saya percaya mereka dah berjaya mengantoikan saya. Saya nak cerita hakikat sebenar, tapi bila saya tengok muka sorang-sorang yang penuh kegembiraan kerana berjaya mengantoikan cikgu, saya biarkan je. Harap dah besar nanti dia faham..adults kalau senyum bila tengok phone most of the time bila dia tengok gaji ada surplus (mungkin)...not necessarily because of a text from boyfriend or girlfriend =)

Skeptic

I have to admit. I am quite skeptical about cikgu yang suka cakap, cikgu ni kena tahu macam-macam dan kena boleh buat macam-macam. Ada yang kata macam pro-nanny. Seriously, I don't like it. Simply because, itu akan buat kerjaya guru ni nampak macam tak pro. Kan biasa kita dengar orang kata... Jack of all trades, and master of none. Sume tahu, tapi tak ada satu pun yang kita master.

Baik pandai buat satu mende, tapi pandai betul-betul. Kan itu baru namanya pakar?

Wednesday, July 18, 2012

I'm over it...

It [read: Dejavu di Kinabalu] and I was so all over it few weeks ago.  This is just another prove that our qalbu is definitely fickle. Constantly change. Allah can always grant the likes and dislikes. He gives and He takes back. All is definitely for our own good. With or without us realising it.

And yes, I'm over you too. In case you are wondering.

Purpose of this entry? None whatsoever.

But hope this one could make up for that. SALAM RAMADHAN UNTUK SEMUA.

RAMADHAN MUBARAK!

p/s:  ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna...

Sunday, July 1, 2012

"JIKA KAU MENJADI AKU, AKU YAKIN KAU MENGERTI"

Bercampur baur....

Hari ni sepatutnya tak dihabiskan dengan mende-mende yang kurang berfaedah sebabnya saya kena siapkan assignment untuk kursus induksi saya. Isnin ni nak kena bagi GB tengok and sign. Dah berjanji dengan diri sendiri sejak beberapa minggu yang lalu. Tapi macam biasa, saya mungkir janji sendiri.

Saya bukak facebook tadi. Asalnya nak tengok kejap je, intai-intai apa yang patut. Tapi akhirnya terleka bila tengok ramai yang share gambar Irma Hasmie kahwin. Cantik. Sangat cantik infact, lepas dia bertudung ni.  Saya tak follow sangat pasal dia dulu, so saya google balik gambar dia dulu-dulu. Memang lain. Muka dia sekarang macam sangat tenang dan bersih. Dulu pun dia cantik, tapi somehow or rather...nampak kusut.

Saya tumpang gembira untuk dia, walaupun tak kenal tapi sikit sebanyak saya tau jugak apa yang dia lalui. Apa yang saya nak cakap di sini, Allah dah kata dan janji Allah tu benar. Dia tak akan ambil sesuatu tanpa memberi yang lebih baik kepada kita. Kes Irma Hasmie ni contohnya.

Tapi bukan itu yang saya nak cerita pun kat sini. Yang bercampur baur tu adalah perasaan saya bila tengok hijrah Irma ni. Dia baru berhijrah. Dari cara hidup yang sangat berbeza dari sekarang. Tapi dari air muka dia, saya yakin, dia sangat menjiwai dan menikmati hijrah dia tu.  Macam-macam aktiviti yang dia dah ikut dan turut serta untuk memperbaiki diri dan menjadi muslimah yang lebih baik.

Saya? Saya pakai tudung sejak umur saya 12 tahun. Kira pakai betul-betul sejak saya kena tanggung dosa sendiri. Tapi, kenapa saya rasa jauh disudut hati saya ni saya tidak pernah menikmati nikmat 'mencari diri' macam yang orang-orang yang baru berhijrah lalui.  

Tak pernah mungkin tipu, tapi rasanya kali terakhir saya ikut serta dalam majlis-majlis ilmu dengan rela hati dan tertunggu-tunggu untuk pergi setiap minggu adalah masa saya belum habis sekolah dulu. Lepas tu, semua majlis ilmu adalah apa yang diwajibkan hadir. Kalau dizaman uni, sebab nak dapatkan cop. Ataupun, tak nak kantoi dengan warden etc.

Lalu apakah ertinya saya yang dah dapat hidayah nak tutup aurat dari umur 12 tahun ni? Sekadar buat apa yang wajib je. Solat, puasa. Baca Yassin malam jumaat. Tiba-tiba saya jadi malu sendiri. Malu yang susah nak diluahkan. Bercampur baur. 

Susahnya bila dah rasa macam ni. Ubatnya senang, niat je untuk berubah menjadi muslimah yang lebih baik bermula saat ini. Tapi, mampukah saya..bila saya selalu mungkir janji saya sendiri?

p/s:  kita selalu nak cari yang soleh dan solehah. sebenarnya, tak perlu pun cari... kita cuma perlu soleh/solehahkan diri kita je. sebab nanti Allah sendiri akan hadirkan dia untuk kite.
Semoga esok lebih baik dari hari ini.

walaupun assignment tak siap, tapi saya rasa hari ni tak juga berlalu dengan sia-sia...

Monday, June 25, 2012

2 budak kecik dan bayang-bayang

Hari ni hari Isnin, selalunya saya akan mengurangkan kegarangan saya pada hari Isnin. Maknanya, hari Isnin saya tak suka marah anak-anak murid saya. Sebab saya tak nak rosakkan hari pertama persekolahan mereka untuk minggu itu.

Saya dapati, rupa-rupanya murid-murid akan lebih mendengar kata kalau saya kurang marah-marah.  Tadi, saya rasa anak murid saya ni sangat sweet. Comel dan manis. Dalam perjalanan saya ke kelas tadi, 2 anak murid saya menaiki tangga mendahului saya...beberapa anak tangga saja. Bila saya sampai di tingkat atas, saya dapati mereka tiada lagi di hadapan saya. Kemudian saya pandang ke tiang di koridor itu, saya nampak dua bayang budak kecik yang berusaha menyorok di situ. Bukan cikgu lah kalau kita tak tahu apa yang dorang nak buat tu. Maka saya pun menyorok di sisi tiang yang bersebelahan budak-budak kecik itu. Lama mereka tunggu saya sampai. Hinggalah saya terdengar mereka bertanya, ke mana saya pergi. 

Malas nak tunggu lama lagi, saya guna ruler dan menjangkau ke arah mereka. Hah! Terkejut! Haha..sape yang kena gertak nih?! Budak kecik dua orang tu pun keluarlah dari balik tiang tempat mereka sembunyi itu dengan muka yang hampa. "Teacher tau laaa.." "Macam mana teacher tau?".

Alahai, innocent nya budak kecik. Kalaupun saya tak nampak bayang kat lantai koridor, saya akan dengar ketawa kecik dari balik tiang tu. Saya pun meninggalkan tiang yang saya menyorok tadi sambil pikir, "kenapa la tak buat-buat lalu dan buat-buat terkejut je tadi"

Simple je. Teacher= joy killer.