Siapa nak tahu asal usul MINANGKABAU? Atau semua orang dah tau kecuali yang dok menulis ni?
Tahukah anda yang perkataan MINANGKABAU itu berasal dari perkataan "Menang Kerbau"? Mengikut hikayatnya, dulu ada Tanah Melayu telah bertelingkah dengan satu negara jiran. Dan bagi meleraikan pertelingkahan tu satu pertandingan lawan kerbau telah dijalankan (sukan sebagai penjalin hubungan dua hala..dulu-dulu lagi orang dah buat).
So, dipendekkan cerita negara jiran menghantar seekor kerbau yang besar, kuat dan ganas. Manakala, Tanah Melayu telah menghantar seekor anak kerbau yang lapar yang tanduknya telah ditajamkan.
Dipendekkan cerita lagi, kerbau yang besar tadi mengganggap anak kerbau ini tidak berdaya dan tidak mampu mencederakannya. Si anak kerbau tadi pula menyangkakan kerbau besar itu adalah ibunya lalu menerkam kerbau besar itu. Terkaman itu membawa rebah si kerbau besar. The rest is history.
Perkataan 'menang kerbau' lama kelamaan bertukar menjadi 'minangkabau' yang saya rasa mungkin mengikut loghat setempat. Dari cerita ini jugalah, terhasilnya bumbung minangkabau yang diilhamkan dari tanduk kerbau itu sendiri.
Pada saya menariknya cerita rakyat ni bukan sekadar atas uniknya sahaja. Tetapi, lebih kepada betapa...jika kita salah menduga kekuatan lawan kita, padahnya mungkin tak mampu kita tanggung. Maka eloklah tidak memandang rendah keupayaan orang, walaupun pada luarannya dia tidak nampak hebat.
Yang kedua, cerita minangkabau ini terkesan dihati saya sebab...pada cara saya memahami cerita ini...saya rasa si anak kerbau tidak berniat mencederakan si kerbau besar. Dia menerkam atas dasar rindu kepada ibunya dan dia sedang lapar. Itu cuma reaksi biasa binatang lapar yang dipisahkan dari ibunya.
Yang bersalah di dalam cerita ini adalah pihak ketiga yang menajamkan tanduk si anak kerbau. Seakan-akan menangguk di air keruh. Dalam keadaan sedar dan tahu yang si anak kerbau ini akan menerkam si kerbau besar, mereka telah menajamkan tanduknya...(of course la kan, sebab depa nak menang!)
Moral yang saya dapat dari cerita minangkabau ni, seperti yang saya tulis kat atas ni lah. Nampak tak, at the end of the day...the one with brain won. Badan yang besar dan gagah belum tentu mampu mengalahkan lawan. Err..I might say, lagi satu moral dia, jangan main-main dengan orang kerbau yang lapar! :)
Cerita ni saya baca semasa saya melawat Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah. Kepada yang berkunjung ke Negeri Sembilan dan berkesempatan melawat, eloklah pergi..banyak yang menarik ada di sana.
Malam tu, kami pergi berjalan malam pulak...malangnya ditengah jalan kami terserempak dengan sekumpulan besar lembu. Yours truly telah lari menyorok di balik tiang letrik bila kumpulan lembu itu menyerbu ke arah dia sebab masih teringat-ingat cerita anak kerbau lapar. Siapa buleh jamin lembu-lembu tu dah kenyang kan? Saat yang sangat mencemaskan lagi memalukan. Not worth writing. Chait.
P/s: Masa dah turun dr Istana Lama, pak cik penjaga istana tanya...kamar beradu utama katilnya kemas tak? Sebab ada cerita, kadang-kadang katil itu nampak seakan-akan...maleh nk tulis. Skang kol 12.04 tgh malam.